Vatican II
Sejak 40 tahun yang lalu, Konsili Vatican II telah bersidang dan membawa banyak perubahan yang mendadak terhadap Gereja sehinggakan ada beberapa golongan religius seperti SSPX bersuara lantang menentang perubahan tersebut yang menyebabkan Gereja tidak lagi berfungsi atau memainkan peranannya seperti yang dinyatakan dalam Tradisi Suci.
Daripada pautan http://www.dici.org/en/documents/petition-to-pope-benedict-xvi-for-a-more-in-depth-examination-of-the-second-ecumenical-vatican-council/ , Monsignor Brunero Gherardini, paderi dari Dioses Prato dan merupakan seorang kanon dari Basilika Santo Petrus, mantan profesor Eklesiologi di Universiti Pontifical Lateran dan seorang Dekan para teologi Itali telah menulis surat kepada Paus Benedict XVI pada tahun 2009, menyeru kepadanya agar satu debat kritikal secara terbuka diadakan untuk membincangkan dokumen-dokumen Vatican II. Seruan ini disokong oleh Roberto de Mattei pada tahun 2010, seorang profesor tentang sejarah Gereja dan sejarah Kristian di Universiti European di Rom, dan merupakan timbalan presiden Konsili Penyelidikan Kebangsaan.
Saya juga menyeru kepada semua umat Katolik supaya sama-sama melihat, membaca dan menganalisis sejauh mana ajaran baharu Vatican II telah menyebabkan kerosakan kepada Gereja.
Kyrie eleison!
Pautan:
http://www.sspx.org/news/fissures_in_impregnable_walls_of_vatican_ii_10-14-2011.htm
https://mail.google.com/mail/?ui=2&ik=b20058809b&view=lg&msg=13309476250cde79


Tinggalkan Komen