Pengalaman ‘Hidup Baru Dalam Roh’

Adakah seminar ‘Hidup Baru Dalam Roh’ yang kerapkali dianjurkan oleh Gereja sekarang merupakan amalan Gereja Roman Katolik yang benar-benar Katolik? Saya kongsikan di sini pengalaman sebenar seseorang umat:

Apabila bercakap mengenai karismatik, sya teringat akan satu  anjuran gereja Katolik Iaitu “Hidup Baru Dalam Roh” saya pernah menyertainya dan mendengar cermah-ceramah yang amat berguna sekali.  Pada hari terakhir(waktu malam) kalau tidak silap kerana sudah lama) diadakan penyembuhan batin (tidak pasti dipanggil apa) tetapi ketika berdoa, bernyanyi tiba-tiba kedengaran orang disekeliling saya bercakap dalam bahasa yang tidak pernah saya dengar dan tidak saya fahami.  Kami diminta berlutut. berdoa dlm hati serta mengingati perkara-perkara yang menyebabkan kita menderita batin atau dikatakan luka-luka batin dan memaafkan mereka yang menyebabkan luka-luka batin tersebut. Tiba-tiba ketika saya sedang berdoa, saya mendengar seseorang berkata dibelakang supaya saya membuka/melapangkan hati mengikuti bahasa-bahasa yang saya tidak fahami itu agar saya dapat mengikutinya.  Saya mencuba tetapi saya tidak dapat mengikutinya.  Tiba-tiba saya mendengar raungan, tangisan serta bahasa-bahasa yang tidak saya fahami, ketika itulah saya tiba-tiba diperlihatkan/ merasakan  tentang keadaan sekeliling didalam gereja tersebut (dalam keadaan mata tertutup) sangat banyak sekali seakan manusia yang tidak kelihatan wajahnya berpakaian semuanya putih berterbangan tidak tentu arah sehingga meremangkan bulu roma dan tanpa sedar saya berteriak ketakutan.  Pada saat itulah saya membuka mata dan terus melihat sekeliling dan mendapati beberapa orang pengsan, menangis, berdoa dgn bahasa yang tidak difahami malah ada yang muntah-muntah.  Ketika semuanya telah selesai saya memang pulang dengan perasaan yang amat lapang tetapi bayangan manusia tidak berwajah yg berterbangan itu masih menghantui saya dan tidak saya fahami apakah itu dan kenapa saya seakan diperlihatkan dan kenapa saya tidak boleh berbahasa roh (seperti yang mereka katakan) sehinggalah kini.

Seperti amalan biasa Gerakan Karismatik, seminar ‘Hidup Baru Dalam Roh’ juga mempunyai ciri-ciri yang serupa seperti:

  • penyembuhan batin
  • bahasa yang asing dan tidak difahami (dan dianggap sebagai ‘bahasa roh’)
  • raungan (atau teriakan)
  • pengsan (tidak sedarkan diri)
  • menangis
  • muntah-muntah
  • perasaan yang lapang (tanpa penjelasan yang jelas)
  • bayangan yang luar biasa (seperti ‘makhluk seperti manusia, tidak berwajah, dan berterbangan tanpa tujuan)
  • peserta sering ‘risau’ kerana tidak mendapat ‘kurnia’ bahasa roh

[*kata 'roh' dieja dengan huruf kecil kerana tidak ada bukti bahawa roh itu adalah Roh Kudus]

Adakah pengalaman yang dialami oleh peserta ‘Hidup Baru Dalam Roh’ selaras dengan ajaran, doktrin dan dogma Katolik?

Apakah yang dimaksudkan dengan ‘penyembuhan batin’?

Manusia yang diciptakan oleh Tuhan Allah mengikut rupa-Nya menjadikan manusia ini memiliki tubuh fizikal yang fana tetapi juga memperoleh jiwa (soul) yang kekal. Tubuh yang akan mati pada suatu hari nanti akan meninggalkan jiwa yang akan berhadapan dengan Tuhan Allah untuk penghakiman terakhir sama ada memperoleh kehidupan kekal di Surga atau menerima hukuman dahsyat di Neraka untuk selama-lama.

Seseorang yang sakit tubuh badan kerana infeksi kuman harus menerima rawatan hospital untuk kesembuhan. Tetapi bagi mereka yang melanggar Hukum Allah (berdosa) akan mengalami ‘kesakitan jiwa’. Adakah ‘kesakitan jiwa’ ini mempunyai kaitan dengan ‘penyembuhan batin’?

Apabila seseorang manusia berdosa mortal (berat), dia akan menerima hukuman sama ada di Neraka (jika dia meninggal dunia sebelum sempat untuk bertaubat) dan juga hukuman ‘temporal’ iaitu hukuman di dunia semasa dia masih hidup seperti manusia biasa.  Hukuman ‘temporal’ ini boleh jadi seseorang itu mengalami penyakit atau kesihatan badan yang teruk, keadaan keluarga yang porak poranda, hubungan suami isteri yang saling bercakaran, kehilangan sumber pendapatan, sering mengalami nasib buruk, ketagih dosa, diganggui oleh roh jahat dan sebagainya. Adakah ini merupakan suatu penyakit ‘batin’ atau ‘penyakit jiwa’? Jiwa sakit adalah disebabkan oleh dosa berat. Dosa ringan jika dipandang ringan dan kerap dilakukan,maka dosa itu juga boleh menjadi berat dan mortal. Punca ‘kesakitan jiwa’ atau ‘gangguan batin’ ialah DOSA MORTAL.

Perlu diingatkan di sini bahawa para ibu bapa yang sentiasa hidup dalam dosa mortal juga boleh menyebabkan anak-anak akan menerima tempias hukuman ‘temporal’ dari Tuhan Allah. Anak-anak yang tidak berdosa juga boleh mengalami ‘sakit jiwa’ atau ‘gangguan batin’ akibat perbuatan ibu bapa yang tidak bertanggungjawab.

Seseorang yang berdosa harus mencari kedamaian dengan Tuhan Allah, Pencipta. Tetapi bagaimana caranya? Seseorang tidak mungkin diselamatkan (masuk Surga) jika tidak mendapat rahmat (grace) daripada Tuhan Allah. Bagaimana dapat kita memperoleh rahmat dengan cuma-cuma? Tidak ada cara lain kecuali melalui ketujuh-tujuh Sakramen Kudus. Sakramen ini boleh dilihat sebagai ‘timba’ untuk mengambil ‘air’ (rahmat) dari telaga yang penuh dengan air kehidupan (merit daripada Yesus dan orang-orang kudus).

Sakramen Pembaptisan menghapuskan dosa asal dan juga dosa sebenar (jika orang dewasa). Sakramen Ekaristi merupakan Tubuh dan Darah Yesus untuk jiwa yang hidup (tanpa dosa berat) dan menyelamatkan. Sakramen Pengakuan untuk menghapuskan dosa berat mereka yang benar-benar bertaubat. Sakramen Karisma menguatkan seseorang umat Katolik apabila menerima dengan Roh Kudus dan menjadi askar Kristus. Sakramen-sakramen lain ialah Sakramen Imamat, Sakramen Perkahwinan dan Sakramen Exreme Unction (orang sakit).

Mereka yang keliru tentang semua ini harus mendapat pengajaran daripada seorang Paderi Katolik yang benar-benar mengutamakan pelayanan Kristus Yesus. Seseorang harus menerima KEBENARAN kerana kebenaran itu akan melenyapkan kepalsuan dan tipu helah Iblis lalu membebaskan manusia daripada ikatan dosa. Dengan kebenaran, maka kita mampu memperoleh kesedaran dan seterusnya pertaubatan yang ikhlas untuk menerima Sakramen Pengakuan/Pengampunan.  Sakramen Pengakuan jika diterima dengan layak dan pantas, dapat memberikan kesembuhan jiwa dan inilah sebenarnya ‘penyembuhan batin’. Tidak mungkin semuanya dapat diperolehi hanya melalui ‘tumpang tangan’ atau ‘curahan roh’ atau ‘bahasa roh’, atau pengsan, atau raungan, atau muntah, atau bayangan ganjil.  Penyembuhan sebenarnya memerlukan INTELEK atau PEMIKIRAN (pemahaman) dan bukannya ‘perasaan’ atau ‘emosi’ semata-mata ataupun ‘rasa-rasa’ tanpa penjelasan yang munasabah.

