Berlutut atau Berdiri di hadapan Yesus?

 

Saya terbaca satu artikel yang menarik tentang ‘berlutut’ di Internet
http://www.heraldnet.com/stories/06/06/17/100fea_b3kneel001.cfm. Secara ringkas, ia menceritakan ‘pergaduhan’ antara Paderi Paroki dengan 1/3 umatnya yang enggan berdiri dan sebaliknya berlutut (seperti mana yang biasa mereka lakukan sejak dahulu lagi) semasa upacara Misa berjalan.

Daripada pembacaan ini, saya kemukakan persoalan yang sentiasa menghantui hati dan fikiran saya sebagai seorang pengikut Kristus Yesus. Umat semakin kurang berlutut dan sepanjang pengalaman saya di Gereja SFX, Keningau, ada beberapa umat yang sudah membuat peraturan sendiri iaitu hanya berduduk (walaupun lutut tidak sakit) apabila majoriti umat lain sedang berlutut.

Saya berpendapat bahawa semua umat haruslah dengan penuh kerelaan dan kerendahan hati melakukan perbuatan melutut dengan sepenuh hati sehingga (sekurang-kurangnya satu) lutut mencecah lantai. Malang sekali, ramai antara kita hanya membengkokkan lutut sedikit sahaja dan itupun dengan perasaan malu.

Berlutut tidak sama dengan menundukkan kepala (bow). Sebab utama kenapa saya berlutut ialah kerana saya tidak layak berada di hadapan Tuhan Allah yang kudus sedangkan saya ini orang berdosa. Sepanjang hidup saya, saya hanya berlutut di hadapan Yesus dan tidak kepada orang lain (kecuali Orang Kudus/Saints spt Bonda Maria). Berdiri mungkin boleh diterima sebagai menghormati Yesus, tetapi berlutut menandakan adorasi. Saya berdoa bukan sahaja di hati atau dengan mulut tetapi juga dengan perlakuan anggota tubuh saya. Saya berdiri semasa menyanyikan lagu Negaraku, tetapi saya berlutut apabila menghadap Tuhan Allah.

Apabila saya membuat pencarian perkataan ‘berlutut’ di Alkitab, saya menjumpai 40 ayat. Antaranya:

Yesus berlutut semasa berdoa kepada Bapa di syurga.
“Kemudian Ia menjauhkan diri dari mereka kira-kira sepelempar batu jaraknya, lalu Ia berlutut dan berdoa, kata-Nya:” [Lukas 22:41]

“Seorang yang sakit kusta datang kepada Yesus, dan sambil berlutut di hadapan-Nya ia memohon bantuan-Nya, katanya: “Kalau Engkau mau, Engkau dapat mentahirkan aku.” [Markus 1:40]

“… di tepi pantai kami berlutut dan berdoa.” [Kisah Para Rasul 21:5]

“Sesudah mengucapkan kata-kata itu Paulus berlutut dan berdoa bersama-sama dengan mereka semua. [Kisah Para Rasul 20:36]

“Masuklah, marilah kita sujud menyembah, berlutut di hadapan TUHAN yang menjadikan kita.”[Mazmur 95:6]

Saya menyeru kepada semua agar berlutut semasa Misa Kudus dirayakan. Puji Tuhan, Alleluia.

Rujukan:
http://www.newadvent.org/cathen/06423a.htm
http://www.catholicnews.com/data/stories/cns/0604216.htm
http://www.adoremus.org/1002Kneeling.html
http://www.americancatholic.org/Newsletters/CU/ac0703.asp
http://www.catholic.com/library/liturgy/kneeling_1.asp
Alkitab Elektronik 2.0.0 – Alkitab Terjemahan Baru © 1974 Lembaga Alkitab Indonesia

 


  1. Mayjune

    Salam Damai, Bagaimana pula jika seseorang itu berdoa secara berbaring akibat sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan dan bagaimana jika orang itu berdoa secara berbaring kerana malas berlutut terutamanya ketika hendak tidur.

    • Apabila sebuah keluarga berdoa Rosari, maka postur berdoa haruslah berlutut kecuali menghadapi masalah sakit lutut yang keterlaluan (biasanya orang tua akan menghadapi masalah berlutut, tetapi orang muda haruslah berusaha untuk berlutut). Sebelum tidur, baik berdoa berlutut di tepi katil. Walau bagaimanapun, jika saya sedang memandu, saya masih boleh berdoa Rosari. Dalam keadaan ini, tentunya saya tidak dapat berlutut. Oleh itu, haruslah dijadikan tabiat atau kebiasaan untuk berlutut apabila berdoa. Tetapi, ada masanya, kita masih ‘berdoa’ (atau berfikir tentang Tuhan Allah) apabila kita tidak berada dalam masa berdoa. Misalnya, saya masih boleh berdoa walaupun saya sedang berjalan ke sekolah, membasuh pinggan, menyapu lantai dan sebagainya.

      ‘Malas’ atau ‘sloth’ dalam bahasa Inggeris (acedia, dalam bahasa Latin) merupakan salah satu daripada tujuh dosa ‘capital’. Untuk keterangan lanjut sila, layari:
      http://truecatholic.bizland.com/MyCatholicFaith/mcfc026.htm
      http://en.wikipedia.org/wiki/Seven_deadly_sins#Sloth_.28Latin.2C_acedia.29




Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


  • Laman

  • Artikel Terkini

  • Artikel Popular

  • Kategori

  • Sila masukkan alamat e-mel anda untuk melanggan blog ini dan menerima pemberitahuan melalui e-mel apabila ada artikel baru diterbitkan.

    Join 50 other followers


%d bloggers like this: