Cebisan Komuni Di Tangan

Saya terbaca satu artikel tentang Confession of a Eucharistic Minister di majalah The Fatima Crusader edisi Summer 2006 yang dikarang oleh seorang umat Katolik yang bernama Charles St. George dan terkejut dengan pendedahan tersebut. Jika berpeluang, para pembaca digalakkan membaca artikel ini dan merenung kesaksiannya dengan mendalam kerana ia amat penting. Sila klik pautan ini: http://www.fatimacrusader.com/cr83/cr83pg8.asp untuk membacanya.

Dalam buku The Roman Cathechism m/s 233 “that in this Sacrament are contained not only the true Body of Christ and all the constituents of a true body, such as bones and sinews, but also Christ, whole and entire” dan juga m/s 239 “the Body of Our Lord is contained whole and entire under the least particle of the bread.

Daripada pemerhatian setiap hari Ahad, kita dapat melihat beberapa umat yang pergi menyambut Komuni di tangan, akan memeriksa semula telapak tangannya untuk memastikan bahawa tidak ada sisa-sisa cebisan Tubuh Kristus yang tertinggal dan jika ada cebisan itu (walau sekecil manapun) akan dimakan serta merta. Walau bagaimanapun, majoriti umat tidak akan berbuat demikian. Kebanyakan cebisan Tubuh Kristus akan tertanggal, berkemungkinan akan jatuh ke atas lantai dan dipijak-pijak! Sanggupkah kita memijak Tubuh Kristus?

Doktrin Gereja dengan jelas mengajar bahawa cebisan sekecil titik noktah adalah merangkumi segenap Tubuh Kristus iaitu sama seperti hostia besar yang dipegang oleh Paderi semasa konsekrasi. Jika demikian keadaannya, bagaimana mungkin saya memasuki Gereja kerana kemungkinan saya akan terpijak Tubuh Kristus (walaupun saiznya kecil)!

Mengikut hasil kajian yang dibuat oleh Charles St. George bersama anaknya, Joseph, pada 17 April 2002, mereka mendapati bahawa 3.68 sisa cebisan ‘komuni’ yang dapat dilihat dengan mata kasar, akan tertanggal dan terlekat pada telapak tangan semasa setiap umat menerima komunio. Ini bermaksud bahawa apabila anda melihat telapak tangan anda selepas menyambut Komuni, anda akan melihat antara 3 atau 4 sisa cebisan yang masih kelihatan. Cebisan kecil inilah yang akan terjatuh dan dipijak-pijak oleh umat tanpa menyedarinya. Sanggupkah kita memijak Tubuh Kristus?

Terdapat satu cerita dahulu kala tentang seorang Maharaja Jepun yang bertitah kepada rakyatnya yang beragama Katolik supaya murtad dengan hanya memijak sekeping kayu salib yang terletak di atas lantai. Mereka tidak sanggup dan akhirnya dihukum mati kerana enggan memijak kayu salib. Mereka dihukum mati tetapi kita dengan senang memijak-mijak Tubuh Kristus di dalam Gereja tanpa berasa bersalah sedikit pun!

Harapan saya ialah agar kita semua berhati-hati dengan Tubuh Kristus. Kita perlu sentiasa menghormati Tubuh Kristus walaupun sekecil manapun cebisan Komuni itu.

Pujian Untuk Kristus Yesus.


  1. Mayjune

    Syukur kepada Tuhan kerana mengetahui bahawa cebisan kecil komuni yang diterima harus dimakan serta merta dan tidak meninggalkan sisa secebispun ditelapak tangan.

    Disini saya ingin bertanya, selain daripada orang bukan Katolik dan mereka yang tidak diberkati perkahwinannya siapakah yang layak dan tidak layak menerima “komuni”

  2. Sdr/i Mayjune,
    Anda mempunyai pilihan sama ada menerima Komuni Kudus berlutut dan di atas lidah atau berdiri dan di atas telapak tangan. Buatlah pilihan yang bijak kerana semua lutut akan berlutut atas nama Yesus dan sambutlah Darah dan Daging Yesus di atas lidah kerana telapak tangan manusia tidak layak menerima Tubuh dan Darah Kristus yang suci dan kudus.

    Sebelum menyentuh Komuni Kudus, tangan paderi akan disucikan (dibersihkan). Begitu juga tangan ‘Pelayan Komuni’ akan dibersihkan terlebih dahulu sebelum mengagihkan Komuni Kudus. Tetapi di mana lojiknya apabila kita melihat umat menerima Komuni Kudus dengan tangan yang tidak bersih!

    Komuni Kudus hanya layak diterima (disambut) oleh umat Katolik yang sudah pernah menerima Sakramen Komuni Kudus Pertama, dan harus bebas daripada dosa berat (mortal). Jika berdosa berat, diharuskan menerima pengampunan melalui Sakramen Pengakuan/Pertaubatan. Umat juga diharuskan berpuasa sekurang-kurangnya tiga jam sebelum masa menyambut.

    Sebelum menerima Komuni Kudus, umat harus membuat persediaan yang secukupnya dari segi mental, hati dan jiwa. Umat tidak sepatutnya menerima Komuni Kudus atas dasar ‘ramai yang pergi menyambut’ atau perasaan bersalah jika tidak pergi menyambut; sebenarnya umat Katolik hanya diwajibkan pergi menyambut sekurang-kurangnya pada hari Paska (iaitu sekali setahun!).




Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


  • Laman

  • Artikel Terkini

  • Artikel Popular

  • Kategori

  • Sila masukkan alamat e-mel anda untuk melanggan blog ini dan menerima pemberitahuan melalui e-mel apabila ada artikel baru diterbitkan.

    Join 50 other followers


%d bloggers like this: