Apakah maksud perkataan ‘liberal’? Daripada WordWeb 5.0, ‘liberal’ diertikan mengikut jenis kata: Liberal (kata nama):

  1. A person who favours a political philosophy of progress and reform and the protection of civil liberties
  2. A person who favours an economic theory of laissez-faire and self-regulating markets (tidak berkaitan)

Liberal (kata adjektif):

  1. Showing or characterized by broad-mindedness
  2. Having political or social views favouring reform and progress
  3. Tolerant of change; not bound by authoritarianism, orthodoxy, or tradition
  4. Given or giving freely
  5. Not literal

Bagaimana harus diungkapkan pemahaman pemikiran umat Katolik yang ‘liberal’? Pegangan kepada ciri-ciri liberal diberi istilah sebagai ‘liberalism’. Tetapi apakah ‘liberalism’ dan kaitanya dengan Iman Katolik? Bolehkah umat Katolik berfikiran sedemikian dan pada masa yang sama mengaku dirinya sebagai umat Katolik yang taat? Persoalan ini harus dijawab dengan penuh hati-hati iaitu secara intelek dan bukannya secara beremosi. Tetapi kita tidak pula harus takut kepada Kebenaran kerana hanya melalui Kebenaran seseorang manusia dapat dibebaskan daripada perangkap Iblis dan godaan Duniawi. Daripada tafsiran Kamus WordWeb 5.0, kita dapat katakan bahawa seseorang yang berfikiran ‘liberal’ memiliki ciri-ciri berikut:

  1. menyokong arus kemajuan dan reformasi terutamanya mengutamakan hak-hak awam (atau hak manusia)
  2. berfikiran terbuka
  3. menyenangi kepada perubahan; dan tidak tertakluk kepada pihak berkuasa (yang memegang autoriti) atau peraturan lama (tradisi)
  4. amat senang untuk melepaskan atau memberikan sesuatu yang ‘dimiliki’
  5. corak pemikiran cenderung kepada perkara yang tersirat

Sebagai permulaan, perkataan ‘liberal’ berasal daripada kata Latin ‘liber’ yang bermaksud ‘bebas’. Pegangan atau kepercayaan kepada ‘liberalism’ dikatakan menyalahi Iman Katolik oleh Sri Paus Pius X. Beliau menamakan ‘liberalism’ moden sebagai ‘modernism‘.  Untuk penjelasan lanjut tentang ‘modernism’, sila klik pautan ini: https://katolik.wordpress.com/2007/03/31/apakah-modernism/. Daripada artikel ini, saya berharap para pembaca akan dapat menyelami maksud istilah ‘liberalism’ ataupun ‘modernism’ kerana kedua-dua perkataan ini adalah amat berkait rapat. Mungkinkah umat Katolik yang ‘liberal’ pemikirannya tidak akan menolak apa-apa perubahan (yang dilabelkan sebagai kemajuan) ataupun reformasi ke atas ajaran, doktrin dan dogma Katolik? [Oleh kerana penulis tidak berfikiran liberal, maka amat sukar untuk membayangkan pemikiran seorang Katolik liberal. Diharapkan akan ada komen daripada mereka yang berfikiran ‘liberal’ supaya diskusi ini lebih seimbang.] Pemikiran liberal ini tidak hanya terhad kepada umat biasa sahaja kerana ada sebilangan klerik tertinggi dalam Gereja Roman Katolik (dan memegang jawatan-jawatan tinggi di Vatican, Rom) berfikiran liberal. Hasilnya ialah perubahan-perubahan yang jauh tersimpang daripada pegangan asal (Tradisi Suci) Gereja seperti ajaran-ajaran sesat (heresy’) berikut:

  1. Semua agama sama benar atau mengajar Kebenaran. [heresy]
  2. Semua penganut tanpa mengira agama menyembah Tuhan yang sama. [heresy]
  3. Kebenaran tidak lagi bersifat mutlak tetapi relatif kepada pemikiran manusia. [heresy]
  4. Hak manusia lebih diutamakan daripada hak Pencipta (Tuhan Allah). [heresy]
  5. Kesilapan juga mempunyai hak atau ‘Error’ has rights. [heresy]
  6. Manusia bebas beragama atau mempunyai hak mutlak beragama mengikut pilihan hati. [heresy]
  7. Umat Katolik yang masih berpegang kepada ajaran ‘lama’ atau Tradisi Suci dianggap umat yang kolot atau ketinggalan zaman atau ‘sombong’ dalam dunia yang sempit.
  8. Manusia tidak lagi takut kepada dosa kerana Tuhan Allah Maha Pengasih. Malah mereka yang di Neraka juga akan dibebaskan atas belas kasihan Tuhan Allah [heresy]
  9. Keselamatan jiwa manusia terbuka kepada semua orang tanpa melalui Yesus atau Gereja Roman Katolik. [heresy]
  10. Oleh kerana hak manusia ditingkatkan maka manusia bebas untuk membuat perubahan mengikut arus pemodenan dunia seperti berfesyen yang semakin kurang benangnya.

Banyak lagi yang boleh saya senaraikan di atas tetapi mengikut Catholic Encyclopedia, ‘liberalism’ ditentang kerana sebab-sebab berikut: Liberalism (dalam erti kata yang sebenar) membuat tuntutan bahawa manusia mempunyai autonomi penuh ke atas keintelektualannya, kemoralannya dan susunan masyarakatnya. Itu bermakna, liberalism menolak secara praktikal kewujudan Tuhan Allah atau agama yang ‘supernatural’ (luar alam). Jika diikuti pemikiran liberalism secara logikal, maka secara teorinya mengajar bahawa Allah tidak wujud, dan sebaliknya meletakkan manusia sebagai allah. Pemikiran ‘liberalism’ telah ditegah sekeras-kerasnya dalam pemikiran ‘rationalism’ dan juga ‘naturalism’. Kedua-dua pemikiran songsang Naturalism dan Rationalism telah dilarang dalam dokumen rasmi Gereja berikut:

  1. Constitution “De Fide” of the Vatican Council (1870)
  2. Liberalism by Pius IX in the Encyclical “Quanta cura” of 8 December, 1864 and the attached Syllabus.
  3. Pius X condemned it again in his allocution of 17 April, 1907
  4. Decree of the Congregation of the Inquisition of 3 July, 1907,
  5. Encyclical of Gregory XVI, “Mirari Vos”, of 15 August, 1832

dan banyak lagi. Deo gratias.

Bagaimana ‘membantu’ umat biasa Katolik MENINGKATKAN keimanan? Soalan ini sukar dijawab kerana umat tidak lagi membaca buku Katekismus Katolik. CCC yang ada (walaupun sudah dialihbahasakan ke dalam bahasa Indonesia) sukar dibaca dan sukar difahami. Ada diterbitkan Ringkasan CCC juga dalam bahasa Indonesia tetapi tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan ‘meningkatkan keimanan’.

Sebelum saya meneruskannya, terlebih dahulu kita siasat kenapa ‘keimanan’ umat Katolik seolah-olah ‘tidak seberapa’ atau hanya sekadar ‘plain Catholic’ atau Katolik hujung minggu (lukewarm Catholics) atau ‘self-righteous Catholic’? Saya cuba mengupasnya tetapi TIDAK SEMESTINYA TEPAT.

Di Gereja kita dapati kurang penekanan kepada pengajaran Katekismus asas oleh paderi kepada umat semasa sesi khutbah. Kadang kala paderi mengajar tentang hal-hal sosial dan bukan kepada hal-hal kerohanian. Terma-terma yang sukar difahami juga diguna pakai dengan meluas seperti ‘hubungan peribadi’ dengan Tuhan Yesus. Khutbah juga kadang kala diisi dengan pengalaman peribadi seseorang. Tidak kurang juga pernah sekali saya terikut mendengar ceramah seorang paderi luar negeri yang bercerita tentang ‘kehebatan agama Islam’ dalam Gereja!

Di samping itu, aktiviti moden seperti yang dibuat oleh kumpulan Karismatik juga menjejaskan keimanan umat sehingga ada yang percaya bahawa mereka mempunyai hubungan ‘mistik’ dengan Tuhan, boleh ‘mencurahkan Roh Kudus’, bernubuat, berbahasa Roh, bercakap dengan Tuhan dsbnya. Malah, ada juga yang percaya mereka berkuasa menghalau hantu (melakukan exorcism).

Aktiviti kaum muda mudi seperti nyanyian lagu-lagu rohani moden (bercampur dengan alunan lagu moden) dan lirik yang tidak sesuai, yang lebih bersifat ‘hiburan’ dan ‘menyedapkan telinga’. Ada juga lagu yang sungguh sedap didengar sehingga umat menangis dan percaya bahawa (kuasa) Roh Tuhan ada dalam diri mereka sedangkan itu semua hanyalah suatu yang ‘make believe’ (dibuat-buat). Bandingkan dengan lagu Gregorian chants, atau lagu Hymn yang asalnya Katolik, lirik-lirik diisi dengan doktrin Katolik. Doktrin Katolik yang dinyanyikan menguatkan lagi iman kerana ia bersifat mengajar dan mengingatkan umat tentang ajaran utama Katolik.

Begitu juga dengan Misa Kudus yang kurang memberikan penekanan kepada doktrin Katolik. Banyak elemen Katolik yang digugurkan. Malah, umat datang BERSAHAJA ke Gereja. Tidak ada cukup persediaan. Lihat sahaja cara mereka berpakaian. Wanita juga semakin berani berpakaian cara lelaki dan tidak memakai veil. Umat menyambut tanpa ‘risau tentang dosa mortal’. Keperluan untuk berlutut juga langsung tidak diberi penekanan. Malah Communion Rail telah dibuang dan umat menyambut berdiri dan dengan telapak tangan. Umat semakin ‘malas’ untuk berlutut.

Jadi, untuk menangani permasalahan ini, dicadangkan kepada umat supaya membaca buku-buku Katolik atau Katekismus yang lama kerana buku-buku ini lebih mudah difahami walaupun dalam bahasa Inggeris. Lagipun, buku-buku lama ini tidak dicemari dengan ajaran sesat (heresy) terutama disebabkan oleh ajaran Vatican II. Sebagai permulaan anda digalakkan membaca Katekismus Katolik dalam pautan ini: http://www.catholicbook.com/AgredaCD/MyCatholicFaith/Contents.htm

Semoga anda diberkati Tuhan.

Mengasihi Sesama

Seringkali kita membaca ayat bahawa God is LOVE atau Allah itu KASIH. Apakah kasih? Dahulu ‘kasih’ ditulis dalam English sebagai ‘charity’ tetapi kata ‘love’ lebih popular dibandingkan dua kata tersebut. Adakah ‘love’ sama erti dengan ‘charity’? Dari sudut sejarah, Protestant lebih banyak menggunakan kata ‘love’ dibandingkan dengan Katolik lebih kepada ‘charity’. Sekarang, semua orang lebih banyak menggunakan kata ‘love’ daripada ‘charity’. Sama seperti ‘Holy Spirit’ lebih popular daripada ‘Holy Ghost’.

Untuk memahami maksud ‘charity’, kita kembali kepada asas iaitu VIRTUE. Virtue bermaksud ‘amalan’ atau ‘tabiat’. Virtue bermaksud perbuatan yang menjadi amalan (dilakukan selalu).

Dua jenis virtue:
1. Theological virtue
2. Moral virtue.

Saya fokus hanya kepada theological virtue iaitu ada tiga FAITH, HOPE dan CHARITY.

Ketiga-tiga sama PENTING tetapi iman dan pengharapan akan luput setelah kita diadili dan hanya kasih akan kekal.

Kata ‘theological’ merujuk kepada ‘hubungan kita dengan Tuhan’. Sebaliknya ‘moral’ merujuk kepada ‘hubungan sesama’.

Pertama-tama dan terutama, kita MENGASIHI Allah, kemudian mengasihi jiran seperti kita mengasihi diri sendiri.

Kalau kita MENGASIHI Tuhan, maka kita akur dan patuhi segala HUKUM SUCI-NYA seperti yang diajar oleh Gereja sejak 2000 tahun yang lalu. Apabila kita mengasihi orang lain pula, kita sebenarnya INGINKAN AGAR JIWA ORANG ITU SELAMAT seperti mana kita inginkan JIWA KITA SELAMAT. Selamat bermaksud ‘masuk Surga’.

Antara JIWA dan TUBUH FIZIKAL, kita mengutamakan JIWA kerana jiwa kekal sementara tubuh fizikal hanyalah sementara. Tetapi penjagaan tubuh fizikal juga penting demi kesihatan yang baik kerana kita sukar bekerja untuk Tuhan jika kita sakit.

Kasih adalah suatu tindakan atau keputusan yang difikirkan, bukan perasaan atau emosi yang dirasai. Kasih yang terlalu emosi boleh menjadi ‘cinta berahi’ seperti antara pasangan suami isteri.

Ramai daripada kita rasa ‘tidak senang hati’ jika umat non-Katolik dikutuk (condemned) tetapi itulah realitinya kerana ia sudah tertulis dalam Alkitab. Jadi, bagaimana seharusnya kita mengasihi orang lain?

Tujuh Kerja Amal Kasih (The 7 Corporal Works of Mercy)
1 Memberi makan kepada orang yang kebuluran
2 Memberi minum kepada orang yang dahaga
3 Mengenakan pakaian kepada orang yang telanjang
4 Memberi perlindungan kepada mereka yang tidak berumah
5 Melawat orang sakit
6 Melawat banduan di penjara
7 Menguburkan si mati

Tujuan Kerja Amal Kasih (The 7 Spiritual Works of Mercy)
1 Memberi nasihat kepada orang ragu-ragu
2 Memberi tunjuk ajar kepada orang yang jahil
3 Menegur orang yang suka berbuat dosa 
4 Menghiburkan orang yang kesusahan (sedih)
5 Mengampuni semua kesalahan
6 Menanggung penganiayaan dengan sabar
7 Berdoa untuk orang yang hidup dan mati 

Setelah Gereja Roman Katolik di bawah kepimpinan Sri Paus Benedict XVI, membenarkan perayaan Misa Kudus Tradisional Latin di setiap Gereja Katolik Roma di seluruh dunia, tanpa diperlukan kebenaran Uskup, sekali lagi berlaku perubahan yang menghala ke belakang!

Jika anda menghadiri Misa Novus Ordo di Gereja tempatan, anda tidak akan terlepas dihiburkan dengan muzik moden yang terdiri daripada palungan drum, gitar bass, pukulan gong, keyboard dan bermacam-macam lagi peralatan muzik moden.  Adakah ini dibenarkan?

Untuk menjawab persoalan ini, perlu diingatkan bahawa Konsili Vatican II tidak pernah membuat perubahan tentang penggunaan alat-alat muzik yang moden. Dokumen rasmi Gereja Musicam Sacram, 1967 telah tidak diendahkan lagi oleh Gereja. Ini merupakan satu kesedihan kerana umat Katolik telah kehilangan suatu warisan penting dan utama daripada dunia Katolik asal.

Sekarang, apakah pandangan Sri Paus Benedict XVI tentang isu muzik ini? Dengan jelas, Sri Paus telah bertitah bahawa Gregorian Chants harus dikembalikan ke dalam pelayanan Misa Kudus Katolik. Tetapi kenapakah Gereja tempatan masih ‘menghiburkan’ kita dengan muzik yang dilarang? Ini merupakan satu persoalan yang tidak dapat saya jawab sebagai umat Katolik yang amat mengasihi iman Katolik.

Deo gratias.

Rujukan:

Why the Pope is right to purge modern music

Liturgical Music in the Post-Vatican II Church

Musicam Sacram

Ramai antara kita yang tidak sedar bahawa dua perkataan ini iaitu Xmas dan Christmas adalah berbeza bukan saja dari segi ejaan tetapi maknanya.

Christmas atau Krismas merujuk kepada kelahiran atau kedatangan Yesus Kristus di Bethelem yang tarikhnya ditetapkan oleh Gereja pada 25hb setiap tahun. Christmas berasal daripada dua perkataan iaitu ‘Christ’ dan ‘Mass’ atau Kristus dan Misa (Kudus).  Jadi, Krismas bermaksud Misa Kudus yang dirayakan khas untuk kedatangan/kelahiran Yesus Kristus kepada manusia.

Walau bagaimanapun, ada sesetengah komuniti yang ingin merayakan Christmas bersama-sama dengan orang Kristian tetapi mereka tidak percaya kepada Kristus (bukan penganut Kristian). Mereka tidak suka dengan CHRISTmas dan mahu menggantikan nama CHRIST dengan ‘X‘ (iaitu tuhan atau benda lain yang tidak diketahui).

Oleh yang demikian, mereka mencipta satu perayaan baru dan dipanggil sebagai Xmas. Ada juga yang menyebutnya sebagai ‘eksmas’ dan bukannya ‘krismas’. Ekoran daripada perkataan Xmas ini, maka wujudlah aktiviti-aktiviti perayaan yang tidak ada kena mengena dengan kelahiran Yesus Kristus. Malah anda juga boleh mendengar lagu-lagu Xmas yang langsung tidak berkaitan dengan agama Kristian seperti lagu Jingle Bells.

Kepada semua umat Kristian, elakkan daripada menggunakan Xmas dalam perbualan mahupun penulisan. Ejalah ‘Christmas’ dengan ejaan yang betul. Jangan kita tunduk kepada godaan dunia yang penuh dengan kejahatan.

Apabila anda mendengar lagu Christmas, pastikan lagu itu benar-benar lagu Rohani dan bukannya lagu pagan yang hanya meminjam nama Xmas.

Jika ada menghantar ucapan SMS, elakkan daripada menggunakan singkatan Xmas.

Selamat Menyambut Kelahiran/Kedatangan Yesus Kristus.

Juga, selamat Tahun Baru 2014.

Mengikut peraturan sekarang, umat hanya diwajibkan berpuasa dan berpantang pada Hari Rabu Abu dan Jumaat Agung.

Berpuasa bukan bermaksud melaparkan diri tetapi mengurangkan makan iaitu umat dibenarkan mengambil tiga hidangan sahaja dalam tempoh 1 hari/24 jam. Mengambil suapan lain seperti ‘snack’ di antara hidangan adalah tidak dibenarkan. Konsep ‘berbuka puasa’ tidak terpakai dalam agama Katolik.

Tiga hidangan yang dimaksudkan ialah 2x hidangan ringan tanpa daging dan 1x hidangan biasa (penuh). Jumlah kuantiti makanan kedua-dua hidangan ringan tidak seharusnya menyamai hidangan biasa. Itu bermaksud hidangan ringan sepatutnya kurang daripada separuh hidangan biasa. Umat dibenarkan mengambil minuman yang tidak berzat seperti air, kopi, teh ataupun minuman ringan pada bila-bila masa.

Contoh 1:
Pagi – Hidangan ringan.
Tengahari – Hidangan ringan.
Malam – Hidangan biasa/penuh.

Contoh 2:
Pagi – Hidangan ringan.
Tengahari – Hidangan biasa/penuh.
Malam – Hidangan ringan.

Berpantang bermaksud tidak makan daging haiwan berdarah panas seperti ayam, kerbau, lembu, dan sebagainya. Sup daging juga tidak dibenarkan termasuk mi segera berperisa ayam. Walau bagaimanapun, umat dibenarkan makan ikan, katak, siput dan telur (ayam).

Sebagai persediaan kita menghadapi Paska (Easter) iaitu kebangkitan Tuhan Yesus daripada kematian, disarankan agar umat berpuasa sepanjang musim  Lent iaitu Isnin hingga Sabtu ATAU hanya berpuasa dan pantang pada setiap hari Jumaat sepanjang Musim Prapaska. [Nota: Umat Katolik wajib pantang daging setiap hari Jumaat setiap tahun].

Pada setiap hari Ahad umat tidak berpuasa/berpantang sepanjang tahun walaupun dalam musim Lent.

Di samping itu, umat juga boleh melakukan penance lain seperti kurangkan menonton tv, tidak membenarkan muzik atau lagu duniawi  dimainkan di dalam rumah, lebih kerap berdoa, berdoa Rosari setiap hari dan jangan lupa menghadiri Jalan Salib setiap hari Jumaat petang. Kita melakukan semua ini bukan kerana mengikut peraturan atau mencabar diri sendiri tetapi kerana kasih kita kepada Tuhan Allah Tritunggal Mahakudus. Semuanya demi kemulian Tuhan.

Dalam musim Lent ini, godaan juga menjadi semakin mencabar. Tetapi ia juga merupakan peluang terbaik untuk kita menerima banyak rahmat daripada Tuhan Allah.

Tuhan memberkati kalian semua.

Untuk keterangan lanjut, sila layari:
http://www.fisheaters.com/fasting.html

Buat kali pertamanya dalam sejarah, sejak 40 tahun yang lalu, Misa Kudus Extraordinary (Tridentine) telah dirayakan di St. Peter’s Basilica, Roma oleh American Archbishop Raymond Burke.

Kepada umat Katolik di Sabah, Misa Latin Tradisional dirayakan sekali sebulan di Rumah Datuk Conrad Mojuntin, Kg. Duhunsug,  Penampang. [http://tlmsabah.yolasite.com/]

Peta ke lokasi:

Kg Duhunsug, Penampang

Deo gratias.

http://www.insidethevatican2.com/index.php?option=com_myblog&show=letter-36-from-rome-introibo-ad-altoare-.html&Itemid=169

Apakah yang terjadi kepada Adam dan Eve di atas dosa mereka? Adam dan Eve kehilangan rahmat suci (sanctifying grace), hak untuk ke Surga dan kurnia khas mereka; mereka tertakluk kepada kematian, kesengsaraan, kecenderungan kuat kepada kejahatan, dan mereka dihalau keluar dari Taman Eden.

  1. Adam dan Eve langsung kehilangan rahmat dan persahabatan dengan Allah, kekudusan mereka dan keadaan mereka yang tanpa dosa: mereka kehilangan rahmat yang menguduskan mereka.Ini merupakan hukuman yang paling teruk. Apabila mereka kehilangan rahmat itu, mereka juga kehilangan hak ke Surga, untuk melihat Allah.

  2. Mereka kehilangan anugerah yang dikhaskan untuk mereka: mereka tertakluk kepada kesengsaraan dan kematian.Pemikiran dan kehendak mereka menjadi terlalu lemah dan lebih cenderung kepada kejahatan, mudah terpengaruh kepada godaan. “In the sweat of thy face shalt thou eat bread till thou return to the earth, out of which thou wast taken: for dust thou art, and unto dust thou shalt return” (Gen. 3:16-19).

  3. Allah menghalau Adam dan Eve dari Taman Eden.”And the Lord God sent him out of the paradise of pleasure” (Gen. 3:23,24).

    Kemungkinan kita akan berasa hairan kerana kesalahan memakan buah yang terlarang boleh menjadi suatu jenayah yang teruk. Kita harus ingat bahawa Allah telah menganugerahkan banyak rahmat kepada Adam dan Eve. Allah hanya memerlukan mereka untuk tidak memakan buah yang terlarang sebagai bukti kepada kesetiaan mereka kepada-Nya.

    Tidak diragui bahawa Taman Eden dipenuhi lebih banyak pokok dengan buah yang lazat daripada pokok buah yang terlarang. Kesombongan, ketidaksetiaan dan tidak menghargai telah menyebabkan mereka jatuh ke dalam dosa. Mereka telah menolak Allah, dan menolak tepi amaran-Nya. Mereka ingin menjadi berkuasa dan besar seperti Allah.

Apakah yang terjadi kepada kita akibat dosa Adam? – Disebabkan dosa Adam, kita, warisnya, lahir ke dunia tanpa rahmat yang menguduskan dan mewarisi hukumannya, sama seperti kita yang akan mewarisi anugerahnya jika Adam setia kepada Allah.

Therefore as through one man sin entered into the world and through sin death, and thus death has passed into all men” (Rom. 5:12).

Dosa ini dipanggil sebagai dosa asal. Ia merupakan keadaan setiap generasi Adam yang lahir ke dunia ini, langsung tidak memiliki rahmat yang menguduskan kerana rahmat ini telah digantikan dengan hukuman yang diwarisi bukan kerana dosa peribadi Adam tetapi dosa Adam selaku menjadi kepala seluruh bangsa manusia. Dosa ini ‘asal’ (original) kerana dosa ini datang daripada asal usul kita, iaitu daripada Adam.

Oleh itu, semua manusia lahir dalam dosa, iaitu manusia lahir tanpa persahabatan dengan Allah, dan tidak memiliki hak ke Surga. Dosa asal bukannya datang daripada Eve tetapi dariapda Adam (sahaja) kerana Allah telah menjadikan Adam wakil dan kepala kepada seluruh bangsa manusia. Eve dihukum kerana ketidaksetiaannya, sama seperti Adam, tetapi dosa Eve tidak diwarisi kepada manusia lain. Dosa asal kita datang daripada bapa pertama, Adam.

  1. Atas sebab dosa asal, Surga ditutup kepada semua manusia sehinggalah kematian Tuhan Yesus Kristus. Tuhan Yesus memberikan kita Sakramen Pembaptisan untuk mengembalikan hak kita akan Surga, hak yang telah dihilangkan oleh Adam .Seseorang yang telah dibaptiskan berada dalam keadaan penuh dengan rahmat dan bebas daripada dosa. Jika dia meninggal sejurus selepas dibaptis, walaupun dia telah melakukan dosa sebelum ini, dia akan terus ke Surga. Segala dosa dan hukumannya  telah diampunkan.

Apakah hukuman besar Adam yang kita warisi melalui dosa asal? – Hukuman besar Adam yang kita warisi melalui dosa asal ialah: kematian, kesengsaraan, kejahilan dan kecenderungan kuat kepada dosa.

  1. Kerana dosa asal, kita tertakluk kepada penyakit dan kematian. Ini sebahagian dariapda hukuman yang ditentukan oleh Allah untuk Adam.”In what day soever you shall eat of it, you shall die the death” (Gen. 2:17).
  2. Keseluruhan naluri kita cenderung kepada kejahatan. Akal kita sentiasa berkonflik dengan kehendak nafsu.Even after our souls are cleansed of original sin by baptism, the corruption of our nature and other punishments, such as sickness, evil inclinations, etc., remain. “The imagination and thought of man’s heart are prone to evil” (Gen. 8:21). “The flesh lusts against the spirit, and the spirit against the flesh” (Gal. 5:17)

Adakah Allah bersifat tidak adil kerana menghukumi kita atas dosa Adam? – Allah bukannya bersikap tidak adil kerana menghukumi kita atas dosa Adam, kerana dosa asal tidak menyebabkan kita kehilangan sebarang hak lain sebagai seorang manusia, Allah hanya menarik balik anugerah yang ingin diberikan oleh Allah secara percuma jika Adam tidak berdosa.

  1. Keseluruhan bangsa manusia harus sengsara di atas dosa Adam kerana dia merupakan kepala dan wakil keseluruhan keluarga manusia.Dengan cara yang sama, para pemerintah sesebuah negara mewakili keseluruhan rakyat jelatanya. Jika pemerintah itu membuat deklarasi peperangan atau menghulur perdamaian, rakyat jelata juga terlibat dengan keputusannya. Apabila Alfonso XIII pemerintah Sepanyol diturunkan daripada takhtanya, anak-anaknya juga kehilangan hak untuk mewarisi takhta beliau walaupun anak-anaknya tidak melakukan apa-apa kesalahan. Begitu juga dengan anak-anak keluarga yang kaya, apabila bapa keluarga itu jatuh bangkrap, anak-anak mereka pun akan kehilangan hak untuk mewarisi harta walaupun anak-anak tidak bersalah.
  2. Kita sepatutnya mewarisi segala rahmat jiwa dan tubuh yang diterima Adam tanpa mengambil kira merit kita sendiri, jika sekiranya Adam tidak jatuh ke dalam dosa. Dengan cara yang sama, kita juga akan berkongsi (mewarisi) dosa Adam.Jika Adam tidak berdosa, kita semua akan lahir dalam keadaan suci dan dipenuhi rahmat. Walaupun begitu, setiap manusia kekal diberi kebebasan untuk melakukan dosa sendiri atau tidak, termasuk menerima hukuman di Neraka. Tetapi dosa itu tidak akan diwariskan kepada keseluruhan bangsa manusia kerana selain Adam, manusia lain bukan kepala kepada bangsa manusia.

Pernah adakah manusia yang dilindungi daripada dosa asal? – Bonda Perawan Maria dilindungi daripada dosa asal atas merit anaknya yang Kudus. Keistimewaan ini dipanggil Immaculate Conception.

And when the angel had come to her, he said, ‘Hail, full of grace, the Lord is with thee. Blessed art thou among women‘” (Luke 1:28).

  1. Sejak konsepsi Bonda Perawan Maria adalah dilindungi daripada dosa asal. Dia dikandungi dan lahir tanpa dosa asal.Allah, setelah memilih Maria menjadi Ibu kepada Anak-Nya, tidak boleh membenarkan jiwa Maria kekurangan walau setitik rahmat yang akan membuatkannya amat menyenangi hati Allah.
  2. Jiwa Bonda Perawan Maria dicipta suci dan kudus seperti jiwa Eve. Manakala Eve melakukan dosa dan kehilangan kesuciannya, Bonda Perawan Maria kekal suci dan kudus sehinggalah akhir hayatnya.
  3. Kita memperingati the Immaculate Conception of the Blessed Virgin Mary pada 8 Disember setiap tahun.
  4. St. John the Baptist disucikan dariapda dosa asal sewaktu dia dikandungi ibunya. Dia dilahirkan bebas daripada dosa, tetapi dia juga seperti kita, dikandungi dalam dosa.

(diterjemahkan daripada My Catholic Faith http://truecatholic.bizland.com/MyCatholicFaith/mcfc020.htm)

Adakah wanita (perempuan) masih diwajibkan memakai penutup kepala (veil) semasa berada di dalam Rumah Allah (Gereja)? Kemungkinan kebanyakan umat Katolik zaman sekarang percaya bahawa peraturan ini telah dimansuhkan oleh Gereja atau Paus. Tetapi apakah cerita sebenarnya? Seorang wartawan bernama Jackie Freppon, dalam artikel yang ditulis dalam sebuah akhbar melaporkan bahawa:

Semasa Konsili Vatican Ke-II bersidang, sekumpulan wartawan sedang menunggu untuk membuat liputan berita selepas salah satu perjumpaan konsili selesai. Salah seorang wartawan itu menyoal Msgr. Annibale Bugnini, yang memegang jawatan setiausaha Vatican Congregation for Divine Worship, pada waktu itu, jika wanita masih diwajibkan memakai tudung atau penutup kepala. Jawapan Msgr. Annibale Bugnini menyatakan bahawa para Uskup sedang bermesyuarat tentang isu-isu lain, dan tudung kepala wanita tidak tersenarai dalam agenda. Keesokan harinya, akhbar antarabangsa mula menyebarkan laporan ke seluruh dunia bahawa wanita tidak lagi perlu menutup kepalanya semasa menghadiri upacara Gereja.Selang beberapa hari kemudian, Msgr. Bugnini memberitahu akhbar bahawa kenyataan beliau telah disalah tafsir oleh pihak akhbar dan berkata bahawa wanita masih wajib memakai tudung. Tetapi pihak akhbar tidak menarik balik laporan palsu itu, akibatnya ramai wanita berhenti memakai tudung atas alasan dikelirukan dan disebabkan oleh tekanan daripada kumpulan feminin.

Daripada petikan 1 Korintus 11:4-10,13-16 (Alkitab Indonesia Perjanjian Baru Terjemahan Baru Edisi 2), yang berbunyi:

“4 Tiap-tiap laki-laki yang berdoa atau bernubuat dengan kepala yang bertudung, menghina kepalanya. 5 Tetapi tiap-tiap perempuan yang berdoa atau bernubuat dengan kepala yang tidak bertudung, menghina kepalanya, sebab ia sama dengan perempuan yang dicukur rambutnya. 6 Sebab jika perempuan tidak mau menudungi kepalanya, maka haruslah ia juga menggunting rambutnya. Tetapi jika bagi perempuan adalah penghinaan bahwa rambutnya digunting atau dicukur, maka haruslah ia menudungi kepalanya. 7 Sebab laki-laki tidak perlu menudungi kepalanya: Ia menyinarkan gambaran dan kemuliaan Allah. Tetapi perempuan menyinarkan kemuliaan laki-laki. 8 Sebab laki-laki tidak berasal dari perempuan, tetapi perempuan berasal dari laki-laki. 9 Lagi pula, laki-laki tidak diciptakan karena perempuan, tetapi perempuan diciptakan karena laki-laki. 10 Sebab itu, perempuan harus memakai tanda wibawa di kepalanya oleh karena para malaikat.”

11 Sekalipun demikian, dalam Tuhan tidak ada perempuan tanpa laki-laki dan tidak ada laki-laki tanpa perempuan. 12 Sebab sama seperti perempuan berasal dari laki-laki, demikian pula laki-laki dilahirkan oleh perempuan; dan segala sesuatu berasal dari Allah.

“13 Pertimbangkanlah sendiri: Patutkah perempuan berdoa kepada Allah tanpa menudungi kepalanya? 14 Bukankah alam sendiri menyatakan kepadamu bahwa adalah kehinaan bagi laki-laki, jika ia berambut panjang, 15 tetapi bahwa adalah kehormatan bagi perempuan, jika ia berambut panjang? Sebab rambut diberikan kepada perempuan untuk menjadi penudung. 16 Tetapi jika ada orang yang mau membantah, kami maupun jemaat-jemaat Allah tidak mempunyai kebiasaan yang demikian.”

Kita dapat melihat bahawa adat wanita menutup kepalanya (memakai tudung) semasa berada di dalam Gereja adalah berkait rapat dengan hubungannya dengan lelaki seperti mana yang dititah oleh Allah. Ini adalah kerana lelaki, seperti yang diajar oleh Kitab Suci, mempunyai autoriti (kuasa) ke atas isterinya (Efesus 5:22-33).

“22 Hai istri, tunduklah kepada suamimu seperti kepada Tuhan, 23 karena suami adalah kepala istri sama seperti Kristus adalah kepala jemaat. Dialah yang menyelamatkan tubuh. 24 Karena itu, sebagaimana jemaat tunduk kepada Kristus, demikian jugalah istri kepada suami dalam segala sesuatu. 25 Hai suami, kasihilah istrimu sebagaimana Kristus telah mengasihi jemaat dan telah menyerahkan diri-Nya baginya 26 untuk menguduskannya, sesudah Ia menyucikannya dengan memandikannya dengan air dan firman, 27 supaya dengan demikian Ia menempatkan jemaat di hadapan diri-Nya dengan cemerlang tanpa cacat atau kerut atau yang serupa itu, tetapi supaya jemaat kudus dan tidak bercela. 28 Demikian juga suami harus mengasihi istrinya sama seperti tubuhnya sendiri: Siapa yang mengasihi istrinya mengasihi dirinya sendiri. 29 Sebab tidak pernah orang membenci tubuhnya sendiri, tetapi memelihara dan merawatnya, sama seperti Kristus terhadap jemaat, 30 karena kita adalah anggota tubuh-Nya. 31 Sebab itu, laki-laki akan meninggalkan ayahnya dan ibunya dan bersatu dengan istrinya, sehingga keduanya itu menjadi satu daging. 32 Rahasia ini besar, tetapi yang aku maksudkan ialah hubungan Kristus dan jemaat. 33 Bagaimanapun juga, bagi kamu masing-masing berlaku: Kasihilah istrimu seperti dirimu sendiri dan istri hendaklah menghormati suaminya.” (Efesus 5:22-33)

Kita juga melihat bahawa ‘alam’ mengajar kewarasan seseorang wanita menutup kepalanya. Kerana, semasa kita menyembah Allah iaitu apabila keseluruhan fikiran dan minda kita ditumpukan kepada kemuliaan Allah yang Mahakuasa, fikiran lojik kita menyatakan bahawa seseorang wanita harus menyembunyikan kecantikan rambutnya dan ditutup secara sederhana agar tidak menjadi gangguan kepada lelaki.

Petikan ini, yang diambil daripada Kitab Suci, merupakan ajaran yang diilhamkan (inspired) oleh Allah. Walau bagaimanapun, ada beberapa umat berpendapat bahawa ajaran itu hanyalah merupakan pendapat peribadi Santo Paulus. Tetapi, Santo Paulus berkata dalam pasal yang sama bahawa “Jika seseorang menganggap dirinya nabi atau orang yang mendapat karunia rohani, ia harus sadar bahwa apa yang kutuliskan kepadamu adalah perintah Tuhan.” (1 Kor 14:37).

Dan bercakap tentang Kitab Suci, Paus Leo XIII mengajar dalam surat encyclical Providentissiumus Deus bahawa “semua kitab yang diterima oleh Gereja sebagai suci dan canonical, adalah ditulis secara keseluruhan (wholly and entirely), termasuk setiap bahagian, yang diilhamkan oleh Roh Allah (Kudus).”

Kata-kata terakhir Santo Paulus menunjukkan kepada setiap umat bahawa jika seseorang bertindak bertentangan dengan amalan ini yang sememangnya bersifat ‘apostolic’ dan ‘ecclesial’ dan terkandung dalam Tradisi Suci yang tidak bisa berubah (unchangeable): “… Tetapi jika ada orang yang mau membantah, kami maupun jemaat-jemaat Allah tidak mempunyai kebiasaan yang demikian.” (1 Kor 11:16) Dan para Kepala Gereja (Paus) sebulat suara bersetuju. Sebagai contoh: Santo Yohanes Chrysostom berkata: “Menentang amalan ini adalah bersifat ‘memberontak’, dan tingkahlaku sebegini adalah tidak masuk akal.Umat di Korintus mungkin tidak bersetuju,tetapi jika mereka benar-benar menolak amalan suci ini, maka mereka sebenarnya bertindak bertentangan dengan Gereja Roman Katolik.Dan Tertullian berkata: “Apakah makna ‘setiap wanita’ kecuali wanita atau perempuan pada semua tahap umur, setiap peringkat atau pangkat, dan setiap keadaan? Tiada siapa dikecualikan” (dipetik daripada Prayer, 22, 4, dalam 1 Kor 11:5). Sila ambil perhatian bahawa, Paus Santo Pius X, dalam encyclical Pascendi berulang-ulang kali menyatakan ajaran Gereja bahawa Tradisi Suci yang bersifat apostolic dan ecclesial tidak akan berubah:

“But for Catholics nothing will remove the authority of the second Council of Nicea, where it condemns those “who dare, after the impious fashion of heretics, to deride the ecclesiastical traditions…or endeavor by malice of craft to overthrow any one of the legitimate traditions of the Catholic Church”.…Wherefore the Roman Pontiffs, Pius IV and Pius IX, ordered the insertion in the profession of the faith of the following declaration: “I most firmly admit and embrace the apostolic and ecclesiastical traditions and other observances and constitutions of the Church.”

Tradisi yang bersifat apostolic ini sentiasa dipelihara dan diamal di seluruh dunia sejak 2000 tahun dahulu lagi. Tidak pernah berlaku dalam sejarah Gereja bahawa amalan ini diberhentikan kecuali 35-40 tahun yang lalu. Sehingga sekarang, tidak wujud dokumen rasmi Gereja yang memansuhkan amalan ini.

Walaupun benar bahawa ada provision dalam Code of Canon Law 1917 (Can. 1262.2) yang mewajibkan pemakaian tudung atau penutup kepala, tetapi tidak tersurat dalam Code 1983, ini tidak bermakna pemakaian tudung dimansuhkan.Dalam usaha untuk meringkaskan Undang-Undang Kanon, provision ini (yang telah termaktub dalam Kitab Suci dan Tradisi Suci), telah tidak dinyatakan lagi secara bertulis. Sebenarnya, memandangkan peraturan bertudung ini merupakan ajaran yang berasaskan Kitab Suci dan amalan Tradisi, kita percaya bahawa hierarki Gereja tidak mempunyai kuasa ataupun autoriti untuk mengubah peraturan atau amalan ini. Oleh yang demikian, apa yang sering kita perhatikan di Gereja setiap hari Ahad ialah kebanyakan wanita memasuki Gereja dengan kepalanya tidak bertudung. Ini merupakan pelanggaran Hukum Allah walaupun masyarakat sedunia menerimanya sebagai norma. Kita mungkin menganggapnya sebagai satu pelanggaran yang remeh temeh dan tidak penting tetapi Yesus mengajar bahawa: “So then, whoever disobeys even the least important of the commandments and teaches others to do the same, will be least in the Kingdom of heaven. (Mat 5:19). Kita harus ingat kepada bukti kasih kita terhadap Allah: “Jikalau kamu mengasihi Aku, kamu akan menuruti perintah-perintah-Ku. (Yoh 14:15).

Lihatlah bagaimana umat berasa lebih dekat kepada Allah apabila melihat kaum wanita berpakaian dengan amat sopan dan kepalanya sentiasa ditutup (bertudung)! Ia dapat menambahkan kesucian Rumah Allah! Ia amat menyenangkan hati Malaikat Allah! Sebab itu, perempuan harus memakai tanda wibawa di kepalanya oleh karena para malaikat. (1 Kor 11:10)

Jika ada masih berpendapat bahawa pemakaian tudung atau veil adalah ketinggalan zaman, ingatlah bahawa “Yesus Kristus tetap sama, baik kemarin maupun hari ini dan sampai selama-lamanya” (Ibr 13:8) Maria, Ibu Yesus, sentiasa memakai tudung. Bagaimana dengan diri anda?

Terpujilah Allah selama-lamanya.

Rujukan:

http://www.catholicplanet.com/articles/article51.htm

http://en.wikipedia.org/wiki/Veil

http://www.fatimafamily.org/articles/veil.html

http://www.freehousechurchresources.com/headcovering-today.php

Untuk penerangan yang terperinci, sila klik pautan ini (dalam bahasa Inggeris):

http://www.fisheaters.com/fasting.html

Secara ringkasnya, umat Katolik diwajibkan berpuasa dan pantang pada hari Rabu Abu dan Jumaat Agung mengikut peraturan terbaru semasa musim PraPaska (Lent). Tetapi mengikut peraturan lama (Traditional), umat Katolik diwajibkan berpuasa pada hari Rabu Abu dan setiap hari Jumaat sepanjang musim Paska. Saya menggalakkan saudara/saudari seiman agar mengikut peraturan lama.

Pantang bermaksud tidak makan daging termasuk sup yang mengandungi daging. Ikan dibenarkan. Mengikut peraturan lama, umat berumur 7 tahun ke atas diwajibkan mengikuti peraturan ini tetapi peraturan baharu menaikkan umur itu kepada 14 tahun.

Berpuasa bermaksud umat hanya dibenarkan makan hidangan penuh sekali dan dua kali hidangan ringan (jika dicampurkan tidak menyamai satu hidangan penuh) sepanjang satu hari (24 jam). Makanan ringan atau ‘snack’ di antara jamuan tidak dibenarkan.  Minuman kopi, teh, jus buah-buahan dan air adalah dibenarkan. Secara tradisi, mereka yang berumur 21 tahun ke atas sehingga 59 adalah wajib mematuhi peraturan ini. Peraturan baharu menurunkan umur kepada 18 dan 59 tahun.

Mengikut peraturan lama, pantang daging ialah setiap Jumaat sepanjang tahun. Tetapi mengikut peraturan baharu, pantang daging boleh digantikan dengan ‘sogit’ lain, berdoa atau kerja-kerja amal. Tetapi daripada pemerhatian saya, ramai umat Katolik tidak lagi pantang daging pada hari Jumaat tetapi pada masa yang sama tidak menggantikannya dengan ‘pantang’ yang lain.

Umat Katolik tidak berpuasa pada hari Minggu sepanjang tahun.

Selamat Berpuasa dan Pantang. Deo gratias.

Laman Berikutnya »


  • Laman

  • Artikel Terkini

  • Artikel Popular

  • Kategori

  • Sila masukkan alamat e-mel anda untuk melanggan blog ini dan menerima pemberitahuan melalui e-mel apabila ada artikel baru diterbitkan.

    Join 50 other followers