Cara Menyambut Komuni Suci

Lihat sahaja gambar foto ini. Paus Benedict XVI telah menunjukkan cara yang terhormat dan merupakan cara Katolik untuk menyambut Komuni Suci:

Holy Father’s Mass today in honor of Pius XII

Holy Father’s Mass today in honor of Pius XII

Wanita itu berlutut, menutup kepalanya dengan tudung, dan dengan penuh hormat menyambut Komuni Kudus. Sekiranya umat wanita Katolik masih ‘enggan’ menutup kepada semasa ke Gereja, pandanglah sahaja pada gambar atau patung suci Bonda Maria. Ibu Yesus kekal menutup kepalanya sepanjang zaman.

Deo gratias.

About these ads

  1. SIMON

    Saya pernah ikut kebaktian di gereja Anglikan..cara menyambut komuninya sama macam dalam gambar di atas tapi tak bertudung..adakah gereja RC mengajar cara menyambut komuni yang khusus..?

    Respons:
    Jika saudara Simon seorang umat Katolik, menghadiri kebaktian di Gereja Anglikan adalah suatu dosa. Gereja Katolik sekarang tidak lagi menguatkuasakan pemakaian tudung, malah boleh dikatakan peraturan bertudung itu sudah luput. Tetapi umat Katolik yang masih berpegang kepada ajaran Katolik sejak 2000 tahun yang lalu, masih mengenakan tutup kepala demi menghormati Tuhan Allah.

    Sila rujuk dua artikel yang membahaskan isu ini:
    http://katolik.wordpress.com/2006/11/14/wanita-memakai-tudung/
    http://katolik.wordpress.com/2006/11/19/wanita-memakai-tudung-ii/

    • Josping Amoh

      Saya seorang umat Katholik. Beberapa tahun yang telah lalu saya mengalami gerak hati yang sangat kuat meminta saya bertudung. Saya belum melaksanakannya kerana saya masih ragu-ragu adakah itu kehendak Tuhan Allah ataupun bukan dan saya merasakan diri ini tidak layak dan masih hendak mengekalkan penampilan diri dengan rambut yang cantik, panjang dan ikal mayang. Tetapi desakan dan kekuatan itu terus menghantui diri saya kerana saya masih tetap belum melaksanakannya hingga kehari ini. Apabila cuba-cuba bertudung saya merasa sesuatu kelainan yang sangat ketara berlaku didalam diri saya. Namun saya tanggalkan semula kerana saya sering menerima teguran-teguran dari orang sekeliling saya selain dari dipandang dengan pandangan yang semacam. Saya menjadi serba salah dan tidak selesa diperlakukan seperti itu. Apakah sebenar semuanya ini? Saya inginkan jawapan yang benar-benar boleh meyakinkan saya. Kerana hingga kini saya masih ragu-ragu sedangkan desakan dan kekuatan itu terus menguasai diri saya.

      Anak Domba

      5 Mac 2012

  2. Jawapan yang seperti mana lagi harus dikemukakan kepada saudara sehingga saudara sanggup menutup kepala demi Kristus? Keselamatan kita bukannya terletak pada pandangan orang. Wanita memakai tutup kepala bukan untuk tujuan berfesyen atau ‘minta puji’ tetapi demi KEMULIAAN ALLAH TRITUNGGAL MAHAKUDUS.

    Artikel ini boleh membantu, sila baca dengan penuh perhatian:

    http://katolik.wordpress.com/2006/11/14/wanita-memakai-tudung/

    http://katolik.wordpress.com/2006/11/19/wanita-memakai-tudung-ii/




Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


  • Laman

  • Artikel Terkini

  • Artikel Popular

  • Kategori

  • Sila masukkan alamat e-mel anda untuk melanggan blog ini dan menerima pemberitahuan melalui e-mel apabila ada artikel baru diterbitkan.

    Join 43 other followers


Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 43 other followers

%d bloggers like this: