Keselamatan di luar Gereja?

Tajuk blog ini didasarkan daripada petikan bahasa Inggeris: Outside the Church, there is no salvation. Gereja Roman Katolik (Gereja) telah mengumumkannya sebagai dogma – ajaran yang tidak boleh ditarik balik, dimansuhkan mahupun diubah suai. Setiap umat Katolik wajib menerimanya tanpa mempersoalkannya lagi. Yang penting sekarang, adakah kita memahami maksudnya dan dalam konteks apakah ia ditafsirkan?

Tujuan blog ini bukan untuk mempertikai keesahan mahupun kebenaran yang terkandung dalam dogma ini. Tidak dinafikan bahawa dogma ini memberi jaminan keselamatan kepada mereka yang kekal bersatu dengan Gereja tetapi menjadi batu sandungan kepada mereka yang menganggap diri mereka Krisitan tetapi tidak sehaluan dengan Gereja atau menganggotai Gereja bukan Katolik.

Walau bagaimanapun, skop diskusi dalam blog ini tidak menyentuh umat Kristian bukan Katolik tetapi lebih memfokus kepada mereka yang bukan Kristian. Kenapa sedemikian rupanya? Sejak Konsili Vatican II membawa banyak perubahan kepada Gereja, kita sering terdengar ajaran-ajaran yang luar biasa bunyinya. Sebagai contoh: hasil pencarian saya tentang Mother Theresa (of Calcutta) di Internet, saya dapati beliau percaya bahawa semua orang (tidak kira pegangan agama mereka) akan menerima keselamatan. Apabila saya berbincang dengan orang-orang Katolik lain terutama sekali mereka yang aktif dalam Gereja (termasuk para paderi), mereka juga mempunyai pendirian yang sama! Secara jujur dan ikhlas, apakah pendapat pembaca tentang keselamatan penganut agama lain? Jika saudara/i juga berpendapat bahawa mereka yang bukan Kristian juga boleh menerima keselamatan, adakah dogma Outside the Church, there’s no salvation telah ditarik balik atau diberi pengertian lain?

Pokok persoalan di sini ialah: [Mark 10:17] “Guru yang baik, apa yang harus kuperbuat untuk memperoleh hidup yang kekal?” (Nota: ‘hidup yang kekal’ = ‘keselamatan’. Petikan diambil daripada Alkitab Indonesia Terjemahan Baru Edisi 2 © Lembaga Alkitab Indonesia 1997).

Sebelum Yesus menjawab soalan ini, Dia menyatakan siapa diriNya: [Mark 10:18] Jawab Yesus, “Mengapa kaukatakan Aku baik? Tak seorang pun yang baik selain Allah saja. Yesus memberi kesaksian bahawa diriNya adalah Allah.

Jika kita terus membaca petikan yang keseterusnya, kita dapati bahawa sekadar mematuhi kesemua Sepuluh Hukum Allah, belum mencukupi untuk memberi keselamatan abadi kepada umat.

Yesus memberi jawapan penting di sini: [Mark 10:21] Tetapi Yesus memandang dia dan mengasihinya, lalu berkata kepadanya, “Hanya satu lagi kekuranganmu: Pergilah, juallah apa yang kaumiliki dan berikanlah itu kepada orang-orang miskin, maka engkau akan beroleh harta di surga, kemudian datanglah kemari dan ikutlah Aku.”

Yang menjadi kehairanan saya di sini ialah kenapakah Yesus berkata: Hanya satu lagi kekuranganmu. Kenapakah Yesus hanya mengira SATU KEKURANGAN sedangkan Dia menyebut sekurang-kurangnya DUA perkara penting:

  1. Pergilah, juallah apa yang kaumiliki dan berikanlah itu kepada orang-orang miskin, maka engkau akan beroleh harta di surga,
  2. kemudian datanglah kemari dan ikutlah Aku.

Setelah melihat dan menganalisa ayat-ayat ini, maka saya dapat simpulkan bahawa SATU itu ialah IKUTLAH AKU kerana ia merangkumi segalanya yang telah diperkatakan oleh Yesus sendiri.

Soalan seterusnya ialah: Mungkinkah seseorang mengikuti Yesus dengan hanya mengikuti kepercayaan atau ajaran agama lain? Setahu saya, hanya agama Kristian yang mengajar bahawa Yesus adalah Allah. Agama lain mengajar sebaliknya. Bagaimana seseorang dapat mengikuti Yesus sekiranya dia tidak mengenali siapa Yesus sebenarnya dan tidak pernah mengetahui ajaran Yesus? Bukankah kita diajar oleh Gereja bahawa syarat keselamatan ialah iman. Tanpa iman siapakah yang boleh diselamatkan? Iman yang tidak seiring dengan tingkahlaku (work) adalah iman yang kepura-puraan. Tingkahlaku yang baik tetapi tanpa iman, tidak mungkin memperoleh keselamatan. Kita tidak mampu memperoleh keselamatan atas daya usaha kita sendiri. Secara ringkas: Outside the Church, there is no salvation.


  1. I agree. To say that all are saved is to call Jesus a liar, for He said that unless you are born of the water and the Holy Spirit, you shall not have eternal life. The all-are-saved doctrine implies that all unbaptised are saved too-makin baptism redundant and quite useless, implying that God did something that was unnecessary. Just this one deviant ecumenical teaching results in so many insults to God (He is a liar, He does useless things etc).

  2. Daniel

    What do you (dintas) mean with “deviant ecumenical” teaching? Is it Vatican II?

    No way bro..Vatican II never change the Traditional Catholic teaching. On this case, Vatican II still teach that Outside the Church there is no Salvation.

    Please compare Lumen Gentium art 14-16 with the Quanto Conficiamur Moerore of Blessed Pius IX art 7-8..you will find principal similarity between the two Apostolic teachings.

  3. ChRis wAReLLa

    mas DaNieL…What about those ecumenical actions they did??? menjatuhkan harga DiRi Katolik…EXTRA ECCLESIAM NULLA SALUS!!!!!! they’ve been using weird way of approachment towards those religions… what kind of perception of Extra ecclesiam nulla salus Vatican II has been offering???

  4. Saya menghargai pandangan anda, pemilik blog ini, untuk bertahan dengan dogma Outside the Church, there is no salvation, meskipun menurut saya itu adalah dogma purba pra Konsili Vatican II. Semoga anda sudi menyimak lebih seksama hasil- hasil konsili, terutama Lumen Gentium dan Nostra Aetate. Salam kasih dalam Kristus !

    fred baning

  5. Fred,
    Kenapakah kalian mengatakan bahwa dogma “Outside the Church, there is no salvation” merupakan dogma PURBA pra Konsili Vatican II? Adakah PURBA bermaksud dogma itu tidak lagi digunapakai atau telah menjadi TIDAK BENAR atau telah USANG dan tidak relevan dengan kehidupan duniawi masa kini? Adakah dogma tersebut tidak lagi menjadi KEBENARAN. Adakah diperbolehkan KEBENARAN yang diajar oleh Gereja melalui Tradisi Suci berubah atau berevolusi dan menyimpang daripada ajaran Kristus yang benar?

  6. yung2

    Sebaiknya kita tidak menggunakan kalimah “Di luar Gereja, tidak ada keselamtan”.. Kerna di dalam bib hanya dikatakan keselamatan hanya melalui Yesus Kristus (Yoh 14:6, Kis 4:12). Lagipula, istilah ‘gereja’ itu lebih menjurus kepada umat2 Tuhan (I Kor 6:19) dan bukan kepada Gereja Katolik semata-mata seolah2 hanya melalui gereja katolik keselamatan ada. Memang benar keselamtan diberi percuma kepada semua orang, tapi ia terpulang kepada orang itu sendiri untuk terima YEsus Kristus sebagai Tuhan dan juruselamat samada dia katolik, non katolik, islam, buddha dan etc.. “Tidak ada keselamatan di luar Kristus YEsus”.

  7. Sdr/i mempersoalkan kedudukan Gereja dalam keselamatan umat manusia. Seolah-olah ‘Gereja’ tidak mempunyai peranan atau fungsi dalam agama Kristian. Kenapakah sdr/i berpendapat demikian? Adakah kerana sdr/i berpegang kepada tafsiran sendiri dengan membaca Bible? Atas autoriti siapakah sdr/i mentafsir Bible dan mengumumkannya sebagai ajaran Yesus? Pernahkah Yesus berkata bahawa Dia ‘mencipta’ Bible sebagai pengganti Gereja?

  8. akukatolik

    pemahaman saudara Yung2 tentang gereja adalah kabur kerana bagi Yung2 gereja itu sekadar perkumpulan orang2 yang percaya. Tetapi seandainya YUng2 menyemak kembali dari ayat Alkitab, sedarkah anda bahwa dalam 1 Timotius 3:15 menyatakan bahawa GEREJA adalah TIANG PENOPANG DAN DASAR KEBENARAN? Apakah yang dimaksudkan oleh anda sebagai menerima Kristus? Saya menjelaskan disini bahawa MENERIMA di sini bermaksud MENGIMANI YESUS SEBAGAI TUHAN. Perkumpulan orang yang MENGIMANI atau yang anda sebut sebagai MENERIMA YESUS itulah gereja. Anda mengerti sekarang?
    Dan GEREJA ITU ADALAH DASAR DAN PENOPANG KEBENARAN.BUKANnya ALKITAB seperti yang dikatakan oleh kaum2 Protestant. Dimanakah ayat yang SECARA HARAFIAH mengatakan Alkitab sebagai PENOPANG DAN DASAR KEBENARAN? Semaklah sendiri di dalam 1 Timotius 3 :15
    Makanya, jangan pernah memperlecehkan kewujudan GEREJA kerana itulah adalah KEHENDAK KRISTUS yang mana Dia sendiri mengkehendaki bahawa GEREJANYA HARUS BERDIRI ATAS BATU KARANG yaitu PETRUS. MAri kita semak ayat ini supaya anda mengerti dan mengenal betapa GEREJA ITU mempunyai derajat sehingga API NERAKA pun tidak akan menguasainya. ( Matius 16:13-19)

    Dan Akupun (TUHAN YESUS yang kita TERIMA DAN IMANI SEBAGAI TUHAN!) berkata kepadamu (kepada siapakah kata ganti nama MU itu ditujukan?) Engkau ( siapa?) adalah PETRUS (apakah kait mengait nama PETRUS dengan ayat yang seterusnya yang mengatakan..dan di atas batu karang ini AKU akan MENDIRIKAN JEMAATKU (GEREJA) dan alam maut tidak akan menguasainya ( kata ganti nama NYA itu merujuk kepada apa?)

    Kita teruskan membaca:

    Kepadamu ( kata ganti nama MU itu ditujukan kepada siapa?) akan Kuberikan (dari TUHAN YESUS SENDIRI) kunci Kerajaan Sorga. Apa yang kau (merujuk kepada siapa?) ikat di dunia ini akan terikat di sorga dan apa yang kau (merujuk kepada siapa?) lepaskan akan di dunia ini akan terlepas di sorga.

    Maksud ayat ini adalah YESUS telah mengaruniakan KUNCI KERAJAAN SORGA kepada PETRUS, bukan kepada semua murid muridnya KERANA kata ganti nama MU itu menunjuk kepada SEORANG INDIVIDU bukannya KAMU yaitu kata ganti nama untuk menunjukkan bilangan yang ramai yang dalam konteks ini adalah semua para murid. TERNYATA YESUS MENGARUNIAKAN KEPADA PETRUS KUNCI KERAJAAN SORGA. Mengapa? Kerana TUHAN YESUS MENDIRIKAN GEREJANYA ATAS BATU KARANG yang maksudnya adalah PETRUS. Jelas sekali bahawa TUHAN YESUS MENGARUNIAKAN KUNCI ITU HANYA KEPADA PETRUS SECARA PERIBADINYA sebagai KETUA PARA RASUL, bukan kepada Luther, Calvin, John Smith, King Henry, Ellen G White, Yusuf Ronni, Benny Hinn atau yang lain. Hanya NAMA PETRUS DISEBUTKAN OLEH TUHAN YESUS DAN TUHAN BERKENAN MENDIRIKAN GEREJANYA yang akan dipimpin oleh PETRUS. Mengapa? Hanya PEMIMPIN YANG AKAN MEMEGANG KUASA diberikan kuasa sedemikian rupa, iaitu mengikat dan melepaskan sesuatu yang ada di dunia sehingga keadaannya di sorga pun akan turut terikat dan terlepas oleh kuasa yang ada pada PETRUS yang datangnya dari TUHAN YESUS.

    Jadi sekarang jelaslah bahawa, GEREJA yang satu satunya mengikut kepada ajaran Alkitab tentang asal usul Gereja dan Wibawanya sebagai Penopang Dan Dasar Kebenaran adalah Gereja Katolik. Adakah gereja2 lain yang mengajarkan perkara yang Alkitabiah ini?

    Semoga Yung2 tidak sekadar melihat gereja hanya sebagair sebuah bangunan, organisasi ataupun perkumpulan orang percaya yang tidak mempunyai kepentingan dalam MISI Kristus di dunia ini. Tetapi melihat, kewujudan GEREJA adalah atas KEHENDAK TUHAN YESUS dan HANYA DI DIRIKAN OLEH TUHAN YESUS DAN PETRUS DIPERKENANKAN MENJADI PEMIMPINNYA SELAKU RASUL YANG MEMEGANG KUNCI KERAJAAN SORGA. Jikan anda gagal melihat kebenaran ini dan menerimanya sebagai bagian dari Alkitab sebagaimana sudah saya catatkan Fasal dan Ayatnya, maka saya katakan bahawa anda gagal untuk menurut kepada KEHENDAK TUHAN YESUS YANG KONONNYA ANDA TERIMA SEBAGAI TUHAN DAN JURUSELAMAT. APa guna mengaku dan melaungkan propaganda TERMA YESUS MAKA ANDA AKAN SELAMAT jika anda sendiri tidak berada di dalam GEREJA yang didirikan oleh TUHAN YESUS sendiri oleh kerana kehendakNYA bukan yang didirikan oleh para pastor dan oleh kerana kehendak pastor anda?

    Semoga penjelasan yang mudah ini mampu anda cernai dengan baik sehingga anda mengerti maksud ayat dari Matius 16 ayat 13-19.

    Sekian.

  9. Lina

    shallom,
    sy ada kwn dari kristian lain, dia sgt taat dalam doa dan keperibadian dia sgt baik.
    sy ada keraguan, adakah dia mdpt penyelamatan sbb dia kristian lain.

    Respons:
    Pax Christe (Damai Kristus dalam Latin). Dogma “Di luar Gereja tidak ada keselamatan” masih sah kebenarannya. Manusia tidak bisa selamat berdasarkan usaha peribadi manusia itu sendiri. Kebaikan yang kita curahkan kepada dunia tidak akan menyelamatkan jiwa kita jika menolak Gereja Katolik kerana menolak Gereja bermaksud menolak Kristus Jesus kerana Gereja adalah Tubuh Kristus dan Kepala-Nya adalah Jesus sendiri.
    Jika manusia boleh selamat tanpa Gereja (Katolik), maka apa rasionalnya Tuhan Yesus mendirikan Gereja-Nya dalam ayat Mat 16:18? Mereka yang menolak Gereja (walaupun berbuat baik) tidak akan selamat kerana mereka ini digelar publican atau heathen. Matthew 18:17 And if he will not hear them: tell the church. And if he will not hear the church, let him be to thee as the heathen and publican.

    • Di luar Gereja (Katolik) tidak ada keselamatan. Ini dogma Gereja yang sangat penting diketahui oleh semua orang.

      • Lina

        terima kasih. sy mdpt mklmt yang amat berguna :)

      • prisj

        sy mau tanya.jika umat katolik itu setia ikut misa tapi masih mabuk mabukan dan main nombor.adakah dia akan selamat?

        Respons:
        Kita tidak menghakimi individu tetapi menilai prinsip tentang isu minum dan berjudi. Jika minum secara sederhana, itu bukan dosa tetapi jika minum sehingga mabuk dan memporak-porandakan keluarga, itu adalah dosa. Berjudi kecil-kecilan itu tidak dosa, tetapi jika berjudi sehingga keluarga merana kehabisan duit, maka itu adalah dosa. Seseorang yang berdosa berat, jika meninggal tanpa berpeluang untuk bertaubat, tidak akan selamat.

        • Anton

          Kita sedia maklum bahawa tiada manusia yang PERFECT dalam dunia..termasuklah para RELEGIUS….tetapi KASIH ALLAH telah memberi keselamatan bagi yang mahu bertaubat…banyak lagi dalam istilah DOSA yang kita tidak dapat lihat melalui mata kasar….

          Respons:
          Ramai umat menggunakan alasan ‘tidak perfect’ sehingga melengah-lengahkan pertaubatan sehingga saat-saat terakhir sedangkan Allah telah berfirman Matthew 5:48 Be you therefore perfect, as also your heavenly Father is perfect. Kita semua dipanggil untuk menjalani kehidupan yang kudus iaitu mengamalkan virtue iman, harapan dan cinta kasih termasuk virtue kebijaksanaan, ketabahan, keadilan dan kesederhanaan.

          • Anton

            Saya bersetuju dengan RESPONS POSITIF tersebut dan semoga kita mendapat rahmat dalam kehidupan seharian..lebih2 lagi dalam MINGGU KUDUs ini….




Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


  • Laman

  • Artikel Terkini

  • Artikel Popular

  • Kategori

  • Sila masukkan alamat e-mel anda untuk melanggan blog ini dan menerima pemberitahuan melalui e-mel apabila ada artikel baru diterbitkan.

    Join 50 other followers


%d bloggers like this: