Saya kerap ke Gereja SFX, Keningau menghadiri Misa Kudus jam 7.30 pagi dan pada minggu yang lepas, saya dapat perhatikan bahawa bilangan pelayan perempuan (altar girls) semakin bertambah ramai malah melebihi bilangan pelayan lelaki (altar boys). Saya juga dapat perhatikan bahawa pelayan perempuan agak ‘tidak serius’ apabila melayani kerana kebanyakan mereka akan melihat ke kiri atau ke kanan dan bukannya menumpukan perhatian sepenuhnya ke altar. Mereka juga mudah ‘terketawa’ apabila membuat kesilapan dan lebih kerap berbisik-bisik antara satu sama lain. Persoalannya di sini ialah adakah pelayan perempuan dibenarkan melayani di altar kerana selama ini hanya pelayan lelaki yang dibenarkan seperti amalan suci Tradisi Gereja. Saya telah membuat semakan beberapa dokumen rasmi Gereja dan saya terkejut dengan pendedahan ini:
“7. In conformity with norms traditional in the Church, women (single, married, religious), whether in churches, homes, convents, schools, or institutions for women, are barred from serving the priest at the altar.” Dipetik daripada Liturgicae Instaurationes Sacred Congregation for Divine Worship Instruction on the orderly carrying out of the Constitution on the Liturgy, September 5, 1970
(http://www.adoremus.org/LiturgicaeInstaurationes.html)
“18. There are, of course, various roles that women can perform in the liturgical assembly: these include reading the Word of God and proclaiming the intentions of the Prayer of the Faithful. Women are not, however, permitted to act as altar servers.(27)” – Dipetik daripada Inaestimabile Donum Instruction Concerning Worship of the Eucharistic Mystery Sacred Congregation for the Sacraments and Divine Worship – Approved and Confirmed by His Holiness Pope John Paul II April 17, 1980 (http://www.adoremus.org/InaestimabileDonum.html)
Daripada petikan fakta di atas, kita dapat simpulkan bahawa wanita atau perempuan tidak dibenarkan menjadi pelayan altar seperti altar girls. Persoalannya sekarang, kenapakah di Gereja SFX, Keningau, pelayan altar perempuan menjadi kebiasaan dan bilangan mereka semakin bertambah dan lebih ramai daripada pelayan lelaki (altar boys). Pelayan lelaki bilangannya semakin merosot. Setahu saya, pelayan perempuan (malah paderi wanita) hanya wujud dalam Gereja Protestan seperti Gereja Anglican. Mungkinkah pada suatu hari nanti, Gereja kita juga akan dilayani oleh paderi wanita?
Respon daripada pihak pembaca amatlah dialu-alukan. Semoga kita tidak berhenti mencari kebenaran kerana Yesus adalah Kebenaran. Apabila kita mencari Kebenaran, kita mencari Yesus. Semoga kita sudi membuka pintu hati yang sentiasa diketuk oleh Yesus, Raja kita, Raja segala raja.


22 Oktober 2006 at 4:14 pm
Pada hari ini, saya memerhati perjalanan Misa Kudus jam 7.30 am di SFX, Keningau. Seperti setiap minggu, altargirls lebih banyak daripada altarboys. Melalui pemerhatian, saya dapati altargirls lebih banyak membuat pergerakan yang tidak perlu seperti membetulkan rambut mereka yang panjang dan meluruskan baju mereka, melihat ke kiri dan ke kanan (saya tidak tahu kenapa), mengelap muka mereka dan sesekali mereka akan berbisik atau berhubungan antara satu sama lain. Pergerakan altarboys pula adalah pada tahap minimum seperti yang menjadi kebiasaan.
9 September 2007 at 11:37 pm
saya berfikir bahawa saudara perlulah terbuka untuk dalam hidup berkomuniti. Soalan saya, jikalau paroki kekurangan belia lelaki yang bersedia untuk melayani di dalam gereja, apakah penyelesaiannya? Secara jujur, adakah saudara (jika mempunyai anak lelaki) menggalakkan anak saudara untuk melayani di dalam gereja sesuai dengan komen yang saudara berikan? Saya melihat bahawa saudara terganggu oleh persekitaran, sehinggakan saudara tidak dapat menumpukan perhatian dalam misa. walau bagaimanapun, secara psikologi, perbuatan yang dilakukan oleh pelayan alter perempuan adalah secara semula jadi, seperti yang dilakukan oleh anak saudara (jika ada anak perempuan) dalam kehidupan seharian. (Rujuk Marla Sanzone, Ph.D., a clinical psychologist in Annapolis, Maryland).