Bahasa Asing/Bahasa Tidak Difahami/Bahasa Roh

Apabila dirujuk kepada Alkitab [Kis 2:4-12]:

2:4 Maka penuhlah mereka dengan Roh Kudus, lalu mereka mulai berkata-kata dalam bahasa-bahasa lain, seperti yang diberikan oleh Roh itu kepada mereka untuk mengatakannya. 2:5. Waktu itu di Yerusalem diam orang-orang Yahudi yang saleh dari segala bangsa di bawah kolong langit. 2:6 Ketika turun bunyi itu, berkerumunlah orang banyak. Mereka bingung karena mereka masing-masing mendengar rasul-rasul itu berkata-kata dalam bahasa mereka sendiri. 2:7 Mereka semua tercengang-cengang dan heran, lalu berkata: “Bukankah mereka semua yang berkata-kata itu orang Galilea? 2:8 Bagaimana mungkin kita masing-masing mendengar mereka berkata-kata dalam bahasa kita sendiri, yaitu bahasa yang kita pakai di negeri asal kita: 2:9 kita orang Partia, Media, Elam, penduduk Mesopotamia, Yudea dan Kapadokia, Pontus dan Asia, 2:10 Frigia dan Pamfilia, Mesir dan daerah-daerah Libia yang berdekatan dengan Kirene, pendatang-pendatang dari Roma, 2:11 baik orang Yahudi maupun penganut agama Yahudi, orang Kreta dan orang Arab, kita mendengar mereka berkata-kata dalam bahasa kita sendiri tentang perbuatan-perbuatan besar yang dilakukan Allah.” 2:12 Mereka semuanya tercengang-cengang dan sangat termangu-mangu sambil berkata seorang kepada yang lain: “Apakah artinya ini?”

Apabila para rasul menerima Roh Kudus, mereka kekal bercakap menggunakan SATU BAHASA tetapi orang luar yang datang melihat mereka terdiri daripada pelbagai bangsa dan mendengar kata-kata para rasul dalam bahasa ibunda mereka sendiri. Bukan itu sahaja, bahasa lain itu DITUJUKAN kepada mereka yang belum beriman supaya mereka mendengar KEBENARAN.

Bezakan situasi ini dengan apa yang telah terjadi semasa seminar ‘Hidup Baru Dalam Roh’? Masing-masing berbahasa roh dan menjadi keadaan bising dan bercelaru. Tiada siapa yang memahami apa yang dicakapkan. Kepada siapakah kata-kata ‘bahasa roh’ itu ditujukan? Kepada umat beriman atau tidak beriman?

Seperkara lagi, kenapakah para rasul menerima kurnia Bahasa Roh (‘gift of tongues’)? Kerana mereka perlu melaksanakan misi untuk menyebarkan agama Katolik kepada semua bangsa yang bertutur dalam pelbagai bahasa. Mereka merupakan RASUL ASAL KRISTUS. Ia merupakan permulaan Gereja pertama (Pentekos). Mereka merupakan Uskup/Paderi Katolik yang pertama dan diketuai oleh Sangti Petrus sebagai Sri Paus yang pertama.

Apabila mereka menerima ‘Roh Kudus’ dan juga ‘gift of tongues’, adakah mereka (para rasul) menjadi pengsan, muntah-muntah, berteriak (meraung), menangis, ketakutan (kerana melihat bayangan ganjil), menerima ‘penyembuhan batin, berasa lapang dan sebagainya? Tentu sekali tidak.

Adakah tujuan mereka menerima ‘Roh Kudus’ dan ‘gift of tongues’ kerana para rasul memerlukan ‘penyembuhan batin’?

Mereka yang menerima Roh Kudus telah dikuatkan dan menerima tujuh buah (gifts) Roh Kudus: iaitu: Kebijaksanaan, Kefahaman, Arah (Counsel), Kekuatan Iman (Fortitude), Pengetahuan, Halim dan Hormat Kepada Tuhan (Fear of the Lord).

Dan jangan lupa, anda tidak merasa apa-apa apabila menerima Roh Kudus tetapi bersyukur kerana dengan pasti Roh Kudus telah bertapak di dalam jiwa anda. Roh Kudus akan sentiasa kekal dan setia bersama-sama anda selagi anda beriman dalam Kristus.

Bayangan Ganjil

Bolehkan Roh Kudus dilihat? Roh Kudus adalah Tuhan Allah Persona Ketiga merupakan Roh. Roh bermaksud tidak mempunyai tubuh fizikal, oleh itu tidak dapat dilihat oleh mata biasa manusia. Tetapi untuk masa-masa tertentu, Roh Kudus boleh menampakkan diri-Nya. Apabila Yesus dibaptis oleh Yohanes Pembaptis, Roh Kudus muncul sebagai merpati (dove) dan telah disaksikan sendiri oleh Yohanes Pembaptis. Pada waktu Pentekos, Roh Kudus datang seperti angin yang meluru dengan pantas, dan hinggap di atas kepala para rasul dalam bentuk lidah api. Jadi, daripada Alkitab, kita tahu bahawa Roh Kudus mengambil bentuk tertentu iaitu:

  • merpati (yang melambangkan ‘kelembutan’ iaitu Roh Kudus bekerja secara ‘lemah lembut’ dalam diri umat)
  • angin yang meluru pantas (yang melambangkan ‘kekuatan’ kepada umat untuk melawan kuasa kegelapan)
  • lidah api (yang melambangkan ‘zeal’ (kemahuan yang tinggi), ‘fervor’ (benar-benar terjaga, bersemangat tinggi) dan menerangkan minda umat)

Oleh itu, buatlah keputusan sendiri bagaimana seseorang boleh mengenalpasti Roh Kudus. Sudah tentu, Roh Kudus bukan berbentuk ‘bayangan manusia yang tidak bermuka, berpakaian putih dan berterbangan tanpa arah’. Dalam sejarah Kristian, Roh Kudus hanya menampakkan diri-Nya semasa Pembaptisan Yesus dan semasa para rasul menerima Roh Kudus.

Kesimpulan

Untuk memperoleh ‘Hidup Baru Dalam Roh’, saya sarankan agar anda tekun mempelajari ajaran, doktrin dan dogma Gereja Roman Katolik. Inilah cara terbaik mendapat KEBENARAN.

Jangan lupa, gunakan sepenuhnya pemberian cuma-cuma daripada Tuhan Allah kita yang benar iaitu Sakramen-sakramen Kudus. Rahmat yang diperolehi daripada Sakramen akan dapat memberikan umat ‘penyembuhan batin’ yang sebenar iaitu KESELAMATAN JIWA. Kita akan mendapat ketenangan jiwa bukan kerana perasaan tetapi keyakinan penuh akan cinta kasih Yesus, Juruselamat Dunia.

Deo gratias.

Bacaan lanjut: Sila klik.

About these ads

  1. Saya tersentuh juga dgn sharing kamu ni terutama semasa kamu mengikuti ‘life in the spirit seminar tu…sampai2 berteriak pulak…terima kasih juga dengan penjelasan kamu tentang Gerakan Karismatik. Harap2 ramai yang membaca akan berfikir dua tiga kali sebelum mengikuti seminar tersebut. Saya juga pernah mengikuti seminar begitu tetapi ianya mengenai penyembuhan pohon keluarga di Puteri Karmel, Tambunan. Senang2 lawat lah blog saya, nanti akan saya ceritakan. Salam damai!

  2. Saya tidak pasti dengan aktiviti kerohanian di Puteri Karmel, Tambunan. Tetapi saya berpendapat bahawa Puteri Karmel banyak dipengaruhi oleh elemen Protestanism dan juga ajaran-ajaran moden Vatican II. Sesiapa yang berpengalaman, sila kongsikan di sini. Terima kasih.

  3. Abimael Son of God

    Saya tidak berapa clear dengan apa yg cuba dsampaikn namun saya pasti bhwa anda tidak brpa mnyetujui pkara ini.. Dan bagi pngetahuan anda.. Pengalaman apabila seseorang Menjerit dn yg sbgainya ketika sesi penyembuhan batin dijalankan adala krna luka batin e2 telah disembuhkan.. apabila seseorang muntah2 dan pengsan2 bmakna jiwa seseorang telah dlepaskan oleh ROH JAHAT yg telah mengikat dirinya stelah sekian lama terutama skali mreka belum dibaptis.. Memang benar kita berkata2 dngan bhasa Roh yg tidak difahami.. Namun kerana e2la sesetengah umat Kristian mdapat karunia utk menterjemahkan bhasa tersebut.. Ini adalah nubuat yg dterima oleh seseorang yg telah mnrima karunia bhsa roh 1 Kor 14..bcala ia.. Apabila kta telah mnerima bhasa Roh,kita berdoa melalui Roh Kudus krana dia tahu apa doa yg terbaik bagi kita.. Haleluyah.. Puji Tuhan Amen..

    Respons:
    Ajaran yang mana satu tidak ‘clear’ atau sememangnya saudara sebenarnya enggan menerima Kebenaran Katolik seperti yang diajar oleh Tradisi Suci dan juga Alkitab. Apakah maksud ‘luka batin’ mengikut pengertian saudara? Tidakkah Sakramen Pengakuan dan Ekaristi dapat menyembuhkan ‘luka batin’? Untuk mengusir syaitan atau iblis termasuk Roh Jahat, Gereja memperuntukkan Exorcist atau paderi yang telah diberi autoriti untuk berbuat demikian. Umat tidak dibenarkan melakukan aktiviti pengusiran Roh Jahat tanpa kebenaran Gereja. Seperkara lagi harus diingati bahawa Roh Jahat adalah licik dan boleh berpura-pura diusir tetapi sebenarnya masih bekerja secara senyap-senyap untuk menipu umat Katolik.

    Mereka yang belum dibaptis harus menerima Sakramen Pembaptisan supaya dosa asal dan dosa sendiri dapat dilepaskan. Sakramen Pembaptisan (terutama untuk umat dewasa) dapat mengusir Roh Jahat kerana di dalam upacara Pembaptisan (mengikut ritus lama atau Tradisional) mengandungi upacara pengusiran Iblis juga.

    Tidak semua ‘roh kudus’ dapat difahami semasa upacara ‘penyembuhan dalam Roh Kudus’ dan ada juga kes apabila ‘bahasa roh’ itu mengujat Allah tanpa disedari oleh umat yang terlibat dengan aktiviti tersebut. Bagaimana saudara boleh bersaksi bahawa ‘bahasa roh’ itu adalah bahasa Roh Kudus? Iblis juga boleh menyamar sebagai malaikat terang! Benarkah bahawa Gereja telah diberi NUBUAT atau RAMALAN? Apakah isi nubuat itu? Bagaimanakah saudara dapat memperkatakan atau BERSAKSI bahawa ‘bahasa roh’ saudara itu adalah ‘doa suci’ sedangkan saudara tidak dapat memahaminya?

    Sebagai umat Katolik, kita HARUS memahami iman kita melalui saluran yang betul iaitu Tradisi Suci dan Alkitab. Saudara cuba menerangkan kenapa saudara terus berpegang keapda ‘penyembuhan dalam roh’ tanpa merujuk kepada mana-mana ajaran daripada Tradisi Suci mahupun daripada Alkitab. Semuanya saudara nyatakan melalui pemikiran manusiawi yang dipengaruhi oleh doktrin Protestanisme.

    Tanyalah kepada diri sendiri secara ikhlas: Tidakkah Sakramen Kudus sudah memadai atau cukup untuk membebaskan umat daripada belenggu Iblis? Tidakkah Tubuh dan Darah Kristus dalam Hos Ekaristi dapat mengusirkan iblis daripada kehidupan seseorang umat? Apakah sebenarkah ‘luka batin’? Apakah punca berlakunya ‘luka batin’?

  4. adam

    sebagai manusia,kita tidak akan d bebaskn dgan 1 cara saja.ada og yg lbih suka dgn cara Krismatik or mengikuti seminar hidup baru dalam roh untk m,alami kasih Tuhan.yg lain lbih suka Saat Teduh.terpulang kpd seseog yg mana 1 cara luka batinnya dpt d sembuhkn.ini semua adalh cara penyembahan Tuhan dlm agama Katolik..

    Respon:
    Adakah saudara bersaksi di sini bahawa manusia dibebaskan daripada dosa melalui mengikuti aktiviti Karismatik? Ajaran ini datang dari mana?

    Mengikut ajaran Katolik, seseorang umat dapat memperoleh pengampunan dan dibebaskan daripada dosa dengan dua cara iaitu melalui Sakramen Pengakuan dan/atau ‘Perfect Act of Contrition’ (jika tidak ada paderi untuk mendengar pengakuan umat). Umat dewasa yang memeluk agama Katolik menerima pengampunan dosa (asal dan peribadi) melalui Sakramen Permandian.

    Barangkali, akan ada umat yang bersaksi bahawa dosanya dibebaskan melalui amalan Yoga!

  5. When the disciples asked Jesus how to pray, He taught them the Our Father. SIMPLE! Not an emotional, energy-packed experience. Not a “gift” which some people receive, while others do not (i.e. praying in “tongues”), but rather a simple prayer which any man, woman or child CAN SAY.

    And it came to pass, that as he was in a certain place praying, when he ceased, one of his disciples said to him: Lord, teach us to pray, as John also taught his disciples. 2 And he said to them: When you pray, say: Father, hallowed be thy name. Thy kingdom come. 3 Give us this day our daily bread. 4 And forgive us our sins, for we also forgive every one that is indebted to us. And lead us not into temptation [Luke 11:1-4]

    Ini ajaran langsung daripada kata-kata Raja Yesus sendiri. Pernahkan Yesus mengajar tentang Doa Karismatik?

  6. adam

    saudara sa x b,ckp tentang p,bebasan dosa.bila sesog m,alami kasih Tuhan, dr situ luka batinnya akn dpt d kurangkn kalau x d sembuhkn..yoga bukn cara penyembahan Tuhan dlm katolik..

    @Oremust
    napa doa karismatik mc d gunakn n tiada bentahan dr bishop sendiri pd masa ini?

    Saudara Adam,
    Syukur, puji Tuhan kerana saudara menyedari dengan sungguh bahawa Yoga bukanlah cara penyembahan Tuhan mengikut tradisi Katolik tetapi seperti yang telah saya utarakan berkali-kali bahawa aktiviti Karismatik atau Penyembuhan Batin (mengikut cara Karismatik) juga bukan satu cara Katolik dan tidak pernah aktiviti seperti ini berasal daripada agama Katolik, malah berasal daripada dunia Protestan. Sakramen-sakramen Gereja sudah lebih dariapda cukup memberi ‘makan’ kepada jiwa kita demi keselamatan dan penyembuhan batin. Sakramen Pengakuan dan juga Sakramen Ekaristi dengan sungguh dapat menyembuhkan kita daripada belenggu iblis (yang mengakibatkan kesakitan batin). Sakramen inilah yang telah melahirkan banyak para sangti dan orang kudus.

    Karismatik tidak mendapat bantahan daripada Uskup kerana Gereja dilanda krisis iman (!) atau dikenali sebagai ‘diabolical disorientation’. Krisis ini telah pernah diramalkan oleh Sister Lusia (Fatima). Saudara dijemput membaca artikel-artikel dalam blog ini untuk penerangan selanjutnya tentang keadaan Gereja kita sekarang terutama tentang para Uskup yang sepatutnya mempertahankan iman Katolik tetapi melakukan sebaliknya.

    “Perkara yang amat menyedihkan bonda Maria dan Tuhan Yesus Kristus adalah kejatuhan paderi dan para religius dari vokasi mereka.” Syaitan amat mengetahui bahawa apabila mereka berjaya menjatuhkan pader-paderi, banyak jiwa yang juga akan diheret ke neraka. Syaitan berikhtiar untuk menguasai paderi dan para religius.” – Sr. Lusia, Fatima.

  7. adam

    mksd saudara skrng ni gereja m,alami krisis iman?i2 pndpt saudara..apabila mungkin m,alami kasih Tuhan dlm doa karismatik blh membuka hati mereka untk mendapatkn kn sakramen2…apa pun trima kasih ats maklumat saudara.untk p,tahuan saudara sa mc ikut doa karismatik dan doakn sa moga x terpesong dr jalan Tuhan(katolik)..

    Respons:
    Memang benar Gereja mengalami krisis iman. Tanyakanlah pada diri sendiri adakah benar semua orang tanpa mengira pegangan agamanya menyembah Tuhan Allah yang sama? Adakah benar bahawa kebenaran Katolik yang dipertahankan dalam blog ini hanya merupakan pendapat manusia semata-mata? Terpulang kepada keputusan masing-masing sama ada terus berpegang kepada iman Katolik yang asal ataupun mencampuradukkannya dengan amalan agama Protestan yang bersifat heretical (sesat).

  8. Pengalaman yang pasti tak akan kita lupakan, tulisan anda mengigatkan sekelumit kehidupan saya yang telah terlewatkan, saya jadi ingat untuk lebih menghargai waktu dan kesempatan, makasih banyak sobat.
    @ pengantin adat Indonesia.

  9. Karismati itu sudah diterima oleh Gereja katolik Roma, Paus sendiri sering mengikuti bahkan membuka atau menutup acara-acara karismatik internasional…seacrh saja di internet atau cari di youtube. Kalo Vatikan saja sudah terima…kenapa kita tidak?
    Dulu juga saya pernah berpikir negatif tapi akhirnya setelah mendalami retret2nya dan mencari source dari gereja Katolik roma….semuanya clear.
    banyak imam, uskup, kardinal bahkan paus sendiri mendukung dan terlibat dalam pembaharuan karismatik katolik.
    ini kekayaan gereja kita…mulai menerima apa yg sudah gereja terima.
    God bless You all…

    Respons:
    Elemen ‘karismatik’ tidak berasal dari Tradisi Gereja, tetapi berasal dari aliran Protestantisme. Teologi ‘karismatik’ juga tidak selaras dengan doktrin Katolik. Selain itu, ‘karismatik’ bukan merupakan salah satu elemen Kepercayaan atau Credo. Penglibatan paus, uskup dan paderi dalam ‘karismatik’ merupakan suatu tragedi dan merupakan petunjuk bahawa Gereja dilanda krisis iman bermula dari atasan.

  10. alvinojac@yahoo.co.uk

    SEBENARNYA APABILA MENERIMA ATAU BERDOA DALAM ROH KUDUS,KITA SEHARUSNYA DALAM KEADAAN SEDAR.KALAU PENGSAN DAN MUNTAH2 SERTA TIDAK TERTIB ITU TANDANYA MENERIMA ROH JAHAT ATAU IBLIS.HATI HATI SEMUA,JANGAN ANDA SILAP.TAIP PERKATAAN ROH KUDUS YANG BENAR,DISINI ADA PENJELASAN YANG TEPAT TENTANG ROH KUDUS




Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


  • Laman

  • Artikel Terkini

  • Artikel Popular

  • Kategori

  • Sila masukkan alamat e-mel anda untuk melanggan blog ini dan menerima pemberitahuan melalui e-mel apabila ada artikel baru diterbitkan.

    Join 38 other followers


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 38 other followers

%d bloggers like this: