Adakah ‘Gerakan Karismatik Katolik’ Katolik?

Adakah Gerakan Karismatik Katolik Katolik?

Surat soal jawab yang berikut dipetik daripada majalah New Covenant yang popular di kalangan penganut Katolik dan Protestan Pentekostal atau Pertubuhan Karismatik.

Soalan: Tidak lama dahulu, ada seorang umat yang mengikuti doa kelompok kami. Orang itu bernubuat tetapi nubuatnya mengagungkan Iblis. Kami cuba mendiamkan dia tetapi gagal dan ini menyebabkan ahli-ahli lain dalam kelompok berasa susah hati. Apakah yang boleh kami lakukan apabila kes seperti ini timbul?

Jawapan: Ia jelas menunjukkan ada roh jahat yang mengganggu doa kelompok itu. Banyak juga doa kelompok yang telah mengalami keadaan yang sama. Ketua kelompok-kelompok ini haruslah mencuba sedaya upaya mereka untuk mententeramkan situasi dan mengawal keadaan. Salah seorang ketua mesti membuat penerangan tentang apa yang sedang berlaku agar ahli-ahli lain tidak berasa takut atau kecewa. Keperluan untuk menerangkan bahawa hal yang sedemikian bukanlah perkara biasa dan tidak sepatutnya berlaku, menjadi amat penting apabila terdapat muka baru menyertai kumpulan tersebut.

Apabila Yesus ditanya oleh pengikutnya tentang cara berdoa, Yesus mengajar mereka doa yang mudah iaitu doa Bapa Kami. Doa Bapa Kami tidak memerlukan seseorang umat untuk beremosi ataupun menggunakan tenaga yang banyak. Ia juga bukannya tentang ‘kurnia’ yang diterima oleh sebilangan orang yang terpilih dan sebilangannya pula tidak menerimanya (contohnya: ‘bahasa roh’), tetapi hanya merupakan doa yang mudah difahami oleh setiap lelaki atau wanita dewasa dan kanak-kanak.

Cara berdoa yang betul jelas ditunjukkan di dalam kehidupan para sangti. Mereka tidak berdoa melalui bahasa yang tidak difahami dan tidak juga dalam keadaan yang bising dan meletus secara sporadik atau keterlaluan. Mereka menjadi sangti melalui doa-doa tradisional yang diperkenalkan oleh Gereja Katolik seperti Aku Percaya, Bapa Kami, Salam Maria, Kemuliaan dan sebagainya, dan tentunya juga dengan doa kesyukuran mereka kepada Tuhan. Di samping itu, ramai para sangti yang menekankan kepentingan berdoa Rosari. Belum ada sebelum ini, seseorang mendengar kejadian tentang pengalaman gangguan dari roh jahat semasa doa Rosari.

Sejarah Gereja Pentekostal (sebuah gereja Protestan) bermula di Topeka, Kansas, pada tahun 1900. Ia merupakan salah satu daripada banyak gereja Protestan, iaitu ia telah terbahagi kepada 16 kumpulan lagi kerana percanggahan dari segi intrepretasi Alkitab. Tidak dapat dinafikan bahawa gerakan-gerakan ini wujud hasil daripada kerja Iblis itu sendiri.

Berikut adalah keganjilan ketara yang terdapat di dalam Gerakan Karismatik Katolik:

1] Gerakan Karismatik Katolik sangat mengagungkan Tuhan ‘Roh Kudus’ TETAPI Alkitab pula lebih mengagungkan Yesus. “Tetapi apabila Ia datang, iaitu Roh Kebenaran, Ia akan memimpin kamu ke dalam seluruh kebenaran; sebab Ia tidak akan berkata-kata dari diri-Nya sendiri, tetapi segala sesuatu yang didengar-Nya itulah yang akan dikatakan-Nya dan Ia akan memberitakan kepadamu hal-hal yang akan datang.” [Yohanes 16:13-14]

2] Gerakan Karismatik Katolik menyatakan apabila seseorang berbahasa roh, ia merupakan tanda bahawa orang itu telah dibaptiskan dengan Roh Kudus TETAPI Alkitab menyatakan bahawa ia adalah sebagai tanda kepada kaum Yahudi yang tidak mempercayai Yesus. “Karena itu karunia bahasa roh adalah tanda, bukan untuk orang yang beriman; sedangkan karunia untuk bernubuat (prophesy) adalah tanda, bukan untuk orang yang tidak beriman, tetapi untuk orang yang beriman.” [1 Kor 14:22]
[Nota Editor: Dalam doktrin Gereja Katolik, seseorang menerima Roh Kudus apabila menerima Sakramen Penguatan. Jika pencurahan ‘roh kudus’ ini dianggap sebagai tanda dibaptis dengan Roh Kudus, adakah pencurahan ini satu sakramen juga?]

3] Gerakan Karismatik Katolik menyatakan bahawa wanita dibenarkan untuk berbahasa roh di dalam Gereja TETAPI Alkitab menyatakan wanita haruslah mendiamkan diri semasa berada di dalam Gereja. “Sama seperti dalam semua Jemaat orang-orang kudus, perempuan-perempuan harus berdiam diri dalam pertemuan-pertemuan Jemaat. Sebab mereka tidak diperbolehkan untuk berbicara. Mereka harus menundukkan diri, seperti yang dikatakan juga oleh hukum Taurat.” [1 Kor 14:34]

4] Gerakan Karismatik Katolik amat mementingkan penyembuhan secara ‘fizikal’ dan memberitahu umat bahawa ‘Tuhan tidak menginginkan sesiapa jatuh sakit’, malangnya tidak ada sabda yang menyokong kepercayaan sedemikian. Banyak di antara ahli-ahli gerakan tersebut mengejek dan mencemuh Sabda yang membidas kepercayaan mereka. “Dan supaya aku jangan meninggikan diri karena penyataan-penyataan yang luarbiasa itu, maka aku diberi suatu duri di dalam dagingku, iaitu seorang utusan iblis untuk menggocoh aku, supaya aku jangan meninggikan diri. Tentang hal itu aku sudah tiga kali berseru kepada Tuhan, supaya utusan iblis itu mundur daripadaku. Tetapi jawab Tuhan kepadaku: “Cukuplah kasih karunia-Ku bagimu, sebab justru dalam kelemahanlah kuasa-Ku menjadi sempurna. Sebab itu terlebih suka aku bermegah atas kelemahanku, supaya kuasa Kristus turun menaungi aku.” [II Kor 12:7-9]

5] Asal usul Gerakan ini bermula daripada dosa umat Protestan terhadap Iman (sins against Faith), mereka yang keluar daripada Gereja Roman Katolik. Terdapat tiga pewartaan dogmatik secara ex cathedra (kebenaran yang diwartakan secara kebal salah melalui Tuhan Allah yang tidak diperbolehkan untuk dipersoal, diubah ataupun ditarik balik) iaitu tidak ada penyelamatan di luar Gereja Katolik. Pengumuman yang sangat luarbiasa ini adalah seperti berikut:

Gereja Katolik yang Kudus mempercayai, mengakui dan memberitakan bahawa tidak ada penyelamatan kepada sesiapa pun yang tidak mempunyai iman Gereja Katolik, termasuklah mereka yang kafir, kaum Yahudi, mereka yang menyimpang dari fahaman Katolik (heretics) dan mereka yang berpecah kerana perbezaan pendapat (schismatics); mereka akan dibuang ke dalam Api Neraka yang kekal selamanya beserta syaitan dan malaikatnya, kecuali sebelum mereka meninggal dunia, mereka bersatu dengan Gereja; penyatuan dalam ‘tubuh eklisiastikal’ ini amatlah penting kerana hanya umat di dalam kesatuan ini saja, melalui sakramen Gereja Katolik akan diselamatkan; dan hanya melalui kesatuan dengan Gereja ini juga semua perbuatan baik seseorang seperti berpuasa, menderma, kerja-kerja kebajikan dan peranan-peranan sebagai umat Kristian akan mendapat pahala yang berkekalan. Tidak seorang pun, sekali pun menjadi dermawan yang terkenal dengan kemurahan hatinya, atau menumpahkan darahnya demi nama Yesus, boleh diselamatkan, kecuali dia bersatu dengan Gereja Katolik.” ( Paus Eugene IV, Bull Cantate Domino, 1441 )

Dalam pemeliharaan kesinambungan ajaran atau dogma Katolik ini, menurut Teologi Moral Katolik Tradisional, seorang uskup atau biskop yang bernama Louis Laravoire Morrow, S.T.D, telah meringkaskan bahawa, “seseorang Katolik berdosa terhadap Iman apabila dia mengikuti suatu perayaan misa bukan Katolik dan dia mengetahui perayaan misa tersebut adalah anjuran agama yang palsu.”

Pengasas Karismatik Katolik, Kevin Ranaghan, seorang umat Protestan mengakui bahawa gerakan Karismatik bermula dari satu upacara aneh yang meminta Tuhan melakukan ‘pemindahan darah’ Protestan secara rohani, dan mengatakan bahawa melalui upacara ini, Tuhan telah memberikan ‘limpahan roh kudus’ kepada mereka. Kita sedia maklum, gerakan yang mendapat kerjasama daripada golongan Protestan mempunyai banyak percanggahan dengan fahaman iman Katolik dan permintaan limpahan roh kudus seperti ini sudah pastinya bukan dari Tuhan.

Melalui ensilikal ‘Mortalium Animos’ daripada Paus Pius XI, penjelasan tentang kesatuan dalam agama yang benar dan tentang projek kerjasama agama berlainan iman (interfaith), menyatakan, “…adalah jelas mengapa Tahta Apostolik tidak pernah membenarkan umat turut serta dalam perayaan misa atau doa bukan Katolik. Kesatuan dalam agama Kristian cuma dapat dicapai melalui satu cara iaitu, umat Katolik yang murtad (heretics) kembali ke pangkuan Gereja Kudus Katolik, satu-satunya Gereja yang diasaskan oleh Yesus Kristus sendiri.

Apakah akibat daripada revolusi Protestan yang bermula pada kurun yang ke-16?

Sebuah artikel dalam ‘U.S. News & World Report’ pada bulan Mac, 1991 menyatakan bahawa pada tahun 1985, jumlah denominasi telah mencecah angka melebihi 22,000 dengan setiap minggu terdapat purata 5 organisasi atau gereja baru ditubuhkan. Kelompok Baptis, ditubuhkan pada 1600, mempunyai 27 atau lebih gereja baru di bawahnya, kelompok Lutheran pula ditubuhkan pada 1517, mempunyai 20 atau lebih gereja di bawahnya, kelompok Methodist, ditubuhkan pada 1739, mempunyai lebih kurang 19 divisyen; Gereja Kristian yang ditubuhkan pada 1809 telah berpecah kepada tiga kumpulan lain. Mengapakah terdapat begitu banyak perpecahan dan percanggahan dalam agama Protestan yang mendakwa bahawa gereja ini diasaskan daripada Alkitab; tidak pada doktrin atau tradisi tetapi cuma pada Alkitab sahaja?

Sangti Alfonsus Liguori mengatakan bahawa:

“Mereka yang sukakan pembaharuan (innovation) mengatakan bahawa Tuhan telah memberikan setiap yang beriman, pengetahuan yang jelas tentang Injil. Nah lihatlah, intrepretasi daripada umat bukan Katolik telah mengakibatkan timbulnya pelbagai jenis kepercayaan. Selepas berkali-kali mengadakan kongres dan sinod, mereka masih tidak dapat memutuskan satu kepercayaan yang sama. Kita sedia maklum, ahli-ahli yang inginkan pembaharuan mempunyai banyak jenis idea kepercayaan, sama seperti banyaknya jenis gelagat manusia. Ini sudah cukup membuktikan mereka adalah di dalam agama yang sesat dan palsu. Satu iman dan satu doktrin yang benar cuma ada di dalam Gereja Katolik dan Tuhan mengekalkannya agar diwarisi dari satu generasi kepada satu generasi yang lain.”

Martin Luther, seorang bapa Protestan dan juga pelopor kepada idea pentafsiran Alkitab mengikut kepandaian sendiri juga pernah mengaku, “terdapat banyak mazhab dan kepercayaan sama seperti banyaknya kepala yang berbeza-beza.”

Jika seseorang ingin memupuk cinta dan mendalami minatnya dalam iman Katolik dan inginkan kehidupan sebagai seorang Kristian yang tulus, mereka haruslah membaca buku mengenai kehidupan para sangti. Selain Alkitab dan apa yang dianggap sebagai ajaran biasa dalam gereja Katolik, mengikuti kehidupan para sangti dapat mengubah kehidupan seseorang yakni menuju kepada kekudusan. Salah satu bukti yang menunjukkan bahawa gereja Katolik adalah Gereja yang benar, satu-satunya Gereja yang diasaskan oleh Yesus, Tuhan dan Juruselamat kita, adalah kehadiran para sangti dan orang kudus dalam setiap kurun semenjak Yesus berada di dunia. Mukjizat di dalam gereja Katolik tidak pernah berhenti. Cuba fikirkan berapa jumlah orang-orang kudus yang telah menerima anugerah mukjizat dari Tuhan. Pernahkan para sangti ini terlibat dalam sebarang Gerakan Karismatik?

Yang pertama dan juga yang paling penting adalah Bonda Maria, iaitu ibu Yesus sendiri. Fikirkan tentang mukjizat di Lourdes apabila Bonda Maria telah menampakkan dirinya kepada Sangti Bernadette pada tahun 1858. Beribu-ribu umat yang mempunyai pelbagai penyakit yang ganjil dan yang dikatakan tiada harapan untuk sembuh telah disembuhkan selama lebih satu kurun di tempat itu. Sebuah filem telah diterbitkan oleh Hollywood bertajuk ‘The Song of Bernadette’ mengisahkan mukjizat yang berlaku di Lourdes. Mukjizat umum yang dilakukan oleh Bonda Maria di Fatima pada tahun 1917 dan disaksikan oleh umat seramai 70,000 orang adalah satu testimoni hebat akan kuasa perantaraan Maria kepada anaknya, Yesus Kristus. Tetapi mukjizat yang paling hebat berlaku di tempat-tempat penampakan Maria selain penyembuhan fizikal, adalah penyelamatan beribu-ribu jiwa baru (umat baru) apabila mereka memeluk agama Katolik.

Pada kurun ini, kita mempunyai Padre Pio, seorang rahib Capuchin, yang mempunyai stigmata Kristus selama 50 tahun sebelum kematiannya pada tahun 1968. Padre Pio adalah sangti yang sangat terkenal kerana sepanjang hidupnya selama 81 tahun di dunia, dia telah melakukan banyak mukjizat.

Blessed Andre, seorang brother yang sangat rendah diri dari Montreal, Kanada, adalah satu lagi contoh pekerja mukjizat pada zaman ini. Sangti Yohannes Vianney, Sangti Antonius Maria Claret, Sangti Yohannes Bosko adalah tiga pekerja mukjizat yang terkenal pada kurun yang ke-19. Sangti Paulus dari Salib, Sangti Alfonsus Maria Liguori dan Sangti Leonardus dari Port Maurice pada kurun ke-18; Sangti Yosef Cupertino, Sangti Petrus Claver dan Sangti Martin de Porres pada kurun ke-17; Sangti Fransiskus Xavier, Sangti Theresa dari Avila dan Sangti Louis Bertrand pada kurun ke-16; Sangti Vincent Ferrer, yang hidup pada kurun ke-14 dan ke-15, telah melakukan lebih kurang 40,000 mukjizat termasuklah membangkitkan 28 orang yang sudah mati dan berjaya memenangi 200,000 jiwa, termasuk 25,000 Yahudi dan 8,000 bangsa Moors. Sangti Patrick berjaya mengubah negara Ireland dari sebuah negara kafir kepada sebuah negara Katolik. Dia telah membangkitkan 30 orang mati – banyak di antaranya sudah pun mati selama beberapa tahun. Sangti Francis Xavier, sebagai missionari ke India, memenangi hampir sejuta jiwa kepada iman Katolik. Tuhan yang Maha Esa mengesahkan pekerjaannya melalui banyak mukjizat, termasuk kebangkitan manusia yang sudah meninggal dunia.

Kerja-kerja mukjizat yang dibuat oleh para Sangti membuktikan sabda-sabda Injil adalah benar, iaitu para Sangti diberi kuasa melakukan mukjizat melalui kehidupan mereka yang kudus dan pemberitaan doktrin yang benar. “Tetapi jikalau Aku melakukannya dan kamu tidak mau percaya kepada-Ku, percayalah akan pekerjaan-pekerjaan itu, supaya kamu boleh mengetahui dan mengerti, bahwa Bapa di dalam Aku dan Aku di dalam Bapa.” [Yohannes 10:38]

Umat Katolik yang ingin membaca kisah tentang kehidupan Sangti-Sangti boleh memperolehi buku-buku ini dengan mudah; malangnya sungguh menyedihkan kerana kebanyakan umat Katolik mengabaikan perkara ini.

Kepada mereka yang bukan beragama Katolik, buku ini akan menjadi pembuka mata’ untuk melakukan penyiasatan sendiri terhadap doktrin gereja Katolik iaitu “tidak ada penyelamatan di luar gereja Katolik” (outside Catholic Church, there is no salvation). Pengabaian tanggungjawab sebagai umat Katolik telah menyebabkan banyak sekali jiwa yang hilang. Tuhan menginginkan penyelamatan untuk semua orang. Tuhan menyatakan dalam Alkitab, setiap manusia yang dilahirkan di dunia diberi kesedaran tentang hal ini. Tuhan menyediakan segala sesuatu yang diperlukan untuk penyelamatan jiwa kita. Pengabaian atau sikap tidak memperdulikan tentang keselamatan jiwa adalah dosa kerana ia adalah suatu pengabaian dipanggil kemalasan diri. “…dan mereka tidak tahu akan sesuatu, sebelum air bah itu datang dan melenyapkan semua, demikian pulalah halnya kelak pada kedatangan Anak Manusia.” [Matt 24:39]

Buku ini diterbitkan untuk tujuan memberi segala kebesaran dan keagungan kepada Tuhan yang Maha Esa dan demi untuk penyelamatan jiwa-jiwa. Berikut ada empat buku yang dicadangkan kepada umat Katolik dan juga bukan Katolik untuk mendalami lagi ajaran gereja Katolik: The One True Church, The Church or The Bible, The Catholic Church proved by the Protestant Bible dan This is the Faith.

Deo gratias.

Nota Editor: This BM translation has been edited and unfortunately I can’t trace its original translator. To the translator of this article please contact me to enable me to acknowledge you as the original translator. Thank you.

Original English article: http://www.olrl.org/doctrine/Charismatic_Movement.shtml


  1. julian

    Join Charismatic Movement if you want to know more. I can see from you writing that you know nothing about Charismatic Movement. You just hear people’s bad talk. point 1-4 is so rubbish.

    Editor: So, what is your argument? Care to share it with us?

    • Joy

      The situation here remind me ‘ Perpecahan dalam Jemaat – 1 Korintus 1:10-17′ Please read….. ayat 12 “Yang aku maksudkan ialah, bahwa kamu masing-masing berkata: Aku dari golongan Paulus. Atau aku dari golongan Apolos. Atau aku dari golongan Kefas. Atau aku dari golongan Kristus.” Ayat 17 “Sebab Kristus mengutus aku bukan untuk membaptis, tetapi untuk memberitakan Injil; dan itupun bukan dengan hikmat perkataan, supaya salib Kristus jangan menjadi sia-sia.”
      Let’s beritakan Injil = Yesus Kristus (yang diterangkan dalam Matius, Markus, Lukas & Yohanes)
      Paulus bilang dalam Roma 1:16-17 “Sebab aku mempunyai keyakinan yang kokoh dalam Injil, karena Injil adalah kekuatan Allah yang menyelamatkan setiap orang yang percaya, pertama-tama orang Yahudi, tetapi juga orang Yunani. (17) Sebab di dalamnya nyata kebenaran Allah, yang bertolak dari iman dan memimpin kepada iman, seperti ada tertulis: “Orang benar akan hidup oleh iman.”

      Respons:
      Dalam 1 Korintus 1:10_17, kita tahu bahawa pergolakan itu hanyalah bersifat ‘politik’ dan tidak ada kaitan dengan ‘masalah doktrin’. Gereja Katolik ada di serata dunia. Semuanya satu dalam Gereja Katolik di bawah pimpinan Vikar Kristus, Paus Benedict XVI. Tetapi aliran Protestan adalah hasil daripada ‘perbezaan doktrin’, yang menentangkan ajaran Gereja Katolik. Gereja adalah Tubuh mistik Kristus dan Kristus sendiri adalah Kepala-Nya. Jadi sesiapa yang menentang Gereja adalah tidak selamat. Kita tidak dapat lari daripada kebenaran dogma ‘Di luar Gereja tidak ada keselamatan’.

      Bukan sebarang Injil. Sesiapa pun tidak harus membuat tafsiran Alkitab secara peribadi dan bertentangan dengan ajaran Gereja. Jesus tidak mungkin dibahagi-bahagikan sehinggakan kata-kata Yesus sentiasa bertentangan dan berubah-ubah.

  2. Mica

    I would like to ask a question regarding the term ‘speaking in tongues’. Does the Catholic Church practice speaking in tongues? As far as i am concerned, speaking in tongues is the practice of the charismatic church. I am quite confused about this matter as my friend and I had a debate over this matter. He cited that there are many proofs in the Bible and that i should read the Bible more. However, it is hard for me to understand the Bible and i am quite skeptical when it comes to own interpretations of the words in the Bible.

    Editor: No. Please visit http://www.sspxasia.com and ask your questions to them directly.

    Another question that i’d like to know is what is the meaning of ‘penyembuhan’? My friend, who is a baptize Catholic, insisted that ‘penyembuhan’ is a practice in the Catholic church. He described that ‘penyembuhan’ is when the priest lays his hands over a person and gets rid of the evil souls. Some people will also pray over the person. This sounds creepy to me as I am new to the faith and I am unsure if what he is saying is the right pratice in the church?
    I am interested with the traditional point of view and i will be glad to get some explanation. Thank you.

    Editor: It sounds more like an exorcism which is to be carried out by an authorized priest (exorcist).

  3. san

    1] Gerakan Karismatik Katolik sangat mengagungkan Tuhan ‘Roh Kudus’ TETAPI Alkitab pula lebih mengagungkan Yesus.

    Sepatutnya:
    Roh Kudus yang bekerja didalam gerakan karismatik adalah Roh Kudus yang membawa kepada manusia untuk mengenali Yesus melalui Alkitab .Kamu tidak faham apa itu Roh Kudus

    2] Gerakan Karismatik Katolik menyatakan apabila seseorang berbahasa roh, ia merupakan tanda bahawa orang itu telah dibaptiskan dengan Roh Kudus TETAPI Alkitab menyatakan bahawa ia adalah sebagai tanda kepada kaum Yahudi yang tidak mempercayai Yesus.

    Sepatutnya:
    Bahasa roh digunakan oleh semua bangsa melalui karismatik untuk menyatukan banyak bangsa Yahudi termasuk dari mesapotamia,Rom dan daerah-daedah lain di sekitarnya kerana mereka berbicara dalam bahasa yang dipakai oleh bangsa lain .

    Tanda kepada kaum Yahudi bermaksud apabila orang yahudi melihat pekerjaan Roh Kudus , mereka akan percaya kepada Yesus .Kamu tidak mengerti apa maksudnya tanda.

    03. Gerakan Karismatik Katolik menyatakan bahawa wanita dibenarkan untuk berbahasa roh di dalam Gereja TETAPI Alkitab menyatakan wanita haruslah mendiamkan diri semasa berada di dalam Gereja .

    Sepatunya : wanita yang berada didalam geraja memuji dan memuliakan Tuhan,berbahasa roh dan bukan berdiam diri,berdiam diri bermaksud satu pernyataan Allah mengenai kesopanan didalam Ibadah kita kepada Tuhan untuk menjadi seorang pendengar , jadi dia memakai kata ‘berdiam . Kamu tidak faham akan suasana semasa orang berbahasa roh,kamu hanya bercakap untuk membuat tafsiran tanpa mengalaminya .

    04. Gerakan Karismatik Katolik amat mementingkan penyembuhan secara ‘fizikal’ dan memberitahu umat bahawa ‘Tuhan tidak menginginkan sesiapa jatuh sakit’, malangnya tidak ada sabda yang menyokong kepercayaan sedemikian. Banyak di antara ahli-ahli gerakan tersebut mengejek dan mencemuh Sabda yang membidas kepercayaan mereka .

    Sepatutnya: Memang , tapi gerakan karismatik bukan bertujuan untuk mementingkan penyembuhan fizikal , tetapi dari segi jiwa dan roh , gerakan karismatik berpusat kepada Yesus melalui gerakan Roh Kudus , yang akarnya adalah sabda Allah, Allah itu adalah roh.Saya pasti kamu dapat membezakan mana satu gerakan karismatik yang mementingkan penginjilan daripada penyembuhan semata-mata,

  4. 1) Roh Kudus yang bekerja didalam gerakan karismatik adalah Roh Kudus yang membawa kepada manusia untuk mengenali Yesus melalui Alkitab .Kamu tidak faham apa itu Roh Kudus.

    Editor: Bagaimana anda boleh bersaksi bahawa Roh Kudus bekerja dalam Gerakan Karismatik? Adakah mereka yang bergiat aktif dalam Gerakan Karismatik lebih mengenali Yesus? Di manakah buktinya? Jika anda berfikiran bahawa saya tidak memahami Roh Kudus, jadi apakah (atau siapakah) Roh Kudus mengikut ajaran Gerakan Karismatik?

    2] Bahasa roh digunakan oleh semua bangsa melalui karismatik untuk menyatukan banyak bangsa Yahudi termasuk dari mesapotamia,Rom dan daerah-daedah lain di sekitarnya kerana mereka berbicara dalam bahasa yang dipakai oleh bangsa lain. Tanda kepada kaum Yahudi bermaksud apabila orang yahudi melihat pekerjaan Roh Kudus , mereka akan percaya kepada Yesus .Kamu tidak mengerti apa maksudnya tanda.

    Editor: Jadi, adakah anda bersetuju (atau menolak dengan keras) bahawa mereka yang berbahasa roh dalam Gerakan Karismatik telah dibaptis dengan Roh Kudus? Apakah maksudnya jika seseorang itu berbahasa roh? Seterusnya, adakah di dalam Gerakan Karismatik, semua ‘bangsa’ (atau pengikut Gerakan ini) bersatu padu kerana berbahasa roh? Adakah bahasa roh itu ditafsirkan maksudnya supaya semua umat memahami mesej yang disampaikan oleh Roh Kudus? Sekiranya itu bukan maksud berbahasa roh, jadi apakah peranan ‘bahasa roh’ dalam Gerakan Karismatik? Apakah maksud ‘tanda’?

    3] Wanita yang berada didalam geraja memuji dan memuliakan Tuhan,berbahasa roh dan bukan berdiam diri,berdiam diri bermaksud satu pernyataan Allah mengenai kesopanan didalam Ibadah kita kepada Tuhan untuk menjadi seorang pendengar , jadi dia memakai kata ‘berdiam . Kamu tidak faham akan suasana semasa orang berbahasa roh,kamu hanya bercakap untuk membuat tafsiran tanpa mengalaminya .

    Editor: Jika begitu maksudnya, maka kaum lelaki juga harus BERDIAM DIRI di dalam Gereja! Benarkah begitu? Apakah suasana orang yang berbahasa roh? Adakah mereka yang berbahasa roh (bahasa yang anda sendiri tidak memahaminya) merupakan pujian yang memuliakan Tuhan?

    4] Memang , tapi gerakan karismatik bukan bertujuan untuk mementingkan penyembuhan fizikal , tetapi dari segi jiwa dan roh , gerakan karismatik berpusat kepada Yesus melalui gerakan Roh Kudus , yang akarnya adalah sabda Allah, Allah itu adalah roh.Saya pasti kamu dapat membezakan mana satu gerakan karismatik yang mementingkan penginjilan daripada penyembuhan semata-mata.

    Editor: Benarkah bahawa Gerakan Karismatik tidak mementingkan penyembuhan fizikal? Jadi, apakah yang berlaku dalam Gerakan Karismatik jika bukan penyembuhan fizikal? Jika anda mengatakan penyembuhan jiwa, di manakah buktinya? Adakah mereka yang aktif dalam Gerakan Karismatik (yang asalnya daripada ‘gereja’ Protestan) dapat menyembuhkan jiwa? Tahukah anda bahawa untuk kesembuhan jiwa, seseorang umat Katolik harus menerima Sakramen Pengampunan dan juga Sakramen Ekaristi? Pergolakan jiwa dalam umat yang menghadiri Gerakan Karismatik adalah disebabkan oleh kecelaruan mereka akan KEBENARAN. Adakah anda memiliki KEBENARAN itu? Manusia disembuhkan (dibebaskan) kerana KEBENARAN dan bukannya kerana berbahasa roh. Benarkah Gerakan Karismatik berpusat kepada Yesus, sedangkan ASAL USUL gerakan ini adalah daripada umat protestan? Adakah ‘Gereja’ Protestan berasal daripada Yesus? Jika saya tidak terlibat dengan Gerakan Karismatik maka saya tidak ‘memiliki’ Roh Kudus? Adakah Roh Kudus tidak ‘bergerak’ dalam diri saya kerana tidak terlibat dengan Gerakan Karismatik? Apakah buktinya bahawa Gerakan Karismatik berpusatkan kepada Sabda (Alkitab) sedangkan telah saya tunjukkan bahawa Gerakan Karismatik adalah bertentangan dengan Tradisi Suci Gereja dan juga Alkitab? Benarkah ada Gerakan Karismatik yang mementingkan ‘penginjilan’ dan bukannya ‘penyembuhan fizikal’ semata-mata? Setahu saya Gerakan Karismatik MEMENTINGKAN ‘curahan’ Roh Kudus dan bahasa roh!

  5. san

    *****Benarkah bahawa Gerakan Karismatik tidak mementingkan penyembuhan fizikal? Jadi, apakah yang berlaku dalam Gerakan Karismatik jika bukan penyembuhan fizikal? Jika anda mengatakan penyembuhan jiwa, di manakah buktinya? Adakah mereka yang aktif dalam Gerakan Karismatik (yang asalnya daripada ‘gereja’ Protestan) dapat menyembuhkan jiwa? Tahukah anda bahawa untuk kesembuhan jiwa, seseorang umat Katolik harus menerima Sakramen Pengampunan dan juga Sakramen Ekaristi? Pergolakan jiwa dalam umat yang menghadiri Gerakan Karismatik adalah disebabkan oleh kecelaruan mereka akan KEBENARAN. Adakah anda memiliki KEBENARAN itu? Manusia disembuhkan (dibebaskan) kerana KEBENARAN dan bukannya kerana berbahasa roh. Benarkah Gerakan Karismatik berpusat kepada Yesus, sedangkan ASAL USUL gerakan ini adalah daripada umat protestan? Adakah ‘Gereja’ Protestan berasal daripada Yesus? Jika saya tidak terlibat dengan Gerakan Karismatik maka saya tidak ‘memiliki’ Roh Kudus? Adakah Roh Kudus tidak ‘bergerak’ dalam diri saya kerana tidak terlibat dengan Gerakan Karismatik? Apakah buktinya bahawa Gerakan Karismatik berpusatkan kepada Sabda (Alkitab) sedangkan telah saya tunjukkan bahawa Gerakan Karismatik adalah bertentangan dengan Tradisi Suci Gereja dan juga Alkitab? Benarkah ada Gerakan Karismatik yang mementingkan ‘penginjilan’ dan bukannya ‘penyembuhan fizikal’ semata-mata? Setahu saya Gerakan Karismatik MEMENTINGKAN ‘curahan’ Roh Kudus dan bahasa roh!

    Benarkah bahawa gerakan karismatik tidak mementingkan penyembuhan fizikal ?

    Menyembuhkan fizikal seseorang itu adalah kerja Tuhan dan bukan kerja pelayan , pelayan itu hanya sebagai alat sahaja sebagai tangan Tuhan , saluran .Jika pelayan mengatakan didalam doa yang seseorang itu mesti disembuhkan secara fizikal , tidak semestinya orang itu disembuhkan secara fizikal .Kalau mereka yang hanya mementingkan penyembuhan fizikal dan bukan secara rohani orang yang didoakan , ini bererti dasar orang yang melakukan itu tidak bergantung kepada kehendak Tuhan tetapi kehendaknya sendiri .
    ****Jika anda mengatakan penyembuhan jiwa, di manakah buktinya?*****

    Buktinya ada pada orang – orang yang telah disembuhkan jiwanya.Tanda-tanda orang yang disembuhkan jiwanya ialah orang itu suka membaca Alkitab , berdoa , pergi ke Misa Kudus , berbuat baik dan mulai memberitakan Injil Yesus kepada semua orang .Bukan itu sahaja, dia akan ada buah-buah kasih kepada orang seperti yang terdapat didalam 1 kor:13 dan buah-buah roh didalam Galatia:5: .Semua kelakukan orang ini akan berubah, dari segi dia bercakap,dari segi dia bertindak dan dari segi dia berfikir.Contohnya : mungkin dia ini dulu seorang yang pemarah,ternyata kesabaran yang lebih dahulu menguasainya .Ada perubahan hidup , ada peralihan hidup dari hidup lama kepada yang baru.Mungkin dulu dia suka mengumpat , tetapi sekarang dia tidak lagi berbuat demikian , malahan itu hilang sama sekali .Ini kalau yang benar-benar disembuhkan jiwanya .

    ****Adakah mereka yang aktif dalam Gerakan Karismatik (yang asalnya daripada ‘gereja’ Protestan) dapat menyembuhkan jiwa? Tahukah anda bahawa untuk kesembuhan jiwa, seseorang umat Katolik harus menerima Sakramen Pengampunan dan juga Sakramen Ekaristi?*********

    Benar katamu tetapi kita juga tidak patut membiarkan Roh Kudus bergerak aktif di zaman ini .Orang yang benar-benar dikuasai dan dipimpin oleh Roh Kudus untuk melakukan kehendak Allah dapat di lihat dari buahnya .Dari buahnya kamu akan mengenal mereka .

    Sakramen pengampunan dan sakramen Ekaristi memang satu cara untuk orang percaya untuk mendapat kesembuhan jiwanya .Kalau boleh Sakramen Ekaristi dan Sakramen Pemgampunan itu di haruskan setiap hari oleh umat beriman .Jika kita lihat didalam Kis: 2 , semua orang orang percaya berkumpul di satu tempat,mereka membahagikan roti setiap hari … lihat di sini .. setiap hari bermakna begitu senang sekali mereka dapat menemukan kesembuhan jiwa dengan setiap hari berada didalam rumah Tuhan (Geraja) atau perhimpunan .

    Namun , saya sendiri tidak dapat menghadiri ibadah itu setiap hari , hanya pada hari ahad sahaja ..Kita sebagai manusia setiap hari melakukan dosa dan dosa itu lah yang menghambat kita daripada melakukan ibadah atau menjauhi Tuhan namun satu hal yang paling penting bagi saya ialah saya suka disembuhkan setiap hari kerana saya berdepan dengan bermacam-macam godaan dan cubaan yang bila-bila masa menjatuhkan saya , jadi dengan kehadiran pelayanan seperti ini , saya akan sentiasa dibaharui setiap hari …

    ******Pergolakan jiwa dalam umat yang menghadiri Gerakan Karismatik adalah disebabkan oleh kecelaruan mereka akan KEBENARAN. Adakah anda memiliki KEBENARAN itu? Manusia disembuhkan (dibebaskan) kerana KEBENARAN dan bukannya kerana berbahasa roh. Benarkah Gerakan Karismatik berpusat kepada Yesus, sedangkan ASAL USUL gerakan ini adalah daripada umat protestan? Adakah ‘Gereja’ Protestan berasal daripada Yesus?*****

    Jika mereka tidak faham atau tiada seorang pun yang memberikan kefahaman mengenainya ,sudah tentu fikiran mereka akan bercelaru , apatah lagi jika terdapat paderi yang anti karismatik , dan umat berada di tengah-tengah , sedang bingung dan bercelaru , sepatutnya paderi tidak anti – karismatik tetapi memberikan penerangan berdasarkan Alkitab , mereka juga kan pakar Alkitab dan tahu mengenai semua sejarah itu ., itu adalah salah satu daripada tugas mereka … Bukan pula condemn sana sini tidak tentu pasal , Akhirnya umat tidak beriman , lalu dengan senang diterajang oleh agama lain yang bukan kristian , senang masuk … lalu murtad ? siapa yang salah ? Ini lah yang dinamakan sebagai kebenaran .

    Orang yang beriman tidak semestinya memiliki bahasa roh , bahasa roh hanya satu bahawa yang Tuhan kehendaki dan bukan manusia yang menkehendakinya .Tuhan menkhendaki , bermaksud Dia tahu apa yang terbaik untuk diberikan kepada manusia dan Dia tahu, Dia mahu memberikannya .Tidakkah kamu baca apa yang terdapat didalam nubuatan nabi Yoel itu mengenai “Aku akan mencurahkan Roh-Ku ke atas anakmu laki-laki dan perempuan , dan mereka akan mendapat mimpi….. “

    Gerakan karismatik tidak mengira dia seorang umat katolik atau protestant .Seandainya dia berpandukan kepada ajaran Alkitab dan mengikuti tradisi rasul yang terdapat didalam Alkitab , yang bermula daripada Santo Petrus .

    Walaupun Protestant itu adalah protest tetapi itu bukan salah mereka nak tubuhkan geraja baru , patut bersatu dengan mereka untuk menentang ketidakadilan yang sedang bergolak didalam dunia ini .Orang yang baru masuk kristian protestant pun tidak faham apa itu protestant , sebab sejarah mengenai mereka tidaklah diberitahu dengan begitu terperinci , yang mereka tahu…(mungkin bukan semua ) ialah katolik tidak bagus, sembah patung dan sebagainya , sebenarnya ramai orang protestant yang masuk katolik sebab mereka melihat kebenaran itu diputar belit oleh orang sebelah(Protestant) .

    Geraja protestant memang bukan berasal daripada Yesus tetapi daripada manusia, sebab penubuhnya ialah manusia tetapi ajarannya juga mengandungi firman Tuhan, walaupun mungkin terdapat sedikit kejangalan kerana tidak sama dengan tatacara yang dilakukan oleh geraja katolik , tetapi saya amat bersimpati dan kesihan dengan mereka . , namun satu hal yang perlu kita ketahui di sini , jika kita terus memusuhi geraja protestant , di manakah sudah contoh yang dapat kita dapat berikan kepada mereka ?

    ***** Jadi, adakah anda bersetuju (atau menolak dengan keras) bahawa mereka yang berbahasa roh dalam Gerakan Karismatik telah dibaptis dengan Roh Kudus? Apakah maksudnya jika seseorang itu berbahasa roh? Seterusnya, adakah di dalam Gerakan Karismatik, semua ‘bangsa’ (atau pengikut Gerakan ini) bersatu padu kerana berbahasa roh? Adakah bahasa roh itu ditafsirkan maksudnya supaya semua umat memahami mesej yang disampaikan oleh Roh Kudus? Sekiranya itu bukan maksud berbahasa roh, jadi apakah peranan ‘bahasa roh’ dalam Gerakan Karismatik? Apakah maksud ‘tanda’?**********

    Saya tidak setuju bahawa mereka yang berbahasa Roh dan tahu dengan bahasa itu sudah dibaptis dengan Roh Kudus namun satu hal yang perlu kita tahu bahawa orang yang dibaptis (Dalam istilah yang lebih senang disebut) , mengaktifkan Roh Kudus ) yang tertidur didalam orang itu ,akan nampak buah-buahnya.Tidak mungkin kita dapat mengambil buah dari semak duri ? Tidak mungkin pokok yang baik dapat menghasilklan buah yang masam ? Hanya pokok yang baik sahaja yang dapat menghasilkan buah yang baik dan manis .
    Manusia yang telah di baptis dengan Roh Kudus adalah manusia lemah .Orang yang tahu berbahasa roh tidak semestinya dia dikuasai oleh Roh Kudus .Kita harus dapat mengenali buah roh itu samaada berasal dari Tuhan atau tidak . Beberapa tahun yang lalu , saya bersama dengan team melayani di kawasan pedalaman yang terpencil di sabah dan orang yang kami layani itu tahu berbahasa roh , bila di teliti , ternyata roh jahat itu sudah meniru bahasa kami , lalu kami terus berbahasa roh dan berdoa terus menerus yang didasari dengan firman Tuhan dan Roh Kudus ( Kedua-dua saling bekerja) dan orang yang kami layani itu berhenti kemudian berteriak kepanasan dan terus kepanasan,benci kami yang menyebut dan berdoa didalam nama Yesus , ternyata yang berbicara itu bukan daripada Tuhan , tetapi daripada roh yang lain .
    Didalam persekutuan karismatik , seharusnya ada seorang penafsir bahasa roh , orang berbahasa roh , bernubuat , dan pelayanan-pelayanan lain yang tercatit didalam Alkitab perjanjian baru .Jika orang berbahasa roh itu tidak dapat ditafsir oleh seorang yang mempunyai karunia menafsirkan bahasa roh , itu juga satu masalah , harus minta…dan minta.. kerana kedua-dua ini saling melengkapi di antara satu dengan yang lain .Karunia untuk membezakan bahasa roh itu harus ada , harus lengkap semuanya , jika tidak , akan ada pengacau yang timbul didalam persekutuan itu , sebab gerakan karismatik yang dianggotai oleh mereka yang berkarisma dengan hal-hal roh itu adalah sangat penting .jika tidak , maka itu bukan karismatik ….. memang karismatik itu adalah sangat sensitif sekali , tidak seperti ahli kuayer yang hanya menyanyi lagu misa kudus atau ibadah sabda.Persediaan yang rapi adalah sangat2 diperlukan.Kalau cara hidup kumpulan itu diluar geraja adalah tidak kudus, jangan harap lah mendapat yang terbaik dari Tuhan …. Sebab Roh Kudus hanya suka denga kekudusan , itu adalah sifat Roh Kudus yang paling tinggi , kekudusan .

    ***** Jika begitu maksudnya, maka kaum lelaki juga harus BERDIAM DIRI di dalam Gereja! Benarkah begitu? Apakah suasana orang yang berbahasa roh? Adakah mereka yang berbahasa roh (bahasa yang anda sendiri tidak memahaminya) merupakan pujian yang memuliakan Tuhan?****

    ****** Jika begitu maksudnya, maka kaum lelaki juga harus BERDIAM DIRI di dalam Gereja! Benarkah begitu? Apakah suasana orang yang berbahasa roh? Adakah mereka yang berbahasa roh (bahasa yang anda sendiri tidak memahaminya) merupakan pujian yang memuliakan Tuhan?*****

    Begini bah , berdiam diri itu bermaksud mencari kehendak Tuhan , apa bisikan yang Tuhan berikan , apa nubuat yang diberikan oleh Tuhan , cara dia menyampaikan itu adalah dengan cara berdiam diri seperti saat hening… telinga hati kita pada waktu berdiam itu adalah sangat sensitif…Sama dengan berdiam diri untuk mencari Tuhan .Ya, jika anda tidak mengerti bahasa roh itu , suka rujuk didalam kis:2 , rasul-rasul berbiacara dalam bahasa roh ,mereka memuliakan Allah dengan bahasa roh , yang saya panggil sebagai bahasa persatuan , bahasa yang menyatukan banyak bangsa .Cuba kamu baca dengan teliti … Saya pasti kamu akan dapat memahaminya.
    Pelayan didalam gerakan karismatik yang hanya mementingkan pencurahan Roh Kudus dan bahasa roh itu adalah orang yang tidak mempunyai misi dan visi dengan pelayanan firman Tuhan dan hanya mementingkan diri sendiri atau lebih tepat lagi melayani hanya untuk kepentingan peribadi.
    Memang bahasa roh itu sangat penting kerana bahasa roh itu adalah pintu kepada karunia-karunia yang lain namun yang lebih penting daripada itu ialah kasih . tanpa kasih , bahasa roh tidak berguna sama sekali .Bahasa roh itu tidak menyelamatkan manusia tetapi kasih boleh menyelamatkan.Bahasa roh itu satu hadiah yang Tuhan beri dengan percuma , jadi mana yang lebih penting ,hadiah atau pemberi hadiah itu ?

    Bagi saya , tujuan karismatik ini adalah untuk membawa orang mengenal Yesus dan percaya kepada-Nya sebagai Tuhan dan Juruselamat , bukan membawa orang untuk percaya kepada pelayan yang boleh melakukan pencurahan Roh Kudus dan bahasa roh yang indah-indah . Itu bererti mereka hanya melayani untuk kepentingan peribadi dan bukan untuk kemuliaan Tuhan .Memang sekarang ini , banyak sekali orang yang suka mencuri kemuliaan Tuhan , mereka melayani untuk kepentingan peribadi tetapi atas nama Tuhan Yesus .

    Mau melayani sebab ada kesempatan mau mengurat amoi , mau supaya amoi tahu orang itu hibat , bulih tahan dan kudus kunun , kalaulah pelayanan dilakukan seperti ini , saya istiharkan … tidak sampai 2 tahun pelayanan macam itu akan hancur , orang itu yang akan hancur dan tidak ikut pelayanan lagi selama-lamanya atau kumpulan mereka tidak akan wujud lagi .

  6. Mayjune

    Salah satu penyembuhan batin(luka-luka batin) yang amat ketera sekali apabila kemarahan, sakit hati dan rasa keciwa yang terpendam sekian lama oleh kerana perbuatan seseorang hilang begitu sahaja dan ketika kita melihat orang yang telah melakukan perkara itu seakan dia tidak pernah berbuat salah kepada kita.

    Respon:
    Iman Katolik berkaitan rapat dengan intelek atau pemikiran manusia dan bukannya disadarkan pada emosi atau perasaan. Perlu ditanya pada diri sendiri apa punca ‘kemarahan’, ‘sakit hati’ atau ‘rasa kecewa’. Kenapakah kita tidak mahu atau tidak sanggup mengampuni dosa orang lain sedangkan kita kerap berdoa ‘Bapa Kami’? Bagaimanakah tiba-tiba sahaja ‘dosa’ itu boleh hilang begitu sahaja? Bagaimana ‘perasaan’ seseorang itu boleh ditenangkan dengan hanya ‘curahan Roh Kudus’ tanpa ada penjelasan atau pemahaman?

    Tahukah sdr/i bahawa apabila seseorang menerima Sakramen Karisma, dia tidak berasa apa-apa walaupun dengan nyata bahawa dia menerima Roh Kudus ke dalam jiwanya. Bukankah dosa-dosa hanya boleh diampuni melalui Sakramen Pengampunan? Bukankah pengampunan memerlukan pertobatan? Dan bukankah pertobatan memerlukan kesedaran? Untuk sedar, seseorang perlu menerima KEBENARAN.

    Semua yang sdr/i alami semasa penyembuhan batin hanyalah ‘perasaan’ sahaja. Itu bukan IMAN KATOLIK!

  7. sgt menarik……saya rasa charismatic terlalu menguasai gereja di zaman skg ni…..

  8. jamessius manggata

    tolong emailkan saya risalah tentang bonda maria dan penyelamatan saya asalnya dari keningau sabah malaysia syaloom sole deo gratias

  9. Risalah dalam Bahasa Melayu sukar ditemui kecuali mencari melalui enjin carian dalam laman web Indonesia. Blog ini sendiri memiliki banyak artikel yang mudah difahami dalam bahasa Melayu. Silalah mencari artikel yang diingini melalui pilihan KATEROGI atau SEARCH HERE pada laman web ini. Jika ada pertanyaan khusus, bolehlah menghantarnya melalui ruangan komen di sini.

  10. Volvin Irawan

    Hi…yang benar yg mana yah?
    “tidak ada penyelamatan di luar gereja Katolik” spt yg saudara cited….
    or…..
    Kisah Para Rasul
    4:12 Dan keselamatan tidak ada di dalam siapa pun juga selain di dalam Dia, sebab di bawah kolong langit ini tidak ada nama lain yang diberikan kepada manusia yang olehnya kita dapat diselamatkan.”
    ???
    Thanks

    Respons:
    Gereja merupakan Tubuh Mistik Yesus Kristus. Berpaut kepada Gereja bermakna berpaut kepada Yesus kerana Yesus telah mendirikan Gereja-Nya untuk meneruskan misi penyelamatan semua orang.

    [Ephesians 5:23] Because the husband is the head of the wife, as Christ is the head of the church. He is the saviour of his body.

    Kristus dan Gereja tidak dapat dipisahkan ibarat isi dengan kuku, aur dengan tebing. Kristus dan Gereja adalah berpengantin.

    Siapakah yang memberitakan ayat Acts 4:12 jika tidak oleh Gereja yang diwakili oleh Petrus dan Yohanes pada waktu itu. Dan orang mendengar ajaran Gereja untuk mempercayai Yesus.

    Jika saudara Volvin menolak Gereja, bagaimana Volvin akan menerima iman seperti yang diajar oleh Kristus dan disebarkan oleh Gereja?

    [Mat 16:18] And I say to thee: That thou art Peter; and upon this rock I will build my church, and the gates of hell shall not prevail against it. 19 And I will give to thee the keys of the kingdom of heaven. And whatsoever thou shalt bind upon earth, it shall be bound also in heaven: and whatsoever thou shalt loose upon earth, it shall be loosed also in heaven.

  11. Bunga

    Mau tanya..
    Mengapa selepas taurat tuhan menurunkan injil? dan mengapa selepas injil tuhan menurunkan quran?

    Tapi mengapa selepas quran tiada ktab lagi?

  12. Injil ditulis oleh pengikut Yesus atas inspirasi atau dorongan daripada Tuhan Allah Tritunggal. Selain Injil tidak ada lagi buku suci yang ‘diturunkan’ dari Surga.

    Soalan tentang ‘quran’ haruslah ditujukan kepada umat Islam untuk mendapatkan jawapan.

  13. BERHATI-HATI! Blog ini tidak sesuai dengan orang katolik. Ini adalah bentuk penentangan dan penyesatan ajaran Katolik.

    Respons: Kenapa saudara kata menyesatkan dan menentang ajaran Katolik. Dalam artikel tersebut telah saya bahaskan dengan terperinci termasuk bukti kukuh tentang asal usul Karismatik. Kenapa umat Katolik memerlukan Karismatik? Bukankah umat menerima Komuni Kudus yang merupakan benar-benar Tubuh dan Darah Kristus. Bukankah Tuhan Yesus benar-benar berada sangat dekat dengan kita? Bukankah saat menerima Komuni Kudus itu merupakan saat yang paling bahagia? Karismatik hanya untuk kalangan Protestan yang dahagakan kehadiran Tuhan Yesus dalam kehidupan mereka, tetapi sia-sia.




Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


  • Laman

  • Artikel Popular

  • Kategori

  • Sila masukkan alamat e-mel anda untuk melanggan blog ini dan menerima pemberitahuan melalui e-mel apabila ada artikel baru diterbitkan.

    Join 42 other followers


Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 42 other followers

%d bloggers like this: