Kristian Bukan Katolik Menyambut Komuni Suci

 

Setahu saya, umat Protestan tidak dibenarkan menyambut Komuni Suci kerana mereka tidak mempercayai doktrin transubstantiation dan menolak Komuni Suci sebagai benar-benar Tubuh dan Darah Kristus. Secara logik, sekiranya mereka menerima doktrin ini, maka sepatutnya mereka terlebih dahulu kembali ke pangkuan Gereja Roman Katolik sebelum dibenarkan menyambut.

Malangnya, mengikut artikel http://www.zenit.org/english/visualizza.phtml?sid=74984 didapati Kardinal Joseph Ratzinger atau sekarang ini dipanggil dengan nama Benedict XVI secara sukarela telah memberi Komuni Suci kepada umat Protestan Brother Roger Schutz semasa upacara pengebumian Paus John Paul II pada 17 Ogos 2005.

Perkara ini amat mengejutkan kerana perbuatan tersebut melanggar Hukum Allah iaitu:

Mat 7:6 “Jangan kamu memberikan barang yang kudus kepada anjing dan jangan kamu melemparkan mutiaramu kepada babi, supaya jangan diinjak-injaknya dengan kakinya, lalu ia berbalik mengoyak kamu.”

Respon daripada para pembaca amatlah dihargai.


  1. Endakayoh

    Mengapa ayat ini tidak diambil perhatian

    The letter, written in French, expressed Brother Roger’s desire “to come as soon as possible to Rome to meet with me and to tell me that ‘our Community of Taizé wants to go forward IN COMMUNION with the Holy Father,'” according to Benedict XVI.

    The letter ended with these words in Brother Roger’s own handwriting: “Holy Father, I assure you of my sentiments of profound COMMUNION. Frère Roger of Taizé.”

    In Communion di sini bermaksud mahu bergabung dgn Gereja Katolik.

    Persoalannya.
    Tidak disebutkan bahawa para rasul telah dibaptis, dan tidak juga dinyatakan bahawa mereka yg hadir dalam Perjamuan Terakhir semuanya dibaptis dan Katolik. Tetapi mengapakah mereka menerima Tubuh dan Darah Yesus? Kerana mereka percaya akan hal itu. Jadi sama juga dgn peristiwa di atas.

    Saya pernah melihat (di Tenom) seorang paderi memberi komuni kepada seorang Lutheran semasa misa. Kami bertanya mengapa demikian. Paderi itu berkata, apabila dia mengatakan kepada orang itu adakah dia peraya bahawa Roti itu benar-benar tubuh Kristus, orang itu menjawab bahawa dia percaya bahawa itu benar2 tubuh Kristus. Saya percaya Brother Roger benar-benar percaya bahawa Roti itu adalah benar2 tubuh Kristus. Dan Brother Roger bukanlah anjing atau babi. (Komuniti Taize adalah terdiri dari berbagai denominasi Kristian termasuk Katolik)

    • Tidak disebutkan tidak bermakna tidak dibaptis. Alkitab tidak mengandungi semua fakta dan semua ajaran. Kita harus juga merujuk kepada Tradisi Suci. Tradisi Suci bermakna semua ajaran yang dipercayai oleh semua orang, di semua tempat dan pada semua zaman. Para Rasul adalah Katolik sepenuhnya. Ini adalah fakta. Selain itu, mereka juga adalah para Uskup dan para Paderi yang pertama, dikonsekrasikan sendiri oleh Tuhan Jesus. Mengikut ajaran Tradisi Suci, Komuni Kudus hanya boleh diterima oleh umat Katolik. Menjadi Protestan bermakna menolak satu atau lebih ajaran Katolik. Penolakan ini merupakan satu dosa mortal dan mereka tidak boleh menerima Komuni Kudus.




Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


  • Laman

  • Artikel Terkini

  • Artikel Popular

  • Kategori

  • Sila masukkan alamat e-mel anda untuk melanggan blog ini dan menerima pemberitahuan melalui e-mel apabila ada artikel baru diterbitkan.

    Join 50 other followers


%d bloggers like this: