Wujudkah Purgatory?

Tidak ramai umat Katolik yang mengambil kisah tentang doktrin Purgatory atau Api Pencucian. Kemungkinan wujudnya satu kepercayaan bahawa pada akhir zaman nanti, semua orang akhirnya akan diselamatkan (masuk Syurga) selaras dengan doktrin moden ‘Universal Salvation’. Tidak keterlaluan kalau saya katakan bahawa semakin ramai umat yang tidak lagi mempercayai kewujudan Neraka (suatu tempat yang dahsyat, menggerunkan dan dikhaskan untuk orang-orang berdosa menerima hukuman yang setimpal dengan dosa mereka untuk selama-selamanya). Dengan kata lain, mereka mempercayai Neraka akan menjadi kosong.

Umat bukan Katolik pula rata-rata menolak doktrin purgatory seperti yang diajar oleh Gereja sejak 2000 tahun yang lalu. Seolah-olah mereka tidak mempercayai bahawa Tuhan kita, Yesus yang maha pengasih akan mengampuni dosa umat selepas kematian mereka.

Memang benar bahawa seseorang yang mati sebelum sempat menerima pengampunan ke atas dosa berat (mortal) mereka, akan kehilangan peluang untuk diampuni selepas kematian. Tetapi bagi mereka yang mati tetapi jiwa mereka masih dicemari dengan dosa ringan (venial) atau masih ‘berhutang’ dengan Tuhan, maka mereka masih berpeluang dan akan masuk ke Syurga juga pada akhirnya.

Rasul Yohanes, dalam suratnya yang  pertama, pasal kelima, menerangkan  perbezaan antara dosa berat (mortal) dan dosa ringan (venial). Dalam ayat Matius 12:32, Yesus berkata

Apabila seorang mengucapkan sesuatu menentang Anak Manusia, ia akan diampuni, tetapi jika ia menentang Roh Kudus, ia tidak akan diampuni, di dunia ini tidak, dan di dunia yang akan datang pun tidak.” (Mat 12:32)

Jika seseorang dengan rela hati menolak rahmat daripada Roh Kudus, ia merupakan satu dosa berat dan tidak akan diampuni selepas kematian. Tetapi, dalam ajaran ini, Yesus dengan jelas mengajar bahawa ada pengampunan selepas kematian apabila Dia merujuk kepada pengampunan “di dunia yang akan datang “.

Bercakap tentang “di dunia yang akan datang “, pengampunan tidak diperlukan di dalam Syurga, dan tidak mungkin jika di Neraka. Jadi, ada satu kemungkinan lain iaitu ada satu lagi tempat lain untuk Tuhan mengampuni dosa, iaitu di Purgatori.

Kita jangan lupa bahawa api penyucian di Purgatori adalah ’sama panas’ dengan api di Neraka. Hukuman di Purgatori adalah sama seperti hukuman di Neraka. Hanya di Purgatori, hukumannya adalah sementara.

Kyrie eleison.


  1. yung2

    Di mana dikatakan di dalam alkitab tentang api penyucian? BUkankah selepas kematian, manusia akan dihakimi? Ibrani 9:27 – “Dan sama seperti manusia ditetapkan untuk mati hanya satu kali saja, dan sesudah itu dihakimi,”. Tidak ada asas kukuh tentang api penyucian yang dijelaskan di dalam bible.

    Pengarang: Maaf kerana terlupa memberi respon kepada komen sdr/i Yung2. Memang benar selepas kematian, akan ada penghakiman. Penghakiman ini bersifat kekal dan menentukan sama ada seseorang itu selamat (layak untuk masuk Surga) atau menerima hukuman kekal di Neraka. Apakah syarat utama untuk layak ke Surga? Seseorang itu harus bebas daripada dosa (sama ada dosa ringan atau dosa berat). Jika seseorang itu mempunyai dosa berat, maka tidak ada keselamatan dan terus dihumban ke dalam Neraka. Jadi, siapa di antara kita yang tidak mempunyai dosa (ibarat orang kudus)? Hanya yang kudus dan suci sahaja diperkenankan memasuki Surga.

    Bagaimana jika seseorang yang meninggal tetapi telah melakukan dosa kecil (venial)? Walaupun dia sempat melakukan pertaubatan tetapi dia masih ‘berhutang’. Jika saya dengan tidak sengaja tertumpah segelas susu di atas lantai, ibu dengan senang memaafkan kelalaian saya, tetapi tidakkah saya harus membersihkan tumpahan itu? Walaupun saya telah diampuni oleh ibu, tetapi saya masih ‘dihukum’ dan hukuman saya itu ialah membersihkan tumpahan tadi. Dengan membersihkan tumpahan tadi, maka saya telah membayar ‘hutang’. Inilah gambaran tentang api penyucian atau Purgatori.

    “Apabila seorang mengucapkan sesuatu menentang Anak Manusia, ia akan diampuni, tetapi jika ia menentang Roh Kudus, ia tidak akan diampuni, di dunia ini tidak, dan di dunia yang akan datang pun tidak.” (Mat 12:32) – Teks ini menunjukkan bahawa ‘dunia akan datang’ merujuk kepada Purgatori kerana jika ia merujuk kepada Surga, tidak mungkin lojik kerana di dalam Surga tidak ada pengampunan kerana mereka yang masuk Surga tidak memiliki dosa!

  2. henry

    Saudara/saudari pengarang, saya ingin berkongsi tentang purgatori yang telah dinyatakan dalam penulisan ini. saya tertarik dengan alam purgotari iaitu tempat api penyucian sebelum insan itu menuju ke sorga. Saya bersetuju dengan pengarang bahawa, ramai warga Katolik kita tidak lagi menitikberatkan tentang api penyucian ini serta apatah lagi mendoakan arwah-arwah yang memerlukan penyelamatan ataupun indulgensi di api penyucian.

    saya pernah terbaca tentang api penyucian yang pernah di alami oleh Maria Simma seorang visioneri berasal dari pergunungan Vorarlberg, Austria. Beliau selalu dikunjungi oleh arwah-arwah dari api pencucian yang memerlukan keselamatan dari Maria Simma dengan cara mendoakan mereka, merayakan misa kudus, doa-doa rosari, melalui jalan salib dan banyak lagi pengalaman yang di alami oleh Maria Simma.

    Dalam wawancara bersama dengan sister Emmanuel dari Medjugorje, menyatakan bahawa api penyucian menurut Maria Simma ialah satu ciptaan luar biasa oleh Tuhan merupakan sebuah penundaan yang diakibatkan oleh ketidaksucian kita sendiri iaitu penundaan sebelum menerima Tuhan, sebuah luka cinta kasih yang menyebabkan penderitaan yang luar biasa, sebuah penungguhan, sebuah nostalgia cintakasih. Menurut Maria lagi dosa-dosa yang menyebabkan manusia masuk dalam api penyucian yang memerlukan pemurnian ialah dosa-dosa terhadap kemurahan hati, terhadap kasih antara sesama, kebekuan hati, permusuhan, fitnah, merosakankan nama baik seseorang dan segala hal tentang seperti ini. Dosa yang memerlukan pemurnian yang lama di api penyucian ialah dosa mengatakan tentang hal-hal yang buruk dan fitnah akan seseorang.

    Untuk keterangan lanjut bolehlah melayari dalam web ini.
    http://www.gerejakatolik.net/artikel/rahasia.htm

    LDU, Sabah.

  3. Deo gratias kerana masih ada umat Katolik yang mempercayai Purgatori.

  4. henry

    Satu lagi maklumat tentang api pencucian (purgatori). Stigmata terkenal Sangti Padre Pio dari Pietrelcina merupakan seorang paderi dan biarawan yang memiliki mukjizat luka-luka yesus, penyembuhan terhadap orang, dan peelbagai lagi mukjizat yang telah dilakukan sepanjang pelayanannya. Beliau juga sentiasa didatangi oleh jiwa-jiwa dari api pencucian. Menurut dalam buku Padre Pio: A Catholic Priest who worked a miracles and bore the wounds of Jesus Christ on his body tulisan oleh Br. Michael Dimond di muka surat 55/56, rujuk dalam web http://www.mostholyfamilymonastery.com/padre_pio.php ada menceritakan seorang jiwa bernama Pietro di Mauro dengan nama samaran Precoco menyatakan kepada Padre Pio bahawa dirinya seorang biarawan dalam biara yang sama mati dalam bilik 4 masih berada dalam Api pencucian dan mohon supaya di rayakan misa kudus agar dia dibebaskan dari api pencucian.jiwa tersebut memberitahu bagaimana dia mendapat kebenaran Tuhan untuk berjumpa Padre Pio untuk memohon doa daripadanya.

    Respons:
    Terima kasih di atas perkongsian itu. Walau bagaimanpun, harus berhati-hati apabila melawati pautan http://www.mostholyfamilymonastery.com kerana mereka berpegang kepada aliran ’sedevacantist’ iaitu mereka tidak menerima Paus Benedict XVI sebagai Paus Gereja Roman Katolik kerana mendakwa bahawa dia adalah seorang heretik.

  5. henry

    Terima kasih saudara penulis atas maklumat baru itu. Puji Tuhan

  6. Saya selalu menekankan kepada saudara saudari Katolik di kampung saya bahawa ‘Api penyuci itu wujud dan gereja Katolik memang yakin akan perkara itu dan kita mestilah bersyukur kerana adanya api penyuci’. Kebetulan pada pada 5 dan 6/9/2009 yang lepas rombongan gereja Katolik dari Miri telah berkunjung ke paroki kami dan dalam rombongan itu ada seorang saudara kita yang punya pengalaman yang sangat indah.
    Setelah koma 2 hari dan 1 malam maka beliau kembali sedar/hidup setelah beliau disapu oleh cahaya yang maha terang dan putih daripada Jesus Crist.Antara lain beliau mengatakan:
    1. Setelah koma beliau dibawa oleh malaikat ke syurga & api penyuci malaikat tidak membawa beliau ke neraka kerana apabila beliau ke sana belum pasti dia akan kembali lagi.
    2.Malaikat berkata kepada beliau bahawa saudara saudari kita di api penyuci memerlukan doa2 kita yang masih hidup ini,doa-doa itu adalah:
    a) Bapa Kami
    b) Rosari
    c) Jalan Salib
    3.Setiap apa yang diperkatakan oleh Malaikat kepada beliau semuanya ada dalam bible(bila beliau membaca/mencarinya dalam bible)
    Maka marilah kita 100% percaya dan yakin(penuh Iman) bahawa Purgatori itu wujud dan memang ada.
    saudara kita ini dalam proses menyiapkan sebuah artikel/buku untuk menceritakan pengalaman indahnya ini.

  7. henry

    Saudara Semang, jika kawan anda sudah selesai menulis buku tentang pengalamannya itu, tolong maklumkan saya ke email ini henryamboh@yahoo.com

    saya sangat berminat untuk mengetahui pengalamannya itu.

    terima kasih

    LDatu, Sabah.

  8. saudara Henry,
    akan saya maklumkan.

  9. henry

    saudara pengarang,
    saya ingin bertanya tentang seorang penulis buku berjudul Divine Comedy iaitu berkaitan dengan alam purgotari. penulis itu bernama Dante Alighieri. Dalam bukunya itu menceritakan bagaimana dia dibawa ke alam purgatori itu dan banyak lagi tempat-tempat beliau di perlihatkan termasuklah neraka.persoalan saya di sini, adakah gereja mengakui penampakan saudara Dante Alighieri tersebut…saya terbaca dalam artikel di website iaitu

    http://www.conservapedia.com/Purgatorio

    jika ia diakui maka saya akan terus membacanya sebagai pengembangan iman saya…

    terima kasih bantuan saudara dalam hal ini..

    Respons:
    Saya tidak pasti tentang kesahihan laman web tersebut. Tetapi daripada pembacaan ringkas, tulisan Dante merupakan puisi atau cerita karangan beliau berdasarkan doktrin Katolik. Asalkan tidak bertentangan dengan ajaran, doktrin dan dogma Katolik, tulisan beliau boleh dibaca.

  10. adakah semua article d atas btl?saya mushkil dgn semua yg tertlis d atas..adakah benar api penyucian itu wujud atau sekadar rekaan?bagi saya,semuanya rekaan semata-mata.penghapusan dosa kita di adili oleh tuhan.dan bukannya berunsurkan api penyuciaan.api neraka lebih hebat dan panas.roh kudus bagi pendirian saya ianya tdk sama sekali wujud!ia hanya pemikiran manusia yg cetek..bagi saya,apabila kita mati suatu hari nnty,roh kita akan di hantar ke langit..bukan ke neraka,bukan juga ke syurga..ianya ada suatu tmpt di mna akn d perlihatkan segala dosa dan amal baik kita semasa hidup..apabila kiamat,barulah semua umat manusia di kumpulkan d sebuah pdang yg sngt luas..tdk terkira keluasaannya.d sna lah perhitungan dosa d jalankan..jadi bagi pembaca sekalian,harap maaf jika atas tersilap kata..sebab saya juga tdk percaya atas semua ini..maafkan saya..saya harap anda semua juga boleh memikirkan mana yg baik untuk anda,dan renung2kan lah apa yg saya ckap td.

    Respons:
    Saya tertarik dengan pendapat dan kepercayaan peribadi saudara. Saya ingin bertanya, dari mana saudara mendapat tahu semua itu?

  11. drpd ibu saya..waktu saya kecik dahulu,sebelum tidur ibu saya selalu bercerita tentang semua itu..biar pun saya x berapa faham,tetapi saya dpt bayangkn bagaimana seksanya di dlm neraka..ibu saya selalu ckp,walau apa pun yg kita buat,haruslah ingat akn tuhan,dan banyakkan lah ingatkan maut..jadi dari sana lah saya tahu.

    Respons: Dari mana ibu awak mendapat ajaran seperti itu. Adakah ibu awak seorang Katolik?




Leave a Comment