Sebenarnya soalan ini tidak perlu ditanya. Kita sebagai umat Katolik sememangnya tahu bahawa Perkahwinan adalah suatu sakramen dan ia adalah suci. Ajaran Gereja sebelum diubahsuai oleh Konsili Vatican II, umat Katolik tidak digalakkan berkahwin dengan pasangan yang bukan Katolik tetapi ajaran Gereja sekarang telah berubah. Umat Katolik dibenarkan berkahwin dengan pasangan bukan Katolik setelah dibenarkan oleh Uskup tempatan. Kenapakah ini boleh berlaku?

Saya mempunyai seorang kawan yang telah berkahwin di Gereja Katolik dengan  isterinya yang beragama Protestan. Mengikut perjanjian perkahwinan mereka (juga kehendak dan syarat Gereja), anak-anak mereka sepatutnya dibaptis dan dibesarkan dalam suasana Katolik tetapi Paderi mereka telah menasihatkan kawan saya itu supaya anak-anak itu diberi ‘kebebasan’ untuk memilih sama ada Gereja Katolik atau Gereja Protestan apabila mereka telah dewasa. Nasihat paderi tersebut amat memeningkan kepala saya kerana ia bertentangan dengan ajaran rasmi Gereja.

Lihat sahaja artikel ini Vatican at odds over Cruise’s wedding. Kenapakah Vatican boleh menjadi ‘keliru’ sama ada akan membenarkan atau tidak perkahwinan Tom Cruise diadakan di Gereja Katolik sedangkan Tom Cruise bukan Katolik dan juga bukan Kristian tetapi beragama Scientologist dan pernah bercerai! Lagi pula, Vatican juga diberitahu bahawa perkahwinan yang sama akan diadakan di ‘Gereja’ Scientologist keesokan harinya!  Bakal isteri Cruise beragama Katolik tetapi adakah seorang Katolik dibenarkan ‘berkahwin’ dan turut serta dalam upacara di Gereja bukan Katolik?

Saya berpendapat bahawa situasi ini amat jelas bahawa perkahwinan Tom Cruise ini tidak sepatutnya diadakan di Gereja Katolik walaupun bakal isterinya beragama Katolik kerana Tom Cruise bukan Katolik/Kristian, pernah bercerai dan ‘memaksa’ isterinya mengikut upacara ‘pagan’ di ‘Gereja’ Scientologist. Persoalan seterusnya, adakah bakal anak-anak mereka akan diberi pendidikan Katolik? Ini adalah satu syarat yang amat penting dan perlu dijawab dengan ikhlas oleh mereka yang akan berkahwin dengan pasangan Katolik. Kenapakah Gereja tidak ‘berani’ mengatakan TIDAK?


  1. alis

    napa paderi tak boleh kawin org biasa boleh?

  2. author

    Secara ringkas, larangan itu adalah sebagai ikutan gaya hidup yang ditunjukkan oleh Yesus sendiri:

    Mat 19:12 Ada orang yang tidak dapat kawin karena ia memang lahir demikian dari rahim ibunya, dan ada orang yang dijadikan demikian oleh orang lain, dan ada orang yang membuat dirinya demikian atas kemauannya sendiri oleh karena Kerajaan Surga. Siapa yang dapat mengerti hendaklah ia mengerti.

    I Kor 7:6-7 Hal ini kukatakan kepadamu sebagai kelonggaran, bukan sebagai perintah. Meskipun demikian alangkah baiknya, kalau semua orang seperti aku (bujang? janda?); tetapi setiap orang menerima dari Allah karunianya yang khas, yang seorang karunia ini, yang lain karunia itu.

    I Kor 7:26-27 Aku berpendapat bahwa, mengingat waktu darurat sekarang, baiklah bagi manusia untuk tetap dalam keadaannya. Apakah engkau terikat pada seorang perempuan? Janganlah engkau mengusahakan perceraian! Apakah engkau tidak terikat pada seorang perempuan? Janganlah engkau mencari seorang!

    I Kor 7:32-34 Aku ingin, supaya kamu hidup tanpa kekhawatiran. Orang yang tidak beristri memusatkan perhatiannya pada hal-hal mengenai Tuhan, bagaimana ia menyenangkan Tuhan. Sebaliknya, orang yang beristri memusatkan perhatiannya pada hal-hal duniawi, bagaimana ia menyenangkan istrinya, dan dengan demikian perhatiannya terbagi-bagi. Perempuan yang tidak bersuami dan anak-anak gadis memusatkan perhatian mereka pada hal-hal mengenai Tuhan, supaya tubuh dan jiwa mereka kudus. Tetapi perempuan yang bersuami memusatkan perhatiannya pada hal-hal duniawi, bagaimana ia menyenangkan suaminya.

    Peraturan celibacy (tidak boleh kahwin) bukanlah satu doktrin Gereja tetapi hanya sekadar peraturan disiplin sahaja. Peraturan ini menjadi undang-undang dalam Gereja Katolik pada kurun ke-6.

  3. Mayjune

    Saya ada satu persoalan mengenai perkahwinan. saya pernah mendengar seorang ketikis berkata bahawa perkahwinan seorang Katolik boleh dibatalkan sekiranya pasangan tersebut tidak memperolehi anak dalam jangkamasa yang lama atau disahkan mandul kedua-duanya, benarkah?

  4. Itu tidak benar. Perkahwinan itu sah kerana dibuat atas dasar suka rela dan saling mencintai antara satu sama lain.

  5. Robin

    Bolehkan pasangan kekasih mengucapkan doa perkahwinan tanpa berkahwin di gereja? Adakah doa itu diperkenan oleh Allah?

    Pengarang:
    Tidak boleh! Perkahwinan haruslah disaksikan oleh Gereja (Paderi).

  6. Mayjune

    Bagaimana pula pasangan yang berkahwin mengikut adat ‘pegan’ (bukan kristian) dan akhirnya menjadi orang ‘Kristian’. Apakah perkahwinan mereka perlu mendapat pemberkatan gereja.

  7. Perkahwinan pasangan bukan Kristian diiktiraf oleh Gereja sebagai ’sah’ jika tidak melanggar Hukum Allah dan Peraturan Gereja. Ini bermakna mereka tidak boleh bercerai sesuka hati. Apabila mereka menjadi Kristian, maka perkahwinan mereka perlu diberkati.

  8. Mayjune

    Saya mempunyai seorang bapa saudara yang mempunyai dua (2) orang isteri (tinggal serumah dan hidup rukun dan damai), mereka berkahwin semasa zaman Jepun dan bukan orang Kristian. Setelah berpuluh tahun berkahwin , kedua-dua isterinyanya beranak dan mempunyai cucu, hati mereka terbuka untuk menjadi orang kristian (kerana semua anak-anak telah menjadi orang Kristian), masalahnya bapa saudara saya diminta menceraikan salah seorang daripada isterinya barulah dia diterima menjadi orang Kristian.

    Perkara ini menimbulakan delima kepada bapa saudara saya kerana beliau menyayangi kedua-dua isternya dan mereka pula sudah tua (65 tahun keatas). Pernah beliau berkata bagaiman saya harus menceraikan salah seorang isteri saya kerana keduanya sudah tua dan apakah nasip salah seorang drp mereka.

    Pada akhirnya sehinggalah bapa saudara saya meninggal dia tidak pernah dipermandikan walaupun keinginan itu tidak pernah padam. Kerana keinginannya itu semasa pengkebumianya Ketikis telah membuat sambahyang seperti orang Kristian. Jadi. apakah pendapat/pandangan saudara mengenai perkara ini sebagai seorang Kristian.

  9. Itulah kebenaran yang harus kita terima. Pemikiran dan rancangan Tuhan tidak sama dengan kehendak manusiawi. Dalam kes di atas, perceraian tidak bermaksud meninggalkan terus salah seorang isteri. Suami masih boleh meneruskan memberi nafkah hidup kepada bekas isteri seperti sebelumnya kecuali mereka tidak boleh hidup serumah lagi.

    Perlu dilihat dengan jelas di sini bahawa mempunyai dua isteri adalah satu dosa berat dan merupakan pelanggaran Hukum Allah yang kudus. Selagi seseorang tidak bertaubat daripada dosanya, dia tidak diperbolehkan dibaptis.




Leave a Comment