Misa Tridentine vs Misa Order Baru – Suatu Pendedahan

 

Ramai daripada kita yang tidak sedar bahawa cara Misa dirayakan sebelum tahun 1965 (dikenali sebagai ‘Misa Latin’ atau ‘Misa Tridentine’) TIDAK SAMA dengan Misa Order Baru (seperti yang dipakai sekarang ini) seperti yang dapat dibaca dari Buku ‘Pozoo No Kinoingan’ cetakan ke-8 dan Buku ‘Sing Your Praise to God’ New Edition yang diterbitkan oleh Bishop James Chan. Perubahan ini telah diarah oleh Paus Paul VI (RIP).

Yang mengejutkan saya ialah perubahan ini bukan berbentuk pengubahsuaian dari yang lama tetapi merupakan perubahan mendadak dari yang lama kepada bentuk lain yang baru sepenuhnya. Dari segi Matematik, Misa Order Baru hanya mengandungi kira-kira 30% elemen atau unsur yang dipetik semula dari Misa Lama (Tridentine), yang selebihnya merupakan rekaan manusia atau sesuatu yang benar-benar baru. Ini membawa maksud Misa Lama telah ‘dihapuskan’ dan digantikan dengan yang baru dan ‘ASING’ serta menyimpang daripada tradisi Gereja. Paus John Paul II (RIP) tidak pernah mengharamkan penggunaan Misa Tridentine tetapi setahu saya tidak ada paderi yang tahu atau sanggup merayakan Misa Tridentine.

Memang banyak perbezaan ketara apabila dibanding upacara Misa Lama dengan Misa Baru tetapi dalam forum ini, saya hanya akan menyentuh satu perkara sahaja semasa Doa Syukur Agung II iaitu apabila paderi mengkonsekrasikan air anggur:

“TERIMALAH DAN MINUMLAH! INILAH PIALA DARAHKU, DARAH PERJANJIAN BARU DAN KEKAL, YANG DITUMPAHKAN BAGIMU DAN BAGI SEMUA ORANG DEMI PENGAMPUANAN DOSA.”

Tetapi dalam upacara Misa Lama, perkataan ‘semua’ tidak digunakan tetapi perkataan yang sepatutnya ialah ‘banyak’. Kita semua tahu bahawa maksud ‘semua’ TIDAK SAMA dengan ‘banyak’. Apabila perkataan ‘banyak’ diganti dengan perkataan ‘semua’ maka Gereja telah mengubah doktrin dan memperkenalkan **** satu doktrin baru yang asing dan bersifat heretical.

Apabila saya membuat semakan silang kepada Bible Catholic, saya terkejut dengan apa yang saya baca:

Mat 26:27-28 “Sesudah itu Ia mengambil cawan, mengucap syukur lalu memberikannya kepada mereka dan berkata: “Minumlah, kamu semua, dari cawan ini. Sebab inilah darah-Ku, darah perjanjian, yang ditumpahkan bagi BANYAK orang untuk pengampunan dosa.”

Mar 14:23-24 “Sesudah itu Ia mengambil cawan, mengucap syukur lalu memberikannya kepada mereka, dan mereka semuanya minum dari cawan itu. Dan Ia berkata kepada mereka: “Inilah darah-Ku, darah perjanjian, yang ditumpahkan bagi BANYAK orang.”

Upacara Misa Lama selaras dengan Alkitab, tetapi Misa Order Baru didapati telah menukarkan perkataan ‘banyak orang’ kepada ‘semua orang’. Ini merupakan satu perubahan doktrin yang besar dan serius. Konsep KEBENARAN dan ciri ‘indefectible’ serta ‘unchangeable’ Gereja tidak membenarkan Gereja mengubah doktrinnya sesuka hati.


Apakah pendapat para pembaca tentang pendedahan ini?

Rujukan:
1. Buku ‘Sing Your Praise to God’ New Edition terbitan Bishop James Chan
2. Buku ‘Pozoo No Kinoingan’ Cetakan ke-8
3. Alkitab Terjemahan Baru (Indonesia)
4.http://www.vaticaninexile.com/Pog/Nom/Consecration.html
5.http://traditioninaction.org/religious/m002rpMisunderstandingMass.htm
6.http://www.fisheaters.com/ottavianiintervention.html


  1. Daniel

    Perbezaan kata-kata konsekrasi itu hanya muncul dalam bahasa Indonesia (melayu) sahaja.

    DSA II bahasa Indonesia (Melayu):
    “TERIMALAH DAN MINUMLAH! INILAH PIALA DARAHKU, DARAH PERJANJIAN BARU DAN KEKAL, YANG DITUMPAHKAN BAGIMU DAN BAGI SEMUA ORANG DEMI PENGAMPUANAN DOSA.”

    DSA II Latin:
    ACCIPITE ET BIBITE EX EO OMNES: HIC EST ENIM CALIX SANGUINIS MEI NOVI ET AETERNI TESTAMENTI, QUI PRO VOBIS ET PRO MULTIS EFFUNDETUR IN REMISSIONEM PECCATORUM. HOC FACITE IN MEAM COMMEMORATIONEM.

    Dalam versi Latin (aseli) digunakan kata pro multis (bagi banyak) dan bukan pro omnes (bagi semua).

    Jadi masalahnya bukan pada teks DSA tapi pada terjemahannya. Terjemahan ini memang tidak sempurna tapi itu tetap valid dan licit karena telah disahkan oleh Takhta Suci.

    Dan lagi semua DSA dalam Novus Ordo menggunakan pro multis (bagi banyak) dan tak satupun yang mengubahnya menjadi pro omnes

    Terjemahan Indonesia memang mengecewakan karena kata Latin “Ex eo omnes” (hai kamu semua) tidak diterjemahkan tapi dilewati begitu sahaja.

    Jadi jika teks latin atas konsekrasi itu diterjemahkan maka seharusnya (atau idealnya) menjadi:
    TERIMALAH DAN MINUMLAH, HAI KAMU SEMUA: INILAH PIALA DARAHKU, DARAH PERJANJIAN BARU DAN KEKAL, YANG DITUMPAHKAN BAGIMU DAN BAGI BANYAK ORANG DEMI PENGAMPUNAN DOSA. LAKUKANLAH INI UNTUK MENGENANGKAN DAKU.

    Kardinal Arinze sendiri mendorong agar “bagi banyak” dipergunakan ketimbang “bagi semua”

  2. author

    Misa Tridentine menggunakan formula yang betul dan tanpa ragu-ragu adalah valid dan licit tetapi bagaimana dengan Misa Novus Ordo yang menggunakan formula yang cacat. Perkataan ‘banyak’ dan ‘semua’ membawa makna yang amat berbeza. Misa yang menggunakan terjemahan yang salah KEMUNGKINAN mencacatkan keseluruhan Misa tersebut. Saya anjurkan kepada semua umat supaya menghadiri Misa Tridentine.

  3. Endakayoh

    Terma “Tridentine” diambil dari perkataan Latin Tridentinus, yang bermaksud yg berkaitan dengan kota Tridentum. Ia merupakan jawapan kepada keputusan Konsili Trent bahawa Paus Pius V mengisytiharkan Tata Upacara Misa 1570, menjadikannya mandatori di seluruh Gereja di Barat.

    Semasa Konsili Trent, tradisi yang tersimpan dalam cetakan dan manuskrip misa adalah sangat pelbagai, dan pembakuan dibuat sama ada pada dioses individu dan seluruh Gereja Latin. Pembakuan ini diperlukan untuk mengelakkan pemasukan liturgi Protestsnt.

    Paus St. Pius V akhirnya mengenakan keseragaman melalui Papal Bull “Quo Primum”, 1570 dengan arahan utk menggunakan Tata Upacara Misa Roma yg direvisi oleh beliau. Hanya ritus yg berumur 200 tahun sahaja yg dibenarkan oleh beliau disertakan di dalam Tata Upacara Misa ini. Beberapa ritus yg kekal wujud telah ditinggalkan, namun Ritus Ambrosian (di Milan Itali) kekal wujud (hingga kini) dan ritus Mozarabic kekal digunakan secara terhad di Toledo dan Madrid, Spanyol

    Jelas sekali bahawa apa yg dikatakan tradisi lama (misa) ini hanya dibuat pada 1507 (dan sudah tentunya tradisi ini tidak berasal dari Tuhan Yesus dan para rasul, dan sudah tentunya rekaan manusia). Jelas sekali bahawa sebelum Konsili Trent terdapat berbagai cara untuk merayakan Misa Kudus dan hanya diseragamkan oleh Paus Pius V dan sudah tentunya utk menyeragamkannya ada ritus yg lebih tua sama ada dibuang atau digabungkan di dalam Ritus yg dipromulgasi oleh Paus Pius V.
    Selepas Vatikan II, gereja katolik dituduh menyesatkan seluruh Gereja katolik dengan mempromulgasi bentuk Tata Upacara Misa Roma yg baru terutama dari Traditionalist Catholic.

    Persoalannya di sini adakah autoriti Paus Pius V dan Konsili Trent lebih besar dari autoriti Paus Yohanes XXIII dan Paus Paulus VI serta Para Uskup yg bersidang pada Konsili Vatikan II. Kalau Paus Pius V boleh mengubah dan menyeragamkan Misa yg lebih tua yg ada sebelum Konsili Trent, tidak bolehkah Paus Paulus VI dan Konsili Vatikan II melakukan perkara yg sama, mengapa mereka dianggap menyesatkan gereja Katolik, tidak bolehkah tuduhan tersebut diberikan kepada Konsili Trent dan Paus Pius V kerana mengubah tatacara misa yg lebih tua. Yg Menghairankan mereka yg menyokong pertuduhan ini masih kekal sebagai Roman Katolik, kenapa tidak meninggalkan katolik kalau memang gereja sudah sesat
    Seperkara yg penting bahawa Konsili Vatikan II adalah konsili Gereja sejagat (itulah sebab ia dipanggil ecuminical council), sementara Konsili Trent tidak diwakili oleh seluruh Gereja.
    Kalau mereka yg berkeras mahu mengadakan semula Misa Tridentine (yg sebenarnya boleh dirayakan oleh setiap paderi atas kebenaran Uskup setempat), mengapa tidak merayakan misa yg lebih asli seperti yg dirayakan para rasul. Kenapa mahu berkeras menggunakan misa yg hanya dibentuk pada 1507, kenapa tidak dgn perayaan yg seperti dirayakan oleh para rasul. Kalau kita belajar sejarah parayaan misa kudus, sudah tentu kita dapat melihat bahawa terdapat beberapa perubahan berlaku pada cara ia dirayakan (tetapi intinya tetap sama). Siapa boleh buktikan bahawa para rasul merayakan Perjamuan Tuhan (misa) dgn membelakangkan umat dan berbahasa latin? Adakah Tuhan hanya mendengar doa dri bahasa Latin? Jika demikian apa terjadi pada Gereja Orthodoks Timur yg bergabung dgn Roma tetapi menggunakan bahasa Yunani? Adakah mereka dibuang di Neraka?

    Tata Cara Upacara Misa yang baru, seperti juga yg berlaku pada Konsili Trent adalah hasil permintaan Gereja Sejagat. Harus diingat juga bahawa setiap apa yg didikrikan oleh Vatikan II adalah ajaran gereja yg sah, disahkan oleh Paus dan uskup seluruh dunia (adakah uskup-uskup ini dipimpin oleh iblis dan hanya seorang sahaja yg tidak? Adakah mereka berdoa memohon bimbingan iblis? Adakah semasa dalam sidang ini mereka tidak berdoa memohon bimbingan Roh Kudus?), dari beribu Uskup yg menyertainya hanya seorang yg tidak bersetuju (mengatakan ajaran Vatikan II adalah ajaran syaitan).

    Ajaran Vatikan II adalah ajaran gereja di dalam dunia modern, melihat keadaan lanskap dunia ini, dan meninggalkan lanskap Gereja yg lama, seperti Inquistion (telah mengorbankan banyak umat), pembunuhan dan peminggiran org Yahudi, menghalalkan hamba abdi dan banyak lagi kesilapan gereja masa lalu.
    Biarpun Vatikan II adalah satu pembaharuan Gereja, ia tidak pernah mengubah inti penting ajaran Gereja terdahulu.
    Org yg menentang ajaran Vatikan II enggan membacanya. Mereka sering menggunakan perkataan latin Extra Ecclesiam nulla salus, jadi siapakah yg Extra Ecclesiam sekarang. Mana mungkin Gereja Katolik oleh kerana Vatikan II menjadi Extra Ecclesiam. Dapatkah gereja berada diluar gereja? Mustahil. Tetapi org yg menentang ajaran gereja yg sah boleh menjadi Extra Ecclesiam.

    Jika benar ajaran Gereja sekarang menyesatkan, betapa kasihannya lebih 1 billion umat katolik yg tersesat, jika demikian sungguh tidak berkuasanya Yesus dan Roh Kudus untuk mengelakkan umat-Nya dari tersesat. Mengatakan Ajaran Gereja sekarang adalah sesat sama juga menghujat Allah, kerana menggangap Allah tidak berkuasa utk mengelakkan Gereja dari tersesat.

    • Saudara Endakayoh, terima kasih di atas respons yang agak panjang lebar. Misa Latin Traditional atau Tridentine Mass DISUSUN ATUR (codified) pada tahun 1507 Paus St Pius V kerana terlalu banyak variasi dan tidak terkawal. Perubahan yang berlaku adalah bersifat ‘organik’. Inti pati tidak berubah. Tindakan Paus St Pius V adalah susulan kepada ‘arahan’ Konsili Vatican I (Konsili yang dogmatik) bahawa Misa Kudus hendaklah mempertahankan kesucian ajaran Katolik yang autentik dan kekal. Pada waktu itu juga, ajaran heresy berlaku di sana sini. Misa Tridentine disusun atur berdasarkan acuan sebenar Misa Kudus seperti yang diajar oleh Tuhan Jesus.

      Konsili Vatican II adalah bersifat ‘pastoral’ dan dokumen yang dihasilkan adalah bersifat ‘pastoral’, bukannya dogmatik. Dokumen Vatican II haruslah dibaca dan ditafsir mengikut Tradisi Suci dan ajaran Gereja sejak dahulu. Ini juga bermaksud bahawa Vatican II tidak berkuasa untuk memperkenalkan ajaran yang baharu. Misa Novus Ordo adalah suatu ciptaan baharu. Novus bermakna Baharu. Kalau diperbandingkan antara Misa Tridentine dan Misa Novus Ordo, perbezaan adalah jelas. Misa Novus Ordo bukanlah hasil daripada Vatican II tetapi direka atas arahan Paus Paul VI. Dan juga, Misa Tridentine tidak pernah ditegah oleh Gereja malah sepatutnya menjadi bentuk Ordinary, bukannya Extraordinary.

      Untuk memudahkan kita berbincang, disarankan agar tulisan saudara tidak terlalu panjang. Kita fokus kepada satu isu sahaja pada satu masa dan dikupas lebih lanjut. Terima kasih.




Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


  • Laman

  • Artikel Terkini

  • Artikel Popular

  • Kategori

  • Sila masukkan alamat e-mel anda untuk melanggan blog ini dan menerima pemberitahuan melalui e-mel apabila ada artikel baru diterbitkan.

    Join 50 other followers


%d bloggers like this: