Menghormati Agama Lain

Cardinal Christoph Schoenborn dari Diosis Vienna mengajar bahawa umat Katolik harus menghormati agama palsu [!]. Sila baca sendiri daripada artikel “Cardinal says traditionalists must respect Jews, other religions” seperti yang dilaporkan oleh laman web rasmi National Catholic Reporter.

Ajaran Kardinal ini terang-terangan bertentangan dengan Hukum Allah yang Pertama [Exodus 20:3 Thou shalt not have strange gods before me]. Ajaran beliau juga bertentangan dengan Tradisi Suci dan Alkitab.

Kita saling menghormati sesama insan tetapi kita tidak sepatutnya menghormati ajaran palsu yang akan membawa ramai umat manusia ke arah kemusnahan (Neraka).

Kyrie eleison.

About these ads

  1. Kita saling menghormati sesama insan tetapi kita tidak sepatutnya menghormati ajaran palsu yang akan membawa ramai umat manusia ke arah kemusnahan(Neraka)
    1. minta saudara jelaskan maksud yang tersirat di sebalik kenyataan ini dan
    2. bagaimanakah caranya kita aplikasikannya dalam kehidupan seharian kita di bumi Malaysia ini? kerana di Malaysia ini warganya bukan hanya Katolik malah ada Islam,Protestan dan lain-lain.

    Semoga saudara dengan rendah hati dan gembira sudi menjawab pertanyaan saya seperti di atas. Terima kasih.

    Respons:
    1. Tidak ada maksud tersirat.
    2. Apabila kita mengajar orang supaya ‘menghormati agama lain’ maka timbul doktrin palsu yang mengajar umat mempercayai bahawa semua agama adalah sama atau semua agama ‘sama benar’ atau manusia bebas beragama. Kita perlu menghayati Hukum Allah yang pertama. Jika tidak, umat semakin kehilangan iman kerana mempercayai bahawa semua agama menyelamatkan jiwa manusia walhal kepercayaan ini adalah palsu. Umat berusaha menghormati agama palsu sehingga malu berdoa atau membuat tanda salib di khalayak ramai, menyembunyikan altar atau gambar suci kerana tidak mahu orang bukan Katolik tersinggung, salib ditanggalkan di sekolah-sekolah mission dan sebagainya. Di samping itu, umat Katolik juga ‘disarankan’ ikut serta dalam upacara atau perayaan agama lain. Jika apa yang saya katakan ini tidak benar, bagaimanakah caranya ktia perlu ‘menghormati’ ajaran palsu.

    • ALICE

      ajaran palsu ??
      adakah ajaran palsu yang dimaksudkan ini adalah ajaran agama lain. khuatir~

    • aniez sempoy

      bagaimanakah caranya untuk kita menghormati agama lain …..tp jgn smpai buat kite murtad

      • Kita harus mempertahankan Kebenaran di samping mengutuk kepalsuan. ‘Menghormati agama lain’ adalah suatu ajaran yang pelik kerana kita percaya bahawa hanya ada satu agama benar iaitu agama Katolik. Tetapi ia boleh dilakukan dengan menerangkan kebenaran agama Katolik dengan adab sopan dan berdebat dengan tatatertib dan bukannya mengutuk keperibadian orang lain. ‘Menghormati agama lain’ BUKAN bermaksud mengajar doktrin asing seperti ‘semua agama sama’ atau ‘kita menyembah tuhan yang sama’.

  2. maka sebagai umat Katolik,tentu saudara sudi berkongsi pengalaman dengan kami(umat Katolik yang lain ini) bagaimanakah caranya saudara hidup dikelilingi oleh sekelompok masyarakat yang beragama Islam,Protestan,Hindu dan sebagainya itu malah mungkin ada dikalangan mereka yang langsung tidak percaya kepada Tuhan.(mungkin).
    1. Bagaimana dalam masa saudara mengormati seorang individu itu sebagai seorang insan tapi dalam masa yang sama
    2. saudara tidak menghormati agamanya?

    Respons:
    Mengikut pendapat saudara Semang, bagaimanakah caranya seseorang umat Katolik ‘menghormati’ agama lain? Atau apakah maksud sebenar ‘menghormati agama lain’?

    Saya menghormati pendirian yang dibuat oleh orang lain tentang agama pilihannya tetapi tidak sesekali saya terlibat dengan perayaan keagamaanya seperti sama-sama ‘merayakan’ pesta yang berkaitan dengan kepercayaan agama.

    Tidak sesekali saya akan berkata bahawa ‘semua agama sama sahaja’. Begitu juga saya tidak akan berkata bahawa ‘semua orang walaupun berlainan agama menyembah Tuhan yang sama’ kerana pernyataan ini merupakan suatu pembohongan dan hanya bertujuan untuk ‘menyedapkan’ telinga umat bukan Katolik.

    Tetapi saya tidak pula akan menimbulkan provokasi negatif secara sia-sia dan tanpa melihat baik buruknya kepada situasi tempatan. Setiap tindakan saya adalah berpada-pada. Tetapi saya sesekali yang menentang tanpa rasa segan atau silu apa-apa kenyataan yang mengatakan bahawa ‘semua agama sama sahaja’ atau ‘semua orang yang berlainan agama menyembah Tuhan yang sama’. Yesus dan Tradisi Suci tidak pernah mengajar pembohongan dahsyat seperti ini. Saya tidak takut (jika ditanya) bahawa hanya ada SATU agama yang benar. Persoalannya ialah agama yang mana satu?

    Malah saya tidak takut berdebat dengan orang lain yang berfikiran terbuka tentang kebenaran kerana kita dituntut untuk menegakkan kebenaran kerana Yesus adalah Kebenaran.

    Di samping itu, saya juga menentang doa persekutuan dengan umat bukan Katolik kerana di luar Gereja tidak ada keselamatan. Gereja boleh diibaratkan sebagai Bahtera Noah. Sesiapa yang berada di luar akan musnah ditelan banjir bah. Sepatutnya kita kekal berdoa agar umat Heretics dan Protestants kembali ke pangkuan Gereja Roman Katolik. Yesus berkata: Akulah Kebenaran, maka Kebenaran tidak dapat lari dariapda Kesempurnaan. Oleh itu, tidak harus ada perpecahan dalam agama Kristian.

  3. hujah saudara boleh dipertikaikan.

    Respons:
    Saya menanti hujah bernas daripada saudara Semang tetapi harus berlandaskan doktrin Katolik. Pendapat peribadi juga boleh diterima tetapi saya mengutamakan doktrin Katolik mengikut Tradisi Suci dan Alkitab.

  4. deedat

    Benar, hanya ada 1 sahaja agama yang benar. Adalah berdosa, mengatakan semua agama itu sama . Jom kita cari kebenaran .

  5. Lina

    shallom,
    minta maaf kalau soalan sy keluar tajuk.
    sy catholic
    dibolehkan ka kalau sy menghadiri misi kristian lain.
    then, boleh ka sy menyambut roti dari gereja kristian lain?




Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


  • Laman

  • Artikel Terkini

  • Artikel Popular

  • Kategori

  • Sila masukkan alamat e-mel anda untuk melanggan blog ini dan menerima pemberitahuan melalui e-mel apabila ada artikel baru diterbitkan.

    Join 38 other followers


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 38 other followers

%d bloggers like this: