Perintah manakah yang paling utama?

Khutbah yang berkaitan dengan tajuk blog ini memang kerap diketengahkan oleh para pemimpin Gereja. Jawapan yang kita terima kerap kali serupa sahaja bunyinya. Tetapi saya tidak pasti sebabnya tetapi pemahaman saya tentang soalan di atas agak berlainan pada minggu ini. Saya telah merujuk kepada Alkitab BM:

12:29 Jawab Yesus, “Perintah yang terutama ialah: Dengarlah, hai orang Israel, Tuhanlah Allah kita, Tuhan itu esa. 12:30 Kasihilah Tuhan, Allahmu, dengan segenap hatimu dan dengan segenap jiwamu dan dengan segenap akal budimu dan dengan segenap kekuatanmu. 2:31 Perintah yang kedua ialah: Kasihilah sesamamu manusia seperti dirimu sendiri. Tidak ada perintah lain yang lebih utama daripada kedua perintah ini.” (Markus 12:29-31)

Kebanyakan kita akan terus merujuk kepada Ayat Mar 12:30 dahulu iaitu 12:30 Kasihilah Tuhan, Allahmu, dengan segenap hatimu dan dengan segenap jiwamu dan dengan segenap akal budimu dan dengan segenap kekuatanmu. Saya tanya soalan ini kepada isteri saya dan dia juga memberi jawapan yang serupa. Kemudian ia dilengkapi dengan ayat Mar 12:31.

Sedarkan pembaca budiman bahawa kita telah sama ada secara sengaja atau tidak, telah menyingkirkan satu ayat penting sebelum ayat Mar 12:30 iaitu “Perintah yang terutama ialah: Dengarlah, hai orang Israel, Tuhanlah Allah kita, Tuhan itu esa.” Di sini saya tekankan kebenaran bahawa Tuhanlah Allah kita, Tuhan itu esa. Apakah makna ‘esa’? Maksudnya ialah tidak ada tuhan lain selain Tuhan yang kita kenali dengan nama Yesus Kristus.

Mar 12:32 Lalu kata ahli Taurat itu kepada Yesus, “Tepat sekali, Guru, benar kata-Mu itu bahwa Dia esa, dan bahwa tidak ada yang lain kecuali Dia.

Dalam ayat Mar 12:32, ahli Taurat itu bersaksi bahawa “Dia (Tuhan) esa, dan bahawa tidak ada yang lain kecuali Dia. Bukankah itu satu kebenaran yang amat penting. Jika anda menerima kebenaran ini, kenapakah ada di antara kita yang berani dan lantang bersuara bahawa “agama-agama lain adalah sama sahaja” ataupun berkata bahawa “semua agama mengajar Tuhan yang sama”. Ada juga berpendapat ekstrem dan percaya bahawa agama-agama yang berbeza-beza itu sebenarnya sama saja dan diilhamkan oleh Tuhan sendiri dan Tuhan yan sama. Semua ajaran ini adalah ajaran sesat dan penuh kepalsuan. Alkitab dan juga Gereja sentiasa mengajar bahawa Tuhan itu esa dan tidak ada yang lain kecuali Dia. Kita hanya dapat dan mampu mengenali Tuhan yang esa itu melalui Tuhan Yesus Kristus. Dialah Allah yang benar dan esa. Hanya Dia yang dapat memberi kita kehidupan kekal dan keselamatan.

Inilah perintah yang paling utama iaitu Mar 12:29 Jawab Yesus, “Perintah yang terutama ialah: Dengarlah, hai orang Israel, Tuhanlah Allah kita, Tuhan itu esa. Siapakah di antara kita yang berani menyangkal ajaran Yesus yang paling utama ini?

Pujian untuk Allah selamanya.


  1. deedat

    Esa maksudnya , satu satunya maha kuasa atas segalanya.

    apakah kristian ini tercipta hasil dari tanggapan dan sangkaan ?

    Respon:
    Benar, Tuhan Allah adalah Esa (Satu) tetapi Tritunggal Mahakudus. Agama Kristian diasaskan oleh Yesus Kristus, Anak Manusia dan Anak Allah.

  1. 1 Allah Blog Digest - Perintah manakah yang paling utama?

    […] Dalam ayat Mar 12:32, ahli Taurat itu bersaksi bahawa “Dia (Tuhan) esa, dan bahawa tidak ada yang lain kecuali Dia”. Bukankah itu satu kebenaran yang amat pe … Cool article.Link to original article […]




Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


  • Laman

  • Artikel Terkini

  • Artikel Popular

  • Kategori

  • Sila masukkan alamat e-mel anda untuk melanggan blog ini dan menerima pemberitahuan melalui e-mel apabila ada artikel baru diterbitkan.

    Join 50 other followers


%d bloggers like this: