Puteri Altar Melanggar Adat Tradisi Gereja

Saya kerap ke Gereja SFX, Keningau menghadiri Misa Kudus jam 7.30 pagi dan pada minggu yang lepas, saya dapat perhatikan bahawa bilangan pelayan perempuan (altar girls) semakin bertambah ramai malah melebihi bilangan pelayan lelaki (altar boys). Saya juga dapat perhatikan bahawa pelayan perempuan agak ‘tidak serius’ apabila melayani kerana kebanyakan mereka akan melihat ke kiri atau ke kanan dan bukannya menumpukan perhatian sepenuhnya ke altar. Mereka juga mudah ‘terketawa’ apabila membuat kesilapan dan lebih kerap berbisik-bisik antara satu sama lain. Persoalannya di sini ialah adakah pelayan perempuan dibenarkan melayani di altar kerana selama ini hanya pelayan lelaki yang dibenarkan seperti amalan suci Tradisi Gereja. Saya telah membuat semakan beberapa dokumen rasmi Gereja dan saya terkejut dengan pendedahan ini:

“7. In conformity with norms traditional in the Church, women (single, married, religious), whether in churches, homes, convents, schools, or institutions for women, are barred from serving the priest at the altar.” Dipetik daripada Liturgicae Instaurationes Sacred Congregation for Divine Worship Instruction on the orderly carrying out of the Constitution on the Liturgy, September 5, 1970
(http://www.adoremus.org/LiturgicaeInstaurationes.html)

“18. There are, of course, various roles that women can perform in the liturgical assembly: these include reading the Word of God and proclaiming the intentions of the Prayer of the Faithful. Women are not, however, permitted to act as altar servers.(27)” – Dipetik daripada Inaestimabile Donum Instruction Concerning Worship of the Eucharistic Mystery Sacred Congregation for the Sacraments and Divine Worship – Approved and Confirmed by His Holiness Pope John Paul II April 17, 1980 (http://www.adoremus.org/InaestimabileDonum.html)

Daripada petikan fakta di atas, kita dapat simpulkan bahawa wanita atau perempuan tidak dibenarkan menjadi pelayan altar seperti altar girls. Persoalannya sekarang, kenapakah di Gereja SFX, Keningau, pelayan altar perempuan menjadi kebiasaan dan bilangan mereka semakin bertambah dan lebih ramai daripada pelayan lelaki (altar boys). Pelayan lelaki bilangannya semakin merosot. Setahu saya, pelayan perempuan (malah paderi wanita) hanya wujud dalam Gereja Protestan seperti Gereja Anglican. Mungkinkah pada suatu hari nanti, Gereja kita juga akan dilayani oleh paderi wanita?

Respon daripada pihak pembaca amatlah dialu-alukan. Semoga kita tidak berhenti mencari kebenaran kerana Yesus adalah Kebenaran. Apabila kita mencari Kebenaran, kita mencari Yesus. Semoga kita sudi membuka pintu hati yang sentiasa diketuk oleh Yesus, Raja kita, Raja segala raja.


  1. author

    Pada hari ini, saya memerhati perjalanan Misa Kudus jam 7.30 am di SFX, Keningau. Seperti setiap minggu, altargirls lebih banyak daripada altarboys. Melalui pemerhatian, saya dapati altargirls lebih banyak membuat pergerakan yang tidak perlu seperti membetulkan rambut mereka yang panjang dan meluruskan baju mereka, melihat ke kiri dan ke kanan (saya tidak tahu kenapa), mengelap muka mereka dan sesekali mereka akan berbisik atau berhubungan antara satu sama lain. Pergerakan altarboys pula adalah pada tahap minimum seperti yang menjadi kebiasaan.

  2. bryan

    saya berfikir bahawa saudara perlulah terbuka untuk dalam hidup berkomuniti. Soalan saya, jikalau paroki kekurangan belia lelaki yang bersedia untuk melayani di dalam gereja, apakah penyelesaiannya? Secara jujur, adakah saudara (jika mempunyai anak lelaki) menggalakkan anak saudara untuk melayani di dalam gereja sesuai dengan komen yang saudara berikan? Saya melihat bahawa saudara terganggu oleh persekitaran, sehinggakan saudara tidak dapat menumpukan perhatian dalam misa. walau bagaimanapun, secara psikologi, perbuatan yang dilakukan oleh pelayan alter perempuan adalah secara semula jadi, seperti yang dilakukan oleh anak saudara (jika ada anak perempuan) dalam kehidupan seharian. (Rujuk Marla Sanzone, Ph.D., a clinical psychologist in Annapolis, Maryland).

  3. bryan

    “Mungkinkah pada suatu hari nanti, Gereja kita juga akan dilayani oleh paderi wanita?” Sister selalu melayani gereja sewaktu ketiadaan father, adakah ini berbeza daripada idea di atas?

  4. Saudara Bryan,
    Apakah maksud ‘hidup berkomuniti’? Adakah saudara bermaksud kita mengamalkan kehidupan berkomuniti dengan tidak mengendahkan lagi Tradisi Suci Gereja dan mewujudkan satu budaya Katolik yang baru? Adakah saudara pasti bahawa dokumen rasmi Gereja yang tidak membenarkan pelayanan wanita di Altar telah dimansuhkan? Adakah pakar rujuk “Marla Sanzone, Ph.D., a clinical psychologist in Annapolis, Maryland” beragama Katolik? Kenapakah saudara berpegang kepada dokumen manusiawi dan menginjak-injak dokumen rasmi Gereja?

    Persoalan seterusnya, adakah saudara menyokong diwujudkan ‘paderi wanita’ dan tidak ada halangan kepada pelayanan wanita di Gereja? Jika begitu, maka saudara menolak secara terang-terangan Tradisi Gereja, Kitab Suci dan juga larangan Paus. Adakah saudara masih beragama Katolik? Atau sekarang telah memeluk agama Protestan?

  5. dee

    saudara,mmg btul altar girls x dibenarkan sebelum ni…tp sy membaca artikel herald baru2 mengatakan altar girls dibenarkan ttp pastikan bilangnnya tidak melebihi altar boys je.Tp klu sesebuah gereja itu kekurangan belia lelaki? apa yg saudara nk lakukan….fikir2kan la….mana lelaki skg? klu kat gereja kebanyakannya perempuan yg menghadiri misa kudusn….lelaki pula? entahla

  6. Saudara/i Dee,
    Kenapakah Gereja tidak membenarkan pelayanan wanita di Altar? Adakah larangan ini bersifat disiplin sahaja semata-mata dan berasal daripada budaya setempat (iaitu budaya orang Roma)? Atau adakah larangan ini merupakan Tradisi Suci (larangan yang datangnya daripada Tuhan) dan tercatat dalam Kitab Suci? Sekiranya larangan ini benar-benar berasal daripada Tradisi Suci dan juga jelas tercatat dalam Kitab Suci, adakah Gereja mempunyai kuasa mengubah Hukum Tuhan?

    Bolehkah saudara nyatakan pautan atau link artikel daripada Herald supaya saya sendiri dapat membaca dan menganalisis isi kandungannya? Benarkah Gereja kekurangan (belia) umat lelaki? Ke mana pergi kaum lelaki yang saudara maksudkan? Saya tidak fikir ada bukti kukuh yang menyokong pemerhatian saudara. Sebenarnya, umat lelaki ramai (kalau tidak pun seramai kaum wanita) tetapi yang menjadi akar permasalahan di sini ialah kaum lelaki semakin ‘lembut’ dan terlalu mengharapkan kaum wanita melakukan segala-galanya termasuk pelayanan di Altar. Kaum wanita pula, yang mahu dirinya disamakan dengan lelaki (dosa Eve semasa di Taman Eden), tanpa segan silu, menolak larangan Tuhan dan mengambil peranan lelaki di Gereja.

    Sekiranya benar lelaki semakin berkurangan, itu bermaksud semakin ramai lelaki (terutama bapa-bapa) sudah tidak lagi memiliki iman Katolik. Di manakah silapnya? Mungkinkah bapa-bapa tidak lagi mempercayai ajaran, doktrin, dogma Gereja yang sudah diubah oleh Gereja itu sendiri sehingga menjadi agama baru yang masih memakai nama Katolik tetapi mirip Gereja Protestan!

  7. pelayan altar

    Hai Author,

    Saya seorang pelayan altar di salah sebuah gereja di Kota Kinabalu. Ketika mencari-cari artikel sesuai untuk diketengahkan pada bengkel Altar Server, saya ‘ter’kunjung blog saudara dan sempat membaca few articles.

    well, it is interesting to find out that u are so very concern on the Catholic Faith and its tradition. It’s hard to find people like u at this information age. I would like to express my very own opinion and its nothing personal. Just an opinion. First, i got to admit that i am very ‘noob’ and so not aware of our Catholic tradition. I have very limited knowledge on on faith, which most of it i got from attending seminars and retreat.. and of course presented verbally without any ‘prove’.. but based on Bible verse and excerption.

    Author: Well then, if that is the case, what about you? Do you love our Catholic Faith and the Sacred Tradition (spelt with the capital ‘T’)? I was like you before, ignorant of the true teaching of the Catholic Church. The Truth cannot simply falls from the sky. We need to learn the Truth because Jesus is the Truth. Seek the Truth and you will find Jesus. And the Truth can be found in the 2000 years old Catholic teaching (not the modernized conciliar Church of the Vatican II).

    I used to be someone who like to ask impossible ‘thing’ about our bible.. but every time i asked the speakers or priest, they will ask me to “not to take the bible literally”. Which, in my point of view, is so very true because religion is called religion for its mysterious and sacred way of teaching.

    Thus, i will say that you are taking the tradition conservatively without giving any room of flexibility. Flexibility is considered very important in reaching the people from all around the world, to make Christ known to all, regardless of their race and country. For me, (and maybe for the church as well), we need to change something (within our tradition) to realizes those mission. BUT it doesn’t mean we need to change the Doctrine of the Church. We maybe change on “HOW” we pray, but still we pray to our Christ.

    Author: How would you define ‘flexibility’? How are you going to differentiate between human tradition and the Sacred (Divine) Tradition? Does the Church (or even the Pope) has the authority to change the Sacred Tradition? What is Sacred Tradition? We need to know what Sacred Tradition is before we can comment anything about it.

    So for me i dont give a damn on whether the altar server is a girl or a boy. As long as we don’t change on who we are worshiping.

    Author: If your argument is correct, then the Catholic Church should not ban women priests, because as you said: ‘who we are worshiping’ is more important. Do you support the ordinations of women as priests?

    In addition, as you mentioned in your article, “In conformity with norms traditional in the Church, women (single, married, religious), whether in churches, homes, convents, schools, or institutions for women, are barred from serving the priest at the altar”…… i would like to highlight the word “tradition”… Its Tradition, which means based on human way of doing thing and not CHRIST.

    Author: Please understand what Sacred Tradition is before making any opinions regarding this matter. It is clearly stated in the official documents of the Church that women are barred from serving the priest at the altar: Liturgicae Instaurationes Sacred Congregation for Divine Worship Instruction on the orderly carrying out of the Constitution on the Liturgy, September 5, 1970 dan Inaestimabile Donum Instruction Concerning Worship of the Eucharistic Mystery Sacred Congregation for the Sacraments and Divine Worship – Approved and Confirmed by His Holiness Pope John Paul II April 17, 1980. Adakah sdr/i percaya bahawa kedua-dua dokumen ini telah dihapuskan oleh Gereja?

    Just a simple idea… If The Catholic Church is so very strict and conserve on its tradition.. why we are not celebrating our Mass in Latin, all words and songs should be in Latin.. cuz its the tradition rite… And Why the Church allowed Pope to be from various countries and different tradition of living in their original country? Shouldn’t the pope be from the same country with St. Peter?

    Author: Again, you need to study more on the Sacred Tradition of the Church. Sacred Tradition means the Truth which was passed down to us orally from one generation to another. Truth cannot change because God is the Truth and God cannot change. Please refer to other articles on this blog regarding the issues of Traditional Latin Mass. Please do not get confused between human tradition and Sacred Tradition. The pope is elected by the majority of cardinals.

    It happened because we need to see the overall and have a bird view on certain issues and not only the so-called tradition. Christ even let Mary Magdelene to serve Him when He went to their house. Why Priest cannot be helped by Altar GIRLS?????

    Author: Please read these entire documents: Liturgicae Instaurationes Sacred Congregation for Divine Worship Instruction on the orderly carrying out of the Constitution on the Liturgy, September 5, 1970 dan Inaestimabile Donum Instruction Concerning Worship of the Eucharistic Mystery Sacred Congregation for the Sacraments and Divine Worship – Approved and Confirmed by His Holiness Pope John Paul II April 17, 1980.

  8. jaya??

    “TIADA YANG MUSTAHIL BAGI ORANG YANG PERCAYA”.

    ini la tema rekoleksi Altar Server d gereja kami, yg kami laksanakan baru2 ni… seperti umat yg lain, saya jg sdh lama melayani sbg altar server dan sgt bimbang tentang keadaan yg melanda gereja kita sejak kbelakangan ni..

    spt yg anda (SIAPA2 SJ YG TERASA) katakan, kenapa bilangan pelayan perempuan (altar girls) semakin bertambah ramai malah melebihi bilangan pelayan lelaki (altar boys)… cuba la lihat d gereja anda sendiri, adakah belia2 lelaki lebih aktif dan berminat dgn aktiviti gereja? huhuhu, anda sendiri sudah tentu tahu…

    kenapa hendak mempertikaikan kelemahan2 ini dan serta merta menghakimi semua orang hanya melalui kelakuan @ kelemahan yang mereka ada seperti melihat ke kiri atau ke kanan dan bukannya menumpukan perhatian sepenuhnya ke altar, juga mudah ‘terketawa’ apabila membuat kesilapan dan lebih kerap berbisik-bisik antara satu sama lain….

    pernahkah anda melakukan sesuatu dengan sempurna?
    pernahkah anda melayai sbg pelayan altari?
    atau mungkinkah anda ini seorang, pelayan komuni atau kategis, atau missionari atau father?

    kalau anda salah satu drp d atas, bagus…
    kenapa tidak membantu kami untuk menjadi lebih sempurna?
    kenapa tidak tampil ke hadapan dan membantu kami supaya dapat membantu diri kami sendiri menjadi lebih baik dari diri kami sekarang?

    fikirlah, mungkin anda dapat membantu gereja2 kita sekarang untuk membangun..
    dan lagi satu, kekurangan belia2 lelaki dalam pelayanan memang sangat ketara. kenapa???
    hmmm, saya pn tidak tahu…
    kenapa kita tidak berkerja sama untuk membangunkan gereja kita sendiri, sebaliknya anda melemahkan lagi semangat belia2 muda untuk melayani, terutamanya belia perempuan (ALTAR GIRL)….

    saya percaya pada TUHAN…dan tiada yang mustahil bagi orang yang percaya…
    saya mendoakan anda supaya berjaya membantu gereja kita dan dapat bersama2 menyelesaikan masalah yang kita hadapi ini…

  9. ini la tema rekoleksi Altar Server d gereja kami, yg kami laksanakan baru2 ni… seperti umat yg lain, saya jg sdh lama melayani sbg altar server dan sgt bimbang tentang keadaan yg melanda gereja kita sejak kbelakangan ni..

    Pengarang: Sila kongsikan kebimbangan sdr Jaya dengan lebih spesifik supaya dapat dibicarakan dengan lebih lanjut.

    spt yg anda (SIAPA2 SJ YG TERASA) katakan, kenapa bilangan pelayan perempuan (altar girls) semakin bertambah ramai malah melebihi bilangan pelayan lelaki (altar boys)… cuba la lihat d gereja anda sendiri, adakah belia2 lelaki lebih aktif dan berminat dgn aktiviti gereja? huhuhu, anda sendiri sudah tentu tahu…

    Pengarang: Apakah pendapat sdr Jaya tentang sebab pengurangan ketara atau ‘kehilangan’ pelayan lelaki pada masa sekarang? Dari atau di manakah puncanya?

    kenapa hendak mempertikaikan kelemahan2 ini dan serta merta menghakimi semua orang hanya melalui kelakuan @ kelemahan yang mereka ada seperti melihat ke kiri atau ke kanan dan bukannya menumpukan perhatian sepenuhnya ke altar, juga mudah ‘terketawa’ apabila membuat kesilapan dan lebih kerap berbisik-bisik antara satu sama lain….

    Pengarang: Saya membuat andaian bahawa sdr Jaya menujukan soalan-soalan itu kepada pengarang blog ini. Pelayanan di Altar merupakan suatu pelayanan yang SUCI dan KUDUS kerana kita semua akan berada dalam kehadiran Tuhan Allah. Mereka yang berada dalam kawasan ‘sanctuary’ atau kawasan Altar tidak sepatutnya memperlekehkan (atau mempermainkan) akan kehadiran Tuhan Allah. Perlakuan seperti ‘melihat ke kiri dan ke kanan’ atau ‘terketawa’ atau ‘berbisik-bisik antara satu sama lain’ merupakan perlakuan yang tidak boleh diterima. Tetapi persoalan pokok di sini bukanlah terletak pada perilaku pelayan wanita ini tetapi adakah pelayan perempuan dibenarkan melayani di altar kerana selama ini hanya pelayan lelaki yang dibenarkan seperti amalan suci Tradisi Gereja?

    pernahkah anda melakukan sesuatu dengan sempurna?
    pernahkah anda melayai sbg pelayan altari?
    atau mungkinkah anda ini seorang, pelayan komuni atau kategis, atau missionari atau father?

    Pengarang: Setiap umat mempunyai anugerah atau karunia yang berbeza-beza sesuai dengan kekuatan atau bakat masing-masing. Pelayanan seperti pelayan komuni, katekis, missionary atau paderi merupakan pelayanan untuk Tuhan Allah tetapi pelayanan itu haruslah dalam KEBENARAN kerana umat hanya diperbolehkan menyembah Tuhan dalam Kebenaran. Sebagai contoh: istilah atau jawatan ‘pelayan komuni’ (atau communion minister) sebenarnya tidak ‘terpakai’ dalam Gereja Roman Katolik. Istilah yang tepat ialah ‘extraordinary minister’. Tetapi ‘extraordinary minister’ ini hanya digunakan semasa darurat. Contoh keadaan darurat ialah seperti pada zaman perang apabila seorang umat bukan paderi terpaksa membawa lari Komuni Kudus demi menyelamatkan-Nya daripada dihina (seperti dipijak-pijak) oleh askar penjajah. Sekali lagi pokok persoalannya ialah: adakah pelayan perempuan dibenarkan melayani di altar kerana selama ini hanya pelayan lelaki yang dibenarkan seperti amalan suci Tradisi Gereja?

    kalau anda salah satu drp d atas, bagus…
    kenapa tidak membantu kami untuk menjadi lebih sempurna?
    kenapa tidak tampil ke hadapan dan membantu kami supaya dapat membantu diri kami sendiri menjadi lebih baik dari diri kami sekarang?

    Pengarang: Inilah tujuan blog ini ditulis untuk menyedarkan uskup, paderi dan juga umat tentang ajaran Gereja Katolik yang sebenarnya. Pelayanan wanita di ‘sanctuary’ haruslah dihentikan serta merta. Pelayan altar haruslah dikhaskan untuk lelaki sahaja. Kaum wanita mempunyai peranan yang lain.

    fikirlah, mungkin anda dapat membantu gereja2 kita sekarang untuk membangun..
    dan lagi satu, kekurangan belia2 lelaki dalam pelayanan memang sangat ketara. kenapa???
    hmmm, saya pn tidak tahu…

    Pengarang: Langkah awal untuk Gereja membangun adalah setia kepada Tradisi Suci Gereja Roman Katolik. Langkah keseterusnya ialah setiap umat (terutama para bapa-bapa sebagai Ketua Keluarga) haruslah mempelajari katekismus dengan lebih mendalam dan tekun. Majoriti umat sekarang tidak memahami/mengetahui ajaran asas (dan sebenar), doktrin dan dogma Gereja Roman Katolik. Ramai antara kita hanya berpegang kepada pendapat atau pengertian masing-masing. Saya masih teringat akan ajaran seorang paderi muda semasa saya di Tingkatan enam, beliau berkata pada akhir khutbahnya bahawa ‘sekiranya saudara saudari tidak bersetuju semuanya dengan apa yang telah saya cakapkan pada pagi ini, cukuplah jika sekadar 10% sahaja yang dibawa keluar dari Gereja dan dijadikan sebagai pedoman hidup’ (begitulah lebih kurang). Ajaran ini sebenarnya menyesatkan ramai umat. Sama ada seseorang umat itu Katolik 100% atau umat itu bukan Katolik. Umat tidak diperbolehkan menolak walaupun 1% pun ajaran, doktrin dan dogma Katolik.

    kenapa kita tidak berkerja sama untuk membangunkan gereja kita sendiri, sebaliknya anda melemahkan lagi semangat belia2 muda untuk melayani, terutamanya belia perempuan (ALTAR GIRL)….

    Pengarang: Adakah sdr Jaya percaya bahawa belia perempuan berhak atau diperbolehkan melayani sebagai pelayan perempuan? Perlu disedari bahawa pelayan wanita ini hanya wujud dalam dunia Katolik selepas Konsili Vatican II. Sebelum ini, wanita adalah DILARANG melayani di ‘sanctuary’. Jadi, ‘altar girl’ merupakan ajaran baharu dan dimulakan dalam gereja Protestant. Kenapakah Gereja Katolik lebih menyerupai (atau mengikuti) trend gereja Protestant? Setiap lelaki dan wanita mempunyai peranan yang berlainan, masing-masing diciptakan oleh Tuhan Allah menurut kemahuan-Nya.

    saya percaya pada TUHAN…dan tiada yang mustahil bagi orang yang percaya…
    saya mendoakan anda supaya berjaya membantu gereja kita dan dapat bersama2 menyelesaikan masalah yang kita hadapi ini…

    Pengarang: Apakah masalah yang sdr Jaya maksudkan? Isu tentang ‘altar girl’? Atau isu tentang bagaimana membangunkan Gereja? Atau isu tentang blog ini yang melemahkan semangat belia perempuan? Atau adakah Gereja dikatakan MEMBANGUN dengan adanya ‘altar girl’? Adakah kehadiran ‘altar girl’ ini merupakan petunjuk bahawa Gereja kita sudah semakin MEMBANGUN?

  10. Yohan

    “Pada tahun 1994, sesudah perdebatan bertahun-tahun, Congregation de Divinis Officiis (Kongregasi untuk ibadat) memutuskan bahwa wanita (termasuk anak-anak perempuan) dapat membantu Misa sebagai putri Altar.”
    Ini saya baca dari buku :
    (Katolisisme: Teologi bagi kaum awam; Thomas P Rausch, Agus M Hardjana; Kanisius, 2005; hal 350.)
    Maka sampai sekarang di Paroki-ku, ada altar girls (putri altar), apa ini salah ?

  11. Adakah itu bermaksud larangan oleh Paus Yohanes Paulus II (1980) telah dibatalkan oleh keputusan yang dibuat oleh Congregation de Divinis Officiis 1994? Adakah larangan ini dilihat sebagai peraturan disiplin sahaja? Adakah ia terpisah daripada ajaran moral dan iman?

    Ditambah pula, adakah penglibatan wanita dan anak-anak perempuan (sebagai putri altar) telah menghasilkan buah-buah yang baik?

    Lihat sahaja patung Bonda Maria yang sentiasa bertudung (menutup kepala). Adakah pada suatu hari nanti, manusia akan membukakan tutup kepala Bonda Maria seperti yang berlaku di dalam Gereja sekarang apabila wanita dan anak-anak perempuan yang melayani di altar didapati mendedahkan kecantikan mereka tanpa segan silu di hadapan semua umat! Di mana letaknya modesty?

    Apabila wanita dan anak-anak perempuan semakin aktif mengambil alih tugas-tugas atau peranan kaum lelaki, didapati kaum lelaki semakin ‘kehilangan’ di dalam Gereja? Kaum lelaki dilihat menjadi lebih pasif dan hanya menunggu dan melihat. Malah jumlah panggilan menjadi paderi juga semakin berkurangan termasuk panggilan untuk menjalani kehidupan sebagai brother dan sister.

    Lihatlah di sekeliling, para sister juga semakin berani membuka tutup kepala dan memakai skirt pendek! Adakah ini bukan satu dosa? Apa ini tidak salah?

    Adakah Gereja telah silap sepanjang 2000 tahun yang lalu apabila melarang keras wanita daripada melayani di sanctuary?

  12. hai..
    kenapa asyik mempersoalkan..bersyukurlah ada orang murah hati melayani.. orang bilang lihat dengan mata iman bukan fikiran manusiawi semata-mata..nampaknya anda tidak menghayati renungan risalah mingguan..apa yang anda katakan adalah cerminan diri anda dan anda sedang mempersoalkan iman anda sendiri… tq

    • Ada banyak cara untuk kaum wanita melayani, kenapa harus membuka tudung dan mengambil peranan altarservers yang dikhaskan untuk lelaki sahaja sejak dulu. Altarboys bertujuan untuk menjadi paderi pada masa akan datang. Altargirls bertujuan untuk apa?

      Saya banyak menimbulkan soalan-soalan penting yang harus dijawab. Kenapa saudara noemi enggan menjawab mana-mana satu soalan? Bukan Gereja melarang kewujudan ‘altargirls’??

      Iman siapakah yang bermasalah sebenarnya?

  13. Di St. Catherine Inanam, pelayan altar adalah wanita. Demikian juga di Sunsuron Tambunan. Adakah ia disebabkan remaja lelaki malu duduk di altar mengiringi pemimpin umat untuk melayani?

    • Penglibatan wanita di altar adalah mendukacitakan. Ia bertentangan dengan ajaran Alkitab dan juga Tradisi. Walaupun tidak ada altar server (lelaki), ia bukan penghalang untuk Paderi melaksanakan kebaktian Misa Kudus. Kenapa perlu ada altargirls? Saya serahkan kepada para pembaca untuk memikirkan ‘tujuan’ dibenarkan ‘altargirls’ dalam pelayanan di altar.

      • pro & cons

        sila rujuk kpd HERALD keluaran bulan ogos, putri altar “telah dipuji”…bg saya gender itu x ada bezanya pada Tuhan…sesiapa yg merasa tpanggil…ya silakan… yesus punturut mgatakan..”biarlah anak2 datang kepadaku”…kadang2 manusiawi memandang kpd isu2 spt ini,mpertikaikan & tidak puas hati….wluapapun…kalau ikhlas melayani…para altar boys n girls…silakan..jgn goyah teruskan melayani

        • Mari kita lihat kembali kenapa wanita tidak dibenarkan melayani di altar. Sebabnya ialah setiap lelaki dan wanita telah diberikan peranan atau tugas yang spesifik dalam pelayanan untuk Allah Tritunggal seperti yang dinyatakan dalam ajaran Traditi.

          Dokumen rasmi Gereja iaitu Liturgicae Instaurationes Sacred Congregation for Divine Worship Instruction on the orderly carrying out of the Constitution on the Liturgy, September 5, 1970 dan Inaestimabile Donum Instruction Concerning Worship of the Eucharistic Mystery Sacred Congregation for the Sacraments and Divine Worship – Approved and Confirmed by His Holiness Pope John Paul II April 17, 1980 telah menerangkan kenapa wanita dihalang daripada melayani di Gereja.

          Adakah surat khabar Herald mempunyai autoriti lebih tinggi daripada larangan Pope?

          Lihat sahaja kesan altar girls. Mereka tidak memakai tutup kepala seperti Bonda Maria.

  14. robertus redi

    Senang rasanya dapat melihat satu website yang menggunakan akal untuk beriman (fides et ratio). menurut saya, sejak awal Gereja memang tidak ada satu tradisipun yang membolehkan pelayan altar wanita. ada usaha untuk membolehkan praktik pelayan altar wanita (di Indonesia disebut Puteri Altar). Namun, hal itu ditentang oleh Gerehja, bahkan di beberapa waktu, hal itu dikutuk oleh takhta suci. beberapa dokumen Gereja dapat disebutkan.
    namun, keinginan agar wanita dapat melayani altar juga sangat kuat di dalam Gereja Basis (komunitas-komunitas Gereja lokal [keuskupan-keuskupan]. apalagi, akolit juga semakin jarang mengingat yang dilantik menjadi akolit hanyalah para frater atau calon imam.
    desakan yang kuat dari Gereja lokal, untuk beberapa saat masuh dapat dihalang-halangi oleh Vatikan pada saat setelah Konsili Vatikan II diadakan.
    berdasarkan Kitab Hukum Kanonik 1983, ada interpretasi perihal satu kanon yang memungkinkan praktik pelayan altar wanita. Pada tahun 1994, seperti yang sudah dikatakan oleh banyak penulis sebelumnya, akhirnya takhta suci menyetujui adanya pelayan altar wanita, dengan beberapa catatan: wanita dapat melayani altar sejauh diperlukan, sesuai dengan kebutuhan diosesan. itu artinya, kebijakan perihal perlu tidaknya pelayan altar wanita, diserahkan kepada para uskup selaku Gembala Gereja Lokal.
    Jadi, tidak ada yang salah dalam praktik pelayan altar wanita… jika penghayatan mereka ketika bertugas justru menjadi batu sandungan bagi hidup iman umat, tentu saja ini hanya persoalan praktis. bimbinglah pelayan altar itu menjadi pelayan yang baik, yang membangun iman umat secara keseluruhan. aneh rasanya jika yang salah itu prasis penghayatan mereka ketika bertugas, lalu mereka mau ditiadakan dalam pelayanan. pelayan altar laki-laki juga dapat melakukan kesalahan yang sama, bukan? yang lebih penting disadari lagi, dengan menjadi pelayan altar wanita, mereka semakin didekatkan dengan altar. memang benar, banyak cara orang berpartisipasi aktif di dalam liturgi seperti yang dianjurkan KV II dalam SC. namun, bila Gereja telah memberi kesempatan, pergunakan itu sebagai jalur rahmat yang besar bagi perkembangan komunitas Gereja.
    mohon maaf apabila ada tulisan yang tidak berkenan…

  15. Dalam praktiknya saya melihat banyak paroki yang memperbolehkan putri altar. Dan khususnya di tempat saya, jumlah putri altar lebih banyak dari putra altar, dan saya melihat mereka bisa bertugas dengan lebih khusuk. Jadi mengapa harus mempermasalahkan gender. Bukankan kita semua sama di mata Tuhan.

    • Isunya di sini bukan kerana gender tapi peranan yang diperbolehkan oleh Gereja untuk kaum wanita. Seperti yang saya tulis dalam artikel di atas bahawa tugas melayani di altar hanya untuk kaum lelaki sahaja.

      Jika argumen bahawa kita semua sama di mata Tuhan, maka kenapa tidak harus kita juga menerima paderi wanita?

      Jika tindakan Gereja bersesuaian dengan Tradisi, maka harus diperjelaskan kenapa wanita dan juga altar putri tidak lagi memakai tudung kepala?

  16. paul

    Saudara/i penulis yang dikasihi, bukannya mudah menemui peribadi seperti anda. Banyak persoalan yang mungkin bisa dikongsi pada masa-masa mendatang. Saya melihat anda sangat praktis kepada tradisi gereja, tambahan pula saya sendiri percaya akan kepentingan posisi TRADISI sebagai penentu kepada corak BUDAYA sesuatu komiti apalagi komuniti… dan begitulah juga dalam gereja. Nampaknya cabaran yang dihadapi oleh umat beriman pada zaman dahulu dan sehingga kini telah semakin rumit dan semakin kompleks, sama seperti kegagalan2 yg pernah kita alami dalam kehidupan harian kita menjadikan kita berusaha mencari PENDEKATAN BAHARU ke arah kebaikan masa akan datang, ia tidak bermaksud merosakkan keyakinan asal kita terhadap kebenaran. Iman asas saya sbg katolik ialah`Mengasihi Tuhan Allahmu…dan mengahisi sesamamu manusia’

  17. ‘Pendekatan Baharu’ yang dimaksudkan telah menyebabkan ajaran benar agama Katolik terpesong sehingga merosakkan iman kebanyakan umat Katolik. Iman Katolik terletak kepada penerimaan sepenuh hati kita akan semua Kebenaran yang diwahyukan oleh Tuhan Allah melalui Gereja-Nya. Iman yang benar disandarkan kepada semua benar ajaran, doktrin dan dogma Katolik.

    • paul

      Saya bukanlah seorng pembaca alkitab yang aktif, namun adakalanya saya berusaha juga mendalami penghayatan terhadap serba sedikit sabda Tuhan. Saya juga punya alasan tersendiri mengapa tradisi itu saya letakkan sebagai syarat nombor dua. Saya meyakini konsep pembaharuan kerana percaya itu juga adalah sebahagian daripada rencana dalam alkitab, namun saya tidak bermaksud menjadikan idealogi ini harus diterima oleh orang lain pula ..Saya benar2 yakin bahawa IMAN KATOLIK yang kita terima adalah sama, namun penyelewengan dalam ajaran akibat daripada pergantungan fahaman seseorang terhadap ideologinya (pengkajian alkitab tanpa mendapat bimbingan Roh Kudus) tidak dapat kita nafikan, w/bgaimanapun hal ini tidak sepatutnya menjadi alasan untuk greja tidak boleh melakukan pembaharuan demi untuk kepentingan perwartaan kebenaran. St. Paulus sendiri pada zaman kehidupan para rasul telah menyarankan agar `sunat’ secara fizikal tidak lagi dilakukan terhadap masy bukan yahudi, pembaharuan ini telah diterima oleh St. Petrus (selaku Seri Paus) dan keputusan ini telah dibuat setelah perbincangan di kalangan para rasul, perkara itu terus berlaku sehingga kini termasuklah kita sendiri sewaktu menerima pembaptisan. Saya berpendapat jika PEMBAHARUAN ini tidak dilakukan oleh gereja sudah tentu ia akan menjadi penghalang kepada masyarakat asia pada waktu itu untuk menerima KEBENARAN. Mohon bantu saya dalam memahami keadaan ini.

      • Mengikut ajaran Tradisi Gereja, umat Katolik mempelajari imannya melalui khutbah Paderi setiap minggu atau mengikuti Kelas Katekismus. Jika Paderi tidak lagi mengajar doktrin yang benar, maka harus kita mempelajarinya sendiri melalui pembacaan buku-buku Katolik yang menyokong ajaran Tradisi atau mencarinya di laman web seperti http://www.fisheaters.com atau http://www.sspx.org.

        Yesus tidak pernah mengajar supaya umat membaca Alkitab. Bukan Alkitab yang mengajar umat tetapi sebenarnya itu adalah tugas Gereja (atau Paderi).

        Kebenaran datang daripada Tuhan Allah, bukannya daripada pemikiran manusia yang menganggap dirinya bijak dan cukup pintar sehingga mengatasi Kebjijaksanaan Allah.

        Iman IALAH penerimaan sepenuh hati (tanpa ragu-ragu) semua Kebenaran yang datangnya daripada Tuhan Allah seperti yang diajar oleh Gereja sejak 2000 tahun yang lalu. Kebenaran ini berbentuk ajaran, doktrin dan dogma Katolik.

        Saya tidak faham kenapa saudara Paul meletakkan ‘tradisi’ sebagai syarat No. 2. Mengikut pemahaman saudara, apakah maksud Tradisi Suci sebenarnya?

        Apakah maksud saudara sebenarnya tentang ‘pembaharuan’? Bolehkah diberikan definisi?

        Sebagai contoh: ajaran Tradisi mengajar bahawa manusia tidak bebas memeluk agama palsu (walaupun difikirkannya agama palsu itu benar). Tetapi sekarang Gereja mempertahankan ‘hak’ manusia beragama palsu (walaupun ini rata-rata merupakan pelanggaran Hukum Sepuluh yang pertama!) Adakah ini yang dikatakan sebagai ‘pembaharuan’?

        Hukum Sunat itu bukannya suatu contoh ‘pembaharuan’. Konsili pertama itu menegakkan ajaran benar Yesus bahawa Hukum Sunat sebenarnya telah dihapuskan. Keputusan ini telah melenyapkan ajaran sesat yang kononnya umat bukan Yahudi yang memeluk agama Kristian harus disunatkan!

        ‘Pembaharuan’ yang saudara katakan sebenarnya merosakkan KEBENARAN Katolik. Ramai umat Katolik tidak lagi memiliki ataupun mempraktiskan iman yang serupa dengan umat Katolik 2000 tahun yang lalu!

        • paul

          Maaf jika saudari tidak memahami maksud saya tentang perkaitan IMAN, KEBENARAN, PEMBAHARUAN dan TRADISI yang kita bicarakan. Maaf juga kerana saya menimbulkan persoalan2 saya setelah saya `sedikit berusaha’ memahami pendirian saudari dalam laman ini. Saya sebenarnya bermaksud bahawa IMAN DAN KEBENARAN dalam katolik adalah konsisten dan dominan (cuma maaf juga jika saudari mendapati iman saya terpesong melalui gambaran tulisan lewat laman ini) saya juga tidak bermaksud menegakkan iman yang palsu jika selama ini saya tersalah langkah, namun saya mohon bimbingan jika benar apa yang saya telah terima dari para pastoral yang giat selama ini adalah satu jalan yang menjerumuskan.

          Kita kembali kepada isu asal. Saya berpendapat bahawa TRADISI adalah cara/kaedah untuk mencapai IMAN tersebut, kerana dalam tradisi itu ada kaedah maka kaedah itulah yang mengalami PEMBAHARUAN, sudah tentu pembaharuan itu dipengaruhi oleh persekitaran waktu, persekitaran fisik dan sbgainya termasuklah juga oleh budaya habitat setempat. Setiap faktor mempengaruh pastinya menuntut PEMBAHARUAN TRADISI (menurut pertimbangan saya), saya beranggapan pembaharuan pasti menyumbang kepada kesediaan jiwa-jiwa baru untuk menerima KEBENARAN.

          Mohon maklum sekali lagi bahawa bagi saya IMAN dan KEBENARAN tidak mungkin saya persoalkan.

          Biar apa keadaan sekalipun bagi saya membaca alkitab itu saya anggap sebahagian daripada tanggungjawab saya walaupun saya tidak menggalakkan diri saya untuk MENTAFSIRNYA(siapalah saya untuk mentafsir). Mohon pandangan juga sebab saya pernah menggunakan kitab Mazmur sebagai ayat2 doa saya.

          Pada akhir pembacaan saya terhadap tulisan saudari saya mendapati mungkin kita dan mungkin juga ramai pengunjung laman ini berselisih pemahaman tentang isu yang diketengahkan iaitu TRADISI SUCI gereja dan TRADISI KEPASTORALAN. Mohon kami dapat penjelasan yang SAKSAMA.

          Tentang agama palsu sudah pasti kita sependapat bahawa tiada KOMPROMI, cuma maaf kerana mungkin kita ada sedikit bezanya dari aspek menanggapi mereka maksud saya dalam soal menerima mereka dalam lingkung dan gelanggang kehidupan berkomuniti. Jika diizinkan Tuhan kita mungkin dapat mengongsi isu ini pada masa akan datang. shallom

          • Tradisi Suci bukan suatu ‘kaedah’. Tradisi Suci ialah keseluruhan kebenaran yang diwahyukan oleh Tuhan Allah kepada manusia seperti yang diajar oleh Gereja Roman Katolik. Tradisi Suci merangkumi semua ajaran, dotkrin dan dogma Katolik. Tradisi Suci diajarkan kepada manusia secara lisan dan sebahagiannya dibukukan ke dalam Alkitab.

            Tradisi Suci merupakan Kebenaran yang tidak bisa berubah, diubah atau mengalami proses evolusi. Ia kekal seadanya sejak mula, sekarang dan akan datang.

            Tradisi kehilangan sifatnya sebagai ‘tradisi’ jika berubah mengikut masa. Gereja tidak berfungsi menemukan ajaran atau doktrin baharu tetapi diberi tugas untuk memelihara ajaran asal Yesus Kristus dan ajaran yang sama ini diperturunkan dari satu generasi kepada generasi yang akan datang.

            Gereja berfungsi untuk mengajar dan kita sebagai umat menerima ajaran Gereja dan ajaran inilah yang membentuk iman kita. Iman bukan perasaan atau hasil fikiran manusia tetapi merupakan ajaran yang DITERIMA.

            Saya tidak faham dengan ‘PEMBAHARUAN’ yang saudara maksudkan. Bolehkah diberikan contoh?

  18. paul

    Saudari penulis telah mendorong saya untuk memahami bahawa TRADISI, DOGMA DAN AJARAN adalah dasar yang mengunjurkan kepada pembinaan IMAN KATOLIK, benarkah?
    Mohon penjelasan tentang IMAN YANG HIDUP dan IMAN YANG MATI?

    • Umat Katolik HARUS menerima sepenuh hati semua ajaran, doktrin dan dogma agama Katolik (Tradisi Suci). Penolakan walau satupun ajaran itu, maka kita menjadi umat bukan Katolik (eg. Protestan). Iman itu harus dijadikan sebagai cara hidup: iaitu memenuhi semua tuntutan (hukum) Tuhan Allah Tritunggal Mahakudus dan juga tuntutan Gereja. Iman itu mati jika hanya Katolik dalam nama sahaja. Iman itu hidup jika kehidupan kita mencerminkan sepenuhnya kehidupan seorang Kristian yang sejati.

      Setelah iman itu dipelajari dan diterima, maka iman itu harus DIPRAKTIKKAN. Ini (menurut saya) adalah iman yang hidup. Iman yang hidup tidak disandarkan semata-mata kepada perasaan (eg. Saya MERASAI kehadiran Tuhan Allah). Semasa saya berdoa, saya percaya bahawa Tuhan Allah ada bersama dan mendengar doa saya kerana saya DIAJAR bahawa Tuhan Allah ada di mana-mana. Iman merupakan suatu aktiviti intelek, bukan emosi atau perasaan.

      Mereka yang tidak mempraktikkan iman (benar) dalam kehidupan mereka memiliki iman yang mati. Begitu juga mereka yang mempraktikkan ‘iman’ yang salah, merupakan iman yang mati. Hanya umat Katolik yang memperoleh peluang mempraktikkan iman yang hidup. Kerana selain Katolik, iman agama lain adalah iman yang mati.

  19. robertus redi

    “Mereka yang tidak mempraktikkan iman (benar) dalam kehidupan mereka memiliki iman yang mati. Begitu juga mereka yang mempraktikkan ‘iman’ yang salah, merupakan iman yang mati. Hanya umat Katolik yang memperoleh peluang mempraktikkan iman yang hidup. Kerana selain Katolik, iman agama lain adalah iman yang mati.”

    1. Ada Tiga Tiang penopang Gereja Katolik dapat berdiri hingga saat ini; (1) Kitab Suci, (2) Tradisi, (3) Magisterium. tentu saja, peran Roh Kudus sangat berarti.
    2. Gereja Katolik bukan berdasarkan iman “Hukum”, melainkan “Cinta-Kasih”. Oleh sebab itu, pahami dengan jelas: memang ada hukum yang mengatur kehidupan Gereja, seperti diutarakan pada no. 1 di atas. namun, yang lebih penting adalah Cinta-Kasih. Jika Cinta-Kasih mendasari hidup beriman Umat Allah, maka Gereja harus berani mengambil langkah yang disebut “Kebijakan Pastoral”.
    3. Cinta-Kasih itu membuat Gereja terbuka bagi semua kalangan, terbuka terhadap dunia. istilah “ecclesia nulla salus” (di luar Gereja tidak ada keselamatan) ditinggalkan (itu adalah produk Konsili Trente dalam kerangka melawan reformasi protestan). Gereja dewasa ini meyakini bahwa di luar Gereja juga terdapat keselamatan (Paus Yohanes Paulus II menjelang Yubelium Agung 2000). jadi, kurang tepat jika dikatakan bahwa di luar katolik adalah iman yang mati. Apa yang harus kita lakukan sebagai seorang anggota Gereja? “Mari kita jadikan iman kita nyata dalam setiap perbuatan kita, sebab, iman tanpa perbuatan adalah mati!” Umat Katolik pun dapat jatuh pada iman yang mati jika imannya tidak tampak dalam kehidupannya. Oleh sebab itu, mari kita mencoba untuk hidup bersaudara dengan umat lain yang bukan seiman.

    • Saudara Robertus,
      Hanya ada satu iman yang benar dan hidup iaitu iman Katolik. Saya berpendapat iman mati bermaksud iman yang tidak dipraktikan dalam kehidupan harian. Manakala iman palsu merujuk kepada iman bukan Katolik.

      Kebenaran ajaran Katolik datangnya daripada dua sumber utama iaitu Tradisi Suci dan Alkitab. Magesterium terhad kepada ajaran Tradisi dan juga Alkitab. Alktiab diinterpretasikan mengikut ajaran Tradisi Suci. Tradisi Suci kekal tidak berubah sepanjang zaman.

      ‘Cintakasih’ sebenarnya bermaksud ‘Hukum’. Cintakasih adalah kegenapan semua hukum. Mengasihi Kristus bermaksud menuruti segala kehendak-Nya. Kehendak Kristus adalah Hukum Suci. Cintakasih manusia yang melanggar kehendak Kristus merupakan cintakasih palsu. Kehendak Kristus sudah termaktub dalam ajaran Tradisi Suci yang kekal tidak berubah sepanjang zaman.

      If you love me, keep my commandments. [John 14:15] [http://drbo.org/cgi-bin/d?b=drb&bk=50&ch=14&l=15&f=s#x]

      If you keep my commandments, you shall abide in my love; as I also have kept my Father’s commandments, and do abide in his love. [John 15:10]

      Mengasihi bermaksud menuruti segala ajaran Tradisi Suci.

      Gereja TIDAK PERNAH meninggalkan dogma Ecclesia nulla salus. Dogma bermaksud “A doctrine or code of beliefs accepted as authoritative”. Menolak dogma Katolik bermaksud menolak iman Katolik yang diberikan Yesus kepada kita semua. Konsili Trent adalah Konsili dogmatik manakala Konsili Vatican II adalah bersifat pastoral. Konsili Vatican II TIDAK BERAUTORITI menolak ataupun mengubah ajaran benar Konsili Trent.

      Kristus merupakan hanya SATU jalan ke arah keselamatan. Umat bukan Katolik bisa selamat bukan di dalam agama palsunya tetapi di dalam kebenaran agama Katolik, tetapi keselamatan ini sukar dicapai kerana jiwa manusia lemah akibat dosa asal dan tidak mendapat pertolongan Sakramen Suci.

      Sebelum kita beriman dengan perbuatan, harus kita memiliki iman yang benar. Apakah iman yang benar? Iman seperti yang diajar oleh Gereja sejak 2000 tahun yang lalu dan kekal utuh sehingga sekarang atau mengimani ajaran ‘baru’ Vatican II yang bersifat anti-Katolik?

  20. robertus redi

    Saudara Oremust… saya senang anda menanggapi pernyataan saya. ada beberapa hal saya sangat setuju, dan beberapa hal saya kurang sependapat:

    1. (Hanya ada satu iman yang benar dan hidup iaitu iman Katolik. Saya berpendapat iman mati bermaksud iman yang tidak dipraktikan dalam kehidupan harian. Manakala iman palsu merujuk kepada iman bukan Katolik)
    “Jika anda mengatakan bahwa iman mati adalah iman yang tidak dipraktikkan dalam kehidupan sehari-hari, maka saya sangat setuju dengan pendapat Anda. Saya juga menjelaskannya dalam tulisan sebelumnya, namun dengan gaya bahasa kita yang berbeda”.

    2. (Kebenaran ajaran Katolik datangnya daripada dua sumber utama iaitu Tradisi Suci dan Alkitab. Magesterium terhad kepada ajaran Tradisi dan juga Alkitab. Alktiab diinterpretasikan mengikut ajaran Tradisi Suci. Tradisi Suci kekal tidak berubah sepanjang zaman).

    “Benar sekali! jika dapat diurutkan, maka dapat disebut begini: Yang pertama adalah KITAB SUCI. Kitab Suci adalah ajaran Iman paling utama. Tradisi apapun yang melawan Kitab Suci, tidak dapat diterima. TRADISI SUCI jelas-jelas tidak melawan Kitab Suci. Tradisi Suci sejajar dengan Kitab Suci. Ia disebut Tradisi Suci justru karena tidak tertulis dalam Kitab Suci. MAGISTERIUM atau AJARAN IMAN bersumber dari kedua hal tersebut. namun, di dalam kehidupan Gereja, Magisterium menjadi pe-relevansi Kitab Suci dan Tradisi Suci. Jadi, dapat dikatakan bahwa ketiga hal tersebut di atas menjadi penopang kehidupan Gereja hingga saat ini. Tidak mungkin Gereja Katolik ada tanpa Paus, dan infabilitasnya, yang nyata-nyata berdasar pada Ajaran Iman”.

    3. (‘Cintakasih’ sebenarnya bermaksud ‘Hukum’. Cintakasih adalah kegenapan semua hukum. Mengasihi Kristus bermaksud menuruti segala kehendak-Nya. Kehendak Kristus adalah Hukum Suci. Cintakasih manusia yang melanggar kehendak Kristus merupakan cintakasih palsu. Kehendak Kristus sudah termaktub dalam ajaran Tradisi Suci yang kekal tidak berubah sepanjang zaman.)

    “Maaf bila yang saya utarakan sebelumnya kurang jelas. pendapat tentang “hukum” saya maksudkan untuk membedakan antara Katolik dan agama lain seperti Yahudi dan Islam. Bukankah seluruh isi kitab mereka berisi hukum sebab-akibat? Gereja katolik menekankan cinta kasih. cinta kasih itu mengatasi hukum-hukum manusiawi, seperti tertulis dalam kitab-kitab suci agama lain.”

    4. (Gereja TIDAK PERNAH meninggalkan dogma Ecclesia nulla salus. Dogma bermaksud “A doctrine or code of beliefs accepted as authoritative”. Menolak dogma Katolik bermaksud menolak iman Katolik yang diberikan Yesus kepada kita semua. Konsili Trent adalah Konsili dogmatik manakala Konsili Vatican II adalah bersifat pastoral. Konsili Vatican II TIDAK BERAUTORITI menolak ataupun mengubah ajaran benar Konsili Trent.)

    “Ya… Benar sekali… Itulah yang menunjukkan bahwa Dogma Gereja, atau Magisterium menjadi penting selain Kitab Suci dan Tradisi Suci.
    Semua Konsili, selalu menghasilkan dokumen-dokumen bersifat dogmatik dan pastoral. jelas bahwa extra ecclesiam nulla salus kehilangan makna bila dikatakan bahwa di luar Gereja juga terdapat keselamatan. Permasalahannya adalah: Seberapa selamatkah orang di luar Gereja Katolik?”

    5. (Kristus merupakan hanya SATU jalan ke arah keselamatan. Umat bukan Katolik bisa selamat bukan di dalam agama palsunya tetapi di dalam kebenaran agama Katolik, tetapi keselamatan ini sukar dicapai kerana jiwa manusia lemah akibat dosa asal dan tidak mendapat pertolongan Sakramen Suci).

    “Perlu saya ingatkan, Kristus tidak pernah sama-sekali mengatakan bahwa HANYA Dia satu-satunya jalan. ‘Ego via, veritas et vita sum’. Bahkan satu titik pun dari Hukum Taurat dihapus oleh-Nya… Jadi, apa yang salah?”

    6. (Sebelum kita beriman dengan perbuatan, harus kita memiliki iman yang benar. Apakah iman yang benar? Iman seperti yang diajar oleh Gereja sejak 2000 tahun yang lalu dan kekal utuh sehingga sekarang atau mengimani ajaran ‘baru’ Vatican II yang bersifat anti-Katolik?)

    “Agere sequitur esse. Tindakanku menunjukkan adaku… Saya setuju sekali bahwa kita harus memiliki iman yang benar. Namun, bagaimana iman yang benar itu? apakah harus menolak Konsili Vatikan II? Ingat, Konsili Vatikan II adalah agiornamento… Konsili Vatikan II justru kembali ke ajaran Gereja Awal, 2000 tahun yang silam. Namun, ia merelevankannya bagi kita saat ini…
    Setiap Konsili memiliki keistimewaan, dengan latar belakang permasalahannya. Mengadili Konsili Vatikan II sebagai anti katolik, adalah tidak tepat! Jika kita menolak Konsili Vatikan II, maka kita bukan penganut ajaran Gereja Katolik yang baik.

    • 2. Ajaran benar tentang Alkitab, Tradisi Suci dan Magisterium, sila baca pautan ini: http://www.drbo.org/catechism.htm dan http://www.catholicbook.com/AgredaCD/MyCatholicFaith/Contents.htm.

      3. Apakah maksud ‘cinta kasih’? Jika saya mengasihi orang lain yang tidak seagama dengan kita, maka cinta kasih saya terhadapnya mendorong saya untuk mengkhabarkan berita baik tentang penyelamatan oleh Kristus kepada manusia. Cinta kasih memberi peluang kepada orang lain untuk mengenali dan menerima KEBENARAN Katolik kerana kebenaran ini menyelamatkan manusia. Lahir daripada penerimaan kebenaran ini, maka manusia patuh kepada Hukum Tuhan.

      3. Di luar Gereja tidak ada keselamatan. Ini dogma yang tidak harus dipersoalkan kerana ia merupakan kebenaran mutlak. Umat bukan Katolik berpeluang memperolehi keselamatan tetapi bukan disebabkan agama palsunya tetapi kerana kebenaran yang diajar oleh Gereja Katolik. Tetapi peluang ini adalah tipis kerana umat Katolik sendiri terpaksa ‘bekerja keras’ untuk memperolehi keselamatan walaupun dibantu dengan Sakramen Suci. Bayangkanlah seorang manusia yang ternoda dengan dosa asal dan tidak mendapat bantuan daripada Sakramen Suci, tentunya keselamatan itu terlalu sukar untuk dicapai. Jiwa umat bukan Katolik terlalu lemah untuk melawan kutukan dosa! Jika ada umat lain yang ingin selamat, hulurkan ajakan agar dia juga dibaptis dan menerima iman Katolik. Kenapa harus ribut bertanyakan berapa orang akan selamat di luar Gereja?

      4. Tradisi Suci dan Alkitab telah mengajar kita bahawa hanya Kristus satu-satunya jalan keselamatan. Hanya Vatican II (barangkali) dan saudara Robertus mengajar perkara yang melanggar ajaran benar.

      5. Kenapakah hujah saudara hanya berasaskan Vatican II? Ke mana perginya autoriti Konsili awal? Kenyataan saudara bahawa Vatican II menjurus kepada ajaran Gereja awal adalah palsu dan suatu pembohongan! Gereja mengajar bahawa Gereja Katolik adalah Gereja Kristus dan Gereja Kristus adalah Gereja Katolik. Tetapi bacalah sendiri ajaran Vatican II tentang definisi Gereja Katolik. Tentu saudara sendiri akan terkejut! Menerima Vatican II bermaksud menolak ajaran Gereja sebelum Vatican II.

  21. 1 sja la….x salah jika perempuan jadi pelayan alter…(sbab sy sendiri pelayan alter)…cuma,disini kita perlu membuat pembaharuan dan teguran kpada para pelayan alter perempuan agar dapat mengawal diri dripada melakukan perkara2 yg x perlu semasa melayani….x guna jika kita saling memperdebatkan isu ini tapi kita x lakukan apa2 sbagai solusi bagi permasalahan ini…oleh itu, sya cadangkan agar rekoleksi pelayan alter (jika dijalankan) sila beri penekanan tentang DISIPLIN semasa melayani.ya, memang suda bnyak rekoleksi diadakan, tapi bagaimana dgn perisiannya..? dan bukankah sekarang pengambilan alter server perempuan d sekitar paroki ksfx semakin dikurangkan..?kenapa pula boleh bertambah..? ada sebabnya kenapa perempuan lebih bnyk mau melayani sbagai alter server b’bnding lelaki…x kira apa sebabnya, sy b’pndapat bhawa kbnykannya tentu x melihat sesuatu keindahan n kepuasan untuk menjadi pelayan alter..ingat,setiap manusia b’beza pndapat..tp, kan kita boleh membawa remaja lelaki atau memupuk kanak2 lelaki untuk melayani sbgai plyan alter…kita perlu buat sesuatu untuk memperbaiki kualiti pelayanan kita…jangan cakap sja ya…sbagai contoh, d gereja kami, saya dan kwn2 sy mencipta aktiviti yg berkaitan dengan pelayan alter (agak menarik juga kerna dpt smbutan yg baik) untuk memupuk kanak2 lelaki (khususnya) dan kanak2 prmpuan untuk mnjadi plyan alter..kmi jga menekankan aspek DISIPLIN semasa melayani..syukur pd Tuhan, stakat ini,individu2 yg kmi “rekrut” semakin aktif dan pandai juga membawa kwn2 mreka yg lain untuk menjadi pelayan alter…kmi mementingkan kuantiti dan juga kualiti…..

    • Sdr Julie,
      Jika kita berfikiran begitu, Gereja akan jadi kucar-kacir kerana masing-masing membuat keputusan berdasarkan kehendak hati masing-masing. Sebab kenapa pelayan altar perempuan tidak dibenarkan sudah saya utarakan dalam artikel ini. Tidak ada sebab munasabah kenapa peraturan itu harus diubah. Tradisi Suci dan Alkitab telah memutuskan bahawa perempuan tidak harus melayani di altar kerana ia telah dikhususkan untuk kaum lelaki sahaja. Tujuan altar server lelaki adalah sebagai langkah pertama untuk dipanggil menjadi Paderi Katolik. Lelaki remaja harus digalakkan menjadi altar server kerana mereka ini merupakan golongan yang akan menerajui Gereja pada masa akan datang.

  22. wilson

    Kenapa perlu pelayan altari?

    Respons: Pelayan server (lelaki) berperanan untuk membantu Paderi dalam merayakan Misa Kudus.

  23. knapa perempuan tidak di bolehkan untuk melayani tuhan,contohnya pelayan altar..tetapi bukan semua pelayan altar perempuan begitu..

    Respons: Sesiapa pun boleh, malah digalakkan MELAYANI Tuhan Allah Tritunggal Mahakudus, tetapi setiap pelayanan itu tidak sama. Masing-masing dikurniakan dengan anugerah yang berlainan. Altar server merupakan pelayanan yang dikhaskan HANYA untuk kaum lelaki sahaja kerana mereka berpeluang untuk menyahut seruan Tuhan untuk menjadi Paderi pada masa akan datang. Sekiranya saudari Manuil ingin melayani Tuhan, peluang terbuka untuk saudari menjadi sister atau rahib.




Tinggalkan Jawapan kepada paul Batal balasan


  • Laman

  • Artikel Terkini

  • Artikel Popular

  • Kategori

  • Sila masukkan alamat e-mel anda untuk melanggan blog ini dan menerima pemberitahuan melalui e-mel apabila ada artikel baru diterbitkan.

    Join 52 other subscribers