Laman web Enquirer.net telah menerbitkan satu laporan bertajuk “Vatican to stress Catholic Church only true Church” (Sat, Jul 07, 2007) yang boleh diakses dari pautan www.inquirer.net.
Ini adalah kebenaran yang mutlak. Sejak 2000 tahun yang lalu, Gereja Kristus ialah Gereja Roman Katolik dan Gereja Roman Katolik ialah Gereja Kristus. Semoga umat Protestan kembali ke pangkuan Gereja Roman Katolik kerana ‘Outside the Church there is no salvation’ yang bermakna di luar Gereja, tidak ada keselamatan. Di samping itu, kita juga berharap agar umat Katolik tidak memandang ringan akan agama Roman Katolik. Setiap umat wajib untuk memperdalami iman mereka dengan membaca buku Katekismus Baltimore.
Inilah yang kerap saya katakan kepada umat Katolik yang lain, namun kebanyakan mereka tidak mempercayainya! Ini susulan daripada ajaran palsu ‘universal salvation’ dan juga ‘ecumenism’. Ada sebilangan yang percaya kepada ajaran-ajaran palsu ini:
Semua agama sama sahaja. (PALSU)
Semua agama mengajar Tuhan yang sama . (PALSU)
Semua orang akan selamat walaupun tidak beriman/tidak mempercayai Kristus. (PALSU)
Deo gratias.
Kemaskini:
United Press International juga melaporkan seruan Vatican bahawa Gereja Roman Katolik merupakan satu-satunya Gereja yang benar, iaitu Gereja Kristus.


No Comments Yet