Soal Jawab tentang Ash Wednesday dengan Perayaan Ayam Jantan

Soalan Penulis:

Apa dah jadi dengan Ash Wednesday? Kenapakah Ash Wednesday ditukar menjadi Ash Friday/Saturday? Bolehkah alasan menghormati perayaan Tahun Baru Ayam Jantan mengubah agama Katolik? Siapa kita hendak pilih: Ayam Jantan atau Raja Yesus? Siapa yang perlu kita hormati dahulu Ayam Jantan atau Raja Yesus? Belum cukupkah kejadian Tsunami menyedarkan manusia siapakah yang harus kita utamakan? Saya tak hairan sekiranya Tsunami terus melanda. Tanda-tanda ini sudah nyata dalam Alkitab. Sama-samalah kita renung, di manakah pendirian kita?

 

Komen daripada yoku IP: 203.106.121.191 May 27th, 2005 – 11:15 AM

saudara/saudari, kamu fikirkanlah sendiri. Ini malaysia….

Komen daripada mulau IP: 218.208.203.173 Jul 5th, 2005 – 9:25 AM

hahahaha memang butul tu

Komen daripada Cassandra mconeil03@yahoo.com

Shallom!!!Well,pada sayalah,saya tidak tahu pendapat yang lain macam mana.But for me,actually budaya itu boleh dikaitkan atau disatukan(digabungkan) dengan apa juga perayaan lain tidak kiralah perayaan yang melibatkan sesebuah suku kaum ataupun agama..asalkan tidak melebihi batas yang telah ditetapkan oleh ajaran setiap agama..

Respon Penulis:

Saya percaya Yoku tidak memahami isu yang dibangkitkan di sini. Nampaknya Yoku dan Mulau percaya bahawa di Malaysia, orang Katolik akan memilih Ayam Jantan dan membelakangkan Raja Yesus. Tidak cukupkah Yesus menderita di kayu salib kerana menyelamatkan umatnya yang berdosa? Perlukah ombak besar Tsunami melanda Malaysia, barulah kita semua sedar siapa kita sebenarnya? Dapatkah Ayam Jantan menyelamatkan Yoku dan Mulau daripada bencana / bala daripada Tuhan? Apakah maksud Cassandra ‘tidak melampaui batasan ajaran agama kita’? Siapakah yang akan menggaris sempadan antara ‘boleh’ dan ‘tidak boleh’? Bolehkah Kalendar Suci Gereja diubahsuai sesuka hati tanpa alasan yang kuat? Adakah menghormati Ayam Jantan itu satu alasan yang kuat dan munasabah? Jika ada pembaca yang mempunyai maklumat lebih lanjut, jika tidak keberatan, dapat memberi cadangan sumber-sumber rujukan lain yang menyokong tindakan Gereja di Malaysia mengubah Kalendar Suci Gereja Roman Katolik.

 

Komen daripada marysia j (blue_forest04@yahoo.com) Nov 2nd, 2005 – 5:54 PM

Shalom tobpinai ku…
Jgn lupakan adat, krn adat lbh dulu wujud bbanding agama.
Ttp..
Jgn membelakangkan agama, sbb agama ialah kehidupan sebenar kita.
Godspeed..

Respon Penulis:

Saya setuju bahawa kita semua wajib mempelajar mahupun mengkaji adat masing-masing. Persoalan pokok di sini ialah kita harus juga mempelajari adat suci atau tradisi suci Gereja Roman Katolik. Jika adat tempatan itu bertentangan dengan ajaran Gereja, maka adat itu harus ditinggalkan. Jika adat itu selari dengan ajaran Gereja, maka ia harus diubahsuai mengikut ajaran Gereja dan BUKAN sebaliknya. Adat tidak memberi apa-apa keselamatan apabila kita dipanggil Tuhan tetapi kenapa harus kita mendahulukan adat daripada Yesus. Kenapa Ayam Jantan didahulukan daripada Yesus? Adakah Ayam Jantan (adat) wujud lebih dahulu daripada Yesus (agama)? Fikirkanlah dengan sewajarnya di mana kedudukan kita. Adakah kita masih INGKAR?

 

Komen daripada marysia j (blue_forest04@yahoo.com) Dec 12th, 2005 – 3:42 AM

Shalom..
Sy rasa itu semua dibuat kerana atas dasar timbang rasa. Menghormati ialah punca toleransi. Adat menghormati agama, dan agama menghormati adat. Itulah asas perpaduan dan jangan sekali-kali pertikaikan ia (tp kalau utk sekadar dijadikan topik, bulihlah) kerana sangat sensitif.
Uih.. teruskan berforum bah kamu. Jgn kasi biar website ni ada sarang labah2..
bye..!

Respon Penulis:

Saya tidak dapat berbuat apa-apa sekiranya ada umat Kristian sanggup mengetepikan adat agama dan memberi ‘timbang rasa’ atau lebih ‘menghormati’ adat manusiawi/duniawi.

Perpaduan hanya boleh dicapai atas nama Yesus kecualilah jika ada antara kita yang sanggup membelakangkan Yesus dan mengkedepankan Duniawi. Kita hanya boleh menyembah satu Allah kecuali ada yang sanggup ‘menDUAkan’ Allah.

Setiap DOSA dan PELANGGARAN HUKUM Allah HARUS DAN WAJIB dipertikaikan oleh semua umat yang menggelarkan diri mereka Kristian kecuali jika ada sikap TAKUT dan JAHIL.

Kita harus ingat: Iblis dan syaitan sentiasa memakai topeng supaya bebas memutarbelitkan kebenaran. Kita harus sentiasa berjaga-jaga.

Sekian dan selamat merayakan Hari Kelahiran Kristus (KRISMAS bukan X’mas).

 

Komen daripada christ IP: 203.106.143.8 Mar 19th, 2006 – 2:10 PM

hi,

saya pun tertanya tanya kenapakah ayam jantan harus diutamakan daripada perayaan ash wednesday yang dirayakan oleh umat Katolik (bukan Roman Katolik sahaja). tetapi adakah saudara juga merayakan ash wednesday ini?
apa yang saya tahu adalah perayaan ash wednesday ini merupakan bermulanya hari berpuasa dan pada hari itu juga adalah kita diingatkan untuk mempercayai injil dan bertaubat. dimana ini boleh dilakukan juga pada hari hari biasa.

saya sebagai seorang katolik bukan merayakan ayam jantan itu, bukan juga ingin bertaubat dan berpuasa pada hari ash wednesday tatapi kalau boleh setiap hari. kan bagus?
ayam jantan!!!! di mana menyedarkan petrus bahawa dia telah mengkhianati yesus. juga berhara ianya juga akan menyedarkan kita kepada segala dosa yang kita tela lakukan dan seterusnya bertaubat. demikian juga harapan kita kepada umat umat Tuhan yang telah lama meninggalkan tunjang gereja mereka.

kembalilah ke pangkuan kami!!!! ini adalah jemputan dan anda layak untuk menolak.

shalom


Respon Penulis:

Pembaca Seiman Dalam Yesus,
Untuk makluman semua, saya beragama Kristian (Gereja Roman Katolik) dan wajib untuk umat Kristian menghadiri Misa Kudus Ash Wednesday pada hari Rabu. Memang benar bahawa hari Ash Wednesday merupakan permulaan umat mula berpuasa dan pantang sebelum Hari Kebangkitan Yesus (Easter).

Pada hari Abu Besar, kita bertaubat dan kembali kepada Injil atau mengingatkan diri kita bahawa kita asalnya daripada abu dan kembali menjadi abu. Untuk mengubah Hari Abu Besar kepada hari lain, kita harus mempunyai alasan yang kukuh. Persoalannya, adakah kita di Malaysia sanggup mengetepikan tuntutan agama suci kita kerana mahu memberikan ruang untuk Perayaan Ayam Jantan? Marilah kita tanya soalan penting ini: Bolehkah Perayaan Ayam Jantan ditukar kepada hari lain dan bukan sebaliknya? Jawapan kepada soalan ini akan menentukan kepercayaan atau iman kita. Jawablah secara jujur dan anda akan tahu jawapannya kerana Yesus adalah KEBENARAN.

Seruan saya ialah: Utamakanlah TUHAN ALLAH daripada yang lain, nescaya itulah keselamatan kita. Pujilah Yesus, Juruselamat kita. Amen dan Amen.

 

Komen daripada christ IP: 60.52.22.76 Apr 13th, 2006 – 6:19 PM

hi all..

why we dont ask this question to our church leader? may be our bishop know the reason. or our priest or our sister.

everybody can claim that he/she is catholic in this forum. even “them”. dont we?

actually, not only ash wednesday…how about ka’amatan which clebrated in the church? we all know that ka’amatan in pagan belief.

until then,

love all

Respon Penulis:

Saya lega kerana ada yang memberi respon kepada permasalahan yang dipaparkan melalui forum ini. Saya rasa tak perlulah kita persoalkan kekatolikan peserta forum ini, memadailah kita melihat kejujuran mereka yang mengemukakan soalan-soalan yang patut dijawab oleh Pemimpin Gereja (Bishop atau Paderi).

Daripada pengalaman saya, saya pernah bertanya soalan seperti ini kepada Pemimpin Gereja termasuk Paderi. Namun, respon mereka amat mengecewakan. Bukan sahaja jawapan yang diberikan agak kabur, tidak jelas atau sekadar melepaskan batuk di tangga sahaja. Mereka tidak mempedulikan hasrat kita untuk mencari kebenaran, malah mereka melihat kita sebagai satu ancaman. Inilah pengalaman pahit yang saya alami apabila saya mula mempersoalkan ajaran atau doktrin Gereja masa kini terutama sekali dari segi percanggahan daripada doktrin asal (lama). Saya bukannya berniat jahat tetapi mencari KEBENARAN kerana Yesus itu Kebenaran. Mencari kebenaran bermaksud kita mencari Yesus.

Persoalan tentang Kaamatan terutama sekali dari segi ritual yang melibatkan bobohizan dalam Gereja amatlah serius dan perlu dijawab. Saya tidak ada jawapan tetapi berasa bahawa upacara pagan tidak sepatutnya menyerap masuk ke dalam kebaktian Katolik.

Betapa baiknya jika ada Pemimpin Gereja, Paderi atau Bishop yang turut serta dalam forum ini.

Happy Easter 2006.


  1. srewartwegner

    wahai saudar-saudara yg seiman dlm nama TUHAN YESUS jika anda tidak mendalami dan mengenal YESUS dengan lebih dekat jangan muatkan perkara2 yg anda sendiri tidak memahaminya…akibatnya anda akan menjadi bahan untuk diserang oleh orang lain… tanpa pengetahuan yg cukup tentang apa yang anda bincangkan..,jgn bermain dengan ayat-ayat suci dalam Alkitab kerana ini akan meroskan itenti gereja anda sekiranya ianya tidak selaras dengan doktrin gereja anda mungkin akan merosakanya….




Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


  • Laman

  • Artikel Terkini

  • Artikel Popular

  • Kategori

  • Sila masukkan alamat e-mel anda untuk melanggan blog ini dan menerima pemberitahuan melalui e-mel apabila ada artikel baru diterbitkan.

    Join 50 other followers


%d bloggers like this: