Archive for Februari, 2007

Misa Tridentine telah mengalami PENYEMAKAN berterusan sehinggakan ia menjadi mantap dan telah dikemaskini secara sistematik (codified) oleh Pope Pius V pada tahun 1570 (437 tahun yang lalu) selaras dengan keputusan Konsili Trent (1545-1563). Daripada butir sejarah (fakta), Misa Tridentine BUKAN direka cipta oleh Pope Pius V mahupun oleh Konsili Trent tetapi telah DIKEMASKINI SECARA SISTEMATIK [...]

Tidak ada sesiapa yang boleh memberitahu saya kenapa Misa Tridentine sentiasa ditegah atau dihalang oleh Gereja Tempatan daripada dirayakan. Apakah justifikasi Pope Paul VI mereka cipta Misa Novus Ordo dan mengenepikan Misa Tridentine? Jawapannya ialah kerana Misa Tridentine didapati menjadi batu penghalang kepada hasrat Konsili Vatican II untuk memperkenalkan ECUMENISM. Misa Katolik (Tridentine) mengandungi dogma-dogma [...]

Encyclicals yang bertajuk Mystici Corporis Christi oleh Pope Pius XII dengan nyata menjelaskan bahawa satu Gereja yang benar ialah Gereja Kristus iaitu Gereja Roman Katolik. Gereja Roman Katolik ialah Gereja Kristus yang satu dan benar. Apabila Konsili Vatican II mendefinisikan Gereja Benar sebagai ‘subsists in‘ (yang bermakna: wujud dalam atau terkandung dalam) Gereja [...]

Siapakah PENCIPTA?

Saya tertarik dengan sebuah artikel yang bertajuk “No human law can ‘overturn that of Creator’: pope” yang menceritakan tentang Paus Benedict 16 mengajar bahawa tidak ada hukum atau peraturan manusia yang boleh menggantikan Hukum Pencipta. Soalan pertama yang muncul dalam pemikiran saya ialah Who is the Creator? Kenapakah Paus Benedict 16 tidak memperkenalkan siapakah Pencipta [...]

Ajaran Konsili Vatican II sungguh jelas. Gereja Roman Katolik TIDAK PERNAH dan tidak diperbolehkan memaksa sesiapa pun memeluk agama Kristian. Sebelum Vatican II, Gereja secara konsisten mengajar umatnya bahawa KEBEBASAN BERAGAMA adalah SALAH kerana ia dengan jelas menyimpang jauh daripada KEBENARAN. Manusia diwajibkan mencari KEBENARAN dan memeluk atau menerima kebenaran itu.
Anda tersilap apabila [...]

Soal mereka yang baru selesai mengikuti Misa setiap Ahad: Apakah Misa? Adakah perkataan pertama yang keluar dari mulut mereka ialah KORBAN? Tanyalah paderi anda sendiri: Apakah Misa? Adakah paderi akan berkata KORBAN? Tanyalah juga apakah maksud KORBAN daripada paderi dan juga umat lain. Jangan terkejut jika jawapan mereka mengecewakan anda.
Dokumen Institutio Generalis Missalis Romani atau [...]