9 September 2007 at 11:39 pm
“Mungkinkah pada suatu hari nanti, Gereja kita juga akan dilayani oleh paderi wanita?” Sister selalu melayani gereja sewaktu ketiadaan father, adakah ini berbeza daripada idea di atas?
16 September 2007 at 6:49 pm
Saudara Bryan,
Apakah maksud ‘hidup berkomuniti’? Adakah saudara bermaksud kita mengamalkan kehidupan berkomuniti dengan tidak mengendahkan lagi Tradisi Suci Gereja dan mewujudkan satu budaya Katolik yang baru? Adakah saudara pasti bahawa dokumen rasmi Gereja yang tidak membenarkan pelayanan wanita di Altar telah dimansuhkan? Adakah pakar rujuk “Marla Sanzone, Ph.D., a clinical psychologist in Annapolis, Maryland” beragama Katolik? Kenapakah saudara berpegang kepada dokumen manusiawi dan menginjak-injak dokumen rasmi Gereja?
Persoalan seterusnya, adakah saudara menyokong diwujudkan ‘paderi wanita’ dan tidak ada halangan kepada pelayanan wanita di Gereja? Jika begitu, maka saudara menolak secara terang-terangan Tradisi Gereja, Kitab Suci dan juga larangan Paus. Adakah saudara masih beragama Katolik? Atau sekarang telah memeluk agama Protestan?
29 September 2007 at 8:31 pm
saudara,mmg btul altar girls x dibenarkan sebelum ni…tp sy membaca artikel herald baru2 mengatakan altar girls dibenarkan ttp pastikan bilangnnya tidak melebihi altar boys je.Tp klu sesebuah gereja itu kekurangan belia lelaki? apa yg saudara nk lakukan….fikir2kan la….mana lelaki skg? klu kat gereja kebanyakannya perempuan yg menghadiri misa kudusn….lelaki pula? entahla
29 September 2007 at 10:24 pm
Saudara/i Dee,
Kenapakah Gereja tidak membenarkan pelayanan wanita di Altar? Adakah larangan ini bersifat disiplin sahaja semata-mata dan berasal daripada budaya setempat (iaitu budaya orang Roma)? Atau adakah larangan ini merupakan Tradisi Suci (larangan yang datangnya daripada Tuhan) dan tercatat dalam Kitab Suci? Sekiranya larangan ini benar-benar berasal daripada Tradisi Suci dan juga jelas tercatat dalam Kitab Suci, adakah Gereja mempunyai kuasa mengubah Hukum Tuhan?
Bolehkah saudara nyatakan pautan atau link artikel daripada Herald supaya saya sendiri dapat membaca dan menganalisis isi kandungannya? Benarkah Gereja kekurangan (belia) umat lelaki? Ke mana pergi kaum lelaki yang saudara maksudkan? Saya tidak fikir ada bukti kukuh yang menyokong pemerhatian saudara. Sebenarnya, umat lelaki ramai (kalau tidak pun seramai kaum wanita) tetapi yang menjadi akar permasalahan di sini ialah kaum lelaki semakin ‘lembut’ dan terlalu mengharapkan kaum wanita melakukan segala-galanya termasuk pelayanan di Altar. Kaum wanita pula, yang mahu dirinya disamakan dengan lelaki (dosa Eve semasa di Taman Eden), tanpa segan silu, menolak larangan Tuhan dan mengambil peranan lelaki di Gereja.
Sekiranya benar lelaki semakin berkurangan, itu bermaksud semakin ramai lelaki (terutama bapa-bapa) sudah tidak lagi memiliki iman Katolik. Di manakah silapnya? Mungkinkah bapa-bapa tidak lagi mempercayai ajaran, doktrin, dogma Gereja yang sudah diubah oleh Gereja itu sendiri sehingga menjadi agama baru yang masih memakai nama Katolik tetapi mirip Gereja Protestan!
29 Julai 2008 at 4:54 pm
Hai Author,
Saya seorang pelayan altar di salah sebuah gereja di Kota Kinabalu. Ketika mencari-cari artikel sesuai untuk diketengahkan pada bengkel Altar Server, saya ‘ter’kunjung blog saudara dan sempat membaca few articles.
well, it is interesting to find out that u are so very concern on the Catholic Faith and its tradition. It’s hard to find people like u at this information age. I would like to express my very own opinion and its nothing personal. Just an opinion. First, i got to admit that i am very ‘noob’ and so not aware of our Catholic tradition. I have very limited knowledge on on faith, which most of it i got from attending seminars and retreat.. and of course presented verbally without any ‘prove’.. but based on Bible verse and excerption.
Author: Well then, if that is the case, what about you? Do you love our Catholic Faith and the Sacred Tradition (spelt with the capital ‘T’)? I was like you before, ignorant of the true teaching of the Catholic Church. The Truth cannot simply falls from the sky. We need to learn the Truth because Jesus is the Truth. Seek the Truth and you will find Jesus. And the Truth can be found in the 2000 years old Catholic teaching (not the modernized conciliar Church of the Vatican II).
I used to be someone who like to ask impossible ‘thing’ about our bible.. but every time i asked the speakers or priest, they will ask me to “not to take the bible literally”. Which, in my point of view, is so very true because religion is called religion for its mysterious and sacred way of teaching.
Thus, i will say that you are taking the tradition conservatively without giving any room of flexibility. Flexibility is considered very important in reaching the people from all around the world, to make Christ known to all, regardless of their race and country. For me, (and maybe for the church as well), we need to change something (within our tradition) to realizes those mission. BUT it doesn’t mean we need to change the Doctrine of the Church. We maybe change on “HOW” we pray, but still we pray to our Christ.
Author: How would you define ‘flexibility’? How are you going to differentiate between human tradition and the Sacred (Divine) Tradition? Does the Church (or even the Pope) has the authority to change the Sacred Tradition? What is Sacred Tradition? We need to know what Sacred Tradition is before we can comment anything about it.
So for me i dont give a damn on whether the altar server is a girl or a boy. As long as we don’t change on who we are worshiping.
Author: If your argument is correct, then the Catholic Church should not ban women priests, because as you said: ‘who we are worshiping’ is more important. Do you support the ordinations of women as priests?
In addition, as you mentioned in your article, “In conformity with norms traditional in the Church, women (single, married, religious), whether in churches, homes, convents, schools, or institutions for women, are barred from serving the priest at the altar”…… i would like to highlight the word “tradition”… Its Tradition, which means based on human way of doing thing and not CHRIST.
Author: Please understand what Sacred Tradition is before making any opinions regarding this matter. It is clearly stated in the official documents of the Church that women are barred from serving the priest at the altar: Liturgicae Instaurationes Sacred Congregation for Divine Worship Instruction on the orderly carrying out of the Constitution on the Liturgy, September 5, 1970 dan Inaestimabile Donum Instruction Concerning Worship of the Eucharistic Mystery Sacred Congregation for the Sacraments and Divine Worship – Approved and Confirmed by His Holiness Pope John Paul II April 17, 1980. Adakah sdr/i percaya bahawa kedua-dua dokumen ini telah dihapuskan oleh Gereja?
Just a simple idea… If The Catholic Church is so very strict and conserve on its tradition.. why we are not celebrating our Mass in Latin, all words and songs should be in Latin.. cuz its the tradition rite… And Why the Church allowed Pope to be from various countries and different tradition of living in their original country? Shouldn’t the pope be from the same country with St. Peter?
Author: Again, you need to study more on the Sacred Tradition of the Church. Sacred Tradition means the Truth which was passed down to us orally from one generation to another. Truth cannot change because God is the Truth and God cannot change. Please refer to other articles on this blog regarding the issues of Traditional Latin Mass. Please do not get confused between human tradition and Sacred Tradition. The pope is elected by the majority of cardinals.
It happened because we need to see the overall and have a bird view on certain issues and not only the so-called tradition. Christ even let Mary Magdelene to serve Him when He went to their house. Why Priest cannot be helped by Altar GIRLS?????
Author: Please read these entire documents: Liturgicae Instaurationes Sacred Congregation for Divine Worship Instruction on the orderly carrying out of the Constitution on the Liturgy, September 5, 1970 dan Inaestimabile Donum Instruction Concerning Worship of the Eucharistic Mystery Sacred Congregation for the Sacraments and Divine Worship – Approved and Confirmed by His Holiness Pope John Paul II April 17, 1980.
18 Ogos 2008 at 11:58 pm
“TIADA YANG MUSTAHIL BAGI ORANG YANG PERCAYA”.
ini la tema rekoleksi Altar Server d gereja kami, yg kami laksanakan baru2 ni… seperti umat yg lain, saya jg sdh lama melayani sbg altar server dan sgt bimbang tentang keadaan yg melanda gereja kita sejak kbelakangan ni..
spt yg anda (SIAPA2 SJ YG TERASA) katakan, kenapa bilangan pelayan perempuan (altar girls) semakin bertambah ramai malah melebihi bilangan pelayan lelaki (altar boys)… cuba la lihat d gereja anda sendiri, adakah belia2 lelaki lebih aktif dan berminat dgn aktiviti gereja? huhuhu, anda sendiri sudah tentu tahu…
kenapa hendak mempertikaikan kelemahan2 ini dan serta merta menghakimi semua orang hanya melalui kelakuan @ kelemahan yang mereka ada seperti melihat ke kiri atau ke kanan dan bukannya menumpukan perhatian sepenuhnya ke altar, juga mudah ‘terketawa’ apabila membuat kesilapan dan lebih kerap berbisik-bisik antara satu sama lain….
pernahkah anda melakukan sesuatu dengan sempurna?
pernahkah anda melayai sbg pelayan altari?
atau mungkinkah anda ini seorang, pelayan komuni atau kategis, atau missionari atau father?
kalau anda salah satu drp d atas, bagus…
kenapa tidak membantu kami untuk menjadi lebih sempurna?
kenapa tidak tampil ke hadapan dan membantu kami supaya dapat membantu diri kami sendiri menjadi lebih baik dari diri kami sekarang?
fikirlah, mungkin anda dapat membantu gereja2 kita sekarang untuk membangun..
dan lagi satu, kekurangan belia2 lelaki dalam pelayanan memang sangat ketara. kenapa???
hmmm, saya pn tidak tahu…
kenapa kita tidak berkerja sama untuk membangunkan gereja kita sendiri, sebaliknya anda melemahkan lagi semangat belia2 muda untuk melayani, terutamanya belia perempuan (ALTAR GIRL)….
saya percaya pada TUHAN…dan tiada yang mustahil bagi orang yang percaya…
saya mendoakan anda supaya berjaya membantu gereja kita dan dapat bersama2 menyelesaikan masalah yang kita hadapi ini…
19 Ogos 2008 at 12:09 am
ini la tema rekoleksi Altar Server d gereja kami, yg kami laksanakan baru2 ni… seperti umat yg lain, saya jg sdh lama melayani sbg altar server dan sgt bimbang tentang keadaan yg melanda gereja kita sejak kbelakangan ni..
Pengarang: Sila kongsikan kebimbangan sdr Jaya dengan lebih spesifik supaya dapat dibicarakan dengan lebih lanjut.
spt yg anda (SIAPA2 SJ YG TERASA) katakan, kenapa bilangan pelayan perempuan (altar girls) semakin bertambah ramai malah melebihi bilangan pelayan lelaki (altar boys)… cuba la lihat d gereja anda sendiri, adakah belia2 lelaki lebih aktif dan berminat dgn aktiviti gereja? huhuhu, anda sendiri sudah tentu tahu…
Pengarang: Apakah pendapat sdr Jaya tentang sebab pengurangan ketara atau ‘kehilangan’ pelayan lelaki pada masa sekarang? Dari atau di manakah puncanya?
kenapa hendak mempertikaikan kelemahan2 ini dan serta merta menghakimi semua orang hanya melalui kelakuan @ kelemahan yang mereka ada seperti melihat ke kiri atau ke kanan dan bukannya menumpukan perhatian sepenuhnya ke altar, juga mudah ‘terketawa’ apabila membuat kesilapan dan lebih kerap berbisik-bisik antara satu sama lain….
Pengarang: Saya membuat andaian bahawa sdr Jaya menujukan soalan-soalan itu kepada pengarang blog ini. Pelayanan di Altar merupakan suatu pelayanan yang SUCI dan KUDUS kerana kita semua akan berada dalam kehadiran Tuhan Allah. Mereka yang berada dalam kawasan ’sanctuary’ atau kawasan Altar tidak sepatutnya memperlekehkan (atau mempermainkan) akan kehadiran Tuhan Allah. Perlakuan seperti ‘melihat ke kiri dan ke kanan’ atau ‘terketawa’ atau ‘berbisik-bisik antara satu sama lain’ merupakan perlakuan yang tidak boleh diterima. Tetapi persoalan pokok di sini bukanlah terletak pada perilaku pelayan wanita ini tetapi adakah pelayan perempuan dibenarkan melayani di altar kerana selama ini hanya pelayan lelaki yang dibenarkan seperti amalan suci Tradisi Gereja?
pernahkah anda melakukan sesuatu dengan sempurna?
pernahkah anda melayai sbg pelayan altari?
atau mungkinkah anda ini seorang, pelayan komuni atau kategis, atau missionari atau father?
Pengarang: Setiap umat mempunyai anugerah atau karunia yang berbeza-beza sesuai dengan kekuatan atau bakat masing-masing. Pelayanan seperti pelayan komuni, katekis, missionary atau paderi merupakan pelayanan untuk Tuhan Allah tetapi pelayanan itu haruslah dalam KEBENARAN kerana umat hanya diperbolehkan menyembah Tuhan dalam Kebenaran. Sebagai contoh: istilah atau jawatan ‘pelayan komuni’ (atau communion minister) sebenarnya tidak ‘terpakai’ dalam Gereja Roman Katolik. Istilah yang tepat ialah ‘extraordinary minister’. Tetapi ‘extraordinary minister’ ini hanya digunakan semasa darurat. Contoh keadaan darurat ialah seperti pada zaman perang apabila seorang umat bukan paderi terpaksa membawa lari Komuni Kudus demi menyelamatkan-Nya daripada dihina (seperti dipijak-pijak) oleh askar penjajah. Sekali lagi pokok persoalannya ialah: adakah pelayan perempuan dibenarkan melayani di altar kerana selama ini hanya pelayan lelaki yang dibenarkan seperti amalan suci Tradisi Gereja?
kalau anda salah satu drp d atas, bagus…
kenapa tidak membantu kami untuk menjadi lebih sempurna?
kenapa tidak tampil ke hadapan dan membantu kami supaya dapat membantu diri kami sendiri menjadi lebih baik dari diri kami sekarang?
Pengarang: Inilah tujuan blog ini ditulis untuk menyedarkan uskup, paderi dan juga umat tentang ajaran Gereja Katolik yang sebenarnya. Pelayanan wanita di ’sanctuary’ haruslah dihentikan serta merta. Pelayan altar haruslah dikhaskan untuk lelaki sahaja. Kaum wanita mempunyai peranan yang lain.
fikirlah, mungkin anda dapat membantu gereja2 kita sekarang untuk membangun..
dan lagi satu, kekurangan belia2 lelaki dalam pelayanan memang sangat ketara. kenapa???
hmmm, saya pn tidak tahu…
Pengarang: Langkah awal untuk Gereja membangun adalah setia kepada Tradisi Suci Gereja Roman Katolik. Langkah keseterusnya ialah setiap umat (terutama para bapa-bapa sebagai Ketua Keluarga) haruslah mempelajari katekismus dengan lebih mendalam dan tekun. Majoriti umat sekarang tidak memahami/mengetahui ajaran asas (dan sebenar), doktrin dan dogma Gereja Roman Katolik. Ramai antara kita hanya berpegang kepada pendapat atau pengertian masing-masing. Saya masih teringat akan ajaran seorang paderi muda semasa saya di Tingkatan enam, beliau berkata pada akhir khutbahnya bahawa ’sekiranya saudara saudari tidak bersetuju semuanya dengan apa yang telah saya cakapkan pada pagi ini, cukuplah jika sekadar 10% sahaja yang dibawa keluar dari Gereja dan dijadikan sebagai pedoman hidup’ (begitulah lebih kurang). Ajaran ini sebenarnya menyesatkan ramai umat. Sama ada seseorang umat itu Katolik 100% atau umat itu bukan Katolik. Umat tidak diperbolehkan menolak walaupun 1% pun ajaran, doktrin dan dogma Katolik.
kenapa kita tidak berkerja sama untuk membangunkan gereja kita sendiri, sebaliknya anda melemahkan lagi semangat belia2 muda untuk melayani, terutamanya belia perempuan (ALTAR GIRL)….
Pengarang: Adakah sdr Jaya percaya bahawa belia perempuan berhak atau diperbolehkan melayani sebagai pelayan perempuan? Perlu disedari bahawa pelayan wanita ini hanya wujud dalam dunia Katolik selepas Konsili Vatican II. Sebelum ini, wanita adalah DILARANG melayani di ’sanctuary’. Jadi, ‘altar girl’ merupakan ajaran baharu dan dimulakan dalam gereja Protestant. Kenapakah Gereja Katolik lebih menyerupai (atau mengikuti) trend gereja Protestant? Setiap lelaki dan wanita mempunyai peranan yang berlainan, masing-masing diciptakan oleh Tuhan Allah menurut kemahuan-Nya.
saya percaya pada TUHAN…dan tiada yang mustahil bagi orang yang percaya…
saya mendoakan anda supaya berjaya membantu gereja kita dan dapat bersama2 menyelesaikan masalah yang kita hadapi ini…
Pengarang: Apakah masalah yang sdr Jaya maksudkan? Isu tentang ‘altar girl’? Atau isu tentang bagaimana membangunkan Gereja? Atau isu tentang blog ini yang melemahkan semangat belia perempuan? Atau adakah Gereja dikatakan MEMBANGUN dengan adanya ‘altar girl’? Adakah kehadiran ‘altar girl’ ini merupakan petunjuk bahawa Gereja kita sudah semakin MEMBANGUN?
19 Ogos 2008 at 5:16 pm
“Pada tahun 1994, sesudah perdebatan bertahun-tahun, Congregation de Divinis Officiis (Kongregasi untuk ibadat) memutuskan bahwa wanita (termasuk anak-anak perempuan) dapat membantu Misa sebagai putri Altar.”
Ini saya baca dari buku :
(Katolisisme: Teologi bagi kaum awam; Thomas P Rausch, Agus M Hardjana; Kanisius, 2005; hal 350.)
Maka sampai sekarang di Paroki-ku, ada altar girls (putri altar), apa ini salah ?
19 Ogos 2008 at 11:57 pm
Adakah itu bermaksud larangan oleh Paus Yohanes Paulus II (1980) telah dibatalkan oleh keputusan yang dibuat oleh Congregation de Divinis Officiis 1994? Adakah larangan ini dilihat sebagai peraturan disiplin sahaja? Adakah ia terpisah daripada ajaran moral dan iman?
Ditambah pula, adakah penglibatan wanita dan anak-anak perempuan (sebagai putri altar) telah menghasilkan buah-buah yang baik?
Lihat sahaja patung Bonda Maria yang sentiasa bertudung (menutup kepala). Adakah pada suatu hari nanti, manusia akan membukakan tutup kepala Bonda Maria seperti yang berlaku di dalam Gereja sekarang apabila wanita dan anak-anak perempuan yang melayani di altar didapati mendedahkan kecantikan mereka tanpa segan silu di hadapan semua umat! Di mana letaknya modesty?
Apabila wanita dan anak-anak perempuan semakin aktif mengambil alih tugas-tugas atau peranan kaum lelaki, didapati kaum lelaki semakin ‘kehilangan’ di dalam Gereja? Kaum lelaki dilihat menjadi lebih pasif dan hanya menunggu dan melihat. Malah jumlah panggilan menjadi paderi juga semakin berkurangan termasuk panggilan untuk menjalani kehidupan sebagai brother dan sister.
Lihatlah di sekeliling, para sister juga semakin berani membuka tutup kepala dan memakai skirt pendek! Adakah ini bukan satu dosa? Apa ini tidak salah?
Adakah Gereja telah silap sepanjang 2000 tahun yang lalu apabila melarang keras wanita daripada melayani di sanctuary?