Menerima (Menyambut) Komuni Dengan Tangan

 

Sejak kebelakangan ini, saya dapati semakin ramai umat yang menyambut Komuni Suci dengan telapak TANGAN KIRI seperti yang ‘diajar’ oleh Gereja dan kemudian membuat pembaharuan iaitu ‘menjilat’ atau mengambil masuk Komuni Suci itu dengan lidah terus ke dalam mulut. Saya terfikir tentang penemuan ini terutama sekali selepas menghadiri Misa pada hari ini 11/6/2006 jam 7.30 am di SFX, Keningau.

Persoalannya: Kenapakah fenomena ini wujud terutama sekali di kalangan umat yang BENAR-BENAR percaya akan doktrin TRANSUBSTANTIATION (kejadian perubahan roti dan anggur yang BENAR-BENAR menjadi tubuh dan darah Kristus).

Sebelum Gereja era Vatican II membenarkan perubahan cara menyambut Komuni Suci dengan lidah kepada tangan, umat Katolik WAJIB menyambut hanya dengan lidah sahaja. Cara menyambut dengan lidah adalah SELARAS dengan kepercayaan kita kepada doktrin transubsantiation.

Untuk pengetahuan pembaca, menyambut dengan tangan merupakan amalan Gereja Protestan menyambut roti yang hanya merupakan simbolik tubuh dan darah Kristus. Umat Protestan menyambut dengan tangan kerana mereka menolak doktrin transubsantiation.

Extraordinary ‘Communion’ Minister mencuci tangan mereka sebelum memberi kesambutan Komuni Suci kepada umat tetapi malang sekali kerana umat tidak berpeluang mencuci tangan mereka sebelum pergi menyambut. Tangan kita sentiasa digunakan untuk memegang dan menyentuh objek-objek dan tentunya mudah menjadi kotor bermula dari saat kita keluar rumah sehinggalah masa kita pergi menyambut. Bolehkah tangan yang ‘kotor’ menyentuh atau memegang atau menerima Komuni Suci (TUBUH DAN DARAH KRISTUS). Inilah delima besar yang dihadapi oleh umat Tuhan. Ditambah pula, ‘serbuk’ atau cebisan Komuni Suci yang terjatuh dibiarkan sahaja kerana altar boy tidak lagi menggunakan piring.

Persoalan seterusnya ialah akibat daripada perubahan yang saya perhatikan ini, sopankah kita jika kita menyambut Komuni Suci dengan tangan KIRI? Bolehkah kita bersalam dengan tangan kiri dengan orang lain? Ini merupakan delima besar yang kedua.

Saranan saya kepada Gereja ialah cara menyambut harus diubah balik ke cara asal (lama) kerana ia merupakan kaedah yang menjadi tradisi suci Gereja dan merupakan kaedah yang terbaik dan terhormat untuk menyambut Tubuh dan Darah Kristus Jesus, Raja dan Juruselamat Manusia. Demi Kristus, saya berdoa perkara ini mendapat sokongan pembaca dan diterima pakai oleh Gereja kita.


  1. terima kasih, kerana telah menerangkan segalanya. puji kepada Allah, kerana telah menbuka mata saya sehingga saya boleh mebuka website ini.
    Puji Tuhan..

  2. author

    Saya menyarankan kepada semua supaya kembali belajar agama Kristian seperti yang diajar oleh Gereja Roman Katolik sejak 2000 tahun dahulu tanpa mengalami perubahan. Konsili Vatican II banyak membawa perubahan yang kerap kali tidak selaras dengan ajaran Gereja/Konsili/Paus terdahulu. Jadi, eloklah kita semua merujuk semula kepada Tradisi Suci yang menjadi amalan umat Katolik sejak zaman para rasul.

    Pujian Kepada Raja Yesus, Tuhan dan Allah kita selamanya.

  3. setuju juga..kdg2 kita tidak sedar bhwa tangan amat kotor….

  4. andrew

    Pada perjamuan terakhir Yesus ga menyuap roti masing2 langsung ke mulut murid2nya, tp di pecah2 lalu dibagi2kan

    menurut saya sebaiknya kita fokus mempersiapkan diri agar lebih layak menyambut tubuh Kristus, i.e. mengaku dosa dulu sebelum menerima Tubuh Kristus

    soal ini saya lebih melihat keputusan dr keuskupan, saya hanya nurut aja

    mau pake tangan, atau langsung dr mulut. yg penting cara kita menyambut tubuh Kristus dengan hormat.

    Respons:
    Para Rasul merupakan uskup dan paderi pertama yang dikonsekrasikan oleh Yesus sendiri.

    • Endakayoh

      Tidak ada bukti bahawa para rasul menyuapkan tubuh kristus semasa mereka memecah-mecahkah roti bersama umat kristian terawal. Secara logiknya mereka mengikuti bagaimana cara Yesus merayakan pemecahan roti.

      Memang ada dua cara utk menyambut sama ada menggunakan tangan atau menggunakan lidah.

  5. Sekarang sudah tahun 2010, bagaimana umat katolik menyambut? Saya tidak ingat kalau ada diberi penerangan ttg ini. Saya masih menyambut ikut cara majoriti iaitu tapak tangan di atas kemudian diambil oleh tangan kanan untuk masuk mulut.

    • Umat diberi pilihan sama ada menyambut dengan tangan secara berdiri atau berlutut dan menyambut dengan lidah. Majoriti agaknya segan untuk berlutut dan mengeluarkan lidah untuk menyambut, jadi kebanyakan umat menyambut dengan tangan dan berdiri.

  6. nd

    tolong….saya ingin bertanya, boleh kah saya menyambut tubuh kristus jika saya pernah melakukan dosa besar dan belum membuat pengakuan dosa….




Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


  • Laman

  • Artikel Terkini

  • Artikel Popular

  • Kategori

  • Sila masukkan alamat e-mel anda untuk melanggan blog ini dan menerima pemberitahuan melalui e-mel apabila ada artikel baru diterbitkan.

    Join 50 other followers


%d bloggers like this: