Gereja Roman Katolik mempunyai ciri-ciri ‘indefectibility’ (sempurna/tidak berubah) dan ‘infallibility’ (kebal salah). Namun sejak Konsili Vatican II bersidang, Gereja mula berubah corak dan hala tuju. Perubahan ini berlaku secara perlahan-lahan dan pada abad ini, perubahan itu kelihatan amat menonjol. Gereja mula mengajar doktrin yang berbeza dan dogma yang sepatutnya diterima tanpa soal oleh umat Katolik, mula dipersoalkan dan diberi pengertian lain. Melalui blog ini, saya akan membangkitkan beberapa isu penting difikirkan, direnung dan diberi komen yang membina kerana tujuan utamanya ialah untuk mencari KEBENARAN. Jika kita mencari kebenaran, maka kita sebenarnya mencari Raja Yesus, Tuhan Allah yang benar.

Lex orandis, lex credendi merupakan teks Latin (sebutan: leks orandis, leks kredendi) bermaksud cara kita berdoa mencerminkan iman kepercayaan kita. Seorang umat Katolik yang menyambut Komuni Kudus secara berlutut dan dengan lidah mencerminkan iman kepercayaannya bahawa Komuni Kudus itu benar-benar Tubuh dan Darah Kristus. Orang lain (yang bukan Katolik) yang melihat dia berlutut dan menyambut Komuni dengan lidah akan bertanya kenapa dia berbuat demikian dan kenapakah Roti itu disambut dengan sedemikian rupa (menyambut dengan penuh hormat) ATAU orang itu akan berfikir bahawa umat Katolik itu benar-benar percaya bahawa Roti yang disambutnya adalah Tubuh dan Darah Tuhannya. Tetapi apakah ceritanya jika dia melihat seorang umat Katolik menyambut Roti berdiri dan dengan tangan? Mungkinkah dia akan berfikir bahawa umat Katolik itu benar-benar menyambut Tuhannya?

St. Catherine of Siena – “We’ve had enough of exhortations to be silent! Cry out with a hundred thousand tongues. I see that the world is rotten because of silence.”

Pope Felix III – “Not to oppose error is to approve it, and not to defend truth is to suppress it, and indeed to neglect to confound evil men when we can do it, is no less a sin than to encourage them.”

Pope Leo I – “He that sees another in error and endeavors not to correct it, testifies himself to be in error.”
Pope Pius V – “All the evils of the world are due to lukewarm Catholics.”

Pope Pius X – “All the strength of Satan’s reign is due to the easygoing weakness of Catholics.”

1 Timothy 5:20 – “When they sin rebuke them in the presence of all, that the rest also may have fear.”

Proverbs 17:15 – “He that justifieth the wicked, and he that condemneth the just, both are abominable before God.”

(Nota: Dalam proses penterjemahan)


  1. Christian WaReLLa

    I’ve just fOund out your BLog…where r you from?? r you from sabah?? i’m an indonesian fella who used to studied at SSpx HoLy cRoss seminary this one is a good BLog …i’m a friend of Lim’s family at sungaibuloh..would you please send a reply to liguori@plasa.com…just wannna know who you are

  2. Xavier

    Kepada saudara yang dikasihi,

    Saya sangat terpegun melihat kesungguhan saudara dalam memaklumkan kepada orang ramai terutamanya Katolik mengenai krisis yang sedang melanda Gereja Roman Katolik kita yang suci ini. Sememangnya daripada isu-isu yang saudara bangkitkan, saya semakin pasti saudara sedar dan ingin orang lain turut sedar akan perubahan-perubahan yang kita alami yang semakin menjauhi tradisi suci yang ditinggalkan oleh bapa-bapa besar gereja Roman Katolik. Sememangnya bukan mudah namun kita perlu yakin akan janji Tuhan bahawa “I say unto thee, That thou art Peter, and on this rock will I build My Church; and the gates of hell shall not prevail against it.”

    Kita harus berdoa bagi umat yang lain agar Tuhan kurniakan mereka hadiah penglihatan, celikkan mata mereka supaya mereka sedar kita perlu mempertahankan ajaran dan tradisi gereja Roman Katolik yang tercinta.

    Kepada saudara saudari sekalian yang bernasib baik dapat mengunjung blog ini, bacalah dengan penuh perhatian, tanya diri anda sendiri, benarkah isu yang dibangkitkan? ‘daun pokok tidak akan bergerak tanpa angin bertiup’, gereja Katolik bukan setakat di Keningau saja!!! Ia adalah untuk dunia ini. Lihat di luar sana, apa yang sedang berlaku. Jangan kaku atau berprejudis dengan apa yang saudara Author kita katakan kerana ia memang benar seluruh dunia, malah lebih serius dan menakutkan!!!

    Jikalau anda Katolik, benarkah anda seorang Katolik atau hanya pada nama? Anda seorang Katolik jika anda sanggup berbuat apa saja untuk mempertahankan harta tinggalan Raja Yesus kepada umat manusia terutamanya misa kudus kita. Ini termasuklah mencari kebenaran apa yang telah berlaku khususnya di Persidangan Konsili Vatikan II.

    Ini boleh dilakukan dengan MEMBACA!! Tiada gunanya bertanya kepada paderi yang juga tidak tahu-menahu perkara sebenar kerana ia hanya akan meracuni pemikiran saudara dan saudari. BACA dan DOA, pinta bantuan Bonda Maria untuk meminpin tangan kita ke arah jalan menuju ke Raja Yesus di syurga.

    Link ini merupakan webpage yang agak baik:
    http://www.fisheaters.com/index.html

    Saya doakan agar Yesus Kristus kurniakan kesedaran kepada umat Katolik khasnya di Keningau ini untuk kembali ke tradisi gereja Roman Katolik yang tulen dan satu-satunya gereja yang benar. Semoga umat dapat merasai Misa Kudus yang BENAR, yang telah memberikan gereja kita ribuan santus (saints) suci, Misa Kudus yang disambut oleh St Francis Xavier lima ratus tahun dahulu…kerana melalui misa kudus itulah, kita telah bertahan selama hampir 2000 tahun, misa kudus yang diwariskan secara tradisi!

    Tidakkah saudara saudari berbangga dengan warisan tersebut??

    • Endakayoh

      Jika Gereja katolik yg ada sekarang ini sudah sesat buat apa kamu berada di dalamnya lagi.
      Adakah Uskup Keningau Cornelius Piong dan semua paderinya akan dibuang ke neraka kerana mengikuti ajaran Vatikan II.
      Misa Tridentine hanya dipromulgasi pada Konsili Trent 1507, selain dari Ritus Tridentine ada juga ritus Ambrosian (di Milan) dan ritus Mozarabic yg lebih tua dari ritus tridentine, itu belum lagi dikira Gereja di Timur yg bergabung dgn Roma mempunyai ritus yg lebih tua dari Tridentine. Kalau anda menghadiri Misa Kudus High Anglican (bukan Low Anglican), mereka masih mengekalkan penyambutan secara berlutut dan menerima tubuh dan darah, adakah mereka lebih baik.

      Siapa dapat membuktikan bahawa para rasul merayakan misa tridentine yg baru ujud 1500 tahun kemudian. Ia disebut Misa Tridentine (dari Trent) kerana ia dipromulgasi selepas Konsili Trent 1507.

      Vatikan II adalah dihadiri oleh uskup-uskup dari seluruh dunia, tidak seperti Konsili Trent hanya sebilangan uskup eropah. Jika ajaran Vatikan II adalah sesat maka sesatlah juga Paus Yohanes XXIII dan Paulus VI dan menurut pandapat kamu ini bererti mereka berada di neraka. Apa bezanya Konsili Trent dan Konsili Vatikan II, sama-sama ajarannya disahkan oleh Gereja sejagat.
      Kamu mengatakan bahawa Paderi meracuni pikiran umat, jadi apakah yg kamu lakukan sekarang bukankah meracuni pikiran umat utk membenci Gereja Katolik yg dipimpin oleh Pope yg masih mendukun ajaran Vatikan II pada ketika ini. Kamu tidak mendukung ajaran Vatikan II yg dibuat oleh para uskup seluruh dunia. Adakah kesemua uskup ini dipimpin oleh syaitan atau Roh Kudus? Jika anda katakan oleh syaitan maka Tuhan tidak berkuasa langsung menjaga gereja-Nya dari sesat. Tahukah anda bahawa kebanyakan konsili sebelum Vatikan II penuh dengan kutukan ANATHEMA SIT, Tahukah anda bahawa ajaran gereja terdahulu sebelum Vatikan II menyokong pemencilan Yahudi, peristiwa Inquisition yg seringkali berakhir dgn pembunuhan, malah selama 200 tahu gereja menyokong perdangangan hamba, tahukah kamu Gereja terdahulu membenarkan perampasan harta atas nama Tuhan banyak dari emas-emas yg berada di vatikan hari ini adalah dirampas dari org Maya di Mexico, penjualan Ingulgence utk membuat katedral. Tahukah anda Gereja terdahulu menggangap orang Negro tidak mempunyai jiwa. Tahukah anda bahawa gereja terdahulu hampir memerintah seluruh Itali sehingga sehingga Vatikan di tawan oleh tentera Penyekutu Itali. Kenapa ini berlaku kerana tradisi dan ajaran gereja terdahulu yg kamu katakan itu tidak mampu menghalangnya dari berlaku.
      Konsili Vatikan II ini adalah terbit dari apa yg berlaku di atas.
      Kalau mau ikut ajaran Gereja terdahulu maka siapa yg tidak mengakui Vatikan II adalah ANATHEMA SIT dan menjadi Extra Ecclesiam (nulla salus), tetapi Vatikan II tidak melakukannya jadi siapa yg tidak mengakui tidak menerima Anathema Sit.

      Saya hanya mengharapkan kejujuran….. jgn menghina kami yg percaya kepada ajaran Vatikan II. Jika kamu menggangap kami sesat, maka kamu menganggap bahawa Tuhan tidak berkuasa menghalang kesesatan ini. Adakah kami menjadi penyembah syaitan dgn merayakan Misa Tatacara Baru. Dapatkan dengan memanggil nama kristus di dalam Misa Tata Baru kami memuliakan syaitan.

      • Konsili Vatican II adalah bersifat PASTORAL sahaja. Menerima Komuni Kudus dengan tangan dan berdiri adalah DILARANG atau DITEGAH tetapi dibenarkan oleh Gereja. Itu bermakna cara norma adalah berlutut dan di atas lidah.

  3. Lucius Dalius

    saya sungguh bersyukur kerana saya menemui web ini… Sesungguhnya saya ingin memperdalamkan pengetahuan saya dalam katolik, malangnya saya tidak ada tempat bertanya akan perihal katolik. Bolehkah saudara bantu saya dengan memberikan ruangan untuk bertanya?

    Respons:
    Sila kemukakan soalan dalam ruangan komen selesai sahaja saudara membaca mana-mana artikel. Syukur dan puji Tuhan!

  4. rosaline

    Salam damai. Sebenarnya inilah web spt inilah yg saya cari2 selama ini. Setelah membaca artikel di atas iman katolik saya bagaikan terbaja secara automatik. Sebenarnya saya ingin menceritakan suatu pengalaman hidup sebagai katolik yang mungkin menajdi teladan dan ingatan kepada semua umat katolik di seluruh dunia. Puji Tuhan! Amen.

    Respons:
    Tugas utama kita sebagai Katolik ialah belajar Katekismus yang benar-benar Katolik. Semakin kita mendalami pengetahuan kita tentang Katolik, kita akan nampak betapa jauhnya Katolik sekarang telah berubah. Deo gratias.

  5. rosaline

    Betulkah tanggungjawab ibu bapa umat katolik terhadap anak-anak akan tamat setelah anak-anak itu mempunyai keluarga sendiri(berkahwin). Kalau betul, boleh berikan saya rujukan?

    Respons:
    Tanggungjawab kita terhadap anak-anak adalah berterusan sehinggalah kita dipanggil menghadap Tuhan. Tanggungjawab anak-anak terhadap ibubapa (terutama yang sudah tua) juga adalah penting. Peranan kita sebagai datuk dan nenek kepada cucu amatlah penting. Semuanya penting kerana itulah tuntutan iman Katolik. Tanggungjawab itu TIDAK pernah tamat. Setakat ini saya belum ada rujukan.

  6. Biar pun ada waktu2nya saya berbeza pendapat dengan tuan blog ini tetapi saya suka membaca bahan2 bacaan yang sudah beliau sediakan untuk kita semua dan biar pun tidak pernah bersua wajah tetapi saya sangat menghormati beliau,dan secara peribadi pula saya berpandangan bahawa, sepatutnya lebih ramai dan bertambahlah umat2 Katolik yang memiliki web atau blog yang sebegini rupa bukan hanya untuk memberitahu apa yang benar dari perspektif dan tradisi Katolik(sebagai contoh) tetapi untuk mempertahankan agama Katolik dari serangan2 psikologi baik dari saudara Kristian(Protestan) lebih2 lagi Islam.
    Ada baiknya tuan punya blog ini mengambil inisiatif membentuk sebuah persatuan blogger Katolik SeMalaysia dan kemudiannya alamat blogger itu pula dihebahkan untuk semua.
    Terima kasih

    Respons:
    Jika ada ajaran yang menyimpang, sila maklumkan kepada saya supaya kajian lebih mendalam dapat dibuat. Jika terbukti bahawa ajaran Katolik yang saya paparkan di sini menyimpang, maka perlu dibuat pembetulan segera. Apa yang cuba saya usahakan di sini ialah menyebarkan iman Katolik yang sebenar-benarnya kerana Kebenaran tidak berubah seperti yang diajar oleh Tradisi Suci.

  7. veron

    wah! puji Tuhan, terus terang adanya blog seperti ini umat katolik yang cetek pengetahuan seperti saya ini dapat juga menambah pengetahuan.Apa pendapat anda tentang umat yang mengaku terlalu DEVOTED terutama dengan doa Devosi,walaupun mengalami sakit mental.bole beri pendapat.

    • Deo gratias. Tentang umat yang mengalami ‘sakit mental’, saya tidak ada jawapannya. Hanya doktor perubatan yang layak untuk membuat diagnosis seperti berikut. Kita boleh membantu mereka dengan doa kita.




Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


  • Laman

  • Artikel Terkini

  • Artikel Popular

  • Kategori

  • Sila masukkan alamat e-mel anda untuk melanggan blog ini dan menerima pemberitahuan melalui e-mel apabila ada artikel baru diterbitkan.

    Join 23 other followers


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.