Archive for Mac, 2007
Modernism merupakan satu kepercayaan atau teologi baru yang menyimpang atau sesat (iaitu bertentangan dengan ajaran, doktrin dan dogma Katolik). Beberapa pandangan modernism ialah seperti kepercayaan bahawa Gereja dan dogma Katolik hanyalah merupakan pendapat manusia semata-mata dan bukannya berasal daripada Tuhan, oleh itu, mereka berpandangan bahawa Gereja dan dogma Katolik boleh berubah atau mengalami evolusi (perubahan [...]
Saya telah membaca satu artikel bertajuk “Pope: Hell ‘really exists’” yang menarik perhatian saya. Antara lain dalam artikel ini, Pope Benedict XVI berkata bahawa Neraka — walaupun semakin dilupai oleh masyarakat pada masa sekarang — “benar-benar wujud dan kekal” . Apakah Neraka sebenarnya?
Adakah Neraka itu benar-benar wujud? Bagaimanakah rupa Neraka? Adakah Neraka itu satu tempat [...]
Apakah maksud ‘indifferentism’? Jika dilihat jawapan daripada Answers.com, indifferentism bermaksud “the belief that all religions are of equal validity”. Jika diterjemahkan kepada bahasa Melayu, indifferentism ialah kepercayaan bahawa semua agama adalah sama dari segi kebenarannya.
Adakah benar semua agama merupakan jalan benar untuk manusia mencapai keselamatan jiwa? Adakah Gereja masih berpegang kepada dogma “Outside the Church [...]
Apakah yang dimaksudkan dengan Misteri Kepercayaan (Iman) atau dalam bahasa Inggeris Mystery of Faith seperti yang terkandung dalam Misa Kudus? Tahukah anda maksudnya?
Jika dirujuk kepada Buku Misa, maka terpapar dengan jelas Misteri Kepercayaan iaitu
Kristus telah mati,
Kristus telah bangkit,
Kristus akan kembali.
Tiga baris ‘doa’ ini diucapkan oleh umat (atau dinyanyikan) selepas Konsekrasi Roti dan Anggur menjadi Tubuh [...]
Untuk bukti kukuh bagaimana penggunaan bahasa Inggeris telah mengubah maksud tulisan Pope Benedict 16 dalam dokumen “Sacramentum Caritatis“. Dokumen ini ditulis dalam bahasa Latin dan diterjemahkan kepada banyak bahasa lain termasuk English. Malangnya terjemahan di dalam bahasa Inggeris telah terpesong daripada maksud sebenar.
Ungkapan “aequum est” dalam ayat “exceptis lectionibus, homilia et oratione fidelium, aequum est [...]
Kerap kali timbul persoalan tentang bayi atau kanak-kanak (yang belum mencapai ‘age of reason’) yang belum dibaptiskan tetapi telah meninggal dunia. Adakah mereka akan memperoleh keselamatan dan diperkenankan Allah untuk masuk Surga tanpa sekatan, atau adakah mereka akan ditempatkan di Neraka akibat jiwa mereka yang masih dinodai dosa asal (original sin)? Apakah ajaran Gereja tentang [...]
Salah seorang pembaca blog ini membuat kenyataan bahawa Misa Novus Ordo adalah menyerupai Misa Tridentine, iaitu mempersembahkan korban yang sama. Sejauh manakah kenyataan ini benar? Dari segi luaran, tidak dinafikan bahawa kedua-duanya amat berbeza seperti dari aspek rubrik, teks, amalan, peranan (paderi dan umat), peraturan dan banyak lagi untuk disenaraikan di sini. Bagaimana pula dari [...]
I would like to respond to your comment in English, but on the second thought, I decided to write in Malay instead, so that many Malay speaking Catholics could understand the topic discussed in this blog.
Saya menghargai komen saudari Kate Hazel walau ’sekecil manapun’ kerana respon daripada pembaca amat penting demi menghidupkan blog ini dalam [...]
Tidak ramai umat Katolik (terutamanya daripada generasi baru) yang sedar bahawa dahulunya Komuni disambut dengan lidah dan berlutut. Tradisi Suci Gereja menetapkan bahawa peraturan menyambut Komuni ialah dengan lidah dan berlutut. Tetapi perubahan telah berlaku; umat hanya perlu berdiri dan menerima Komuni di atas tangan kiri. Apakah rasional perubahan ini diperkenalkan oleh Gereja? Apakah [...]

