Dalam zaman moden masa kini, kita sebagai umat Kristan Katolik menghadapi tentangan fahaman anti-Kristian iaitu pengguguran anak (abortion), perceraian dan perkahwinan pasangan homoseksual. Lihat sahaja berita yang bertajuk Divorce to de-Christianise Europe: Pope. Umat dilihat sebagai sudah melupai Allah. Kehadiran umat ke Misa Kudus setiap hari Ahad adalah jauh semakin merosot dan ini dilihat mula berlaku setelah Gereja menggantikan Misa Kudus Tridentine dengan Misa Kudus Novus Ordo.

Sebagai umat Katolik, kita hidup mengamalkan nilai-nilai moral kekristianan dalam kehidupan kita setiap hari. Seorang wanita Kristian sejati (tidak kira telah berkahwin atau belum) tidak sekali-kali akan membunuh atau menggugurkan kandungannya. Lihat sahaja Yesus yang dikandungi Bonda Maria semasa Bonda Maria masih dara lagi (belum berkahwin dengan Yusuf). Sebagai suami isteri yang berkahwin secara sah di Gereja, perceraian tidak sepatutnya berlaku kerana pertalian perkahwinan yang telah disahkan oleh Allah, jangan ada manusia yang memutuskannya. Sungguh menyedihkan kerana mereka yang homoseksual juga mahu berkahwin sesama jantina! Nampaknya, ramai manusia yang sungguh-sungguh tidak percaya akan adanya Neraka mahupun Allah itu sendiri.


  1. Kalau kita terberanakkan urang,sinang saja,kita kawin terus.siok2 buat,kalau mengandung,truz kawin… tapi tdk rugi jugalah,urang bilang “kotudu po”. :)

    Komen Pengarang:
    Tidak semestinya jalan penyelesaian mereka yang mengandung di luar perkahwinan ialah berkahwin. Perkahwinan adalah satu Sakramen yang suci, bukannya dilihat sekadar menandatangani kontrak perkahwinan dua orang insan demi menutup kesalahan lalu.

  2. Seorang wanita yg mengandung luar nikah tak patut menggugurkan kandungan kerana ianya perbuatan ‘Membunuh’..
    Walaubagaimanapun, jika satu pasangan tu dah terlanjur dan mengandung, jangan dulu minta berkat khawin, sebaliknya khawin cara kg dulu. Manatau tiada jodoh (dengar dari paderi).. Kalau dah berkat khawin, memang bermasalah tu..

    Tentang homoseksual, kita boleh membantu mereka dengan terus2 berdoa semoga mereka berubah…

  3. Perkahwinan walaupun di luar Gereja adalah SAH dan perakukan oleh Gereja. Perkahwinan adalah satu Sakramen suci di antara dua pasangan lelaki dan wanita. Kita tidak sepatutnya memandang perkahwinan kampung sebagai perkahwinan olok-olok!

  4. 1) tidak semestinya kondom dapat memberi keselamatan kepada pengguna.
    2)ya,seandainya pasangan itu tidak berkhwin mereka akan di anggap berzina.

  5. orang yang menggunakan kondom itu adalah orang yang tidak mahu bertanggungjawab.
    memang lah suci,lau tidak suci wat pa nak kahwin.

  6. mimi_bubblegum:)

    Hai,
    Bagaimana dengan kisah yang sedang saya lalui ini. Jika lelaki ini telah berkahwin dan diberkati dalam gereja. Tapi semasa rumatangga mereka sering bergaduh (salah faham) bini sering cemburukan sang suami. Setiap hari bergaduh kerana cemburu. Bila bergaduh bini sering mengatakan ingin bercerai. Sejak berkawan (couple) bini selalu minta break. Bila suda tunang pula bini, kalau gaduh bini selalu minta putus tunang. Sampai lah ke alam perkahwinan bini masi lagi bersikap sama. Bila bergaduh selalu mengungkapkan perkataan cerai. Sang suami pula terpaksa berkerja kuat kerana dia mempunyai kerluarga yang miskin. Dia mempunyai 4 orang adik yang cacat. Abang sulung pula sakit buah pinggang (sering menjalani dialisis) Ibu pula suda tua dan sakit2. Bila mau balik kampung pula bini jarang ikut balik. Sampai 1 masa bila mereka bergaduh, kesabaran sang suami sampai ke tahap limit. Bila isteri mengungkapkan perkattan cerai, sang suami terus mengatakan yaaaa. Suami tidak tahan lagi kerana selalu bergaduh. Malam itu juga suami terus keluar dari rumah……mereka tidak mempunyai anak setelah 14 tahun berkahwin. Setelah 4 tahun tidak bersama (berpisah) saya telah berjumpa dengan tlelaki itu. Ternyata lelaki itu menarik hati saya. Bila saya bersama dia saya mempunyai kekuatann untuk berdiri dan gembira. Dengan keluarga dia pun saya sangat suka kerana mereka mempunyai kasih sayang yang cukuo kuat walaupun ada adik2 yang cacat. Tapi kasih sayang mereka tidak pernah hilang. Tidak saya sangka hubungan saya akan berakhir dengan perkahwinan. Tapi malangnya saya tidak akan dapat pemberkatan kawin dalam gereja lagi. Sedihhh sungguh. Tapi lelaki ni sangay menyayangi saya dan keluarga. Dalam masa yang sama juga saya sering berdoa agar hubungan kami dapat diterima oleh Tuhan. Saya percaya yang hubungan kami dapat diterima oleh Tuhan kerana Allah itu pengasih. Persoalannya kenapa perlu gereja menghalang perkahwinan lelaki/ perempuan yang suda berkahwin untuk kali kedua? Salah kah mereka mengecapi kebahagiaan kali kedua???? Kenapa perlu ada peraturaan sebegini di Malaysia?????????? Kenapa di negara barat perkawinan umpama seperti baju yang boleh dipakai buang????

    Respon Pengarang:
    Saya bukan seorang kaunselor. Jalan terbaik bagi saudari ialah berjumpa dengan Paderi Katolik (SSPX) yang mampu untuk memberi khidmat nasihat mengikut ajaran Katolik yang sebenar. Jika saudari tinggal di sekitar Penampang, saudari boleh berjumpa dengan Paderi tersebut kerana beliau datang berkunjung sekali sebulan iaitu kebiasaannya minggu keempat.

    Jika saudari bertanyakan pendapat saya, maka saya tidak berkeberatan berbuat demikian. Dari kaca mata Gereja, perkahwinan saudari tidak sah kerana berkahwin dengan pasangan yang sudah berkahwin. Tidak ada perceraian dalam perkahwinan Katolik (kecuali pembatalan atau annulment). Jelasnya, saudari berzina dengan ’suami’ sekarang dan ini merupakan satu dosa mortal (berat). Ajaran Gereja sungguh jelas dan tidak berubah bahawa perkahwinan hanya berakhir apabila salah seorang telah meninggal dunia kerana lafaz sumpah perkahwinan ialah untuk setia sehingga akhir hayat tidak kira masa sakit, susah atau bahagia. Apa yang telah disatukan oleh Tuhan, jangan ada manusia yang memutuskannya. Hukum ini bukan hukum manusia tetapi telah diputuskan sendiri oleh Tuhan. Jalan terbaik ialah untuk saudari dan pasangan ialah berpisah dan memulakan hidup mengikut ajaran Katolik yang sebenar. [Maaf kerana saya tidak dapat memberikan jawapan (atau 'nasihat') yang panjang lebar pada masa sekarang].

  7. Prisva

    Tolong saya

  8. franciskus

    perkahwinan itu sunguh suci, semasa kita memgikat pejanjian perkahwinan di depan wali. kita mengatakan bahawa kita sanggup menerima segala yang bakal2 berlaku pada kita. apa pun berlaku baik yang paling buruk itu adalah cabaran kita adakah kita benar2 mnepati janji2 kita yang kita lepaskan. INGAT SESIAPA YANG BERTAHAN DALAM PENCOBAAN AKAN MENERIMA MAKOTA KEHIDUPAN DI SORGA.
    saya suah banyak membaca buku2 tentang masyarakat masa kini, yang paling keji dan menggeramkan saya ialah mengenai perkahwinan kontrak. ini memang berlaku kepada masyarakat samaada kristian atau islam.
    sesiapa sahaja diperbolehkan berkahwin dan bercerai dangan sesuka hati sahaja tampa ada halangan. dan mereka boleh mengikat kontrak perkahwinan selama tiga bulan, dan selepas tiga bulan mereka akan bercerai. INI UMPAMA BINATANG YANG PANDAI BUAT TAPI BETINA KESOARANGAN MENJAGA ANAKNYA. hanya memuaskan nafsu semata-mata. yang paling menyedihkan anak2 dibesarkan tampa bapa dan ada yang didiarkan begitu sahaja. DIMANAKAH LETAKNYA KASIH SEORANG MANUSIA YANG MERUPAKAN MAKHLUK YANG PALING SEMPURNA DI MUKA BUMI. Bayangkan anak2 itu adalah kamu? apakah perasaan anda.
    mengenai hubungan sama jenis pula. ini memang ada berlaku, ini seharusnya tidak berlaku kepada manusia zaman sekarang. kerana cerita mengenai kota gomoron dan sodon suda menjadi pengajaran bagi kita. MURKAH AKAN BAKAL DATANG SAATNYA TIBA.

    -BERTOBATLAH SEBELUM HARINYA TIBA

  9. Jalan terbaik menangani masalah umat Kristian yang tidak menghormati Sakremen Perkahwinan ialah mempelajari ajaran, doktrin dan dogma Gereja Roman Katolik dengan sedalamnya. Sungguh malang, ramai umat kita yang membuat ajaran sendiri dan tidak lagi mahu menuruti ajaran Yesus yang penuh kasih. Umat yang sebegini telah dikuasai oleh kuasa kegelapan dan duniawi yang menjanjikan kepuasan daging semata-mata.

  10. Mayjune

    Bagaimana pula jika pasangan suami isteri yang ingin merancang kelahiran anak. Bolehkah si isteri mengambil pil perancang atau menggunakan alat pencegah kehamilan selain daripada merancang secara semulajadi. Apakah perkara ini diperbolehkan oleh Agama Kristian?

  11. Tidak boleh. Malah ‘merancang’ melalui kaedah semulajadi adalah juga merupakan dosa. Tetapi atas kerelaan sendiri dan juga pasangan, maka tidaklah menjadi dosa jika masing-masing menjauhkan diri untuk sementara waktu agar ada masa terluang untuk berdoa kepada Tuhan.
    Pasangan suami isteri harus mengerti kenapa Tuhan mencipta Perkahwinan dan apakah tujuan hubungan seksual.

    Tujuan perkahwinan dan seks ialah (1) untuk melahirkan manusia baru dan (2) untuk merapatkan hubungan suami isteri. Perkahwinan dan seks merupakan aktiviti pasangan suami isteri yang suci dan kudus. Jika pasangan melakukan seks untuk sekadar memuaskan daging (nafsu) maka manusia menjadi hamba daging/seks semata-mata. Jangan dilupai bahawa anak-anak merupakan kurnia Tuhan yang suci dan kudus.

    Seperkara lagi, kenapa harus merancang keluarga? Persoalan ini harus dijawab dengan jujur dan ikhlas. Mungkinkah kerana sikap manusia yang mementingkan diri sendiri?

  12. yeuthie

    pada pendapat saya, perkahwinan adalah suci namun perancangan keluarga juga penting dalam sesebuah keluarga. apa jg yg kita lakukan, harus ada perancangan. tanpa perancangan, hidup umpama terumbang-ambing.
    oleh itu, segala sesuatu harus ada perancangan seperti mana Tuhan juga ada rancanganNya yg tersendiri. :)

  13. Itu menurut pendapat sdr/i Yeuthie. Apakah pendapat Tuhan Allah atau ajaran Gereja? Apakah maksud ‘perancangan keluarga’? Adakah rancangan manusia sama dengan rancangan Tuhan Allah? Apakah rancangan Tuhan apabila mencipta Sakramen Perkahwinan dan anugerah seks?

  14. pwince freddy

    Ini terjadi kepada salah seorang ahli keluarga saya (sepupu). Dia mengandung ketika belum berkahwin. Dia terpaksa mendaftarkan perkahwinan dia secara sivil sahaja dan tidak berkahwin di gereja. Setelah dia bersalin, dia attend kursus kahwin di St. Joseph Cathedral, Kuching. Kemudian mereka memberkati perkahwinan mereka di Cathedral. Last week the baby dibaptiskan. So sweet…

  15. pwince freddy

    oh ya, about family planning. Di Diocese of Miri, mereka ada memberi kursus mengenai Perancangan Keluarga Secara Semulajadi. Dan ceremah ini diadakan setiap bulan. Apa pendapat saudara mengenai ini? Buat pengetahuan saudara di Sarawak, saya mendapati Archdiocese of Kuching, Diocese of Sibu dan Sarikei adalah di bawah satu komuniti. Manakala Diocese of Miri dan Bintulu di bawah satu komuniti yang berlainan. Dan ini kekadang membuat saya keliru especially bila saya menghadiri Misa di Miri.

    Respon: Keluarga Katolik sebenarnya tidak diperbolehkan ‘merancang keluarga’. Tujuan perkahwinan ialah 1) kelahiran manusia baru 2) mengeratkan hubungan suami isteri. Jika hubungan seks dilakukan tanpa tujuan pertama iaitu untuk tujuan kelahiran manusia baru, maka hubungan itu adalah tidak bermoral. Hubungan seks yang dielakkan atas persetujuan kedua-dua pasangan untuk tujuan ‘berbakti kepada Tuhan Allah’, maka ia adalah sah. Tetapi melakukan hubungan suami isteri dengan tujuan bukan untuk kelahiran manusia baru adalah jelas tidak bermoral dan berdosa. Hubungan seks adalah tidak wajib tetapi setiap pasangan harus memenuhi kehendak pasangan yang satu lagi dengan syarat tujuan 1) dan 2) tidak diabaikan.

  16. Mayjune

    Salam damai, Baru-baru ini salah seorang teman saya (bukan Katolik) bertanya mengapa orang Katolik yang telah berkahwin gereja tidak diperbolehkan bercerai. Saya hanya menjawab seadanya mengikut peraturan gereja Katolik dan sebagaimana yang telah termaktub dalam Alkitab. Teman saya malah mempersendahkan saya dan mengatakan bahawa itu menyeksa namanya apalagi jika salah seorang pasangan tersebut kaki pukul, kaki mabuk dan tidak bertanggungjawab dan sebagainyalah yang boleh memudaratkan salah seorang pasangan tersebut. Dia mengatakan penceraian adalah jalan terbaik dan boleh menyelasaikan segala masalah dan menamatkan penderitaan salah seorang pasangan tersebut. Saya tidak bersetuju dengan teman ini tetapi tidak cukup hujah untuk menidakkannya kerana jika sekali fikir ada juga kebenarannya tetapi bila lihat hakikat seterusnya lebih banyak masalah yang timbul dikemudian hari. Jadi bagaimana dengan pendapat saudara apakah pencaraian boleh menamatkan sebuah penderitaan dan menyelasaikan masalah dalam hidup berumahtangga.

  17. Perceraian atas sebarang sebab adalah dosa mortal. Tiada autoriti di dunia ini yang boleh mengubah Hukum Allah iaitu ikatan perkahwinan adalah kekal sehingga salah seorang pasangan meninggal dunia. Gereja dan Paus sekali pun tidak ada autoriti untuk berbuat demikian.

    Proses ‘annulment’ bukan bermaksud perceraian. Ia merupakan satu deklarasi bahawa perkahwinan tidak pernah berlaku atas sebab-sebab tertentu.

    Jika salah seorang pasangan didapati bersikap terlalu ‘ganas’ sehingga boleh menyebabkan kecederaan serius ataupun kematian, maka atas kelulusan Gereja, pasangan dibenarkan ‘berpisah’. Perpisahan ini bukan suatu perceraian. Mereka kekal suami isteri yang sama tetapi tidak hidup sebumbung lagi. Maksudnya, jika mereka berubah fikiran kelak, mereka boleh merujuk semula. Dalam tempoh berpisah, mereka tidak dibenarkan berkahwin lagi.

    Perceraian bukan jalan penyelesaian tetapi merupakan pintu untuk manusia terus berbuat dosa. Sebab itu, jika seseorang ingin mendirikan rumahtangga, maka perlu dibuat penelitian yang jelas dan teliti agar tidak menyesal.

  18. Mayjune

    Terima kasih. Saudara boleh jelaskan lebih lanjut mengapakah penceraian bukan penyelasian tetapi pintu untuk manusia terus berbuat dosa. Jelaskan bagaimana?




Leave a Comment




  • Laman

  • Artikel Terkini

  • Artikel Popular

  • Kategori