Bahasa Komunikasi Gereja

 

Bermula pada tanggal 3 April 1969, perubahan besar telah diumumkan oleh Paus Paul 6 iaitu Misa Kudus Lama ditukar dengan Misa Kudus Baru (Novus Ordo Missae). Perubahan ini memberi ruang kepada penggunaan bahasa tempatan dalam upacara Misa Kudus.

Untuk pengetahun semua pembaca, bahasa rasmi Gereja masih lagi bahasa Latin. Sebelum tahun 1969, Misa Kudus hanya boleh dirayakan dalam bahasa Latin SAHAJA. Apakah rasional arahan ini?

Bahasa Latin adalah bahasa ‘mati’ iaitu tidak ada lagi masyarakat dunia yang menggunakan bahasa ini dalam pertuturan harian. Dengan kata lain, bahasa Latin tidak mempunyai penutur jati (native speaker). Ini bermakna bahasa Latin tidak lagi mengalami sebarang perubahan evolusi seperti bahasa-bahasa lain. Contoh: Dalam bahasa Melayu, perkataan Puan boleh dirujuk kepada wanita bujang atau yang telah berkahwin tetapi pada zaman sekarang, Puan lebih ditujukan kepada wanita yang sudah bersuami manakala wanita bujang pula tidak senang dipanggil Puan (tetapi Cik digunakan). Dalam bahasa Inggeris dahulu, perkataan ‘Ghost’ bermaksud roh. Sebab itu tanda salib dahulu berbunyi: In the name of the Father, and of the Son and of the Holy Ghost. Tetapi bahasa Inggeis mengalami evolusi (perubahan) sehingga makna ‘ghost’ lebih merujuk kepada roh jahat.

Atas alasan inilah maka, Gereja menetapkan bahawa doktrin agama Roman Katolik perlu dijelaskan secara rasmi dalam bahasa Latin kerana maknanya tidak berubah walaupun masa berubah. Jika bahasa lain digunakan seperti bahasa Inggeris (bahasa hidup) maka doktrin akan berubah kerana bahasa Inggeris masih berubah mengikut peredaran masa. Yesus tetap sama: dahulu, sekarang dan selamanya. Gereja juga tetap sama dari dahulu hingga sekarang kerana KEBENARAN tidak mungkin boleh berubah! Jika berubah, maka kita menuduh Allah pembohong! Doktrin Gereja tetap sama sepanjang zaman iaitu doktrin tidak boleh diubah, berubah ataupun mengalami evolusi. Gereja adalah ‘indefectible’ atau ‘unchangeable’.


Penggunaan bahasa Latin dalam upacara Misa Kudus dapat memberi jaminan bahawa ajaran dan doktrin Gereja tetap utuh dan sama walaupun ia dirayakan di merata tempat di seluruh dunia. Tidak kira sama ada kita mengikuti Misa di Jepun, Korea, Amerika Syarikat, Itali atau di Brazil, perayaan Misa tetap 100% serupa. Keadaan ini memberi jaminan KESATUAN dalam komuniti Kristian sedunia. Ini bermakna apabila Misa dirayakan, umat daripada pelbagai bahasa, budaya dan bangsa (dan warna kulit juga) SAMA-SAMA akan merayakan Misa Kudus yang juga SAMA.

Jika ada yang mengadu tidak memahami bahasa Latin, maka harus diberitahu di sini bahawa dalam Buku Sembahyang Latin, bahasa Inggeris (atau bahasa tempatan) ada disertakan di muka sebelah supaya anda boleh mengikut Misa Latin tanpa masalah. Lagipun, bukannya ada di antara kita boleh bertutur dalam banyak bahasa seperti Melayu, Inggeris, Tamil, Kadazan, Dusun, Cina dan sebagainya. Tak bolehkah kita mempelajari bahasa Latin pula?


Tetapi lihatlah apa yang berlaku dalam Gereja kita sekarang. Misa 7.00 am diadakan dalam Bahasa Kadazan dan dihadiri oleh umat Kadazan. Misa jam 9.00 am (Bahasa Malaysia) dihadiri oleh umat Indonesia dan mereka yang tidak memahami Bahasa Kadazan atau Cina dan manakala Misa jam 4.00 pm dihadiri oleh masyarakat kaum Cina! Di manakah letaknya KESATUAN itu? Bukankah ini satu PERPECAHAN? Dan lihatlah di Sabah sahaja, anda akan dapati walaupun di daerah yang sama, Misa Kudus dirayakan agak berlainan dari satu kampung dengan yang lain. Di mana letaknya KESATUAN? Apa jadi sekiranya anda terpaksa mengikuti Misa B Kadazan atau B Cina dan anda tidak faham bahasa itu? Keadaan ini diburukkan lagi apabila faktor budaya tempatan dicampuraduk dalam perayaan Misa Kudus. Masing-masing akan memperagakan kebudayaan masing-masing. Tumpuan fokus umat dialihkan daripada aktiviti bersembahyang dan menyembah Allah kepada aktiviti hiburan manusia atau ‘talent-time’.


Di sini, saya menyarankan kepada Gereja supaya kembali ke keadaan asal apabila Bahasa Latin digunakan sepenuhnya dalam upacara Misa Kudus. Penggunaan bahasa tempatan hanya mengakibatkan ‘perpecahan’ dan berbau PERKAUMAN. Semasa perayaan Misa Kudus, tumpuan umat haruslah 100% kepada Tuhan Allah dan bukannya menyibukkan diri dengan aktiviti kemanusiawian yang mengalihkan tumpuan kita kepada perkara yang remeh temeh.


Respons membina daripada pembaca amat dihargai.

Puji Tuhan Jesus, Raja kita. Amen.


  1. Daniel

    Harap diingat bahwa pada mulanya para Rasul berbahasa Yunani dan Latin. Bahkan Misa Romawi pada mulanya dirayakan dengan bahasa Yunani dan bukan Latin.

    Tuhan Yesus juga mempersembahkan Misa pertama bukan dalam bahasa Latin tetapi Aram

    Kesaksian St. Yustinus menunjukkan bahwa Misa Latin yang beliau ikuti adalah Misa yang dalam banyak hal lebih mirip ritus Timur daripada ritus Latin.

    St. Hippolitus dari Roma bahkan dalam Traditio Apostolica menulis bahwa Misa Romawi dirayakan dalam bahasa Yunani.

    Memang bahasa Latin sejak paling tidak abad ke empat adalah bahasa resmi di Gereja Latin dan Paus Yohanes XXIII dalam Veterum Sapientiae menyerukan pentingnya bahasa Latin.

    Aku setuju jika keseragaman dalam hal Latin dipertahankan tapi harus diingat juga bahwa tidak ada yang salah atau heterodoks bahkan heretical dalam bahasa lokal.

  2. author

    Fakta sejarah tidak menjadi isu di sini. Walau bagaimanapun, adakah tindakan Gereja membenarkan bahasa lokal digunakan menjamin keutuhan doktrin (kebenaran)? Adakah bahasa lokal ini memberikah buah yang lebih sihat atau merosakkan iman umat? Sungguh jelas penggunaan bahasa lokal telah membawa perpecahan umat, perubahan doktrin dan berbau perkauman atau rasis. Isu yang telah saya bangkitkan dalam artikel ini sungguh serius dan berat.

  3. Kate Hazel

    I do not have a strong argument here. but as a person, whether in small scale or in the view of world-wide perspective, your notion on local dialect usage in mass leads to ‘perpecahan umat, perubahan doktrin dan racism’, is not agreeable. You’re asking opinion if ‘bahasa lokal ini membawa buah yang lebih sihat atau merosakkan iman umat’, whereby the next thing is you give your own comment saying ‘Sungguh jelas…perpecahan umat…etc”. That’s a pure personal opinion with no support whatsoever.

    let’s get back to the basic, ‘bahasa melambangkan bangsa’. regardless of sekular or holistik view, the world is a diversified place since the beginning of its creation. manusia hidup dan terus hidup throughout budaya yang meliputinya, bangsanya dan pelbagai faktor lagi. bahasa ialah subset kepada bangsa dan begitu juga bangsa tidak akan kekal tanpa elemen bahasa yang kukuh.

    sekiranya penerapan elemen asing (di dalam hal ini, bahasa Latin, etc) diamalkan dalam budaya saya sebagai orang berbangsa Dusun, maka environment saya itu sudah, in extreme manner to say it, ‘dicemari’. Setiap bangsa harus berbangga bahawa elemen bahasanya mampu dikekalkan sesuai dengan perubahan tamadun, sosioekonomi, etc.

    As again, i do not have strong argument here. but why I got trigger to your notion is, I’m very proud to see the ‘Our Father’ prayer is mentioned in different language, including Kadazandusun in Rome. This alone indicates that the Vatican has an opened view to the diversity of the world language, in a way to unite all Catholics throughout the world to exalt our Most High Lord, regardless or the culture and diversity.

    Please ponder on this. Kebenaran is not only purely based on what language we use, but based on others supporting factor as well.

    Perhaps the next thing you’d say is, the church is to be filled with white ppl only, and not the coloured ppl, negro, arabics, etc. (well, this is only my assumption, and I hereby admit it. No pun whatsoever).

    Kate Hazel

  4. author

    I would like to respond to your comment in English, but on the second thought, I decided to write in Malay instead, so that many Malay speaking Catholics could understand the topic discussed in this blog.

    Saya menghargai komen saudari Kate Hazel walau ‘sekecil manapun’ kerana respon daripada pembaca amat penting demi menghidupkan blog ini dalam usaha kita untuk mencari KEBENARAN seperti mana kebenaran itu dijaga dan diajar oleh Gereja.

    Sebelum saya pergi jauh, eloklah kita melihat kembali pokok cerita tentang penggunaan bahasa tempatan di dalam Misa. Apakah isu sebenarnya yang ingin dibangkitkan oleh penulis blog? Tidak disangkalkan bahawa Bahasa Latin masih kekal diguna pakai sebagai Bahasa Rasmi Gereja sehingga sekarang. Kenapakah pada suatu ketika dahulu, Gereja telah memilih bahasa Latin sebagai bahasa rasmi dan bukannya bahasa lain? Dan kenapakah Gereja pada waktu itu tidak membenarkan penggunaan bahasa tempatan (vernacular) dalam Misa? Kenapakah bekan paderi Katolik, Martin Luther (pengasas agama Protestan, Lutheran) menolak penggunaan bahasa Latin dan mempromosikan bahasa Inggeris dalam ‘Misa’nya. Kenapa, kenapa dan kenapa? Adakah isu bahasa Latin di sini berkaitan atau dikaitkan dengan isu ‘bangsa dan budaya manusia’?

    Memang benar saya menyatakannya sekali lagi di sini bahawa penggunaan bahasa tempatan di dalam Misa menyebabkan perpecahan umat. Ini bukan sekadar pendapat yang tidak berasas. Bukti boleh dilihat daripada pemerhatian sendiri apabila menghadiri Misa Kudus setiap hari Ahad. Kita sedia maklum bahawa Misa dirayakan dua atau tiga kali dalam bahasa tempatan (vernacular) yang berlainan pada setiap hari Minggu.

    Misalnya: 7.30 am Bahasa Kadazandusun, 9.30 Bahasa Malaysia, 11.00 Bahasa Cina dan 6.30 pm (Sabtu) Bahasa Inggeris. Jika anda mampu memahami kesemua bahasa-bahasa ini, maka anda boleh menghadiri mana-mana Misa tetapi buatlah pemerhatian sendiri: Misa Kadazandusun dihadiri terutamanya oleh Kaum Kadazandusun, Misa Cina oleh Kaum Cina, Misa Bahasa Melayu oleh generasi muda Kadazandusun (kerana mereka tidak lagi tahu berbahasa sendiri) dan komuniti Timorese. Jika ada pelancong dari Negara Barat yang berbahasa Inggeris tentunya mereka mesti menghadiri Misa Sunset! Ini satu polarisasi kaum!

    Bagaimana pula jika anda ke negara luar seperti negara Korea, Japan, India, Nepal dan sebagainya, dapatkah anda mengikuti Misa tanpa berasa janggal! Bukan sahaja anda tidak faham bahasanya, tetapi jika diselitkan budaya tempatan, Misa itu menjadi sesuatu yang ASING bagi kita walaupun sama-sama beragama Katolik!

    Untuk contoh yang lebih mudah. Lihat sahaja di Malaysia. Apakah salah satu cara untuk memperkukuhkan perpaduan rakyat? Jawapannya: satu bahasa rasmi sahaja iaitu Bahasa Melayu. Apakah yang akan terjadi sekiranya bahasa Melayu tidak dikuasai oleh seluruh rakyat Malaysia, tentunya menimbulkan banyak syak wasangka dan prejudis!

    Sanggupkah saudari Kate Hazel menghadiri Misa dalam bahasa yang tidak difahami? Jika Kate Hazel berbangsa Kadazan, adakah Kate Hazel sanggup menghadiri Misa dalam bahasa Cina? Tentu sekali TIDAK! Jika begitu ceritanya, di manakah kesatuan dan perpaduan? Bukankah umat ‘dipecahkan’ atau DIASINGKAN mengikut bahasa ibunda masing-masing? Senario ini dapat dilihat di Sabah, bagaimana pula keadaannya di negara-negara asing (atau di peringkat antarabangsa)? Dapatkah umat Katolik di seluruh dunia memiliki kesatuan dan perpaduan yang satu?

    Apakah misi Gereja sebenarnya? Jawablah dengan jujur maka anda akan tahu kebenarannya. Ia TIDAK ada kaitan dengan ‘bahasa melambangkan bangsa’. BAHASA TIDAK AKAN MEMBERI APA-APA KESELAMATAN KEPADA MANUSIA. Bahasa Latin hanyalah digunakan sebagai alat perpaduan dan kesatuan umat Katolik. Bahasa Latin BERKEMAMPUAN memelihara keutuhan iman Katolik: ajaran, doktrin dan dogma Katolik. Bahasa Latin merupakan satu bahasa dunia yang dapat memelihara KEBENARAN YANG MUTLAK SIFATNYA kerana bahasa Latin tidak lagi melalui proses evolusi bahasa. Ini bermakna setiap perkataan dalam bahasa Latin tidak akan berubah maknanya ataupun maksudnya walaupun ditelan zaman.

    Kembali kepada soalan tadi. Apakah misi Gereja sebenarnya? Misi Gereja ialah DEMI KESELAMATAN JIWA-JIWA MANUSIA (salvation of souls) dan bukannya hal-hal yang remeh temeh seperti ‘bahasa jiwa bangsa’. Serahkan tugas menjaga ‘bahasa jiwa bangsa’ itu kepada mereka yang pakar bahasa seperti Dewan Bahasa dan Pustaka, Persatuan Kebudayaan, ataupun para linguistik, ataupun orang perseorangan yang berkemampuan dan berminat. Biarkanlah hal-hal keduniawian diurus sendiri oleh orang-orang duniawi. Bahasa akan lenyap juga pada suatu hari nanti kerana dunia itu sendiri tidak akan kekal. Tetapi jiwa anda dan saya adalah kekal kerana kita dicipta berdasarkan imej Tuhan Allah. Kita hendak pelihara (atau selamatkan) JIWA (soul) atau BAHASA?

    Bahasa Latin hanya digunakan dalam urusan rasmi Gereja seperti dalam Misa. Saya tidak fikir ia akan mencemari bahasa tempatan. Agar luar biasa dan melucukan jika saya berbahasa Latin di rumah! Bukankah bahasa Dusun itu sendiri telah tercemar bukan kerana bahasa Latin tetapi oleh bahasa lain seperti bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan sebagainya. Kenapa pula menyalahkan bahasa Latin? Adakah kita marahkan nyamuk, kelambu dibakar?

    Adakah kita sanggup melihat ‘bahasa sendiri’ dikekalkan (dipelihara) tetapi mengizinkan kebenaran tercemar akibat penggunaan bahasa yang tidak mampu memelihara keutuhan kebenaran itu. Adakah kita lebih mementingkan bunyi-bunyi atau sebutan-sebutan yang indah-indah tetapi membiarkan AJARAN, DOKTRIN DAN DOGMA KATOLIK dicemari? Pokok persoalan di sini ialah: mampukah bahasa Latin yang digunakan di dalam Misa sahaja menggugat kedudukan bahasa tempatan? Bagaimana mungkin Doa Bapa Kami dalam bahasa Kadazandusun dapat menyatupadukan seluruh umat Katolik di dunia? Tahukah anda bahawa bukan sahaja elemen bahasa tempatan yang digunapakai dalam Misa Novus Ordo tetapi juga elemen-elemen agama asing (agama palsu) juga diserap masuk ke dalam Misa Novus Ordo? Tidak percaya?

    Are you proud because the prayer Our Father is recited in the Kadazandusun language at the expense of the TRUTH? Jika faktor ‘budaya’ (culture) dan ‘kepelbagaian’ (diversity) diserap masuk dalam perayaan Misa Novus Ordo, adakah ini meluaskan lagi peluang seseorang untuk memperoleh keselamatan (masuk Surga), menjalani hidup yang lebih suci dan kudus, menambahkan keberanian sebagai askar Kristus, lebih memahami ajaran, doktrin dan dogma Gereja, lebih mengenali siapa Yesus sebenarnya, lebih mempunyai cinta kasih, mendapat iman yang lebih mendalam, dan banyak lagi …? Adakah dengan adanya bahasa tempatan (dan juga elemen budaya tempatan) ini akan menyebabkan Gereja penuh sesak?

    Adakah Kate Hazel berpendapat bahawa kebenaran mutlak boleh disimpan dan dipelihara dalam bentuk lain? Jelaskan dengan lebih lanjut. Apakah pula yang dimaksudkan dengan ‘supporting factors’?

    Why would I say that the Church will be filled up with white people, colored people, Negros or Arabics (Arabians), etc? Your assumption is based on what? Care to explain?

    It is my hope that Kate Hazel will re-read my blog thoughtfully. Somehow, I feel Kate Hazel missed some of the main points that I raised in this article.

    Deo gratias.

  5. Kate Hazel

    Yes Sir, indeed, you have very grounded reaasoning there, as I may quote you, “Bahasa tidak memberi apa-apa keselamatan kepada manusia”.

    And, indeed, as herein quoted, “Bahasa Latin hanyalah digunakan sebagai alat perpaduan dan kesatuan umat Katolik”. Yang mana wajar menyamai ungkapan “bahasa melambangkan bangsa”. Bangsa, menurut pandangan peribadi saya, ialah suatu kesatuan/perpaduan yang terhasil daripada suatu kumpulan-kumpulan komuniti, berasaskan faktor bahasa, budaya, cara hidup, etc2.. and I believe we’re in the same track, but to a different depth and extent. Bagi anda bahasa Latin adalah alat perpaduan ‘umat Katolik’. dan bagi saya bahasa vernakular (with regards to every language throughout the world) adalah perpaduan bangsa, seterusnya mampu menjadi suatu instrument penyembahan/beribadat yang indah dan wajar. It is like love at first sight. Regardless of any imperfection of the other party, we ‘clicked’ to him/her and it becomes our focus and resource. (again, I stress here that I do not have strong arguments, any reply and rectification is deeply appreciated).

    Nevertheless, I will start on the Latin language for now. Afterall, another language will certainly add-up my vocabulary.

  6. author

    The point I am emphasizing here is that the Church was right all along when She insists that the Latin language should be the language of the Holy Mass and the official language of the Church. A Catholic might not be able to understand the language but he/she can understand the rite. The use of vernacular language in the Catholic worship brings more harm than good. As I have mentioned earlier, it degrades the truth because vernacular language is a living language that still undergoes evolution – constant changing of their meanings. This will surely distort the Truth because the Truth is objective (absolute) which is true for everybody and for all times. It is a heavy responsibilities for the Church to safeguard the Truth. The use of vernacular language is proven to have caused division among the Catholic communities along racial lines.

  7. author

    Paus Benedict menyokong penuh penggunaan bahasa Latin dalam Gereja seperti yang dilaporkan dalam artikel ini:
    http://www.smh.com.au/news/national/pope-blesses-some-of-that-oldtime-religion/2007/03/13/1173722471218.html?s_cid=rss_smh.
    Ini bukan berkenaan seseorang yang ingin menguasai satu lagi bahasa lain tetapi merupakan usaha murni umat untuk mempelajari atau memperdalami iman Katolik seperti yang diajar oleh Gereja sejak 2000 tahun yang lalu.

  8. author

    Untuk bukti kukuh bagaimana penggunaan bahasa Inggeris telah mengubah maksud tulisan Pope Benedict 16 dalam dokumen “Sacramentum Caritatis”. Dokumen ini ditulis dalam bahasa Latin dan diterjemahkan kepada banyak bahasa lain termasuk English. Malangnya terjemahan di dalam bahasa Inggeris telah terpesong daripada maksud sebenar.

    Ungkapan “aequum est” dalam ayat “exceptis lectionibus, homilia et oratione fidelium, aequum est ut huiusmodi celebrationes fiant lingua Latina”, sepatutnya diterjemahkan sebagai “it is reasonable, proper, right” dan bukannya “could be”.

    Seperti yang saya katakan, penggunaan bahasa Latin sebagai bahasa rasmi atau komunikasi Gereja sepatutnya dipertahankan kerana Latin mampu memelihara keutuhan ajaran, doktrin dan dogma Katolik.

    Rujukan: http://wdtprs.com/blog/2007/03/bad-translation-in-english-version-of-exhortation-about-latin/

  9. Xavier

    Topik ini sangat menarik.. saya sangat terpegun sehingga tidak dapat berkata-kata. Pada masa yang sama, saya menghadapi masalah besar mentranslasi dari bahasa inggeris ke bahasa melayu tanpa mengubah apa yang ingin saya sampaikan dan masalah menyusun idea yang saya ada. Soal bahasa sememangnya susah untuk sampai ke satu konklusi terutamanya di zaman moden ini mana orang ramai semakin berminat memperjuangkan kebebasan ini dan kebebasan itu. Kate Hazel pula agak melucukan, memang jelas anda Katolik liberal!!! Musuh , penghancur dan ulat utama yang membawa kepada kelemahan gereja Roman Katolik.

    Masalah bahasa menjadi isu telah dijelaskan sejelas-jelasnya oleh saudara Author kita, malangnya saudari Kate Hazel tak faham-faham dan masih mau mengaku yang dia sebenarnya “I believe we’re in the same track, but to a different depth and extent”. Kelemahan manusia zaman moden ini ialah “tidak sanggup menerima arahan (lack of obedience) mana merupakan satu amalan (virtue) yang penting dalam Katolik dan “mempunyai ego (pride) yang hebat”. Kedua-dua ini dapat dilihat pada Kate Hazel. Tidak kah saudara saudari sekalian sedar pada masa bahasa latin digunakan sebagai bahasa rasmi misa kudus, bahasa german, itali, perancis dan lain-lain turut wujud??? Sekarang, pada masa ini, anda tidak akan percaya, umat masing-masing berebut untuk misa disambut menggunakan bahasa kaum mereka sendiri. Lagi-lagi, di manakah kesatuan???

    Bahasa melambangkan bangsa??? sekiranya dilihat melalui aspek duniawi, saya tiada komen, tapi adakah isu ini penting di dunia selepas di bumi iaitu neraka atau syurga??? Kita harus sedar, kita menyebut GEREJA ROMAN KATOLIK, sekiranya anda begitu mementingkan bangsa kenapa tidak mulakan gereja baru, seperti GEREJA DUSUN KATOLIK?? Tidak! Kita tidak harus berpandangan demikian. Kita harus menghargai usaha, penat lelah bapa-bapa besar kita (Fathers of the Church) yang telah membina gereja kita dengan bantuan Raja Yesus dan Bonda Maria. Kita harus mencontohi keimanan mereka (Faiths of Our Fathers). Kita sangat bersyukur, hari ini kita ada segala-galanya, seseorang hanya perlu mempelajari Cathecism nya, namun keadaan tak semudah zaman dahulu. Oleh itu, kita mempunyai peranan menjaga tradisi yang telah ditinggalkan kepada kita untuk diteruskan ke generasi hadapan.

    Sebelum perubahan bahasa berlaku, umat diajar bahasa latin oleh paderi, mereka faham dan tahu, mereka boleh menyanyi dalam latin dan di mana-mana umat berada, misa kudus yang sama, latin akan disambut dan tidak menjadi masalah untuk mengikut liturgi tersebut. Namun hari ini, itu hanyalah angan-angan semata-mata.

    Sebelum pergi ke semenanjung malaysia untuk belajar, setahu saya misa hanya akan ada dalam bahasa inggeris, bahasa cina, bahasa melayu, atau bahasa tagalog, hanya satu bahasa sahaja. Namun, apabila saya sampai di semenanjung, ke satu gereja, saya terkejut! Saya mendengar tiga bahasa dalam satu misa, iaitu inggeris,melayu dan tamil. Apakah yang sedang berlaku??? Pertamanya saya rasa aneh dan tak selesa, namun lama-lama macam tiada kesan jadi saya pun terbiasa. Tapi persoalannya, dapatkah saya memahami misa yang dibahagikan kepada tiga bahasa?? Memang kelakar memikirkan pengalaman tersebut. Umat di sana berbangga dengan keadaan yang luar biasa ini. Mungkin, inilah yang dimaksudkan kepelbagaian dalam agama kita???!!

    Satu persoalan yang penting?? Bagi anda, seorang katolik, apakah yang terpenting sekali dalam satu misa kudus?? adakah mendengar homili dari paderi atau menyaksikan pertukaran roti dan arak menjadi tubuh dan darah Raja Yesus oleh paderi?? kebanyakan orang hari ini, mementingkan homili berbanding menerima sakramen komuni dan ada pula orang mengatakan semua bahagian sama penting. Apa pandangan anda?

    Misa kudus boleh disambut tanpa homili diberi namun misa kudus bukan misa kudus sekiranya tiada pertukaran tubuh dan darah Yesus di altar. Bolehkah anda lihat perbezaannya?? Misa kudus dalam latin susah difahami tetapi kepada siapakah doa misa kudus ditujukan? Tuhan atau kita manusia? Bahasa latin sememangnya tidak menjadi masalah cuma ego yang menjadi penghalang kepadanya.

    Kerana paderi tidak dilatih dalam bahasa latin, mereka tidak dapat akses kepada ajaran tulen St Thomas Aquinas, Angelic Father of the Church yang sememangnya dalam bahasa latin dan tulisan-tulisan hasil karya yang lain.

    Marilah kita memahami sekali lagi zaman ini, bahawa Latin bukan penghalang, ia bukan penghalang zaman dahulu, bukan penghalang zaman sekarang, juga bukan penghalang zaman akan datang. Jangan kerana prejudis, saudara saudari menutup pintu hati untuk menerima Yesus melalui misa kudus yang tulen dan suci. Semoga saudara sekalian dapat mengubah percepsi yang ada sekarang dan mula membuka pintu hati memahami apakah tujuan sebenar Latin dalam Katolik. Sehingga saudara saudari menyaksikan Misa Kudus Sepanjang Zaman St Pius V, kalian akan terharu betapa berharganya harta yang telah diwarisi sehingga hari ini yang tidak dihargai oleh ramai orang malangnya.

    Puji Tuhan Yesus, Raja kita, Amen.

  10. Mayjune

    Saya amat bersetuju dengan pandangan saudara tentang Penggunaan satu bahasa dalam Misa Kudus boleh mempersatukan umat katolik dimana-mana sahaja di dunia ini. Negara kita menjadikan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi, agar semua kaum-kaum di negara ini boleh berkomunikasi antara satu sama lain dan mencapai perpaduan dalam satu bahasa tanpa meminggirkan bahasa kaum sendiri.

    Oleh sebab di Sabah menggunakan tiga (3) bahasa dalam Misa Kudus begitu juga apabila tibanya musim Chirstmas, saya berjiran dengan orang cina satu agama(Katolik) tetapi apabila musim Chirstmas mereka memanggil perkumpulan koir daripada bahasa cina manakala saya menerima perkumpulan daripada bahasa Malaysia. Kenapa harus begitu sedangkan kami satu agama? Alangkah baiknya jika hanya satu bahasa saja digunakan agar kedua-dua perkumpulan tersebut disatukan menjadi satu dalam satu bahasa rasmi gereja katolik.

    Bagaimanapun penggunaan tiga bahasa dalam Misa Kudus ini telahpun berlaku terlalu lama. Kalaupun perkara ini terlalu sukar dilaksanakan di seluruh dunia, mengapa di Malaysia atau di Sabah tidak memulakan satu Bahasa dalam Misa Kudus yangmana boleh difahami oleh semua kaum mengikut Bahasa Rasmi negara tersebut.

    • Bahasa rasmi Gereja ialah bahasa Latin. Semua umat disarankan agar ‘menguasai’ bahasa Latin, sekurang-kurangnya semua doa-doa harian (utama) dipelajari (dihafal) juga dalam bahasa Latin selain bahasa ibunda.




Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


  • Laman

  • Artikel Terkini

  • Artikel Popular

  • Kategori

  • Sila masukkan alamat e-mel anda untuk melanggan blog ini dan menerima pemberitahuan melalui e-mel apabila ada artikel baru diterbitkan.

    Join 50 other followers


%d bloggers like this: