Adakah Perkahwinan Suatu Sakramen Suci?

Sebenarnya soalan ini tidak perlu ditanya. Kita sebagai umat Katolik sememangnya tahu bahawa Perkahwinan adalah suatu sakramen dan ia adalah suci. Ajaran Gereja sebelum diubahsuai oleh Konsili Vatican II, umat Katolik tidak digalakkan berkahwin dengan pasangan yang bukan Katolik tetapi ajaran Gereja sekarang telah berubah. Umat Katolik dibenarkan berkahwin dengan pasangan bukan Katolik setelah dibenarkan oleh Uskup tempatan. Kenapakah ini boleh berlaku?

Saya mempunyai seorang kawan yang telah berkahwin di Gereja Katolik dengan  isterinya yang beragama Protestan. Mengikut perjanjian perkahwinan mereka (juga kehendak dan syarat Gereja), anak-anak mereka sepatutnya dibaptis dan dibesarkan dalam suasana Katolik tetapi Paderi mereka telah menasihatkan kawan saya itu supaya anak-anak itu diberi ‘kebebasan’ untuk memilih sama ada Gereja Katolik atau Gereja Protestan apabila mereka telah dewasa. Nasihat paderi tersebut amat memeningkan kepala saya kerana ia bertentangan dengan ajaran rasmi Gereja.

Lihat sahaja artikel ini Vatican at odds over Cruise’s wedding. Kenapakah Vatican boleh menjadi ‘keliru’ sama ada akan membenarkan atau tidak perkahwinan Tom Cruise diadakan di Gereja Katolik sedangkan Tom Cruise bukan Katolik dan juga bukan Kristian tetapi beragama Scientologist dan pernah bercerai! Lagi pula, Vatican juga diberitahu bahawa perkahwinan yang sama akan diadakan di ‘Gereja’ Scientologist keesokan harinya!  Bakal isteri Cruise beragama Katolik tetapi adakah seorang Katolik dibenarkan ‘berkahwin’ dan turut serta dalam upacara di Gereja bukan Katolik?

Saya berpendapat bahawa situasi ini amat jelas bahawa perkahwinan Tom Cruise ini tidak sepatutnya diadakan di Gereja Katolik walaupun bakal isterinya beragama Katolik kerana Tom Cruise bukan Katolik/Kristian, pernah bercerai dan ‘memaksa’ isterinya mengikut upacara ‘pagan’ di ‘Gereja’ Scientologist. Persoalan seterusnya, adakah bakal anak-anak mereka akan diberi pendidikan Katolik? Ini adalah satu syarat yang amat penting dan perlu dijawab dengan ikhlas oleh mereka yang akan berkahwin dengan pasangan Katolik. Kenapakah Gereja tidak ‘berani’ mengatakan TIDAK?


  1. alis

    napa paderi tak boleh kawin org biasa boleh?

  2. author

    Secara ringkas, larangan itu adalah sebagai ikutan gaya hidup yang ditunjukkan oleh Yesus sendiri:

    Mat 19:12 Ada orang yang tidak dapat kawin karena ia memang lahir demikian dari rahim ibunya, dan ada orang yang dijadikan demikian oleh orang lain, dan ada orang yang membuat dirinya demikian atas kemauannya sendiri oleh karena Kerajaan Surga. Siapa yang dapat mengerti hendaklah ia mengerti.

    I Kor 7:6-7 Hal ini kukatakan kepadamu sebagai kelonggaran, bukan sebagai perintah. Meskipun demikian alangkah baiknya, kalau semua orang seperti aku (bujang? janda?); tetapi setiap orang menerima dari Allah karunianya yang khas, yang seorang karunia ini, yang lain karunia itu.

    I Kor 7:26-27 Aku berpendapat bahwa, mengingat waktu darurat sekarang, baiklah bagi manusia untuk tetap dalam keadaannya. Apakah engkau terikat pada seorang perempuan? Janganlah engkau mengusahakan perceraian! Apakah engkau tidak terikat pada seorang perempuan? Janganlah engkau mencari seorang!

    I Kor 7:32-34 Aku ingin, supaya kamu hidup tanpa kekhawatiran. Orang yang tidak beristri memusatkan perhatiannya pada hal-hal mengenai Tuhan, bagaimana ia menyenangkan Tuhan. Sebaliknya, orang yang beristri memusatkan perhatiannya pada hal-hal duniawi, bagaimana ia menyenangkan istrinya, dan dengan demikian perhatiannya terbagi-bagi. Perempuan yang tidak bersuami dan anak-anak gadis memusatkan perhatian mereka pada hal-hal mengenai Tuhan, supaya tubuh dan jiwa mereka kudus. Tetapi perempuan yang bersuami memusatkan perhatiannya pada hal-hal duniawi, bagaimana ia menyenangkan suaminya.

    Peraturan celibacy (tidak boleh kahwin) bukanlah satu doktrin Gereja tetapi hanya sekadar peraturan disiplin sahaja. Peraturan ini menjadi undang-undang dalam Gereja Katolik pada kurun ke-6.

  3. Mayjune

    Saya ada satu persoalan mengenai perkahwinan. saya pernah mendengar seorang ketikis berkata bahawa perkahwinan seorang Katolik boleh dibatalkan sekiranya pasangan tersebut tidak memperolehi anak dalam jangkamasa yang lama atau disahkan mandul kedua-duanya, benarkah?

  4. Itu tidak benar. Perkahwinan itu sah kerana dibuat atas dasar suka rela dan saling mencintai antara satu sama lain.

  5. Robin

    Bolehkan pasangan kekasih mengucapkan doa perkahwinan tanpa berkahwin di gereja? Adakah doa itu diperkenan oleh Allah?

    Pengarang:
    Tidak boleh! Perkahwinan haruslah disaksikan oleh Gereja (Paderi).

  6. Mayjune

    Bagaimana pula pasangan yang berkahwin mengikut adat ‘pegan’ (bukan kristian) dan akhirnya menjadi orang ‘Kristian’. Apakah perkahwinan mereka perlu mendapat pemberkatan gereja.

  7. Perkahwinan pasangan bukan Kristian diiktiraf oleh Gereja sebagai ‘sah’ jika tidak melanggar Hukum Allah dan Peraturan Gereja. Ini bermakna mereka tidak boleh bercerai sesuka hati. Apabila mereka menjadi Kristian, maka perkahwinan mereka perlu diberkati.

  8. Mayjune

    Saya mempunyai seorang bapa saudara yang mempunyai dua (2) orang isteri (tinggal serumah dan hidup rukun dan damai), mereka berkahwin semasa zaman Jepun dan bukan orang Kristian. Setelah berpuluh tahun berkahwin , kedua-dua isterinyanya beranak dan mempunyai cucu, hati mereka terbuka untuk menjadi orang kristian (kerana semua anak-anak telah menjadi orang Kristian), masalahnya bapa saudara saya diminta menceraikan salah seorang daripada isterinya barulah dia diterima menjadi orang Kristian.

    Perkara ini menimbulakan delima kepada bapa saudara saya kerana beliau menyayangi kedua-dua isternya dan mereka pula sudah tua (65 tahun keatas). Pernah beliau berkata bagaiman saya harus menceraikan salah seorang isteri saya kerana keduanya sudah tua dan apakah nasip salah seorang drp mereka.

    Pada akhirnya sehinggalah bapa saudara saya meninggal dia tidak pernah dipermandikan walaupun keinginan itu tidak pernah padam. Kerana keinginannya itu semasa pengkebumianya Ketikis telah membuat sambahyang seperti orang Kristian. Jadi. apakah pendapat/pandangan saudara mengenai perkara ini sebagai seorang Kristian.

  9. Itulah kebenaran yang harus kita terima. Pemikiran dan rancangan Tuhan tidak sama dengan kehendak manusiawi. Dalam kes di atas, perceraian tidak bermaksud meninggalkan terus salah seorang isteri. Suami masih boleh meneruskan memberi nafkah hidup kepada bekas isteri seperti sebelumnya kecuali mereka tidak boleh hidup serumah lagi.

    Perlu dilihat dengan jelas di sini bahawa mempunyai dua isteri adalah satu dosa berat dan merupakan pelanggaran Hukum Allah yang kudus. Selagi seseorang tidak bertaubat daripada dosanya, dia tidak diperbolehkan dibaptis.

    • Balasius Douni

      Jika demikian halnya, apakah itu dianggap satu kecuaian bagi umat ktistian (terutama sekali bagi yang berpengetahuan) di persekitaran ‘Bapa Saudara’ tersebut? Apakah tindakan yang sepatutnya mereka lakukan?

      Respons:
      Oleh kerana orang itu belum dibaptiskan maka dia hidup sebagai ‘pagan’. Maka bagi mereka yang berkesempatan haruslah berkongsikan iman Katolik dengan mereka yang belum mengenali Tuhan Yesus sebelum terlambat.

  10. baung

    Saya mempunyai kekasih yang beragama kristian tetapi bukan Katolik seperti saya. Saya keliru adakah perlu saya megikut dia kerana dia lelaki sedangkan saya terlalu sayangkan Katolik begitu juga dia. apa yang harus dilakukan?

    • Tentunya saudari sudah tahu jawapannya! Sebelum Vatican II, umat Katolik ‘dilarang’ berkahwin dengan mereka yang bukan Katolik. Saya percaya umat Katolik sekarang juga harus berpegang kepada ajaran tersebut. Meninggalkan iman Katolik bermakna menolak Yesus, adakah ini yang saudari ingin lakukan? Kita tidak dapat menyayangi kedua-dua Allah dan Dunia sekaligus. Sama ada kita mengasihi Allah dan membenci Dunia atau kita menyayangi Dunia dan menolak Allah.

      Mengikut ajaran Gereja sekarang, saudari masih boleh mengahwini kekasih yang bukan Katolik tetapi dengan syarat bahawa kekasih saudari memeluk agama Katolik. Jika kekasih saudari enggan berbuat demikian, maka harus dia membuat perjanjian rasmi bahawa saudari tidak akan dipaksa meninggalkan agama Katolik dan anak-anak haruslah sentiasa dibimbing dalam suasana agama Katolik. Jika kekasih saudari tidak dapat memenuhi permintaan ini, itu bermakna cinta kekasih saudari terhadap saudari masih cetek.

      Banyaklah berdoa terutama doa Rosari setiap hari. Saya percaya Roh Kudus akan menerangi hati saudari untuk tidak lari daripada membuat keputusan yang tepat. Untuk itu, saya doakan 1x Ave Maria untuk saudari.

  11. sememangnya perkhwinan dalam gereja adalah suci dan selalu di nanti-nantikan oleh pasang…….saya seorang wanita yang perlukan masa dalam melangkah ke alam perkhawinan gereja….saya telah bertunang dengan seorang lelaki yang saya tidak sayangi dan cintai selepas dua bulan berkenalan denganya gara2 kekcewaan masa lalu…..kini genap 10 bulan kami telah bertunang dan kami telah pergi ke krusus perkhawinan gereja selepas beberapa minggu bertunang meskipun masa itu saya belum bersedia tetapi gara2 menghormati ibubapa lelaki tersebut saya telah menghadirinya. kini ibu bapa lelaki tersebut menyuruh saya lagi pulang ke kampung kerana mahu kami bertemu dengan father kerana takut lumput krusus perkhawinan tersebut mana kali anaknya iaitu tunang sya terlalu mengikut kata keluarganya.sehingga kan saya naik marah…lelaki ini tidak pernah cuba memahami saya sehingga semua hal harus saya yang selesaikan sedangkan itu adalah tanggungjawap seorang lelaki.dan persoalanya PERLUKAH SAYA BERJUMPA DENGAN FATHER/BISHOP SEKARANG PADA HAL HATI SAYA BENAR2 BELUM BERSEDIA atau TERBUKA UNTUK BERKHAWIN GEREJA???….SYA SANGAT BUNTUH MEMIKIRKNAY??? DAN APA YANG HARUS SAYA LAKUKAN???KELUARGANYA PULA TERALU MENDESAK DAN TUNANG SAYA HANYA BERDIAM DIRI..KADANG2 MEMBUAT SAYA TERTEKAN…tolonh bagi jawapnya secepat mungkin.

  12. mayjune

    Salam Damai…saya tidak berapa faham akan maksud Zina atau berzina..boleh saudara jelaskan apakah maksud zina dan apakah perbuatan2 yang menyababkan seseorang itu dikatakan berzina?

    Terima kasih…

  13. prima

    sekiranya salah seorang pasangan katolik mati/meninggal, bolehkah si pasangan yang masih hidup berkhawin dan mendapat sakramen perkhawinan?

  14. Shalom author , menghargai setiap pandangan & pendapat author . Di sini sy juga perlu pandangan saudara .Bolehkah seorang umat kristian katolik pergi membuat pengakunan pada musim pra paska/ sebelum hari krismas dengan status diri hanya bertunang tetapi sudah bersekedudukan dgn Tunang dan bercadang akan berkahwin dalam masa terdekat .

    • Saudara Amber Dan, mengikut AJARAN GEREJA umat tidak dibenarkan menerima Sakramen Pengakuan jika masih hidup bersekedudukan dengan tunang, dan saudara tidak ada hasrat langsung untuk ‘keluar rumah’ dengan SEGERA.

  15. vera

    shallom,nak tahu…adakah dibenarkan menerima sekrmen perkahwinan jika pasangan kita itu sdh mempunyai anak….?

    Respons: Apakah maksudnya ‘mempunyai anak’? Jika seorang lelaki kematian isteri, maka dia boleh menerima Sakramen Perkahwinan untuk kali kedua walaupun sudah mempunyai anak.

  16. SAYA irene, yg sedang merancang untuk berkhawin… pasangan saya katolik dan sudah d babtis akan tetapi sijil penerima komuni nya dengan sijil penguatan nya sudah terbakar,,, apa kah itu kami masih bole berkat gereja?

    Respon: Boleh, hanya perlu dapatkan sijil gantian atau salinan daripada Gereja tempat pasangan saudari menerima Sakramen Pembaptisan dan Penguatan.

    • terima kasih,,, bagaimana pula dengan kawan saya yg pasangan dia hanya di babtis dan belm di menerima komuni dan penguATAN apa kah bole di berkat dulu bru ikut kelas IKD ?

      Respon: Ada kes Gereja membenarkan perkahwinan walaupun salah satu pasangan belum menerima Sakramen Penguatan. Tetapi perlulah berbincang dengan Paderi tentang hal ini.

  17. pany

    jika sudah kahwin jpn tp belum tgl bersama,masih boleh kahwin gereja ka atau pemberkatan kahwin saja?

    • Sebelum ini, pasangan dilarang berkahwin di luar Gereja tetapi ada juga pasangan yang diizinkan mendaftarkan perkahwinan mereka lebih awal di JPN dengan kebenaran Gereja. Sila rujuk kepada paderi tentang perkara ini.

  18. Sebenarnya saya amat kecewa kerana Kristian telah menjadi seakan-akan berpecah belah dan menjadi banyak cabang. Oleh kerana hal ini sahaja banyak permasalahan yang timbul di kalangan umat Kristian itu sendiri terutamanya dalam hal perkahwinan.Ideologi yang berbeza-beza ini selalunya timbul dan tidak selalunya dapat diselesaikan dengan baik. Tidak kurang yang akan berakhir dengan perbalahan dan sebagainya. Terkadang saya terfikir kenapa harus ada perbezaan. Saya sungguh berharap agar suatu hari nnt umat Kristian akan menjadi 1 Saya tidak ingin dengar samada mereka Katolik , Potestan atau sebagainya.alangkah baiknya jika hanya KRISTIAN sahaja. Dalam Bible itu sendiri tidak pernah menyebut bahawa kita haruslah menjadi Katolik atau Protestan untuk memiliki kerajaan Syurga.

    Respons: Gereja (Katolik) kekal SATU, KUDUS, APOSTOLIK dan KATOLIK. Gereja Katolik tidak berpecah seperti yang saudara katakan. Manusia yang inginkan kebebasan daripada terikat dengan Hukum Allah yang kudus, sentiasa mencari alasan untuk berbuat apa sahaja untuk keluar daripada persekutuan dengan Gereja Katolik. Mereka yang tidak patuh kepada ajaran Gereja, maka mereka dengan sendirinya TERKELUAR daripada keselamatan yang dijanjikan oleh Tuhan Yesus. Gereja Katolik bukanlah salah satu denominasi tetapi merupakan agama yang benar. Aliran-aliran non-Katolik adalah denominasi dan merupakan suatu ‘sect’ kerana didirikan oleh manusia. Haruslah kita bersyukur kerana kita masih Katolik. Bible dengan jelas menyatakan bahawa di luar Gereja (Katolik) tidak ada keselamatan. Perlu kita ingati bahawa Gereja Katolik didirikan oleh Tuhan Yesus, bukan oleh manusia biasa.

    • Balasius Douni

      Kadang-kadang kita didatangi oleh individu-individu yang bukan daripada gereja katolik dan memperkatakan tentang injil. Jadi, bagaimana cara terbaik untuk mendepani situasi ini?

      Respons:
      Jangan jemput mereka masuk ke dalam rumah untuk berbincang tentang kepercayaan palsu mereka dengan memberi alasan bahawa anda tidak berminat untuk berbincang tentang agama. Tetapi jika anda berpengetahuan tinggi tentang iman Katolik, ia merupakan satu peluang untuk menginjil kepada mereka agar kembali ke pangkuan Gereja Katolik.

  19. Hi.. Sy orang katolik dan pasangan sy org SDA (seven day adventist).. Apa yg bt sy keliru sy masih dpt kawin dengan pasangan sy? Kmi plan utk tidak berkahwin d greja tp mgkn mengikut adat bangsa kmi atau di luar greja so adakah ia memberi impak kpd kmi? And kalau mengikut adat keluarga kmi, jikalau kmi kawin nanti pasangan sy harus bertukar greja dri SDA ke RC so ada dia kena tukar atau boleh kekal? Jika di suruh tukar harus d baptis juga? Sebab pasangan sy itu suda di baptis di greja SDA..

    Respons: Berkahwin di luar Gereja adalah satu dosa mortal. Jika diteruskan maka itu satu risiko tinggi kerana kalau berlaku kematian maka tidak ada kesempatan untuk bertaubat. Dosa mortal akan menyebabkan seseorang itu dihumban ke Neraka untuk hukuman dahsyat yang kekal. Berjumpalah dengan Paderi dan bawalah pasangan anda itu untuk memeluk agama Katolik. Sakramen Permandian Bersyarat harus dilakukan untuk memastikan bahawa pembaptisan pasangan anda itu benar-benar ‘valid’.

    • Ok.. Tapi apa yang di maksudkan dengan Sakramen Permandian Bersyarat? Jikalau kmi kawin mengikut bangsa? Adakah ia satu dosa mortal juga? Kes sy juga sama seperti Encik Baung yg post di blog ini pada 8 September 2010.. Cuma pasangan sy itu seorg SDA dan oleh kerana sy seorg lelaki dan RC dia harus mengikut sy sedangkan dia syg sngt dngn SDA begitu jg dngn sy.. Kami tidak dapat memikirkan apa-apa penyelesaian sebab kurang pengetahuan tentang bab-bab seblum kawin. Apa yang harus kami lakukan…

      Respons: Upacara pembaptisan itu harus dilaksanakan sekali lagi untuk memastikan bahawa ia benar-benar berlaku sekiranya pembaptisan pertama itu tidak sah (invalid). Ia dikatakan bersyarat kerana Sakramen Pembaptisan hanya boleh diberikan sekali sahaja. Kita harus mengambil cara Katolik untuk menyelesaikan masalah ini. Perkahwinan mengikut adat adalah tidak dibenarkan oleh Gereja. Jika diteruskan maka saudara tidak diperbolehkan menerima Sakramen Pengakuan dan juga Ekarisiti Kudus selagi perkahwinan tidak disahkan oleh Gereja. Sila rujuk Six Precepts of the Church yang keenam:
      1. To assist at Holy Mass on all Sundays and Holy Days of Obligation.
      2. To fast and abstain on the days appointed.
      3. To confess our sins at least once a year.
      4. To receive Holy Communion during Easter time.
      5. To contribute to the support of the Church.
      6. To observe the laws of the Church concerning marriage.
      (Sumber: http://www.sspxsabah.com)

      Selain The Ten Commandment, pelanggaran mana-mana The Six Precepts of the Church adalah dosa mortal.

      Kita harus mengasihi Allah Tritunggal Mahakudus, melebihi dari yang lain. Satu-satunya sebab kenapa kita Katolik adalah kerana Gereja Katolik adalah agama yang benar yang didirikan sendiri oleh Tuhan Yesus Kristus sedangkan aliran SDA diasaskan oleh William Miller dan Ellen G White. Bagaimana mungkin fahaman SDA itu benar sedangkan kumpulan mereka diasaskan oleh manusia? Cara terbaik adalah memberitakan KEBENARAN tentang Gereja kepada pasangan saudara. Ramai penganut Protestant kekal dalam agama palsu mereka kerana jahil tentang sejarah penubuhan ‘gereja’ mereka sendiri.

      Tidak digalakkan Perkahwinan Campur (seperti yang menjadi trend sekarang) tetapi ‘diperbolehkan’ oleh Gereja dengan syarat ada PERJANJIAN bahawa semua anak-anak HARUS diberikan pendidikan Katolik. Tetapi harus diingatkan tentang pasangan anda yang anti Bonda Maria dan juga membenci patung-patung. Ini menjadi penghalang juga dalam rumah tangga perkahwinan campur. Tekun berdoa, mohon bantuan daripada Bonda Maria. Semoga saudara diberikan kekuatan untuk mengambil keputusan yang terbaik seperti yang DIKEHENDAKI oleh Tuhan Allah Tritunggal Mahakudus.

  20. welly

    Mengapakah perkhawinan gereja katolik diperbolehkan walaupun mempelainya sudah hamil atau sudah tinggal serumah?

    Respons:
    Mereka yang sudah hamil atau bersekedudukan HARUS bertaubat, hidup berasingan (rumah) dan mengaku dosa. Pemberkatan perkahwinan harus dirancang dengan baik bersama Paderi. Mereka yang berdosa sentiasa berpeluang untuk kembali ke jalan benar jika benar-benar bertaubat.

  21. Oscar

    Saya menyanjung tinggi level kekudusan perkahwinan Katolik. Bagi Saya, perkahwinan Katolik merupakan satu Sakramen Suci yang harus dipertahankan dan dilindungi daripada hal yang jahat walau dalam apa pun dugaan dan halangan. Sesiapa sahaja yang melalui saat pernikahan dalam gereja Katolik pasti akan memandang ia sebagai satu saat yang indah yang tidak patut dicemari dengan kecurangan dan sama sekali tiada erti kata perceraian.

    Saya ingin meminta idea mengenai panduan firman Allah dan etiket hidup yang harus diamalkan oleh mana-mana keluarga/pasangan Katolik yang:
    +sering berbeda pendapat
    +saling tidak menemui kerendahan hati
    +amat mudah menyentuh hal ” ajakan perceraian” ketika berselisih faham.

    Respons:
    Berbeza pendapat itu adalah perkara biasa. Yang penting adalah kita berfikiran rasional (berdasarkan fakta dan bukti). Perdalami iman Katolik dengan membaca dan mengamalkan ajaran Katolik dalam Buku Katekismus Katolik supaya kita dapat merendahkan diri di hadapan Tuhan. Dalam diri kita perlu ada iman, pengharapan dan cinta kasih. Kata-kata jahat seperti ‘ajakan bercerai’ haruslah dielakkan. Tidak ada perceraian dalam perkahwinan Katolik. Mereka yang bercerai telah melakukan dosa mortal dan tidak akan selamat.

  22. Stacy

    saya nak tanya. kalau dah sekali making love, dkira tak suci lg? then, sekiranya akn bkhwin dgn llki tu, tak bole kahwin d gereja? klu khwin dgn llki lain?

    Respons:
    Bertaubat dengan segera. Pergi mengaku dosa dan jangan diulangi perbuatan itu. Sila berjumpa paderi dengan segera untuk urusan perkahwinan di Gereja.

  23. Prisca Masiry

    Sya tumpang tya. Klau psgan kita bkn dr gereja Roman Catholic bolehkah kami minta berkat khawin di gereja Roman Catholic? Bagaimana procedure dia?

    Respons:
    Usahakan supaya pasangan memeluk agama Katolik, agama yang benar. Dahulunya perkahwinan seperti ini tidak dibenarkan, dan zaman sekarang tidak digalakkan kerana akan menggugat iman pasangan Katolik dan anak-anak. Walau bagaimanapun, uskup boleh memberikan pelepasan atau kebenaran untuk pemberkatan perkahwinan antara pasangan Katolik dengan non-Katolik tetapi dengan syarat bahawa non-Katolik tidak boleh mengganggukan amalan Katolik pasangannya termasuk anak-anak. Anak-anak harus dibesarkan mengikut agama Katolik. Sebaiknya persetujuan pasangan non-Katolik dibuat secara bertulis. Setelah pemberkatan perkahwinan dilangsungkan di Gereja, barulah pasangan Katolik boleh menerima Sakramen Pengakuan dan Ekaristi Semula. Sila berjumpa dengan paderi yang berdekatan.

  24. Rositah

    Salam damai.Tumpang tanya.Saya ingin berkahwin pada tahun ini.Tapi malangnya saya belum dibaptis dan tidak pernah mengikuti pelajaran agama.Tetapi bakal suami saya seorang katolik yang sah. Adakah cara lain bagi saya untuk mempercepatkan proses menjadi seorang katolik yang sah agar saya boleh berkahwin secara katolik? Kerana setahu saya, pelajaran agama mengambil masa selama 2 tahun manakala kami akan bercadang untuk berkahwin pada tahun ini. Saya sangat memerlukan bantuan anda. terima kasih.

    Respons:
    Jalan terbaik adalah berjumpa dengan paderi Katolik yang terdekat. Mungkin ada paderi yang ada kelapangan untuk mengajar anda Katekismus asas secara peribadi supaya pembaptisan anda dapat dipercepatkan. Saya bersetuju sekiranya anda memeluk agama Katolik terlebih dahulu sebelum berkahwin. Semoga anda berjaya.

  25. Mau tahu. Yang belum pernah baptis, tapi sdh kahwin, mau tahu caranya macam mana?
    D mana yang harus d dahulukan?..

    Respons:
    Jika belum dibaptis, maka belum menjadi umat Katolik. Untuk berkahwin di Gereja, harus dibaptiskan dahulu, menerima Sakramen Penguatan dan Ekaristi. Sila berjumpa paderi untuk keterangan lanjut.

  26. jerome

    hello, teman saya adalah (SDA) dan saya adalah katolik.. bagaimanakah penyelesaian jika ingin berkawin sedangkan pasangan (SDA) engan untuk memeluk katolik?

    Respons:
    Suatu ketika dahulu, perkahwinan antara Katolik dan Protestant adalah DILARANG tetapi peraturan ini dilonggarkan. Pasangan hanya perlu mendapatkan kebenaran daripada Uskup tetapi pasangan non-Katolik harus bersetuju secara bertulis bahawa anak-anak akan dibesarkan dalam Gereja Katolik dan tidak boleh dibawa ke kebaktian SDA. Pasangan non-Katolik juga tidak boleh melarang anak-anak mempraktikkan agama Katolik seperti berdoa Rosari atau mempunyai altar di rumah dengan imej kudus Tuhan. Dinasihatkan supaya tidak meneruskan perkahwinan seperti ini kerana ramai lagi wanita Katolik di luar sana, ribuan jumlahnya. Jika diteruskan akan mendatangkan keretakan kerana pasangan akan terus cuba mempengaruhi keluarganya supaya murtad dan memeluk agama palsu, SDA.

    • jerome

      shallom, saya mempunyai 1 lagi pertanyaan.
      bagaima jika pasangan saya beragama (SDA) bersetuju untuk memeluk katolik tetapi jika ditentang oleh ibu bapa beliau.. Dia sukar untuk membuat pilihan..sedangkan kami telah mula erat dalam hubungan percintaan..

      Respons:
      Jika pasangan non-Katolik bersedia untuk memeluk Katolik, maka perkahwinan di Gereja dapat dilaksanakan. Sekiranya pasangan yakin bahawa Katolik adalah agama benar, maka bantahan ibubapa menjadi lebih senang untuk diatasi. Sejarah membuktikan bahawa Gereja Katolik adalah Gereja Kristus kerana memiliki empat kriteria iaitu Satu, Kudus, Katolik (umum) dan Apostolik. Aliran SDA didirikan oleh Ellen G White dan William Miller. Tidak ada manusia yang diberikan autoriti oleh Tuhan Yesus untuk mendirikan ‘gereja’ sdn bhd
      .

  27. Walter

    Perkhawinan sebelum ini di adakan di gereja SIB tetapi sya seorang catholic dan telah bercerai ada kah saya masih boleh berkhawin di gereja catholic

    Respons:
    Perkahwinan itu tidak sah. Menurut undang-undang Gereja, anda BELUM berkahwin dengan sesiapa. Anda boleh berkahwin semula di Gereja Katolik tanpa apa-apa halangan.

  28. Daniel Christopher

    Adakah remaja kristian katolik yg berusia 15 tahun dan belum dibaptis merupakan sesuatu yg pelik?Apakah yg harus saya lakukan sekiranya sya.blm dibaptis??

  29. Minjunhero

    Bolehkah sakramen perkahwinan atau pemberkatan perkahwinan dilangsungkan semasa Musim Pra Paska?.

    • Biasanya tidak diadakan semasa musim Prapaska kerana musim ini dikhaskan untuk pertobatan. Kalaupun diadakan juga, maka majlisnya sangat sederhana!




Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


  • Laman

  • Artikel Terkini

  • Artikel Popular

  • Kategori

  • Sila masukkan alamat e-mel anda untuk melanggan blog ini dan menerima pemberitahuan melalui e-mel apabila ada artikel baru diterbitkan.

    Join 50 other followers


%d bloggers like this: