Disedut dari http://www.bible.org.my/updates/body.php?id=61
Penggunaan istilah ‘Allah’
Untuk menghormati keputusan sebulat suara yang telah dibuat dalam mesyuarat Ketua-ketua Gereja Malaysia tahun 1985 (yang ditaja oleh PBM) dan Perundingan Kuching antara Ketua-ketua Gereja tahun 1989 (yang ditaja oleh Persekutuan Kristian Malaysia (Christian Federation of Malaysia) mengenai penggunaan istilah ‘Allah’, PBM selaku suruhan Gereja-gereja Malaysia, mengakuri keputusan tersebut. Dari sudut ilmiah pula, istilah ‘Allah’ yang dipinjam dari Bahasa Arab sebenarnya serumpun dengan nama Tuhan dalam Bahasa Ibrani – ‘El’, ‘Elohim’, ‘Eloah’ seperti dalam Perjanjian Lama Ibrani. Penganut Kristian di Arab, sebelum wujudnya agama Islam, telah berdoa kepada Allah, sementara ‘Allah’ pula digunakan oleh penulis teologi Kristian dalam Bahasa Arab. Penggunaan istilah ‘Allah’ oleh penganut Kristian wujud sebelum adanya Islam. Tambahan pula, ‘Allah’ adalah nama Tuhan dalam Alkitab Bahasa Arab yang lama mahu pun yang moden (Versi Arab Terkini). Oleh itu, penganut Kristian di Mesir, Lebanon, Iraq, Indonesia, Malaysia, Brunei dan tempat-tempat lain di Asia, Afrika dan sebagainya, di mana bahasa yang digunakan ada hubungan dengan bahasa Arab, telah menggunakan istilah ‘Allah’ bila merujuk kepada Tuhan Pencipta dan Bapa kepada Tuhan Yesus Kristus. Akhirnya, dalam bahasa Melayu dan Indonesia, perkataan ‘Allah’ telah digunakan selama ini: pada mulanya dalam edisi cetak Injil Matius dalam Bahasa Melayu (Ruyl, 1629), kemudiannya dalam Alkitab Melayu lengkap yang pertama (Leijdecker, 1733), seterusnya dalam Alkitab Melayu lengkap yang kedua (Klinkert, 1879) dan terjemahan-terjemahan selepas itu.
Gereja masih membenarkan umat menyambut Komuni Kudus dengan tangan dan berdiri walaupun Sri Paus Benedict XVI sendiri hanya memberikan Komuni Kudus kepada umat yang berlutut dan di atas lidah. Kenapakah para Uskup dan Paderi masih membenarkan cara penyambutan menggunakan tangan (kiri) dan berdiri walaupun Sri Paus telah memberikan teladan yang baik kepada semua?
Salah satu sebab kenapa menyambut Komuni Kudus dengan tangan tidak seharusnya dibenarkan kerana didapati partikel atau cebisan halus Komuni Kudus akan tertinggal di atas telapak tangan tanpa disedari umat. Jika disedaripun, umat tidak memperdulikannya. Komuni Kudus adalah Tubuh dan Darah Kristus Yesus. Walaupun hanya secebis halus, jika Komuni itu sudah dikonsekrasikan, Ia kekal Tubuh dan Darah Kristus Yesus. Langsung tidak menghormati Tubuh dan Darah Kristus walaupun dalam bentuk cebisan halus, merupakan satu dosa mortal, dosa yang amat besar kerana Yesus adalah Tuhan Allah, Raja segala raja.
Sila lihat sendiri bukti ini: http://www.33cm.com/altarbreads.html#evidence
Kajian dibuat dengan meletakkan sekeping roti komuni yang belum dikonsekrasikan di atas sarung tangan hitam secara perlahan. Apabila roti itu diangkat, didapati cebisan halus masih tertinggal di atas telapak tangan. Ini bermakna apabila umat menyambut Komuni Suci dengan tangan, cebisan halus (Tubuh dan Darah Kristus) masih tertinggal di atas telapak tangan!
BERITA TERBARU!
Paus Benedict XVI telah mengeluarkan seruan agar semua Katolik berlutut dan menyambut Komuni Suci dengan lidah. Menerima Komuni Kudus dengan tangan adalah TIDAK DIBENARKAN. Sila baca berita ini daripada pautan :
Pope Benedict to Catholics: Kneel For Communion
http://newsblaze.com/story/20090801065749zzzz.nb/topstory.html
PUJI TUHAN!
Soalan daripada seorang pengunjung blog:
Di dalam bible bagaimanakah di ceritakan rupa bentuk neraka dan syurga? Purgatory itu apa? Bagaimanakah perjalanan di hari pengadilan kelak? Bagaimanakan di ceritakan di dalam bible?
Respons:
Umat Katolik memperoleh pengajaran Iman bukan melalui Alkitab sebagai sumber utama tetapi pengajaran lisan (Tradisi Suci) daripada Gereja. Alkitab hanyalah sebahagian daripada Tradisi Suci. Tafsiran Alkitab adalah menurut Tradisi Suci Gereja. Tidak semua Kebenaran terdapat di dalam Alkitab. Agama Katolik tidak sama dengan agama Protestan yang bergantung sepenuhnya kepada (tafsiran peribadi) Alkitab.
Konsep KEADILAN: Perbuatan baik dan mulia akan dibalas dengan ganjaran (Surga) dan perbuatan jahat (dosa) akan dibalas dengan hukuman yang setimpal (Neraka). Kepada mereka yang bertaubat dengan tulus ikhlas dan jujur, dosa mereka diampunkan tetapi harus juga menjalani hukuman kerana AKIBAT daripada perbuatan jahat yang lampau. Contoh: Seorang anak yang menumpahkan segelas air susu akan mendapatkan pengampunan daripada ibunya jika dia memohon kemaafan tetapi anak itu tidak terlepas daripada ‘hukuman’ membersihkan tumpahan tadi.
Kepada umat Katolik yang setia kepada ajaran Yesus Kristus, mereka akan menerima Kehidupan Kekal di Surga. Mereka menikmati kebahagian yang sempurna dan kekal abadi. Surga merupakan tempat dan juga keadaan (’state’). Contohnya: Apabila Bonda Perawan Santo Maria menjelma kepada manusia, Bonda Maria sebenarnya bukan meninggalkan Surga kerana jiwanya yang suci sentiasa berada di Surga. Surga sentiasa berada bersama-sama dengan Bonda Maria untuk selamanya.
Apabila berada di Surga, umat Katolik akan BERSEMUKA dengan Allah. Segala keinginan mereka akan dipenuhi sepenuhnya. Mereka akan berasa keriangan yang tidak terhingga. Tidak akan berlaku lagi perpisahan. Umat Katolik akan bersama-sama dengan seluruh warga Surga: Allah Tritunggal, Bonda Maria, para sangti, para malaikat dan juga mereka yang kita kasihi. Cinta kasih manusia akan menjadi lengkap. Segala ilmu yang kita inginkan seperti misteri iman dan sains, semuanya boleh dipelajari di Surga. Apabila terjadi kebangkitan badan pada akhir zaman, deria tubuh badan akan dikembalikan kepada umat Katolik dan keriangan mereka akan menjadi berkali lipat ganda. Walau bagaimanapun, ganjaran setiap individu berbeza bergantung kepada perbuatan mereka semasa di bumi.
[Sumber: My Catholic Faith]
Artikel tentang Purgatori (Api Penyucian), sila rujuk: http://katolik.wordpress.com/2007/04/01/wujudkah-purgatory/
Artikel tentang Kebangkitan Badan, sila rujuk: http://katolik.wordpress.com/2008/11/16/kebangkitan-badan/
Kepada mereka yang menolak Yesus (Kebenaran), hukumnya ialah Neraka. Mereka yang menolak Yesus masih dibelenggu dengan dosa, dan menjadi hamba dosa.
Mereka yang meninggal dunia tanpa berkesempatan untuk bertaubat dan menerima pengampunan, akan menerima hukuman di Neraka. Neraka diibaratkan sebagai ‘api tak padam’, ‘liang yang tidak ada dasar’, ‘luar kegelapan’ dan ‘hukuman kekal’.
Allah sentiasa memanggil setiap individu kepada-Nya. Dia sentiasa mencurahkan rahmat kepada setiap mereka yang mencari Dia. Mereka yang kekal hidup dalam dosa kerana kedegilan mereka, akan menerima hukum di Neraka.
Kehendak Allah ialah semua manusia akan ke Surga tetapi Allah tidak boleh memaksa sesiapa kerana manusia bukan robot. Manusia berdosa yang ‘memaksa’ Allah menghantar mereka ke Surga. Jangan kita lupa bahawa Allah juga adalah Mahaadil. Tidak ada siapa dihantar ke Neraka kecuali atas kesilapan diri sendiri.
Mereka yang berada di Neraka kehilangan segala-galanya. Mereka putus harapan, putus hati, susah hati, cemburu, marah, benci, merana kerana mereka tahu bahawa mereka tidak akan mengecapi kebahagian: mereka tidak akan melihat Tuhan Allah. Teman mereka hanya bertemankan penjenayah, orang-orang bengis dan jahat, iblis dan syaitan.
Di dalam Neraka, langsung tidak ada cinta kasih. Mereka membenci diri sendiri, membenci orang lain, membenci Tuhan Allah, dan membenci segala-galanya. Neraka dipenuhi dengan kebencian. Tidak ada kebaikan langsung di dalam Neraka. Neraka sememangnya tempat yang dahsyat sekali. Semua deria mereka berfungsi seperti penglihatan, pendengaran, rasa dan sentuh. Deria-deria ini akan berasa sakit yang teramat sangat. Tubuh badan mereka akan terbakar dan berbau hangus tetapi badan mereka tetap akan terbakar selamanya. Neraka merupakan tempat paling gelap kerana di sana tidak ada Tuhan Allah.
Tidakkah Tuhan Allah berbelas kasihan?
Manusia yang berdosa sebenarnya pengkhianat kepada Penciptanya. Tuhan Allah mencipta segala yang ada di dalam alam semesta ini termasuk manusia. Jadi, Tuhan Allah sebagai Raja segala raja BERHAK PENUH untuk menentukan setiap rakyatnya (umat manusia) taat kepada titah Raja. Jika di bumi, apakah hukuman kepada pengkhianat? Hukuman mati, bukan?
Jika kita masih berpendapat bahawa Allah tidak sekejam itu, lihat sahajalah, Allah telah menurunkan Anak-Nya, Yesus, untuk mati di kayu salib secara paling kejam dan hina. Tidakkah ini menunjukkan belas kasihan Tuhan Allah demi keselamatan manusia? Tetapi kenapakah manusia masih degil? Kedegilan manusialah yang akan menghantar mereka ke Neraka.
Tuhan Allah tidak inginkan sesiapa masuk ke Neraka tetapi atas kesilapan diri sendiri, seseorang manusia menerima hukuman kekal di Neraka.
Kita boleh menolak Yesus Kristus, tetapi Yesus Kristus tidak boleh menolak sesiapa yang benar-benar bertaubat dan memohon belas kasihannya kerana Tuhan Allah penuh kasih.
Kyrie eleison!
[Sumber: http://truecatholic.bizland.com/MyCatholicFaith/mcfc082.htm]
Tidak ramai umat Katolik yang mengambil kisah tentang doktrin Purgatory atau Api Pencucian. Kemungkinan wujudnya satu kepercayaan bahawa pada akhir zaman nanti, semua orang akhirnya akan diselamatkan (masuk Syurga) selaras dengan doktrin moden ‘Universal Salvation’. Tidak keterlaluan kalau saya katakan bahawa semakin ramai umat yang tidak lagi mempercayai kewujudan Neraka (suatu tempat yang dahsyat, menggerunkan dan dikhaskan untuk orang-orang berdosa menerima hukuman yang setimpal dengan dosa mereka untuk selama-selamanya). Dengan kata lain, mereka mempercayai Neraka akan menjadi kosong.
Umat bukan Katolik pula rata-rata menolak doktrin purgatory seperti yang diajar oleh Gereja sejak 2000 tahun yang lalu. Seolah-olah mereka tidak mempercayai bahawa Tuhan kita, Yesus yang maha pengasih akan mengampuni dosa umat selepas kematian mereka.
Memang benar bahawa seseorang yang mati sebelum sempat menerima pengampunan ke atas dosa berat (mortal) mereka, akan kehilangan peluang untuk diampuni selepas kematian. Tetapi bagi mereka yang mati tetapi jiwa mereka masih dicemari dengan dosa ringan (venial) atau masih ‘berhutang’ dengan Tuhan, maka mereka masih berpeluang dan akan masuk ke Syurga juga pada akhirnya.
Rasul Yohanes, dalam suratnya yang pertama, pasal kelima, menerangkan perbezaan antara dosa berat (mortal) dan dosa ringan (venial). Dalam ayat Matius 12:32, Yesus berkata
“Apabila seorang mengucapkan sesuatu menentang Anak Manusia, ia akan diampuni, tetapi jika ia menentang Roh Kudus, ia tidak akan diampuni, di dunia ini tidak, dan di dunia yang akan datang pun tidak.” (Mat 12:32)
Jika seseorang dengan rela hati menolak rahmat daripada Roh Kudus, ia merupakan satu dosa berat dan tidak akan diampuni selepas kematian. Tetapi, dalam ajaran ini, Yesus dengan jelas mengajar bahawa ada pengampunan selepas kematian apabila Dia merujuk kepada pengampunan “di dunia yang akan datang “.
Bercakap tentang “di dunia yang akan datang “, pengampunan tidak diperlukan di dalam Syurga, dan tidak mungkin jika di Neraka. Jadi, ada satu kemungkinan lain iaitu ada satu lagi tempat lain untuk Tuhan mengampuni dosa, iaitu di Purgatori.
Kita jangan lupa bahawa api penyucian di Purgatori adalah ’sama panas’ dengan api di Neraka. Hukuman di Purgatori adalah sama seperti hukuman di Neraka. Hanya di Purgatori, hukumannya adalah sementara.
Kyrie eleison.
Setiap kali saya berdoa, saya harus berlutut kerana itu merupakan postur betul untuk menghadap Allah Tritunggal Mahakudus. Kenapakah berlutut menjadi sukar diamalkan oleh umat Katolik terutama mereka yang kerap kali menghadiri Misa Novus Ordo? Kenapa Gereja tidak lagi mengajar dengan setia bahawa umat harus berlutut terutama semasa Konsekrasi Komuni Kudus berlaku. Kenapakah umat dibenarkan duduk sahaja atau sekadar berdiri? Adakah alasan lutut sakit kalau berlutut (dan bukannya kerana penyakit lutut), atau alasan terlalu sempit, menyusahkan, lantai kotor, pakaian mahal atau kerana tidak ada ruang, dapat diterima untuk tidak berlutut?
Saya percaya umat Katolik mengenali Santo Padre Pio yang telah diangkat menjadi Sangti oleh Paus Yohanes Paulus II pada 2 Mei 1999. Banyak artikel ditulis tentang kehidupan St Padre Pio tetapi artikel ini hanya menyebabkan umat rasa takjub atau kagum. Tetapi adakah kehidupan St Padre Pio dapat mempengaruhi kehidupan umat Katolik untuk menjadi lebih kudus seperti dirinya? Mampukah kita menuruti ajaran St Padre Pio?
Bukan sahaja St Padre Pio akan menegur keras mereka yang berbisik semasa upacara Misa Kudus (bukan Misa Novus Ordo kerana St Padre Pio tidak pernah merayakan Misa Novus Ordo), dan mereka yang masih berdiri kerana ruang yang sempit, akan diarah dengan tegas oleh St Padre Pio untuk berlutut sebelum menyambung upacara Misa Kudus.
Pada tahun 1965, apabila St Padre Pio diberitahu tentang arahan Vatican untuk mewajibkan semua paderi merayakan Misa Novus Ordo, dengan segera, dia menulis surat mengemukakan permohonan untuk dikecualikan dan dibenarkan terus merayakan Misa Tridentine. Apabila Kardinal Bacci datang untuk memberikan kelulusan itu, St Padre Pio berkata: “For pity sake, end the Council quickly.” [Demi belas kasihan, tamatkan Konsili (Vatican II) dengan segera].
Berlututlah selagi lutut belum ditimpa apa-apa penyakit seperti gout. Berlututlah demi keagungan Allah di Surga.
Kyrie eleison!
Peraturan celibacy merupakan satu ikutan gaya hidup yang ditunjukkan oleh Yesus sendiri:
Mat 19:12 Ada orang yang tidak dapat kawin karena ia memang lahir demikian dari rahim ibunya, dan ada orang yang dijadikan demikian oleh orang lain, dan ada orang yang membuat dirinya demikian atas kemauannya sendiri oleh karena Kerajaan Surga. Siapa yang dapat mengerti hendaklah ia mengerti.
I Kor 7:6-7 Hal ini kukatakan kepadamu sebagai kelonggaran, bukan sebagai perintah. Meskipun demikian alangkah baiknya, kalau semua orang seperti aku (bujang? janda?); tetapi setiap orang menerima dari Allah karunianya yang khas, yang seorang karunia ini, yang lain karunia itu.
I Kor 7:26-27 Aku berpendapat bahwa, mengingat waktu darurat sekarang, baiklah bagi manusia untuk tetap dalam keadaannya. Apakah engkau terikat pada seorang perempuan? Janganlah engkau mengusahakan perceraian! Apakah engkau tidak terikat pada seorang perempuan? Janganlah engkau mencari seorang!
I Kor 7:32-34 Aku ingin, supaya kamu hidup tanpa kekhawatiran. Orang yang tidak beristri memusatkan perhatiannya pada hal-hal mengenai Tuhan, bagaimana ia menyenangkan Tuhan. Sebaliknya, orang yang beristri memusatkan perhatiannya pada hal-hal duniawi, bagaimana ia menyenangkan istrinya, dan dengan demikian perhatiannya terbagi-bagi. Perempuan yang tidak bersuami dan anak-anak gadis memusatkan perhatian mereka pada hal-hal mengenai Tuhan, supaya tubuh dan jiwa mereka kudus. Tetapi perempuan yang bersuami memusatkan perhatiannya pada hal-hal duniawi, bagaimana ia menyenangkan suaminya.
Adakah peraturan celibacy (tidak boleh kahwin atau kekal bujang) suatu doktrin Gereja atau hanya sekadar peraturan disiplin sahaja?
Jika Gereja berhak dan berkuasa untuk menghapuskan dikrinya, maka Gereja tidak boleh menghapuskan dikri yang telah diberikan kepadanya oleh Kristus dan Para Rasul. Perkara ini telah disahkan oleh Konsili Carthage pada tahun 390, menerangkan bahawa peraturan disiplin celibacy (kekal bujang) seperti yang didikrikan oleh Konsili Nicean, para Bapa-bapa menegaskan bahawa celibacy merupakan tradisi para Rasul. Sebagai contoh, St. Epiphnius, Bapa Gereja, menulis: “Para Rasul sendiri yang telah mendikrikan undang-undang ini.”
Disebalik tradisi itu, terdapat fakta yang mendasarkan bahawa peraturan kekal bujang adalah peraturan doktrinal dan bukannya disiplin. Iaitu, apabila para paderi dalam order major, atas virtu ordinasinya, mengadakan suatu kontrak perkahwinan dengan Gereja, dan dia tidak boleh menjadi seorang bigamist (‘berkahwin’ dengan dua orang pasangan). Para paderi adalah perawan untuk layak menjadi pengikut dan pelayan setia Kristus, seorang perawan yang dikonsekrasikan kepada Pasangan-Nya. St. Jerome dalam tulisannya, Adversus Jovinianum, mendasarkan ‘kekal bujang’ paderi dengan keperawanan Kristus.
Semasa ritus ordinasi order major dilangsungkan, tujuan prostrasi hanya ada satu makna sahaja iaitu tubuh badan dikorbankan atau diimolasikan, supaya tubuh itu dibebaskan daripada kehendak nafsu daging dan tertakluk kepada hukum yang memerlukan seseorang itu mengawal diri daripada hawa nafsu. Dalam ritus ordinasi tradisional, maksud ini dinyatakan secara lisan oleh uskup dalam tegurannya kepada sub-deakon: “Jika awak menerima order ini, awak tidak lagi boleh memutuskan perikatan awak, dan awak bersumpah untuk kekal berkhidmat kepada Allah: awak akan terus kekal bujang, dengan pertolongan-Nya …”
Dalam ritus baharu ordinasi [Novus Ordo] subdiakonat, tingkat pertama dalam pangkat order major, yang mewajibkan para rohaniwan hidup dengan kekal bujang, telah ditindas atau disembunyikan. Dengan penindasan ini, maka ia telah menimbulkan pemikiran yang jahat iaitu dengan ketiadaan subdiakonat, maka tidak perlu lagi adanya deakon yang kekal bujang. Oleh itu, kita terpaksa melihat situasi seseorang deakon yang berprostasi semasa konsekrasi, yang sepatutnya menjadi tanda bahawa dia menerima kehidupan yang kekal bujang dan mengawal hawa nafsu, dengan isterinya berlutut di sebelah menunggu untuk bersama-sama dengannya di katil, suatu tindakan percabulan.
Deakon itu sebenarnya bukan mengkonsekrasikan tubuhnya kepada Kristus, Juruselamat, tetapi dia sebenarnya mengkhaskan tubuhnya untuk isteri. Sebaik sahaja dia meninggalkan Gereja tempat dia membuat sedikit persembahan kepada Allah, dia akan menanggalkan jubahnya (cassock) dan pulang ke pangkuan si isteri.
Dalam keadaan apabila seseorang akan ditahbiskan menjadi paderi, maka dia harus meninggalkan dan berpisah secara kekal daripada isterinya. St. Petrus, apabila dipanggil oleh Yesus untuk menjadi Paus Pertama Gereja Roman Katolik, telah meninggalkan segala-galanya termasuk isteri dan keluarganya.
[Telah dikemaskini dan diperbetulkan pada 7 Julai 2009]
Sumber: http://www.sspx.org/miscellaneous/celibacy_for_deacons.htm
Dahulunya Gereja Roman Katolik kekal dikenali sebagai Gereja Roman Katolik tetapi sejak Konsili Vatican II menguatkuasakan keputusan-keputusan persidangannya, maka Gereja Roman Katolik telah diberi nama baharu iaitu Conciliar Church oleh pihak autoriti tinggi di Vatican. Konsep Gereja Konsiliar berasal daripada Konsili Vatian II. Adakah Gereja Konsiliar ini merupakan agama baharu? Atau adakah Gereja Konsiliar ini Katolik?
Para teologi berpendapat bahawa terdapat 8 perkara utama yang menggariskan setiap perubahan yang dibawa oleh Gereja Konsiliar yang merangkumi struktur eksternal (luaran), hirarki, bahasa dan ritus Gereja Katolik.
Secara ringkas
1) Ajaran Baharu
Walaupun dikatakan bahawa Kebenaran tetap tidak berubah, tetapi diusulkan juga ajaran-ajaran baharu selaras dengan perubahan sosial dan budaya manusia. Jadi ajaran-ajaran Katolik harus dikemaskini sesuai dengan zaman moden. Dikatakan bahawa Kebenaran di dalam Gereja adalah bertingkat-tingkat atau berhirarki yang mengakibatkan hanya Kebenaran Tingkat Atas dikekalkan sementara Kebenarna tingkat bawahan ditolak tepi. Ini bermaksud Gereja bergerak ke arah ekumenism dan berdialog dengan agama-agama palsu lain. Akibatnya, umat Katolik diajar menerima kepercayaan umat bukan Katolik.
2) Tujuan Akhir
Tujuan akhir hati setiap umat Katolik ialah ke arah memberi pujian, penghormatan dan penyembahan Tuhan Allah. Tetapi dalam Gereja Konsiliar, tujuan akhir manusia ialah berkhidmat kepada manusia. Jadi, tujuan akhir manusia ialah untuk mengenali dirinya sendiri [bukan Tuhan Allah]. Bukan lagi demi Tuhan Allah, tetapi demi kehormatan manusia itu sendiri. Pope Paul VI berkata dalam ucapan penutupan Konsili Vatican II pada 7 Dis 1965 berkata: We more than anyone else practice the worship of man.
3) ‘Suara Hati’ menjadi sumber kepercayaan
Kebenaran tidak lagi dilihat atau diterima daripada sumber yang berautoriti iaitu berpunca daripada Tuhan Allah seperti yang diajar oleh Gereja. Umat Katolik tidak lagi berpegang kepada ‘Act of Faith’ tetapi kepada ’suara hati’nya sahaja. Ini bermakna Tradisi sebagai sumber Kebenaran tidak lagi diterima pakai malah dikatakan boleh berevolusi dan berubah mengikut peredaran masa. Contoh: ”truth can impose itself on the mind of man only in virtue of its own truth” (Dignitatis Humanae, §2) dan “it is through his conscience that man sees and recognizes the demands of the divine law” (ibid., §3).
4) Liturgi merupakan suatu Perayaan
Perayaan Liturgi tidak lagi dilihat sebagai Korban Salib tetapi lebih kepada perjamuan suci semata-mata dan dirayakan oleh sekumpulan umat. Tanpa adanya perkumpulan umat, tidak ada perjamuan suci. Korban yang dirayakan oleh Paderi tidak lagi diterima dan umat tidak lagi dikatakan ‘turut serta’ dalam perayaan tersebut.
5) Gereja menjadi suatu Sakramen
Gereja dilihat sebagai suatu sakramen iaitu tanda persekutuan dengan Allah dan sesama semua manusia. Tidak lagi kedengaran Gereja Katolik adalah Gereja Kristus atau Gereja Kristus ialah Gereja Katolik. Ia telah diubah menjadi: Gereja Katolik ’subsits’ atau sebahagian dalam Gereja Kristus. Ini bermakna dogma ‘Di luar Gereja tidak ada keselamatan’ telah diberi tafsiran yang baharu. Dikatakan bahawa di luar Gereja juga ada kekudusan dan keselamatan.
6) Kemanusian menjadi Kerajaan Allah
Kerajaan Allah tidak lagi dikaitkan dengan Gereja Roman Katolik iaitu persekutuan semua umat Katolik secara supernatural kerana rahmat daripada Tuhan Allah. Kerajaan Allah menjadi kesatuan semua manusia dari segi kerjasama sosial, ekonomi dan perpaduan solidariti. Ini mengakibatkan kedudukan Kristus sebagai Raja segala raja telah terhakis. Agama Katolik tidak lagi menjadi agama rasmi negara-negara Katolik.
7) Kesatuan Kerohanisan Semua Manusia
Gereja seolah-seolah telah menyucikan dirinya atas ‘kesalahan-kesalahan’ lampau. Umat bukan Katolik tidak lagi dikehendaki untuk memeluk agama Katolik atau dibaptiskan. Semua umat Kristian bukan Katolik, oleh kerana telah dibaptiskan, tidak lagi perlu memeluk agama Katolik. Manakala umat bukan Kristian pula dianggap telah menjadi sebahagian umat Allah (People of God) kerana mereka juga memiliki benih-benih kebenaran.
8) Keselamatan
Dokumen Gautam et Spes mengajar bahawa apabila Yesus menjadi manusia, Dia telah memungkinkan manusia mengenali lebih rapat akan dirinya sendiri. Ini bermaksud Yesus telah ‘bersatu’ dengan setiap manusia sehingga misteri manusia menjadi semakin jelas dan terbongkar. Dengan kata lain, seseorang manusia memperoleh keselamatan jiwa dengan hanya mengenali dirinya sebagai manusia yang sebenar, tanpa memerlukan iman, mematuhi hukum-hukum Allah atau mengasihi Salib.
Terpulanglah kepada setiap pembaca untuk membuat kesimpulan sama ada Gereja Conciliar merupakan gereja baharu dan agama baharu, atau adakah Gereja Conciliar ini masih kekal Katolik?
Kyrie eleison!
Sebagai umat Katolik yang setia kepada Tradisi Suci seperti yang dijaga, dipelihara dan disebarkan oleh Gereja Roman Katolik, bagaimanakah harus saya ‘menginterpretasi’ atau mentafsir ajaran-ajaran baharu (atau ‘kesedaran’ baharu) seperti yang tertulis dalam 16 buah dokumen Konsili Vatican II:
1. Sacrosanctum concilium, Constitution on the Sacred Liturgy, 1963.
2. Inter Mirifica, Decree On the Means of Social Communication, 1963.
3. Lumen Gentium, Dogmatic Constitution On the Church, 1964.
4. Orientalium Ecclesiarum, Decree On the Catholic Churches of the Eastern Rite, 1964.
5. Unitatis Redintegratio, Decree on Ecumenism, 1964.
6. Christus Dominus, Decree Concerning the Pastoral Office of Bishops In the Church, 1965.
7. Perfectae Caritatis, Decree On Renewal of Religious Life, 1965.
8. Optatam Totius, Decree On Priestly Training, 1965.
9. Gravissimum Educationis, Declaration On Christian Education, 1965.
10. Nostra Aetate, Declaration On the Relation Of the Church to Non-Christian Religions, 1965.
11. Dei Verbum, Dogmatic Constitution On Divine Revelation, 1965.
12. Apostolicam Actuositatem, Decree On the Apostolate of the Laity, 1965.
13. Dignitatis Humanae, Declaration On Religious Freedom, 1965.
14. Ad Gentes, Decree On the Mission Activity of the Church, 1965.
15. Presbyterorum Ordinis, Decree On the Ministry and Life of Priests, 1965.
16. Gaudium et Spes, Pastoral Constitution On the Church In the Modern World, 1965.
(Sumber: http://www.ewtn.com/expert/answers/vatican_ii_docs.htm)
Konsili Vatican II merupakan perjumpaan uskup-uskup dunia selama empat sesi bermula pada 11 Oktober 1962 sehingga 8 Disember 1965. Pope John XXIII, dalam ucapan pembukaannya kepada konsili itu (11 November 1962), membuat deklarasi bahawa tujuan perjumpaan itu iaitu IMAN KATOLIK HARUSLAH DIPELIHARA DAN DIJAGA
- tetapi diajar dalam bahasa manusia moden melalui magisterium (yang bersifat pastoral),
- dan ini dilakukan tanpa membuat sebarang kutukan (condemnation)
- supaya dapat menarik hati ramai orang. Ini bermakna Konsili ini akan bersifat ‘ecumenical’, iaitu bukan sahaja menjadi suatu konsili Gereja yang umum, tetapi juga menarik kepada semua orang tanpa mengira agama atau kepercayaan.
Pope Paul VI bersetuju dengan mantan Paus Pope John XXIII:
“[Vatican II] merupakan [peristiwa] yang amat penting kerana … terutama ia berusaha untuk memenuhi kehendak pastoral [bukannya kehendak doktrinal] dan menyuburkan semangat belas kasihan, ia telah melakukan usaha terbaik bukan sahaja kepada umat Kristian yang terpisah daripada Holy See, tetapi juga kepada seluruh keluarga manusia.” [Ucapan penutupan ringkas, 8 Disember 1965)
Dengan idea seperti begitu, tidak hairanlah jika ajaran Katolik disebarkan secara:
- lemah (tanpa definisi atau kutukan)
- mengelirukan (tanpa istilah teknikal dan scholastic)
- dan berat sebelah (agar dapat menarik umat bukan Katolik)
Memandangkan ajaran ini kelihatan kabur dan membawa pelbagai maksud, disogokkan pula dengan kaedah yang liberal, tentunya ajaran itu akan ditafsir mengikut cara yang liberal juga selepas Konsili Vatican II bersidang. Sebagai contoh:
| Ajaran Conciliar | Ditafsirkan oleh Rome |
| Liturgi Sabda (Sacrosanctum Concilium,2 §9) dan aspek jamuan (§10) diberi keutamaan, termasuk penglibatan aktif umat (§§11,14), dan menggunakan bahasa tempatan (§§36,54). | Misa Baru Novus Ordo |
| Umat Katolik harus berdoa bersama-sama dengan Protestan (Unitatis Redintegratio, §§4,8). | Keramahan Ekaristi (umat Protestan dibenarkan menerima Komuni Kudus) |
| Gereja Kristus terkandung dalam atau ‘subsists in’ (dan bukannya ‘adalah’) Gereja Katolik (Lumen Gentium, §8), | Gereja Kristus juga terkandung dalam gereja-gereja yang terpisah “separated Churches” (Ut Unum Sint,3 §11). |
| Yang dianggotai oleh saudara seiman (brethren) dalam gereja-gereja yang terpisah (Unitatis Redintegratio, §3), | Semua yang telah dibaptiskan berada dalam Gereja Kristus (Ut Unum Sint, §42). |
| Yang harus dilayani seperti saudara kandung atau “sisters” (Unitatis Redintegratio, §14). | Tidak perlu lagi memeluk atau kembali kepada agama Roman Katolik, contoh Gereja Orthodoks. |
| Para seminari harus mengambil kira falsafah moden, kemajuan dalam Sains (Optatam Totius, §15), | Universiti Katolik menawarkan pendidikan sekular (duniawi) dan meninggalkan kurikulum Thomism. |
| Psikologi dan sosiologi (§20). | Kerohanian 'terbuka' dan nilai moral menjadi subjektif. |
| Perkahwinan dan ‘married love’ disamakan (Gaudium et Spes, §§48,50). | Kekalutan Annulments (pembatalan perkahwinan) |
| Gereja menghapuskan keistimewaan yang diberikan oleh Kerajaan kepada Gereja (§76). | Agama Katolik tidak lagi menjadi agama rasmi mana-mana negara |
| Berpihak kepada kewujudan Autoriti Dunia (World Authority) (§82). | Menyokong penuh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (United Nations) |
| Ritus dan rumus pengakuan perlu dikaji semula (Sacrosanctum Concilium §72). | Pengakuan bersemuka dan Pengampunan Umum (General Absolutions) |
| Extreme Unction harus diberikan juga kepada merkea yang sakit (Anointing of the Sick) (§§73,75). | Bahan, bentuk and subjek baru (i.e., umat sakit, bukan sahaja mereka yang sakit kuat) |
Kerosakan yang lebih teruk berlaku apabila Konsili Vatican II diambil alih oleh elemen-elemen liberal di dalam Gereja, apabila mereka, dari mula, menggantikan persediaan skema sebelum Konsili dengan skema lain yang diusahakan oleh ahli progressive yang disediakan oleh ‘pakar-pakar’ mereka sendiri. Ahli liberal ini juga berjaya menyebabkan ahli-ahli mereka dimasukkan ke dalam Komisi Konsili. Skema baru itu telah diluluskan sebagai dikri, perlembagaan, dan deklarasi Konsili, yang mengandungi, sedikit sebanyak, beberapa doktrin yang menyimpang, yang mana idea-idea liberal ini telah dikutuk oleh Gereja sebelum Konsili Vatican II. Mari kita melihat beberapa contoh ayat-ayat Vatican II yang menyimpang:
|
AJARAN VATICAN II |
AJARAN KATOLIK |
| "Manusia merupakan hanya satu-satunya makhluk di bumi ini yang dikehendaki Allah untuk Diri-Nya." (Gaudium et Spes, §24), | "The Lord hath made all things for Himself" (Prov. 16), |
| dan "segala benda di bumi ini harus diurus kepada manusia. " (§12). | ... untuk membantu manusia menyelamatkan jiwanya. |
| Tambahan pula, "dengan kelahirannya sebagai Anak Allah telah dengan cara tersendiri Dia bersatu dengan setiap manusia" (§22), | Allah menjadi manusia (e.g., Dz. 114), |
| jadi "Alam manusia ... telah dinaikkan ke satu tahap penghormatan yang tidak dapat dibandingkan " (§22), | "... a little less than the angels..." (Ps. 8:6) |
| dan kerana "menaikkan kehormatan manusia " (§26), | Only he who lives well is worthy (Apoc. 3:4). |
| "hak dan tugasnya adalah bersifat sejagat dan kudus " (§26); termasuk: | Dia yang tidak memanfaatkan bakatnya, bakatnya akan ditarik balik. |
| "Konsili Vatican membuat deklarasi bahawa manusia berhak kepada kebebasan beragama…" (Dignitatis Humanae, §2), | Ajaran yang telah dikutuk: "Liberty of conscience and of worship is the proper right of every man..." (Pius IX, Quanta Cura) |
| "... semua manusia harus dilindungi daripada dipaksa oleh … setiap kuasa manusia supaya, dalam had yang munasabah, tiada siapa yang dipaksa untuk bertindak di luar kehendaknya atau tiada sesiapa pun dihalang daripada bertindak mengikut keputusan pemikirannya..." (§2), | Ajaran yang telah dikutuk: "... the best condition of society is the one in which there is no acknowledgment by the government of the duty of restraining... offenders of the Catholic religion, except insofar as the public peace demands" (Pius IX, Quanta Cura). |
| "Hak manusia kepada kebebasan beragama harus diberikan pengikhtirafan dalam undang-undang perlembagaan masyarkat dan menjadikannya sebagai hak awam " (§2), | Ajaran yang telah dikutuk: "Liberty of conscience and of worship ... should be proclaimed and asserted by law in every correctly established society ..." (Pius IX, Quanta Cura). |
| "... Roh Kristus tidak menghalang gereja yang berpecah (protestan) menjadi jalan keselamatan" (Unitatis Redintegratio, §3), dan jadi, | "The Catholic Church firmly believes, professes, and proclaims that those not living within Her, not only pagans, but also Jews, heretics, and schismatics, cannot become participants in eternal life but will depart 'into everlasting fire which was prepared for the devil and his angels' (Mt. 25:41), unless before the end of life the same have been added to the flock..." (Council of Florence, Dz 714). |
| "tindakan ekumenikal haruslah digalakkan supaya ... umat Katolik akan bekerjasama dengan saudara terpisah ... oleh profesi yang umum di atas iman akan Allah dan Yesus Kristus ..." (Ad Gentes, §115). | "Now it is manifest that he who adheres to the teaching of the Church, as to an infallible rule, assents to whatever the Church teaches; otherwise, if, of the things taught by the Church, he holds what he chooses to hold, and rejects what he chooses to reject, he no longer adheres to the teaching of the Church as to an infallible rule, but to his own will... Therefore it is clear that such a heretic with regard to one article has no faith in the other articles, but only a kind of opinion in accordance with his own will" (Saint Thomas Aquinas, Summa Theologica, II II, Q.5, A.3). |
| Kenapa tidak, malah agama bukan Krisitan: "Gereja Katolik tidak menolak apa-apa yang baik dan kudus dalam agama-agama ini. Gereja menghormati tata cara hidup dan tingkah laku ..." (Nostra Aetate, §2), | "All the gods of the Gentiles are devils." Ps. 95. "... beware lest thou have a mind to imitate the abominations of those nations" (Dt. 18: 9). |
| "Now, episcopal consecration confers, together with the office of sanctifying, the duty also of teaching and ruling..." (§21). | "This (episcopal) Dignity, in fact, depends immediately on God as to the power of orders, and on the Apostolic See as to the power of jurisdiction..." (Deesemus Nos, Pope Pius VI). |
Konsili itu sendiri memberi galakan kepada kecenderungan liberal (dan galakan ini menjadi polisi Vatican selepas ini) dan menyimpang daripada ajaran tradisi Katolik, tetapi Konsili tidak memiliki sebarang autoriti untuk berbuat demikian.
Berdasarkan pendedahan di atas, maka kita membuat keputusan bahawa:
… kita enggan … untuk mengikuti Rome yang telah menjadi neo-Modernist dan berkecenderungan neo-Protestant yang menampakkan ciri-ciri ini semasa Konsili Vatican II, dan selepas Konsili itu, ciri-ciri ini semakin jelas dalam reformasi hasil daripadanya. [Deklarasi oleh Uskup Agung Lefebvre, Appendix I)
Dan Konsili Vatican II sebenarnya berkecenderungan ke arah neo-Modernist ("...Pope John Paul II telah memilih bukan Alkitab, tetapi sebenarnya Assisi, yang menjadi slogan kepada pemahaman Konsili tersebut." Pope John Paul II dalam bukunya “Theological Journey to the Prayer Meeting of Religions in Assisi”, Part I, p. 46 [APPENDIX II]).
Mengejar Kebenaran
Kehilangan kebenaran merupakan tanda utama zaman moden. Ramai manusia percaya sama ada kebenaran tidak wujud (“Apakah kebenaran?” tanya Pontius Pilatus), atau kebenaran wujud tetapi tidak penting, atau kebenaran wujud dan penting tetapi tidak bisa ditemui oleh pemikiran manusia. Walau apapun pendapat orang, marilah kita makan, minum dan bersuka ria, kerana jika kepalsuan sebaik kebenaran, tentunya apa yang salah sebaik juga apa yang betul, dan ini menjadikan kita bebas untuk melakukan apa sahaja mengikut kehendak kita.
Apakah kebenaran? Kebenaran merupakan keselarasan antara pemikiran dengan keadaan sebenar atau realiti. Kebenaran wujud dalam pemikiran saya jika perkara yang saya fikirkan selaras atau bersesuaian dengan keadaan di luar diri saya, iaitu realiti. Saya berkata demikian kerana tidak ada manusia yang benar-benar percaya bahawa tidak ada realiti di luar pemikirannya (kecuali jika dia gila). Sebagai contoh: apabila enjin sebuah kereta terhenti, tentu pemandunya (atau mekanik) akan mengangkat pintu atau penutup ruang enjin untuk melihat kenapa keretanya rosak. Oleh itu, saya percaya kebenaran wujud dalam pemikiran saya apabila pemikiran saya selari dengan realiti luaran.
Adakah kebenaran itu penting? Sememangnya penting! Kemandirian atau keterusanhidupan saya setiap minit amat bergantung kepada udara yang saya sedut, dari hari ke hari saya mengetahui bahawa jamuan dan minuman saya benar-benar boleh dimakan/diminum, dan kebahagian saya yang kekal amat bergantung kepada pengetahuan saya bahawa Allah benar-benar wujud, iaitu Allah menganugerahkan semuanya itu, dan Allah benar-benar menggariskan panduan atau syarat untuk mengecapi kebahagian. Jika sekiranya hari ini atau hari-hari lain yang tertentu, terdapat kepalsuan dan apa yang ada di dalam pemikiran saya bukan kebenaran, maka saya akan mati dalam beberapa minit, atau beberapa hari atau saya tidak akan dapat mengecapi kebahagian kekal. Tentunya, ia menjadi amat penting untuk mengetahui bahawa pemikiran saya selaras dengan realiti yang terletak di luar pemikiran.
Tetapi mampukah pemikiran manusia selalu mengetahui kebenaran? Tentunya tidak selalu. Tetapi dalam usaha kita untuk mengejar kebenaran, ‘di mana ada kemahuan, di situ ada jalan’. Kebiasaannya jika manusia gagal menemui kebenaran, ia bukan kerana kebenaran tidak dapat ditemui, tetapi kerana manusia itu tidak memiliki kemahuan yang serius untuk mencarinya. Sebagai contoh, lihat sahaja keadaan yang amat sukar dan mahal untuk mencari bukti sebab-sebab kenapa kapal terbang Perancis AF447 terkandas di laut di antara Rio de Janeiro dan Perancis. Mereka mungkin (atau tidak) akan memberitahu kita kebenaran akan kemalangan kapal terbang itu, tetapi mereka tetap akan mencari sebab-sebabnya kerana keselamatan penerbangan seterusnya amat bergantung kepada kebenaran tadi.
Jangan ada manusia yang membuat andaian atau berpura-pura bahawa kebenaran tidak mungkin dapat ditemui jika ada cara untuk mencarinya. Itu hanya menunjukkan bahawa manusia tidak memiliki kemahuan untuk benar-benar mencari kebenaran itu. Ketiadaan kemahuan untuk mencari kebenaran dikenali sebagai ‘budaya barat’. Sebab itulah ‘budaya barat’ dicop sebagai ‘satanic’ (Yoh 8:44).
Sumber: http://dinoscopus.blogspot.com/2009/06/eleison-comments-c-pursuing-truth.html
Artikel ini merupakan blog saya yang ketiga tentang krisis yang benar-benar melanda Gereja Roman Katolik sekarang. Namun ramai pembaca yang masih ragu-ragu atau tidak percaya dengan pendedahan ini. Tujuan saya bukan untuk mempersendakan keutuhan Gereja tetapi sebaliknya mahu mempertahankan Gereja sebagai sumber Kebenaran. Gereja bukan ditakrifkan sebagai himpunan atau kumpulan manusia tetapi merupakan Tubuh Kristus yang mistik. Kepala Gereja ialah Yesus Kristus sendiri (dan Paus sebagai vikar Kristus), sebab itulah Gereja adalah kebal salah (infallible). Gereja berfungsi memelihara keutuhan ajaran, doktrin dan dogma Katolik yang diperturunkan sejak 2000 tahun dahulu sehinggalah sekarang. Gereja langsung tidak mempunyai kuasa untuk mengubah atau memperkenalkan (mencipta) kebenaran baharu.
Saya terjumpa pautan yang mendedahkan perkara yang sama iaitu Gereja benar-benar dicemari dengan ajaran yang bukan Katolik iaitu ajaran sesat (heresy). Uskup kelahiran Cork, United Kingdom, iaitu Rev Patrick O’Donoghue membuat seruan tentang perkara ini kepada para mahasiswa/i di University Oxford, England.
Beliau menyatakan bahawa semakin ramai umat disogokkan dengan katekisis yang bukan Katolik sehingga menyebabkan kejahilan dan kemurtadan di kalangan umat sejak Konsili Vatican II dikuatkuasakan.
Umat Katolik tidak lagi memahami konsep dosa, dan keperluan manusia untuk menerima penebusan, serta sifat korban dalam perayaan Misa Kudus. Ini menyebabkan umat tidak lagi menerima Sakramen Pengakuan, dan tidak lagi mengamalkan devosi Bonda Maria, doa perantaraan para sangti dan orang kudus, serta penghormatan Sakramen Kudus.
Terdapat juga kalangan ahli religius dan umat umum yang berasa malu dengan ragu-ragu dengan sifat ’supernatural’ dalam Iman Katolik dan berusaha untuk menukarkan sifat ’supernatural’ ini kepada ‘natural’. Fahaman naturalisme tidak serasi dengan iman Katolik. Akibatnya mereka mengubah ajaran Katolik tentang kekudusan Kristus, Kejadian Benar Tubuh dan Darah Kristus (Transubstantiation), Triniti dan Immaculate Conception.
Uskup Patrick O’Donoghue juga menambah bahawa seseorang umat Katolik yang didapati berkata atau mengajar apa-apa sahaja yang berkontradiksi atau bertentangan dengan ajaran Gereja haruslah ditegur dengan sopan, walaupun umat itu seorang ahli katekist, guru, deakon, paderi mahupun uskup.
Beliau juga berkata bahawa mahasiswa haruslah mengambil berat ajaran Gereja bahawa ‘awak mempunyai jiwa yang unik dan immortal (kekal hidup), yang dicipta oleh Allah, dan jika awak mati pada suatu hari nanti, awak akan pergi ke purgatori, surga atau neraka.
[Bilakah kali terakhir anda mendengar seorang paderi atau uskup mengajar atau berkhutbah tentang keselamatan jiwa, penghakiman, purgatori, surga dan neraka?]
Semoga kita semua kekal setia dengan Tuhan Yesus Kristus dan mempertahankan Gereja daripada dicemari dengan ajaran-ajaran heresy.
Kyrie eleison!


