Archive for the ‘Kebebasan Beragama’ Category

Menurut Paus Benedict XVI, kebebasan beragama adalah hak asasi manusia seperti yang dilaporkan oleh ZENIT di pautan ini: http://www.zenit.org/article-27388?l=english apabila berkata bahawa kebebasan beragama (religious liberty) dan kebebasan suara (freedom of conscience) hati merupakan sumber segala kebebasan.

Pope Pius IX mengajar bahawa ‘kebebasan beragama’ adalah heresi (ajaran sesat).

All have the right of religious liberty is heresy. [Pope Pius IX, D.1690,99 Enchiridion Symbolorum, “The Sources of Catholic Dogma,” edited by Fr. Henry Densinger, B. Herder Book Co., Imprimatur, 1955]

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk:

http://katolik.wordpress.com/2006/11/07/kebebasan-beragama/

http://katolik.wordpress.com/2007/02/11/kebebasan-beragama-ii/

http://katolik.wordpress.com/2007/02/14/kebebasan-beragama-iii/

http://katolik.wordpress.com/2007/06/26/kebebasan-beragama-v/

http://katolik.wordpress.com/2007/08/23/kebebasan-beragama-vi/

http://katolik.wordpress.com/2008/12/19/lagi-krisis-gereja/

http://katolik.wordpress.com/2009/01/26/katolik-liberal/

http://katolik.wordpress.com/2009/06/05/pope-benedict-xvi-kebebasan-beragama/

http://katolik.wordpress.com/2009/09/15/menghormati-agama-palsu/

Kyrie eleison!

Cardinal Christoph Schoenborn dari Diosis Vienna mengajar bahawa umat Katolik harus menghormati agama palsu [!]. Sila baca sendiri daripada artikel “Cardinal says traditionalists must respect Jews, other religions” seperti yang dilaporkan oleh laman web rasmi National Catholic Reporter.

Ajaran Kardinal ini terang-terangan bertentangan dengan Hukum Allah yang Pertama [Exodus 20:3 Thou shalt not have strange gods before me]. Ajaran beliau juga bertentangan dengan Tradisi Suci dan Alkitab.

Kita saling menghormati sesama insan tetapi kita tidak sepatutnya menghormati ajaran palsu yang akan membawa ramai umat manusia ke arah kemusnahan (Neraka).

Kyrie eleison.

Isu ‘kebebasan beragama’ tidak akan selesai sampai bila-bila seolah-olah tidak ada penghujungnya. Kekeliruan ini bertambah kusut apabila Paus Benedict XVI mengajar kerajaan Norway agar mempertahankan hak individu memeluk agama pilihannya iaitu kebebasan beragama. Haruskah kita berdiam diri atau membuat pendirian sekarang sama ada menerima ajaran Paus seadanya atau mencari kebenaran yang sebenar-benarnya?

[http://www.zenit.org/article-26079?l=english]

Pernahkah Yesus mengajar bahawa umat manusia berhak untuk menolak diri-Nya? Benarkah Yesus mengajar bahawa manusia ‘berhak’ melanggar Hukum Sepuluh yang pertama: “Thou shalt not have strange gods before me” [Exodus 20:3]. Perkataan ‘strange gods’ merujuk kepada tuhan palsu. Di antara banyak agama besar di dunia ini, hanya ada satu sahaja agama yang benar iaitu agama Kristian (Roman Katolik). Namun kenapakah timbul pula ajaran yang bertentangan dengan ajaran Yesus? Mengikut Alkitab dan ajaran Tradisi Suci Gereja, manusia tidak berhak untuk menolak Tuhan Allah yang benar iaitu manusia tidak berhak untuk memeluk agama lain selain agama yang benar.

Memang benar, tidak ada paksaan dalam isu beragama dan manusia  telah dikurniakan dengan kebebasan membuat keputusan diri sendiri (free will) .  Tetapi adakah ‘free will’ ini suatu hak?

Kita lihat dengan jelas bahawa pelanggaran Hukum Sepuluh yang pertama merupakan satu dosa mortal (berat). Dengan kata lain, pelanggaran mana-mana satu hukum atau peraturan Tuhan Allah merupakan suatu dosa. Dosa adalah pelanggaran Hukum Allah.

Jika ‘free will’ itu merupakan hak manusia, maka adalah manusia berhak melakukan dosa? Adakah Adam dan Eve berhak untuk menolak Allah semasa mereka berada di Taman Eden? Memang benar mereka bebas membuat pilihan tetapi pilihan mereka itu bukan satu hak. Sebaliknya mereka memiliki hak moral yang mutlak untuk  hanya menyembah Tuhan Allah yang benar!

Jika ‘free will’ merupakan hak manusia maka manusia berhak melakukan dosa. Itu bermakna saya juga berhak melakukan dosa-dosa lain seperti membunuh! Adakah saya berhak untuk membunuh orang lain? Adakah saya berhak membunuh bayi yang tidak berkemampuan untuk mempertahankan dirinya daripada digugurkan (abortion)?

Mempertahankan ‘hak’ manusia  untuk bebas beragama bermaksud manusia berhak membunuh jiwanya dan jiwa orang lain! Bukankah jiwa manusia jauh lebih bernilai daripada tubuh fizikal manusia yang fana? Bukankah membunuh jiwa itu merupakan satu dosa yang jauh lebih berat daripada membunuh tubuh fizikal manusia lain?

Kyrie eleison!

Apakah maksud perkataan ‘liberal’?

Daripada WordWeb 5.0, ‘liberal’ diertikan mengikut jenis kata:

Liberal (kata nama):

  1. A person who favours a political philosophy of progress and reform and the protection of civil liberties
  2. A person who favours an economic theory of laissez-faire and self-regulating markets (tidak berkaitan)

Liberal (kata adjektif):

  1. Showing or characterized by broad-mindedness
  2. Having political or social views favouring reform and progress
  3. Tolerant of change; not bound by authoritarianism, orthodoxy, or tradition
  4. Given or giving freely
  5. Not literal

Bagaimana harus diungkapkan pemahaman pemikiran umat Katolik yang ‘liberal’? Pegangan kepada ciri-ciri liberal diberi istilah sebagai ‘liberalism’. Tetapi apakah ‘liberalism’ dan kaitanya dengan Iman Katolik? Bolehkah umat Katolik berfikiran sedemikian dan pada masa yang sama mengaku dirinya sebagai umat Katolik yang taat? Persoalan ini harus dijawab dengan penuh hati-hati iaitu secara intelek dan bukannya secara beremosi. Tetapi kita tidak pula harus takut kepada Kebenaran kerana hanya melalui Kebenaran seseorang manusia dapat dibebaskan daripada perangkap Iblis dan godaan Duniawi.

Daripada tafsiran Kamus WordWeb 5.0, kita dapat katakan bahawa seseorang yang berfikiran ‘liberal’ memiliki ciri-ciri berikut:

  1. menyokong arus kemajuan dan reformasi terutamanya mengutamakan hak-hak awam (atau hak manusia)
  2. berfikiran terbuka
  3. menyenangi kepada perubahan; dan tidak tertakluk kepada pihak berkuasa (yang memegang autoriti) atau peraturan lama (tradisi)
  4. amat senang untuk melepaskan atau memberikan sesuatu yang ‘dimiliki’
  5. corak pemikiran cenderung kepada perkara yang tersirat

Sebagai permulaan, perkataan ‘liberal’ berasal daripada kata Latin ‘liber’ yang bermaksud ‘bebas’. Pegangan atau kepercayaan kepada ‘liberalism’ dikatakan menyalahi Iman Katolik oleh Sri Paus Pius X. Beliau menamakan ‘liberalism’ moden sebagai ‘modernism‘.  Untuk penjelasan lanjut tentang ‘modernism’, sila klik pautan ini: http://katolik.wordpress.com/2007/03/31/apakah-modernism/. Daripada artikel ini, saya berharap para pembaca akan dapat menyelami maksud istilah ‘liberalism’ ataupun ‘modernism’ kerana kedua-dua perkataan ini adalah amat berkait rapat.

Mungkinkah umat Katolik yang ‘liberal’ pemikirannya tidak akan menolak apa-apa perubahan (yang dilabelkan sebagai kemajuan) ataupun reformasi ke atas ajaran, doktrin dan dogma Katolik?

[Oleh kerana penulis tidak berfikiran liberal, maka amat sukar untuk membayangkan pemikiran seorang Katolik liberal. Diharapkan akan ada komen daripada mereka yang berfikiran 'liberal' supaya diskusi ini lebih seimbang.]

Pemikiran liberal ini tidak hanya terhad kepada umat biasa sahaja kerana ada sebilangan klerik tertinggi dalam Gereja Roman Katolik (dan memegang jawatan-jawatan tinggi di Vatican, Rom) berfikiran liberal. Hasilnya ialah perubahan-perubahan yang jauh tersimpang daripada pegangan asal (Tradisi Suci) Gereja seperti ajaran-ajaran sesat (heresy’) berikut:

  1. Semua agama sama benar atau mengajar Kebenaran. [heresy]
  2. Semua penganut tanpa mengira agama menyembah Tuhan yang sama. [heresy]
  3. Kebenaran tidak lagi bersifat mutlak tetapi relatif kepada pemikiran manusia. [heresy]
  4. Hak manusia lebih diutamakan daripada hak Pencipta (Tuhan Allah). [heresy]
  5. Kesilapan juga mempunyai hak atau ‘Error’ has rights. [heresy]
  6. Manusia bebas beragama atau mempunyai hak mutlak beragama mengikut pilihan hati. [heresy]
  7. Umat Katolik yang masih berpegang kepada ajaran ‘lama’ atau Tradisi Suci dianggap umat yang kolot atau ketinggalan zaman atau ‘sombong’ dalam dunia yang sempit.
  8. Manusia tidak lagi takut kepada dosa kerana Tuhan Allah Maha Pengasih. Malah mereka yang di Neraka juga akan dibebaskan atas belas kasihan Tuhan Allah [heresy]
  9. Keselamatan jiwa manusia terbuka kepada semua orang tanpa melalui Yesus atau Gereja Roman Katolik. [heresy]
  10. Oleh kerana hak manusia ditingkatkan maka manusia bebas untuk membuat perubahan mengikut arus pemodenan dunia seperti berfesyen yang semakin kurang benangnya.

Banyak lagi yang boleh saya senaraikan di atas tetapi mengikut Catholic Encyclopedia, ‘liberalism’ ditentang kerana sebab-sebab berikut:

Liberalism (dalam erti kata yang sebenar) membuat tuntutan bahawa manusia mempunyai autonomi penuh ke atas keintelektualannya, kemoralannya dan susunan masyarakatnya. Itu bermakna, liberalism menolak secara praktikal kewujudan Tuhan Allah atau agama yang ‘supernatural’ (luar alam). Jika diikuti pemikiran liberalism secara logikal, maka secara teorinya mengajar bahawa Allah tidak wujud, dan sebaliknya meletakkan manusia sebagai allah. Pemikiran ‘liberalism’ telah ditegah sekeras-kerasnya dalam pemikiran ‘rationalism’ dan juga ‘naturalism’. Kedua-dua pemikiran songsang Naturalism dan Rationalism telah dilarang dalam dokumen rasmi Gereja berikut:

  1. Constitution “De Fide” of the Vatican Council (1870)
  2. Liberalism by Pius IX in the Encyclical “Quanta cura” of 8 December, 1864 and the attached Syllabus.
  3. Pius X condemned it again in his allocution of 17 April, 1907
  4. Decree of the Congregation of the Inquisition of 3 July, 1907,
  5. Encyclical of Gregory XVI, “Mirari Vos”, of 15 August, 1832

dan banyak lagi.

Deo gratias.

Kemungkinan para pembaca masih tidak mempercayai bahawa Gereja Roman Katolik dilanda krisis iman. Sebab itulah, ramai umat menolak sebarang artikel yang bersifat agresif atau seolah-olah bersikap ‘anti-Katolik’ walaupun tujuan utama penulis artikel sedemikian ialah untuk menyedarkan sebanyak umat Katolik yang mungkin tentang Gereja yang dilanda krisis besar!  Walaupun diri saya (dan sekeluarga) sudah lama meninggalkan Gereja Novus Ordo (iaitu tahun 2000) tetapi syukur kepada Tuhan Allah yang MahaBenar telah menemukan kami kembali kepada Gereja Roman Katolik yang mendukung Tradisi Suci. Saya amat mencintai Gereja Roman Katolik dan ingin melihat bahawa Gereja Kristus sentiasa kukuh didirikan di atas dasar yang kuat.

Namun, apakah buktinya bahawa Gereja Roman Katolik benar-benar dilanda krisis iman? Lihat dan bacalah artikel ini: Vatican: Three senior clerics back more European mosques dengan jelas melaporkan tiga orang Uskup Agung senior di Vatican yang menyokong ‘kebebasan beragama’ dan menyarankan agar umat Islam dibenarkan mendirikan lebih banyak masjid di Eropah !!! Sedangkan kita tahu bahawa Eropah adalah negara Krisitan! Bukankah ini suatu krisis yang benar-benar terjadi di peringkat tertinggi Gereja iaitu di Vatican?

Adakah Yesus, Raja segala raja, akan membenarkan masjid, kuil, tokong dan pelbagai agama palsu (yang menyebarkan doktrin yang menolak Yesus sebagai Tuhan dan Raja) di dalam kerajaan-Nya? Apakah doa Bapa Kami yang sering kita ucapkan kepada Tuhan Allah, yang berbunyi: ‘…Terjadilah kehendak-Mu di bumi seperti di dalam Surga‘ mempunyai apa-apa makna? Atau adakah kita diibaratkan seperti burung kakak tua?  Apakah sebenarnya maksud doa itu? Bolehkan diterima akal seorang umat Katolik yang sihat pemikirannya bahawa di Surga nanti akan terdiri dengan megah masjid, kuil dan tokong?

Semoga para pembaca dapat memikirkan isu ini dengan lebih mendalam agar kita tidak disesatkan oleh mereka (Uskup) yang sepatutnya memimpin manusia ke arah keselamatan jiwa tetapi sebenarnya menghantar manusia yang sesat dan yang belum mengenal Yesus ke Neraka!

Kasihanilah Kami, ya, Tuhan!

NB: Semoga musim Adven ini, kita sentiasa mempersiapkan diri (dan seluruh anggota keluarga masing-masing) untuk menyambut kedatangan Yesus (kelahiran-Nya) dan kedatangan-Nya yang kedua kali. Amen.

Sila para pembaca meneliti artikel atau laporan ini:

http://www.dailyexpress.com.my/news.cfm?NewsID=52210

Apakah pendapat anda tentang isu yang dipertikaikan di sini?

Inilah yang dikatakan sebagai buah hasil daripada ajaran ‘Kebebasan Beragama’ seperti yang dilaung-laungkan oleh sesetengah umat Katolik sebagai hak asasi manusia. Ajaran ‘Kebebasan Beragama’ merupakan ajaran sesat (heresy) yang mengajar bahawa manusia berhak untuk menyembah ‘allah’ lain selain Allah yang benar iaitu Allah Tritunggal Mahakudus. Atas ajaran sesat ini maka kita lihat bahawa ada manusia yang mengahwini pasangan sama jantina, mendirikan ‘gereja’ sendiri dan melantik dirinya atas kuasa manusia (iaitu dirinya sendiri) sebagai ‘pastor’ atau Ketua ‘gereja’ palsu.

Biskop Datuk John Lee membantah rancangan Encik Ou Yang Wen Feng (37 tahun), seorang Pastor Protestan homoseksual yang ber’suami’kan seorang lelaki lain. Adakah Gereja Roman Katolik tidak lagi menyokong atau mempromosikan ajaran ‘Kebebasan Beragama’? Adakah Gereja telah menyedari kesilapannya mempertahankan hak manusia untuk menyembah tuhan palsu (memeluk agama palsu)? Jika Gereja membantah kehadiran Metropolitan Community Church (MCC) (iaitu sebuah ‘gereja’ yang pelayanannya difokuskan kepada komunti lesbian dan gay, kenapakah Gereja masih mempromosikan ‘ecumenism’? . Jika MCC dilayan sebagai ‘gereja’ yang harus dijauhi atau dibantah kehadirannya di Malaysia, kenapa pula layanan yang sama tidak ditujukan kepada ‘Gereja’ Protestan yang lain?

Lalu Yohanes berkata kepada Yesus, “Pak Guru, kami melihat seseorang mengusir setan atas nama Bapak. Dan kami melarang dia sebab ia bukan dari kita.” Tetapi Yesus berkata, “Jangan melarang dia, sebab tidak seorang pun yang membuat keajaiban atas nama-Ku, dapat langsung menjelek-jelekkan Aku. Sebab orang yang tidak melawan kita, berarti berpihak kepada kita. [Mark 9:38-40]

Daripada petikan ini jelas bahawa semua ‘Gereja’ Protestan yang wujud di dunia ini melawan Gereja Roman Katolik kerana sebab utama kewujudan ‘gereja-gereja’ palsu ini adalah atas premis bahawa Gereja Roman Katolik bukan Gereja Kristus. Ini bererti bahawa semua ‘Gereja’ Protestan TIDAK berpihak kepada Gereja Roman Katolik, satu-satunya Gereja Kristus yang benar dan satu. Jika Gereja hanya ‘membenci’ ‘gereja’ MCC dan tidak kepada kumpulan protestan yang lain, bukankah ini suatu amalan ‘double-standard’.

Saya juga tertarik dengan kata-kata Biskop Lee: “On Rev Ou Yang’s plan to marry his partner Angel Ayala when “same sex” marriages are legalised in New York, Bishop Lee said it is their own right.” Benarkah manusia BERHAK mengahwini sesiapa sahaja yang mereka suka? Tidak menghairankan jika pada suatu hari nanti, Gereja akan berkata bahawa manusia berhak untuk mengahwini seekor kambing kesayangannya!

Kesimpulannya, Gereja sepatutnya menyeru kepada semua umat Protestan supaya bertaubat dan kembali ke pangkuan Gereja Roman Katolik. Dogma Gereja “Tiada penyelamatan di luar Gereja” kekal benar dan harus dijadikan sebagai panduan keselamatan untuk semua.  Kita harus ingat bahawa umat Katolik sentiasa DITEGAH daripada menghadiri perkumpulan atau sebarang upacara atau ibadat anjuran ‘gereja’ Protestan.

Saya sedih apabila membaca artikel ini Nuns to pray for Pope’s letter on China and full religious freedom (bertarikh 06/25/2007 15:17)yang boleh dibaca di http://www.asianews.it/index.php?l=en&art=9650&size=A selagi pautan ini masih aktif.

Benarkah umat manusia diberi HAK untuk memeluk mana-mana agama yang difikirnya ‘sesuai’ atau ‘benar’? Apakah agama? Agama dapat didefinisikan sebagai suatu institusi yang menggambarkan kepercayaan akan adanya Tuhan yang berkuasa atas segala kejadian. Agama juga dapat dilihat sebagai suatu kepercayaan yang kuat tentang kuasa ‘supernatural’ yang menguasai destinasi manusia.

Agama merupakan suatu virtue atau kualiti tentang perlakuan atau tingkah laku yang betul (dan benar di mata Tuhan) atau mengelakkan diri daripada melakukan sesuatu yang salah (melanggari perintah Tuhan atau berdosa). Tanpa agama, seseorang tidak dapat memperolehi virtue kerana agama mengajar manusia tentang Tuhan dan hubungan manusia dengan Tuhan. Dari agama juga seseorang memperolehi KEBENARAN dalam bentuk ajaran, doktrin dan dogma. Kebenaran ini datangnya daripada revelation atau wahyu daripada Tuhan kepada manusia (melalui agama) dan diajar oleh Gereja.

Untuk memiliki virtue atau kualiti ini, seseorang haruslah mempercayai SEMUA kebenaran seperti yang diwahyukan oleh Tuhan dan diajar oleh Gereja (iman). Kita sebagai umat Kristian harus mempraktikkan kepercayaan itu dalam kehidupan seharian kita seperti mana kita diajar tentang kewajiban kita terhadap Tuhan; hukum Tuhan dan kehendak Tuhan. Tuhan TIDAK memberi manusia pilihan, kita harus dan wajib mempraktikkan agama kepercayaan kita.

Dari mana atau daripada siapa kita mengenali, mengasihi dan melayani Tuhan? Daripada Yesus Kristus, anak Allah (Tritunggal MahaKudus), yang mengajar melalui Gereja-Nya, Gereja Roman Katolik.

Pokok persoalannya di sini ialah adakah Gereja diperbolehkan mengajar kepada dunia bahawa seseorang manusia mempunyai HAK untuk menyembah mana-mana tuhan yang ada di dunia ini atau memeluk mana-mana agama yang difikirnya mengajar kebenaran?

Fakta utama yang harus kita akui di sini ialah hanya ada SATU KEBENARAN dan SATU AGAMA yang benar. Saya tekankan di sini bahawa kebenaran yang saya maksudkan di sini adalah bersifat mutlak. Kebenaran yang bersifat relatif atau subjektif sebenarnya hanyalah pendapat manusia semata-mata dan bukan kebenaran.

Di samping itu, saya tekankan juga di sini bahawa tiada manusia yang dipaksa memeluk agama yang tidak dipercayainya. Tidak berhak tidak bermaksud anda dipaksa.

Tidak pernah tertulis dalam Alkitab mahupun Tradisi Gereja bahawa manusia bebas menyembah mana-mana allah yang difikirnya benar. Ajaran bahawa manusia bebas beragama sebenarnya merupakan satu ajaran atau doktrin baru. Ia merupakan salah satu kepercayaan orang-orang yang mengamalkan ‘modernisme’. Pernahkah Yesus mengajar bahawa seseorang bebas menyembah orang lain selain Diri-Nya?

Alkitab merupakan Firman Allah (Tritunggal MahaKudus) dan ia ditujukan kepada SEMUA manusia dan bukan sekadar orang-orang Kristian. Begitu juga kebenaran (ajaran, doktrin dan dogma) yang diajar oleh Gereja adalan untuk SEMUA umat manusia. Sepuluh Hukum Allah (Tritunggal MahaKudus) bukan sekadar ditujukan kepada orang Yahudi mahupun orang Kristian sahaja tetapi kepada seluruh umat manusia. Segala hukum dan perintah Tuhan HARUS dipatuhi oleh semua umat manusia. Walaupun begitu, manusia diberi ‘kebebasan untuk membuat keputusan’. ‘Free will’ atau ‘free choice’ tidak bermaksud mempunyai hak atau bebas beragama.

Bebas beragama juga bermaksud seseorang manusia berhak untuk menolak Tuhan atau melakukan pelanggaran hukum Tuhan dan melakukan dosa. Adakah manusia berhak melakukan dosa? Menyembah berhala atau tuhan palsu adalah satu dosa berat! Adakah Gereja mengajar bahawa manusia bebas menyembah berhala dan tuhan palsu? Adakah Iblis berhak menolak Tuhan Allah?

Para pembaca dijemput untuk merenung persoalan ini dan membuat keputusan yang tepat kerana keselamatan jiwa adalah misi yang tertinggi dalam kehidupan seorang Kristian.

Terpujilah Kristus.

A silent picture speaks a thousand words:
Sekeping gambar yang bisu menceritakan seribu kata-kata yang tidak terhingga:

Kebebasan Beragama

Terjemahan: “O tidak, Vatican II telah menerbitkan dokumen yang bertajuk Dignitatis Humanae yang tidak membenarkan tuan menghalang kami daripada menyembah Lembu Emas ini!”

Special thanks to http://www.pnichols.com.

Deo gratias. Have a Blessed Easter. God bless.

Encyclicals yang bertajuk Mystici Corporis Christi oleh Pope Pius XII dengan nyata menjelaskan bahawa satu Gereja yang benar ialah Gereja Kristus iaitu Gereja Roman Katolik. Gereja Roman Katolik ialah Gereja Kristus yang satu dan benar. Apabila Konsili Vatican II mendefinisikan Gereja Benar sebagai ‘subsists in‘ (yang bermakna: wujud dalam atau terkandung dalam) Gereja Roman Katolik, ia membawa implikasi bahawa gereja-gereja bukan Katolik (Prostestan) juga secara ‘kabur’ tergolong dalam Gereja Kristus yang benar. Persoalan besar di sini ialah apakah tujuan atau justifikasi bagi Konsili Vatican II menggunakan perkataan ‘subsists in’ apabila menakrifkan semula Gereja yang satu dan benar? Pautan http://www.franciscan-archive.org/apologetica/subsist.html menerangkan dengan lebih teliti tentang maksud “subsists in” dan kenapa penggunaan ‘subsist in’ tidak dapat dipertahankan oleh Vatican II.

Susulan daripada takrifan ini, maka wujud pula ecumenism yang membawa kepada KESATUAN (unity) palsu (atau kepura-puraan) di antara Gereja Roman Katolik dengan gereja-gereja bukan Katolik (gereja palsu) tanpa mewajibkan para heretic (umat Protestan) ini bertaubat dan kembali ke pangkuan Gereja Roman Katolik. Dengan kata lain, Konsili Vatican II berkeinginan mahu mewujudkan satu Gereja ‘benar’ yang terdiri daripada Gereja Roman Katolik dan gereja-gereja bukan Katolik. Ini BERTENTANGAN dengan ajaran Alkitab dan ajaran Gereja pra-Vatican II seperti yang tercatat dalam dokumen Mortalium Animos (Pope Pius XI, 1928) dan Humani Generis (Pope Pius XII, 1950). Uskup di tempat saya menyarankan agar umat Katolik turut serta dalam sesi doa dengan umat Protestan tetapi apabila umat Katolik Traditionalist menghadiri Misa Kudus Tridentine (100% bercirikan Katolik), mereka pula dipersalahkan!

Dokumen Dignitatis Humanae (Pope Paul VI, 1965) terkandung ajaran sesat tentang KEBEBASAN BERAGAMA yang bertentangan dengan ajaran Gereja Pra-Vatican II Quanta Cura (Pope Pius IX, 1864) dan Syllabus of Errors (Pope Pius IX). Agak menarik dicatatkan di sini bahawa 2,308 orang Uskup menyokong dokumen Dignitatis Humanae manakala 70 orang lagi menentang.

    Every man is free to embrace and profess that religion which, guided by the light of reason, he shall consider true.CONDEMNED“liberty of conscience and worship is each man’s personal right, which ought to be legally proclaimed and asserted in every rightly constituted society; and that a right resides in the citizens to an absolute liberty, which should be restrained by no authority whether ecclesiastical or civil, whereby they may be able openly and publicly to manifest and declare any of their ideas whatever, either by word of mouth, by the press, or in any other way.” (section 3)CONDEMNED

Encyclical Testem Benevolentiae (Pope Leo XIII, 1899) dikeluarkan untuk menentang heresy Americanism yang mengagung-agungkan KEBEBASAN INDIVIDU (CIVIL LIBERTIES) yang tidak serasi dengan doktrin Gereja. Salah satu kebebasan individu ialah kebebasan beragama.

Mirari vos (On Liberalism and Religious Indifferentism) Pope Gregory XVI, 1832 menyatakan bahawa Kebebasan Beragama adalah sesuatu yang tidak masuk akal (absurd):

    14. This shameful font of indifferentism gives rise to that absurd and erroneous proposition which claims that liberty of conscience must be maintained for everyone. It spreads ruin in sacred and civil affairs, though some repeat over and over again with the greatest impudence that some advantage accrues to religion from it.

Encyclical Libertas (On the Nature of Human Liberty) Pope Leo XIII, 1888 juga menentang KEBEBASAN BERAGAMA:

    42. From what has been said it follows that it is quite unlawful to demand, to defend, or to grant unconditional freedom of thought, of speech, or writing, or of worship, as if these were so many rights given by nature to man. For, if nature had really granted them, it would be lawful to refuse obedience to God, and there would be no restraint on human liberty. It likewise follows that freedom in these things may be tolerated wherever there is just cause, but only with such moderation as will prevent its degenerating into license and excess. And, where such liberties are in use, men should employ them in doing good, and should estimate them as the Church does; for liberty is to be regarded as legitimate in so far only as it affords greater facility for doing good, but no farther.

Gereja pra-Vatican II mengajar bahawa ‘error has no right‘ tetapi membenarkan agama lain diamalkan oleh umat bukan Katolik secara private (iaitu di dalam rumah sahaja) atas dasar bertolak ansur tetapi tidak secara terbuka (public). Orang-orang bukan Katolik juga tidak dibenarkan menyebarkan agama mereka di kalangan umat Katolik dan larangan ini dikuatkuasakan oleh Kerajaan (State).

Kebebasan beragama ditakrifkan sebagai hak seseorang untuk memeluk agama pilihannya dan BUKAN bermaksud tiada paksaan dalam agama. Walaupun Gereja pra-Vatican II menolak doktrin ‘kebebasan beragama’ tetapi Gereja tidak memaksa sesiapa memeluk agama Katolik. Tidak ada sesiapa yang dipaksa memeluk agama yang tidak dipercayainya tetapi mereka tidak berhak (tidak bebas) untuk menyembah allah palsu (memeluk agama lain selain agama Katolik) kecuali secara private sahaja. Pernahkah anda terbaca dalam Alkitab bahawa manusia bebas menyembah allah yang ‘disukainya’? Adakah Alkitab hanya dikhaskan untuk umat Katolik sahaja? Adakah Hukum Allah hanya wajib dipatuhi oleh umat Katolik sahaja?

Memeluk agama lain selain agama Katolik adalah penyembahan allah palsu. Ini merupakan pelanggaran Sepuluh Hukum Allah yang pertama dan ini merupakan satu dosa. Tidak dapat kita pertikaikan bahawa mencuri itu adalah dosa yang melanggar Hukum Allah yang kelapan. Tetapi adakah seseorang manusia itu berhak atau bebas mencuri atas sebab-sebab tertentu (misalnya kerana miskin atau tidak mampu atau kerana orang lain lebih berharta dan tidak akan terjejas hartanya jika sedikit hartanya dicuri). Secara ringkas, adakah Gereja mengajar manusia berhak (atau bebas) melanggar mana-mana Hukum Allah? Dari sudut lain pula, adakah Allah mempunyai apa-apa hak untuk menuntut umat ciptaan-Nya menyembah Dia seorang sahaja?

Bagaimana dengan orang lain yang menyembah Iblis sebagai allahnya dan mengajar orang supaya berbakti kepada Iblis? Adakah orang ini berhak menyebarkan agama yang dahsyat ini? Umat yang menyembah allah palsu akan kehilangan jiwanya – maut (tidak ada keselamatan). Adakah kita akan mempertahankan hak orang itu yang mahu membunuh jiwanya (bunuh diri)? Adakah seseorang insan mempunyai hak membunuh dirinya sendiri (sama ada secara fizikal atau rohani)? Menyatakan kepada seseorang bahawa “awak bebas beragama” adalah sama dengan “awak berhak melakukan dosa atau awak berhak membunuh JIWA awak sendiri”.

Seseorang yang percaya kepada ‘kebebasan beragama’ sebenarnya tidak memiliki kebenaran atau hanya percaya kepada kebenaran yang bersifat relatif atau subjektif. Gereja tidak pernah gagal mengajar bahawa KEBENARAN itu MUTLAK. Hanya ada SATU kebenaran dan kebenaran itu absolute (mutlak) sifatnya. Beranikah kita berkata bahawa: “Anda bebas beragama tetapi jika anda tidak memeluk agama Katolik (menerima KEBENARAN) maka anda jatuh ke dalam dosa (tidak memperoleh KEBEBASAN) dan akan kehilangan jiwa (tidak memperoleh KESELAMATAN)”?. Gereja Vatican II tidak lagi berani menyebarkan kebenaran mutlak bahawa Gereja Roman Katolik adalah satu-satunya Gereja yang benar dan agama yang benar. Sebaliknya Konsili Vatican II lebih cenderung menganggap bahawa “SEMUA AGAMA ADALAH SAMA” (atau semua agama mengajar umatnya “MENYEMBAH ALLAH YANG SAMA”) dan menyebarkan doktrin “UNIVERSAL SALVATION” yang bersifat heretical. Sekali lagi saya tekankan di sini bahawa “error has no right”.

Malah, mendiang Mother Teresa juga berpendapat demikian dalam pelayanannya. Beliau mempunyai kepercayaan yang amat ekstrem dan TERPESONG tentang ‘Kebebasan Beragama’ sehinggakan berkata bahawa beliau mencintai semua agama. Dalam buku karangan Mother Teresa, Life in the Spirit: Reflections, Meditations and Prayers, beliau berkata:

    We never try to convert those who receive [aid from Missionaries of Charity] to Christianity but in our work we bear witness to the love of God’s presence and if Catholics, Protestants, Buddhists, or agnostics become for this better men — simply better — we will be satisfied. It matters to the individual what church he belongs to. If that individual thinks and believes that this is the only way to God for her or him, this is the way God comes into their life — his life. If he does not know any other way and if he has no doubt so that he does not need to search then this is his way to salvation.” (Pages 81-82)
    “I’ve always said we should help a Hindu become a better Hindu, a Muslim become a better Muslim, a Catholic become a better Catholic” (Page 31).

Mother Teresa juga dilaporkan berkata:

    I love all religions. … If people become better Hindus, better Muslims, better Buddhists by our acts of love, then there is something else growing there.” [On another occasion, she again demonstrated her false gospel that 'there are many ways to God': "All is God -- Buddhists, Hindus, Christians, etc., all have access to the same God."] (Majalah Time, 12/4/1989 m/s. 11,13)
    “If in coming face to face with God we accept Him in our lives, then we are converting. We become a better Hindu, a better Muslim, a better Catholic, a better whatever we are. … What God is in your mind you must accept” (Dipetik daripada Mother Teresa: Her People and Her Work, oleh Desmond Doig, m/s 156).

Saya memetik kenyataan anda:

    “Contoh yang Anda gunakan mengenai 10 Perintah Allah jelas menunjukkan bahwa Konsili Vatikan II itu benar karena Allah sendiri memberi kebebasan kepada umat-Nya apakah mereka mau mengikuti hukum Allah dan berbahagia bersama-Nya atau menolak hukum Allah dan dengan sendirinya berada dalam kutuk terpisah dari Allah“.

Tunjukkan dalam ayat Alkitab atau mana-mana dokumen rasmi Gereja Pra-Vatican II bahawa Allah memberi manusia kebebasan (atau HAK) untuk menolak Hukum Allah. Hanya ajaran Konsili Vatican II yang memperakukan hak Iblis.

Kebebasan Beragama

Ajaran Konsili Vatican II sungguh jelas. Gereja Roman Katolik TIDAK PERNAH dan tidak diperbolehkan memaksa sesiapa pun memeluk agama Kristian. Sebelum Vatican II, Gereja secara konsisten mengajar umatnya bahawa KEBEBASAN BERAGAMA adalah SALAH kerana ia dengan jelas menyimpang jauh daripada KEBENARAN. Manusia diwajibkan mencari KEBENARAN dan memeluk atau menerima kebenaran itu.

Anda tersilap apabila membangkit isu ‘paksaan dalam agama’? Tidak ada sesiapa yang dipaksa memeluk agama Kristian tetapi fikirkanlah secara mendalam: Adakah Allah tidak berhak menentukan agama umat ciptaan-Nya? Adakah KEPALSUAN (ERROR) juga mempunyai hak yang sama dengan TRUTH (Kebenaran)? Adakah Allah silap apabila memberikan 10 Hukum Allah kepada Musa? Adakah Allah tidak menghormati hak sipil umatnya?

Apakah kebebasan (freedom)? Fahaman mana yang benar: “manusia bebas memilih agamanya” atau “manusia itu mendapat kebebasan (freedom) kerana memeluk agama yang benar”? Tuhan Yesus berkata: Kebenaran akan membebaskan kalian. [Yohanes 8:32]. Tiada siapa yang mendapat kebebasan selagi belum menemukan kebenaran. Adakah anda mahu mengubah ajaran ini? Tidak pernah Yesus berkata: “Kalian bebas memeluk agama mengikut pilihan hatimu”.

Konsep ‘kebebasan beragama’ merupakan ajaran baru, hanya wujud selepas Konsili Vatican II. Perlu ditekankan di sini bahawa hanya ada SATU KEBENARAN. Hanya Gereja Roman Katolik yang mengajar doktrin dan dogma yang BENAR. Mari kita lihat definisi IMAN :

Iman ialah penerimaan penuh segala kebenaran yang didedahkan oleh Allah kepada manusia seperti mana ia diajar oleh Gereja.

Sebagai umat Kristian, kita percaya bahawa agama Kristian adalah agama yang benar dan Gereja yang benar ialah Gereja Roman Katolik. Kita yakin akan hal ini 100%. Sebab itu, Gereja mengajar bahawa Allah tidak pernah membenarkan umat ciptaannya menyembah allah lain. Adakah anda mahu mempertahankan hak sipil seorang manusia yang mahu menyembah Iblis aka Syaitan sebagai tuhannya? Jawablah soalan ini dengan jujur dan dalam kebenaran.

Mana mungkin Gereja mengajar dengan yakin bahawa “manusia bebas beragama” dan kemudian menarik balik ajarannya dengan berkata bahawa manusia tidak bebas memeluk agama yang disukainya? Ini satu kontradiksi yang hebat dan amat mengelirukan. Ajaran Gereja sebelum Vatican II amat jelas (sejak 2000 tahun yang lalu): MANUSIA TIDAK BEBAS BERAGAMA DAN WAJIB MENYEMBAH ALLAH YANG BENAR SAHAJA sedangkan Konsili Vatican II pula mengajar sejak tahun 1970an (ajaran baru) bahawa (saya petik daripada kenyataan anda): MANUSIA BEBAS BERAGAMA TETAPI TIDAK PERNAH BERARTI BAHWA ORANG SECARA MORAL BEBAS MEMILIH AGAMA YANG DISUKAINYA. SECARA MORAL ORANG WAJIB MENYEMBAH ALLAH MENURUT CARA YANG DIKEHENDAKI OLEH ALLAH SAJA. Antara dua ajaran (doktrin) ini: yang manakah satukah BENAR? Dari mana datangnya ‘MORAL’ yang anda maksudkan? Bukankah anda baru sahaja mengatakan bahawa MANUSIA BEBAS BERAGAMA TETAPI PADA MASA YANG SAMA BERKATA BAHAWA SECARA MORAL MANUSIA TIDAK BEBAS BERAGAMA?

Bukan semudah itu kita berkata MANUSIA BEBAS BERAGAMA tetapi pada masa yang sama menidakkannya atas alasan MORAL semata-mata! Diingatkan di sini bahawa Vatican II telah merosakkan kesatuan NEGARA DENGAN AGAMA (state and religion). Pre-Vatican II mengatakan dengan jelas bahawa STATE DAN RELIGION adalah satu entiti tetapi Vatican II mengatakan bahawa STATE dengan RELIGION HARUS DIPISAHKAN! Susulan daripada fahaman ini maka lahirlah ajaran baru bahawa manusia bebas beragama. Sebab itulah maka negara-negara yang asalnya Negara Katolik telah membenarkan tokong, kuil dan masjid dibina di merata-rata tempat selaras dengan ajaran Konsili Vatican II.

Saya juga mahu menarik perhatian anda tentang, saya petik dari Katekismus Gereja Roman Katolik:

We believe that this one true religion subsists in the Catholic and Apostolic Church, to which the Lord Jesus committed the duty of spreading it abroad among all men. [Dignitatis Humanae, art 1]

Ayat ini berbau heretical kerana ia mengatakan bahawa “one true religion subsists in the Catholic and Apostolic Church”. Kebenarannya ialah The Catholic Church IS the true religion. The true religion IS the Catholic Church. Silalah merujuk makna ‘subsist‘ dalam kamus English anda sendiri. Anda tentu akan terkejut!

Jika anda sendiri tidak yakin bahawa “Gereja Katolik adalah agama yang benar dan agama yang benar ialah Gereja Katolik” maka anda bukan beragama Katolik atau anda percaya bahawa semua agama ‘sama benar’ atau ‘berkongsi benar’ atau ‘semua agama sama saja tarafnya’ atau anda kemungkinan juga percaya bahawa agama yang berbeza-beza itu merupakan ‘ciptaan’ Tuhan!

Sekali lagi saya merujuk kepada kenyataan anda sendiri: “Dalam hal ini yang dimaksudkan adalah orang tidak boleh dipaksa untuk mengikuti keputusan yang bertentangan dengan hati nuraninya.” Apakah maksud ‘hati nurani’ atau ‘suara hati’ atau ‘conscience’? Adakah ‘hati nurani’ mengatasi Firman Allah / Kebenaran? Seseorang manusia hanya boleh bertindak mengikut hati nalurinya jika hati nalurinya dipimpin oleh kebenaran atau Firman Allah. Ingat, Iblis juga boleh bersuara dalam hati nurani manusia! Ajaran anda boleh menyesatkan banyak orang terutama yang belum mengenali Yesus.

Akhir kata: There are many ERRORS but ONE TRUTH. The TRUTH can only be found in the Catholic Church.

Terpujilah Kristus Yesus, Raja segala raja.




  • Laman

  • Artikel Terkini

  • Artikel Popular

  • Kategori

  • Sila masukkan alamat e-mel anda untuk melanggan blog ini dan menerima pemberitahuan melalui e-mel apabila ada artikel baru diterbitkan.

    Join 42 other followers


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 42 other followers