Dapatkah KONDOM memberi keselamatan?

Saya tertarik dengan artikel yang bertajuk “Pope Benedict Faces ‘Difficult Choice’ In Determining Whether To Recommend Condoms As HIV Prevention Method, Opinion Piece Says“. Sebelum ini, Gereja tidak pernah menghadapi kesulitan tentang ajarannya yang tidak membenarkan umat Katolik menggunakan kondom walaupun untuk tujuan mengelakkan diri daripada dijangkiti virus HIV (AIDS).

Jika kita melihat dengan lebih dekat tentang isu ini, penggunaan kondom SERINGKALI dikaitkan dengan gaya hidup manusia yang tidak sihat iaitu mereka yang mengamalkan seks bebas dan bukan beragama Katolik. Jika mereka beragama Katolik tentunya tidak harus timbul masalah dijangkiti virus HIV kerana mereka hanya berhubungan jantina dengan pasangan suami atau isteri yang sah. Ini berlaku kerana pasangan Katolik yang berkahwin secara sah di Gereja sudah berjanji bahawa mereka akan setia sehidup semati (monogami) walaupun dalam situasi yang sukar. Mereka tidak akan bercerai mahupun berkahwin lagi dengan orang lain (poligami).

Kenapakah penggunaan kondom masih dijadikan sebagai satu isu hangat yang kerapkali diperdebatkan di sana sini? Setelah mengkaji dengan lebih dalam, ini berlaku kerana mereka (yang bukan Katolik) ini enggan meninggalkan cara hidup (atau budaya mereka) yang mengamalkan seks bebas, beristeri ramai atau bersikap curang dengan pasangan masing-masing. Kondom adalah satu cara untuk mereka melakukan dosa (menikmati keseronokan duniawi) tanpa mahu menerima hukuman Allah (iaitu dijangkiti virus HIV).

Saya terkeliru kenapa Gereja di bawah pimpinan Pope Benedict, tiba-tiba berasa sukar untuk membuat keputusan? Adakah Gereja berhasrat mengubah ajarannya dan sekaligus mengubah ajaran Allah?


  1. Daniel

    Paus Benedictus tidak kesulitan membuat keputusan tentang kondom. Yang membuatnya kesulitan adalah banyaknya heretic disekelilingnya yang selalu berusaha mencari-cari celah mengenai penggunaan kondom.

    Media rupanya salah mengerti ungkapan Pope Benedict faces difficult choice.

    Humanae Vitae nya Paulus VI juga keluar setelah banyaknya upaya untuk mengizinkan penggunaan kondom dalam situasi khusus. Dan jawaban Gereja selalu sama: TIDAK!

  2. author

    Apakah keputusan Paus Benedict tentang penggunaan kondom?




Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


  • Laman

  • Artikel Terkini

  • Artikel Popular

  • Kategori

  • Sila masukkan alamat e-mel anda untuk melanggan blog ini dan menerima pemberitahuan melalui e-mel apabila ada artikel baru diterbitkan.

    Join 50 other followers


%d bloggers like this: