Pengguguran Anak, Perceraian & Perkahwinan Sesama Jantina

Dalam zaman moden masa kini, kita sebagai umat Kristan Katolik menghadapi tentangan fahaman anti-Kristian iaitu pengguguran anak (abortion), perceraian dan perkahwinan pasangan homoseksual. Lihat sahaja berita yang bertajuk Divorce to de-Christianise Europe: Pope. Umat dilihat sebagai sudah melupai Allah. Kehadiran umat ke Misa Kudus setiap hari Ahad adalah jauh semakin merosot dan ini dilihat mula berlaku setelah Gereja menggantikan Misa Kudus Tridentine dengan Misa Kudus Novus Ordo.

Sebagai umat Katolik, kita hidup mengamalkan nilai-nilai moral kekristianan dalam kehidupan kita setiap hari. Seorang wanita Kristian sejati (tidak kira telah berkahwin atau belum) tidak sekali-kali akan membunuh atau menggugurkan kandungannya. Lihat sahaja Yesus yang dikandungi Bonda Maria semasa Bonda Maria masih dara lagi (belum berkahwin dengan Yusuf). Sebagai suami isteri yang berkahwin secara sah di Gereja, perceraian tidak sepatutnya berlaku kerana pertalian perkahwinan yang telah disahkan oleh Allah, jangan ada manusia yang memutuskannya. Sungguh menyedihkan kerana mereka yang homoseksual juga mahu berkahwin sesama jantina! Nampaknya, ramai manusia yang sungguh-sungguh tidak percaya akan adanya Neraka mahupun Allah itu sendiri.


  1. Kalau kita terberanakkan urang,sinang saja,kita kawin terus.siok2 buat,kalau mengandung,truz kawin… tapi tdk rugi jugalah,urang bilang “kotudu po”. :)

    Komen Pengarang:
    Tidak semestinya jalan penyelesaian mereka yang mengandung di luar perkahwinan ialah berkahwin. Perkahwinan adalah satu Sakramen yang suci, bukannya dilihat sekadar menandatangani kontrak perkahwinan dua orang insan demi menutup kesalahan lalu.

  2. Seorang wanita yg mengandung luar nikah tak patut menggugurkan kandungan kerana ianya perbuatan ‘Membunuh’..
    Walaubagaimanapun, jika satu pasangan tu dah terlanjur dan mengandung, jangan dulu minta berkat khawin, sebaliknya khawin cara kg dulu. Manatau tiada jodoh (dengar dari paderi).. Kalau dah berkat khawin, memang bermasalah tu..

    Tentang homoseksual, kita boleh membantu mereka dengan terus2 berdoa semoga mereka berubah…

  3. Perkahwinan walaupun di luar Gereja adalah SAH dan perakukan oleh Gereja. Perkahwinan adalah satu Sakramen suci di antara dua pasangan lelaki dan wanita. Kita tidak sepatutnya memandang perkahwinan kampung sebagai perkahwinan olok-olok!

  4. 1) tidak semestinya kondom dapat memberi keselamatan kepada pengguna.
    2)ya,seandainya pasangan itu tidak berkhwin mereka akan di anggap berzina.

  5. orang yang menggunakan kondom itu adalah orang yang tidak mahu bertanggungjawab.
    memang lah suci,lau tidak suci wat pa nak kahwin.

  6. mimi_bubblegum:)

    Hai,
    Bagaimana dengan kisah yang sedang saya lalui ini. Jika lelaki ini telah berkahwin dan diberkati dalam gereja. Tapi semasa rumatangga mereka sering bergaduh (salah faham) bini sering cemburukan sang suami. Setiap hari bergaduh kerana cemburu. Bila bergaduh bini sering mengatakan ingin bercerai. Sejak berkawan (couple) bini selalu minta break. Bila suda tunang pula bini, kalau gaduh bini selalu minta putus tunang. Sampai lah ke alam perkahwinan bini masi lagi bersikap sama. Bila bergaduh selalu mengungkapkan perkataan cerai. Sang suami pula terpaksa berkerja kuat kerana dia mempunyai kerluarga yang miskin. Dia mempunyai 4 orang adik yang cacat. Abang sulung pula sakit buah pinggang (sering menjalani dialisis) Ibu pula suda tua dan sakit2. Bila mau balik kampung pula bini jarang ikut balik. Sampai 1 masa bila mereka bergaduh, kesabaran sang suami sampai ke tahap limit. Bila isteri mengungkapkan perkattan cerai, sang suami terus mengatakan yaaaa. Suami tidak tahan lagi kerana selalu bergaduh. Malam itu juga suami terus keluar dari rumah……mereka tidak mempunyai anak setelah 14 tahun berkahwin. Setelah 4 tahun tidak bersama (berpisah) saya telah berjumpa dengan tlelaki itu. Ternyata lelaki itu menarik hati saya. Bila saya bersama dia saya mempunyai kekuatann untuk berdiri dan gembira. Dengan keluarga dia pun saya sangat suka kerana mereka mempunyai kasih sayang yang cukuo kuat walaupun ada adik2 yang cacat. Tapi kasih sayang mereka tidak pernah hilang. Tidak saya sangka hubungan saya akan berakhir dengan perkahwinan. Tapi malangnya saya tidak akan dapat pemberkatan kawin dalam gereja lagi. Sedihhh sungguh. Tapi lelaki ni sangay menyayangi saya dan keluarga. Dalam masa yang sama juga saya sering berdoa agar hubungan kami dapat diterima oleh Tuhan. Saya percaya yang hubungan kami dapat diterima oleh Tuhan kerana Allah itu pengasih. Persoalannya kenapa perlu gereja menghalang perkahwinan lelaki/ perempuan yang suda berkahwin untuk kali kedua? Salah kah mereka mengecapi kebahagiaan kali kedua???? Kenapa perlu ada peraturaan sebegini di Malaysia?????????? Kenapa di negara barat perkawinan umpama seperti baju yang boleh dipakai buang????

    Respon Pengarang:
    Saya bukan seorang kaunselor. Jalan terbaik bagi saudari ialah berjumpa dengan Paderi Katolik (SSPX) yang mampu untuk memberi khidmat nasihat mengikut ajaran Katolik yang sebenar. Jika saudari tinggal di sekitar Penampang, saudari boleh berjumpa dengan Paderi tersebut kerana beliau datang berkunjung sekali sebulan iaitu kebiasaannya minggu keempat.

    Jika saudari bertanyakan pendapat saya, maka saya tidak berkeberatan berbuat demikian. Dari kaca mata Gereja, perkahwinan saudari tidak sah kerana berkahwin dengan pasangan yang sudah berkahwin. Tidak ada perceraian dalam perkahwinan Katolik (kecuali pembatalan atau annulment). Jelasnya, saudari berzina dengan ‘suami’ sekarang dan ini merupakan satu dosa mortal (berat). Ajaran Gereja sungguh jelas dan tidak berubah bahawa perkahwinan hanya berakhir apabila salah seorang telah meninggal dunia kerana lafaz sumpah perkahwinan ialah untuk setia sehingga akhir hayat tidak kira masa sakit, susah atau bahagia. Apa yang telah disatukan oleh Tuhan, jangan ada manusia yang memutuskannya. Hukum ini bukan hukum manusia tetapi telah diputuskan sendiri oleh Tuhan. Jalan terbaik ialah untuk saudari dan pasangan ialah berpisah dan memulakan hidup mengikut ajaran Katolik yang sebenar. [Maaf kerana saya tidak dapat memberikan jawapan (atau ‘nasihat’) yang panjang lebar pada masa sekarang].

  7. Prisva

    Tolong saya

  8. franciskus

    perkahwinan itu sunguh suci, semasa kita memgikat pejanjian perkahwinan di depan wali. kita mengatakan bahawa kita sanggup menerima segala yang bakal2 berlaku pada kita. apa pun berlaku baik yang paling buruk itu adalah cabaran kita adakah kita benar2 mnepati janji2 kita yang kita lepaskan. INGAT SESIAPA YANG BERTAHAN DALAM PENCOBAAN AKAN MENERIMA MAKOTA KEHIDUPAN DI SORGA.
    saya suah banyak membaca buku2 tentang masyarakat masa kini, yang paling keji dan menggeramkan saya ialah mengenai perkahwinan kontrak. ini memang berlaku kepada masyarakat samaada kristian atau islam.
    sesiapa sahaja diperbolehkan berkahwin dan bercerai dangan sesuka hati sahaja tampa ada halangan. dan mereka boleh mengikat kontrak perkahwinan selama tiga bulan, dan selepas tiga bulan mereka akan bercerai. INI UMPAMA BINATANG YANG PANDAI BUAT TAPI BETINA KESOARANGAN MENJAGA ANAKNYA. hanya memuaskan nafsu semata-mata. yang paling menyedihkan anak2 dibesarkan tampa bapa dan ada yang didiarkan begitu sahaja. DIMANAKAH LETAKNYA KASIH SEORANG MANUSIA YANG MERUPAKAN MAKHLUK YANG PALING SEMPURNA DI MUKA BUMI. Bayangkan anak2 itu adalah kamu? apakah perasaan anda.
    mengenai hubungan sama jenis pula. ini memang ada berlaku, ini seharusnya tidak berlaku kepada manusia zaman sekarang. kerana cerita mengenai kota gomoron dan sodon suda menjadi pengajaran bagi kita. MURKAH AKAN BAKAL DATANG SAATNYA TIBA.

    -BERTOBATLAH SEBELUM HARINYA TIBA

  9. Jalan terbaik menangani masalah umat Kristian yang tidak menghormati Sakremen Perkahwinan ialah mempelajari ajaran, doktrin dan dogma Gereja Roman Katolik dengan sedalamnya. Sungguh malang, ramai umat kita yang membuat ajaran sendiri dan tidak lagi mahu menuruti ajaran Yesus yang penuh kasih. Umat yang sebegini telah dikuasai oleh kuasa kegelapan dan duniawi yang menjanjikan kepuasan daging semata-mata.

  10. Mayjune

    Bagaimana pula jika pasangan suami isteri yang ingin merancang kelahiran anak. Bolehkah si isteri mengambil pil perancang atau menggunakan alat pencegah kehamilan selain daripada merancang secara semulajadi. Apakah perkara ini diperbolehkan oleh Agama Kristian?

  11. Tidak boleh. Malah ‘merancang’ melalui kaedah semulajadi adalah juga merupakan dosa. Tetapi atas kerelaan sendiri dan juga pasangan, maka tidaklah menjadi dosa jika masing-masing menjauhkan diri untuk sementara waktu agar ada masa terluang untuk berdoa kepada Tuhan.
    Pasangan suami isteri harus mengerti kenapa Tuhan mencipta Perkahwinan dan apakah tujuan hubungan seksual.

    Tujuan perkahwinan dan seks ialah (1) untuk melahirkan manusia baru dan (2) untuk merapatkan hubungan suami isteri. Perkahwinan dan seks merupakan aktiviti pasangan suami isteri yang suci dan kudus. Jika pasangan melakukan seks untuk sekadar memuaskan daging (nafsu) maka manusia menjadi hamba daging/seks semata-mata. Jangan dilupai bahawa anak-anak merupakan kurnia Tuhan yang suci dan kudus.

    Seperkara lagi, kenapa harus merancang keluarga? Persoalan ini harus dijawab dengan jujur dan ikhlas. Mungkinkah kerana sikap manusia yang mementingkan diri sendiri?

    • fey2

      “Bagaimana pula jika pasangan suami isteri yang ingin merancang kelahiran anak. Bolehkah si isteri mengambil pil perancang atau menggunakan alat pencegah kehamilan selain daripada merancang secara semulajadi. Apakah perkara ini diperbolehkan oleh Agama Kristian?”

      saya mempunyai masalh seperti diatas. saya sekarang dlm pengambilan ubat kerana mengalami masalah haid sejak mula2 sy akhil baligh. kitaran haid sy tidak menentu ( 3-4 bln sekali,kdg2 6-9 bln skali). baru-baru ini sy mengikuti kelas NFP dan sy ada menerangkan kpd slh seorang cikgu NFP bhwa sy dlm pengambilan ubat kerana sebab2 tertentu. kerana sblm ini,doktor sy memberitahu bhwa sy mengalami mslh hormon dan beliau risau sy mengalami ciri2 penyakit ‘ovari sindrom’. sejak sy mengambil ubatan ini,haid sy ada menunjukkan pekembangan positif ke arah kestabilan. cikgu NFP menggalakkan sy berhenti serta-merta mengambil ubatan tersebut. apakah yg perlu sy lakukan? perlukah sy bhnti atau meneruskan pengambilan ubatan tersebut?tolong~

      Respons:
      Keluarga Katolik tidak diperbolehkan merancang keluarga walaupun dengan Kaedah Ritma. Tetapi pasangan suami isteri diperbolehkan untuk tidak berhubungan seks atas persetujuan bersama untuk tujuan murni seperti berbakti kepada Allah atau atas tujuan ingin menjarakkan kelahiran anak. Masing-masing suami dan isteri tidak diperbolehkan menolak jemputan pasangan berhubungan walaupun diketahui bahawa kemungkinan mengandung adalah tinggi. Sememangnya tujuan perkahwinan ialah untuk melahirkan anak-anak Tuhan.

      Sememangnya wanita yang mengalami masalah haid akan diberi ubat hormon oleh doktor. Sekiranya penyakit ini memudaratkan dan perlu diberi ubat hormon, maka tidak menjadi kesalahan. Tetapi jika masalah itu tidak mengancam nyawa, perhubungan suami isteri harus diteruskan. Saya difahamkan bahawa jika isteri mengandung dan melahirkan anak, masalah haid akan selesai dengan sendirinya. Saya nasihatkan supaya mendapatkan nasihat kedua daripada doktor lain.

  12. yeuthie

    pada pendapat saya, perkahwinan adalah suci namun perancangan keluarga juga penting dalam sesebuah keluarga. apa jg yg kita lakukan, harus ada perancangan. tanpa perancangan, hidup umpama terumbang-ambing.
    oleh itu, segala sesuatu harus ada perancangan seperti mana Tuhan juga ada rancanganNya yg tersendiri. :)

  13. Itu menurut pendapat sdr/i Yeuthie. Apakah pendapat Tuhan Allah atau ajaran Gereja? Apakah maksud ‘perancangan keluarga’? Adakah rancangan manusia sama dengan rancangan Tuhan Allah? Apakah rancangan Tuhan apabila mencipta Sakramen Perkahwinan dan anugerah seks?

  14. pwince freddy

    Ini terjadi kepada salah seorang ahli keluarga saya (sepupu). Dia mengandung ketika belum berkahwin. Dia terpaksa mendaftarkan perkahwinan dia secara sivil sahaja dan tidak berkahwin di gereja. Setelah dia bersalin, dia attend kursus kahwin di St. Joseph Cathedral, Kuching. Kemudian mereka memberkati perkahwinan mereka di Cathedral. Last week the baby dibaptiskan. So sweet…

  15. pwince freddy

    oh ya, about family planning. Di Diocese of Miri, mereka ada memberi kursus mengenai Perancangan Keluarga Secara Semulajadi. Dan ceremah ini diadakan setiap bulan. Apa pendapat saudara mengenai ini? Buat pengetahuan saudara di Sarawak, saya mendapati Archdiocese of Kuching, Diocese of Sibu dan Sarikei adalah di bawah satu komuniti. Manakala Diocese of Miri dan Bintulu di bawah satu komuniti yang berlainan. Dan ini kekadang membuat saya keliru especially bila saya menghadiri Misa di Miri.

    Respon: Keluarga Katolik sebenarnya tidak diperbolehkan ‘merancang keluarga’. Tujuan perkahwinan ialah 1) kelahiran manusia baru 2) mengeratkan hubungan suami isteri. Jika hubungan seks dilakukan tanpa tujuan pertama iaitu untuk tujuan kelahiran manusia baru, maka hubungan itu adalah tidak bermoral. Hubungan seks yang dielakkan atas persetujuan kedua-dua pasangan untuk tujuan ‘berbakti kepada Tuhan Allah’, maka ia adalah sah. Tetapi melakukan hubungan suami isteri dengan tujuan bukan untuk kelahiran manusia baru adalah jelas tidak bermoral dan berdosa. Hubungan seks adalah tidak wajib tetapi setiap pasangan harus memenuhi kehendak pasangan yang satu lagi dengan syarat tujuan 1) dan 2) tidak diabaikan.

  16. Mayjune

    Salam damai, Baru-baru ini salah seorang teman saya (bukan Katolik) bertanya mengapa orang Katolik yang telah berkahwin gereja tidak diperbolehkan bercerai. Saya hanya menjawab seadanya mengikut peraturan gereja Katolik dan sebagaimana yang telah termaktub dalam Alkitab. Teman saya malah mempersendahkan saya dan mengatakan bahawa itu menyeksa namanya apalagi jika salah seorang pasangan tersebut kaki pukul, kaki mabuk dan tidak bertanggungjawab dan sebagainyalah yang boleh memudaratkan salah seorang pasangan tersebut. Dia mengatakan penceraian adalah jalan terbaik dan boleh menyelasaikan segala masalah dan menamatkan penderitaan salah seorang pasangan tersebut. Saya tidak bersetuju dengan teman ini tetapi tidak cukup hujah untuk menidakkannya kerana jika sekali fikir ada juga kebenarannya tetapi bila lihat hakikat seterusnya lebih banyak masalah yang timbul dikemudian hari. Jadi bagaimana dengan pendapat saudara apakah pencaraian boleh menamatkan sebuah penderitaan dan menyelasaikan masalah dalam hidup berumahtangga.

  17. Perceraian atas sebarang sebab adalah dosa mortal. Tiada autoriti di dunia ini yang boleh mengubah Hukum Allah iaitu ikatan perkahwinan adalah kekal sehingga salah seorang pasangan meninggal dunia. Gereja dan Paus sekali pun tidak ada autoriti untuk berbuat demikian.

    Proses ‘annulment’ bukan bermaksud perceraian. Ia merupakan satu deklarasi bahawa perkahwinan tidak pernah berlaku atas sebab-sebab tertentu.

    Jika salah seorang pasangan didapati bersikap terlalu ‘ganas’ sehingga boleh menyebabkan kecederaan serius ataupun kematian, maka atas kelulusan Gereja, pasangan dibenarkan ‘berpisah’. Perpisahan ini bukan suatu perceraian. Mereka kekal suami isteri yang sama tetapi tidak hidup sebumbung lagi. Maksudnya, jika mereka berubah fikiran kelak, mereka boleh merujuk semula. Dalam tempoh berpisah, mereka tidak dibenarkan berkahwin lagi.

    Perceraian bukan jalan penyelesaian tetapi merupakan pintu untuk manusia terus berbuat dosa. Sebab itu, jika seseorang ingin mendirikan rumahtangga, maka perlu dibuat penelitian yang jelas dan teliti agar tidak menyesal.

  18. Mayjune

    Terima kasih. Saudara boleh jelaskan lebih lanjut mengapakah penceraian bukan penyelasian tetapi pintu untuk manusia terus berbuat dosa. Jelaskan bagaimana?

    Respons:
    Perceraian adalah satu dosa kerana melanggar Hukum Tuhan. Anak-anak memerlukan keluarga yang stabil dan seimbang kerana kebanyakan perceraian adalah kerana tidak puas hati dan bukannya atas sebab suami menjadi ganas/buas. Rasa tidak puas hati tidak cukup untuk menjustifikasikan suatu perceraian. Jika ada peluang untuk bercerai, maka pasangan tidak akan berusaha untuk bekerja keras agar perkahwinan mereka berjaya tetapi mengambil jalan mudah untuk bercerai. Jika perceraian itu atas sebab yang lemah, apakah yang akan terjadi kepada anak-anak? Perlukah anak-anak menderita kerana sikap ibu bapa yang pentingkan diri sendiri?

  19. deedat

    boleh saya tahu jika ada dalam bible yang memperkatakan tentang hukum, dosa Pengguguran Anak, Perceraian & Perkahwinan Sesama Jantina ? terima kasih

    Respons:
    Gereja mengajar umat bahawa pengguguran anak, perceraian dan perkahwinan sesama jantina adalah dosa. Hukum Kelima: Jangan membunuh [Exodus 20:13 ]. For this cause shall a man leave father and mother, and shall cleave to his wife, and they two shall be in one flesh. [Matthew 19:5]. What therefore God hath joined together, let not man put asunder. [Mark 10:9]

  20. hazel

    Seorang teman perlu nasihat..

    Jika seorang wanita itu telah mengandung tanpa perkahwinan tetapi mahu melahirkan bayi yang dikandung;

    Wanita itu x ingin berkahwin dgn lelaki yang menyebabkannya mengandung kerana

    a) lelaki tersebut suami orang (berkahwin secara sah dan seorang katolik);
    b) x yakin dengan kejujuran dan masa depan kalau pun berkahwin dgn lelaki tersebut

    Apa yang perlu wanita itu lakukan untuk meneruskan kehidupan, melahirkan bayi dan membesarkannya dengan penuh kasih sayang.

    Wanita ini masih memikirkan tindakan yang harus diambil kerana perkara ini masih dirahsiakan drp keluarganya sendiri. Apakah nasihat dan cara terbaik yang boleh diberikan kepadannya? Terima kasih.

    Respons:
    Jika tidak ada halangan dari segi agama dan moral lelaki tersebut, disarankan supaya mereka berdua berkahwin secara sah di Gereja kerana anak memerlukan kedua-dua ibu bapa untuk memberikannya peluang membesar menjadi insan yang seimbang dan stabil dari segi kasih sayang.

    Tetapi memandangkan lelaki itu suami orang maka perkahwinan tidak diperbolehkan walaupun perkahwinan sivil kerana undang-undang menetapkan bahawa perkahwinan sah adalah monogami (kecuali pasangan beragama Islam yang mengamalkan poligami).

    Bayi itu tidak bersalah maka soal menggugurkan anak tidak timbul. Syukur kerana wanita itu masih berpegang kepada Hukum Tuhan. Kita tidak tahu apakah reaksi ibu bapa apabila mengetahui perkara sebenar tetapi kita berdoa agar ibubapa wanita itu juga diberi kekuatan untuk menerima kedatangan bayi itu. Kita tidak akan tahu selagi tidak memberitahu kepada mereka. Ibubapa yang baik tentunya akan memberi sokongan kerana wanita itu sudah terhukum atas perbuatannya (iaitu telah hamil). Tidak baik sekiranya wanita itu dihukum dua kali. Kehidupan untuk bayi itu menjadi lebih baik apabila mendapat bantuan dan sokongan daripada datuk dan nenek.

    Lelaki itu seharusnya memberi nafkah kerana menyebabkan wanita itu hamil. Sudah menjadi tanggungjawab ‘bapa’ tersebut untuk membantu wanita itu membesarkan anak mereka.

    Saya tidak dapat memberi nasihat yang lebih terperinci kerana saya bukan seorang kaunselor. Tetapi sebagai umat Katolik, kita harus berdoa setiap hari terutama doa Rosari kerana Bonda Maria amat memahami wanita yang menghadapi masalah seperti ini. Pergilah berjumpa paderi/sister untuk mendapat nasihat kerana mereka telah diberi latihan untuk hal-hal seperti ini.

    • Rauha Paradise

      Son of abortion – the baby Abortion is prohibited because it leads to sin and kill Moses Law was violated.

      Divorce – Divorce is prohibited because human life is created in pairs. Should be grateful for the grace of marriage is a total. Divorce can only occur if adultery occurs as recorded in the Gospel of Scripture. Want to get divorce as children because there are no results from the earlier not allowed. Abraham never divorced Sarrah though Sarrah barren. Zakaria never divorced even though Elizabeth Elizabeth barren. Can not have divorce after marriage. Separated temporarily allowed but not the status of divorce.

      Same Sex Marriage – It is strictly prohibited. Scripture tells many stories to be closely related to this case. See story Sadom and Gamorah punished because of this act.

      Respons:
      But I say to you, that whosoever shall put away his wife, excepting for the cause of fornication, maketh her to commit adultery: and he that shall marry her that is put away, committeth adultery. [Matthew 5:32]

      It is immoral for a divorce to occur for any reason not even adultery. What is permitted is separation, not divorce. This is the correct interpretation of the verse.

  21. Rauha Paradise

    Shallom dear brothers and sisters in Christ,

    Annulment is a legal procedure for declaring a marriage null and void. Unlike divorce, it is retroactive: an annulled marriage is considered to be invalid from the beginning almost as if it had never taken place. In strict legal terminology, (annulment) refers only to making a voidable marriage null; if the marriage is void ab initio, then it is automatically null, although a legal declaration of nullity is required to establish this. The process of obtaining such a declaration is similar to the annulment process.

    Therefore, an annulment of a marriage is much more analogous to a finding that a contract of sale was invalid, and hence, that the property for sale must be considered to have never legally transferred possession, than analogous to a divorce, which is more like returning the property after a consummated sale.

    These four preconditions give rise to the common fourfold classifications for bases of annulment, defect of form, defect of contract, or unwilling or unable parties.

    The contract is defective in form if the marriage ceremony is invalid, such as the case of two Catholic persons being married outside of the Catholic Church.

    The contract is defective of contract if it was not a marriage that was contracted, such as if there was a defect of intent on either side. This can occur if either party lacked the intent to enter into a lifelong, exclusive union, open to reproduction.

    If either party was coerced, they lacked willingness, and therefore lacked intent.

    If either party was married to another, they were unable to enter into the contract. Also, certain relationships of blood render the parties unable to enter into contract. Also, parties of the same gender are unable to enter into contract.

    The Church attempts to reconcile these two seemingly opposing ideas by understanding that a “Declaration of Nullity” is not a dissolution of a marriage, but rather to determine whether a marriage was a sacrament (valid) or contrary in some way to Divine Law as understood by the Catholic Church or contrary to the prescriptions of canon law regulating marriage. While some may try to use an annulment to get around the “no divorce” rule, that is not the reason the Church gives for the availability of annulment. According to the Church, an annulment affirms the Scriptural basis of divorce and at the same time affirms that in a true marriage, a man and a woman become one flesh before the eyes of God. The Church’s teaching on marriage is that it is a Sacrament and that it is only validly contracted by the two individuals, so questions may arise as to whether that person is able to contract a valid marriage. In the Western tradition, the ministers of the marriage are the two individuals themselves, and the priest is a witness for the Church.

    For this reason (or for other reasons that render the marriage null and void) the Church, after an examination of the situation by the competent ecclesiastical tribunal, can declare the nullity of a marriage, i.e., that the marriage never existed. In this case the contracting parties are free to marry, provided the natural obligations of a previous union are discharged. -Catechism of the Catholic Church – 1629

    Reasons for annulment

    A reason for annulment is called an diriment impediment to the marriage. Prohibitory impediments (which no longer exist in the Latin Code, CIC83) make entering a marriage wrong but do not invalidate the marriage, such as being betrothed to another person at the time of the wedding; diriment impediments, such as being brother and sister, or being married to another person at the time of the wedding, prevent such a marriage from being contracted at all. Such unions are called putative marriages.

    Diriment impediments include:

    Consanguinity.

    Insanity precluding ability to consent.

    Not intending, when marrying, to remain faithful to the spouse (simulation of consent).

    One partner had been deceived by the other in order to obtain consent, and if the partner had been aware of the truth, would not have consented to marry.

    Abduction of a person, with the intent to compel them to marry (known as raptus), constitutes an impediment as long as they remain in the kidnapper’s power.

    Failure to adhere to requirements of canon law for marriages, such as clandestinity.

    the couple killed the spouse of one of them in order to be free to marry.

    the couple committed adultery, and one of the couple killed the spouse of one of them, in order to be free to marry.

    Some impediments can be dispensed, in which the Church exempts a couple, prior to the marriage, to the obligation to conform to the canon law. While some relationships can not have the impediment of consanguity dispensed, a marriage can be sanctioned between cousins. This renders the marriage valid, and so non-annulable. Again, if an invalid marriage has been contracted, and the diriment impediment can be removed, a convalidation or sanatio in radice can be performed to make the marriage valid.

    Shallom

  22. sememangnya perkhwinan dalam gereja adalah suci dan selalu di nanti-nantikan oleh pasang…….saya seorang wanita yang perlukan masa dalam melangkah ke alam perkhawinan gereja….saya telah bertunang dengan seorang lelaki yang saya tidak sayangi dan cintai selepas dua bulan berkenalan denganya gara2 kekcewaan masa lalu…..kini genap 10 bulan kami telah bertunang dan kami telah pergi ke krusus perkhawinan gereja selepas beberapa minggu bertunang meskipun masa itu saya belum bersedia tetapi gara2 menghormati ibubapa lelaki tersebut saya telah menghadirinya. kini ibu bapa lelaki tersebut menyuruh saya lagi pulang ke kampung kerana mahu kami bertemu dengan father kerana takut lumput krusus perkhawinan tersebut mana kali anaknya iaitu tunang sya terlalu mengikut kata keluarganya.sehingga kan saya naik marah…lelaki ini tidak pernah cuba memahami saya sehingga semua hal harus saya yang selesaikan sedangkan itu adalah tanggungjawap seorang lelaki.dan persoalanya PERLUKAH SAYA BERJUMPA DENGAN FATHER/BISHOP SEKARANG PADA HAL HATI SAYA BENAR2 BELUM BERSEDIA atau TERBUKA UNTUK BERKHAWIN GEREJA???….SYA SANGAT BUNTUH MEMIKIRKNAY??? DAN APA YANG HARUS SAYA LAKUKAN???KELUARGANYA PULA TERALU MENDESAK DAN TUNANG SAYA HANYA BERDIAM DIRI..KADANG2 MEMBUAT SAYA TERTEKAN…tolonh bagi jawapnya secepat mungkin.

    • Orang dewasa harus membuat keputusan sendiri kerana perkahwinan adalah antara dua orang dan bukannya dengan sepuluh orang. Perkahwinan yang dilangsungkan di Gereja menjadi tidak sah jika salah seorang pasangan DIPAKSA untuk berkahwin tanpa kerelaannya. Berterus teranglah dengan pasangan dan juga paderi tentang kemusykilan saudari. Sebarang masalah harus diselesaikan SEBELUM perkahwinan dan bukannya selepas. Seperkara lagi, panggilan untuk berkahwin bukannya untuk semua orang. Ada orang yang kahwin awal, dan ada juga yang akan kahwin kemudian. Ada juga yang langsung bujang sehingga tua. Tidak kurang pula yang ada panggilan untuk menjadi paderi dan sister. Jika masih ada keraguan serius, harus ditangguhkan perkahwinan sehingga semuanya selesai. Tidak ada orang yang harus dipaksa berkahwin. Semoga ini membantu saudari.

  23. S-ter

    saya menhadapi masalah yang merunsingkan fikiran saya.. saya mengandungkan anak bf saya,tetapi dengan tanpa kerelaan saya berkawin dgn org lain..org yang berkahwin dgn saya tidak tahu anak yang saya kandungkan bukan anak dia.perkahwinan saya dgn dia,adalah pilihan keluarga saya.. apakah harus saya buat?kini anak saya sudah lahir..tetapi bf saya langsung tidak mahu bertanggungjawab.hati saya sedih.saya rasa hidup saya dan anak saya hancur.. bf saya kini sudah mempunyai org lain.. saya cuma ingin memberitahu kebenaran kepada semua org.. tolong saya.. tolong jawab secepat yang mungkin..

    • Jalan terbaik ialah membuat Pengakuan di hadapan Paderi Katolik dan melakukan sogit atau penance yang ditetapkan oleh Paderi tersebut. Saya percaya Paderi merupakan orang terbaik untuk memberikan nasihat mengikut ajaran Katolik.

      Ini hanyalah pendapat saya, kesalahan lalu tidak harus diungkitkan lagi selepas menerima Sakramen Pengakuan. Teman lelaki lama tidak ada kena mengena dengan kehidupan saudari sekarang. Segala tenaga dan masa harus ditumpukan kepada keluarga. Sayangilah dengan sepenuh hati suami dan anak yang sudah dilahirkan. Suami tidak perlu tahu kehidupan lampau saudari. Berdoa Rosari adalah cara yang terbaik untuk membantu saudari menghadapi masalah ini dengan cara terbaik.

      • eve

        Walaupun saya seorang Kristian Katolik,tp saya sgt hairan kenapa kita perlu membuat pengakuan dosa dgn paderi sdgkn kita punya Tuhan yg lebih dr mampu utk mendengar setiap doa dn pengakuan kita.adakah Tuhan tdk mmpu mndengar pengakuan dosa kita terus kpd Nya?

        Respons:
        Saya percaya saudari Eve adalah umat Katolik tetapi telah membuat peraturan sendiri bahawa umat tidak perlu mengaku dosa kepada Paderi tetapi sekadar cukup berdoa terus kepada Allah. Ayat John 20:21-23 jelas menunjukkan bahawa Tuhan Yesus telah menurunkan KUASA atau AUTORITI kepada para Rasul untuk mengampuni dosa umat yang menerima Sakramen Pengakuan.

        [21] He said therefore to them again: Peace be to you. As the Father hath sent me, I also send you. [22] When he had said this, he breathed on them; and he said to them: Receive ye the Holy Ghost. [23] Whose sins you shall forgive, they are forgiven them; and whose sins you shall retain, they are retained.

        Umat memang boleh sahaja melakukan Perfect Contrition untuk mendapatkan pengampunan dosa jika tidak ada peluang untuk menerima Sakramen Pengakuan daripada Paderi tetapi jika ada kesempatan atau peluang berbuat demikian, umat HARUS dan WAJIB mengaku dosa kepada Paderi.

        Jika saudari Eve menolak autoriti Paderi, maka anda sebenarnya mengampuni dosa sendiri atas KUASA SENDIRI. Dalam hal ini, anda sendiri mengambil tempat Paderi untuk mengampuni dosa sendiri. Adakah anda telah diberi AUTORITI untuk berbuat demikian? Adakah ini telus kerana hanya anda dan Tuhan sendiri sahaja yang tahu? Tugas paderi adalah untuk mengadili dosa umat, menjatuhkan hukuman (dalam bentuk sogit atau penance) dan seterusnya memberikan PENGAMPUNAN (absolution) kepada umat. Adalah tidak telus sekiranya umat sendiri menjadi ‘hakim’, ‘menjatuhkan hukuman’ dan seterusnya ‘mengampuni dosa sendiri’!

  24. And83

    Salam sejahtera…seperti apa yang saya baca dari atas shingga tergerak hati saya untuk meluahkan apa yang saya lalui kini….saya seorang lelaki yang telah mendirikan rumah tangga lebih 6 tahun dan masih belum dkurniakan cahaya mata…saya faham kerna itu semua kuasa tuhan…tetapi yang selalu menjadi tekanan dalam hidup saya kini, kami sering bergaduh tanpa melibatkan oleh sesiapapun mahupun dipengaruhi…tapi saya tidak pernah naik kaki tangan untuk melepaskan marah saya terhadap insan yang hidup sebumbung dengan saya…paling menyakitkan hati saya keluarga saya sering dikait dengan permasalahan antara kami berdua…tentang cincin yang telah diberkati oleh Father semasa berkahwin kini tiada dan baru2 ni sijil kahwin telah dikoyakan sehinggakan menjadi bahagian yang kecil…pada saya sijil itu amat bermakna untuk pertama kali dalam hidup saya tetapi hati saya turut berkecai sama sekali…rasa nak bunuh diri berdosa dan nak bercerai pun berdosa…yang mana harus saya turuti?terus terang saya nyatakan disini saya hampir berputus asa yang telah pihak gereja aturkan tentang hukum2 perkahwinan…tapi apakah dunia ini manusia yang gubal undang2 akan dibawa kedunia akhirat…selagi saya hidup didunia tidak sesiapun tahu tentang apa yang akan berlaku semasa didunia akhirat…kerana setiap penyampaian secara lisan dan bertulis sentiasa berubah2 dan maklumat juga sentiasa berubah selama mana dunia masih bertahan..sejujurnya saya ingin nyatakan saya hanya percaya pada satu iaitu Tuhan Yesus dan Allah Bapa yang menjadikan kita semua…saya ada hati dan perasaan..kebahagian itu terletak pada diri kita dan kerna itu lah Tuhan telah memberikan kita perasaan untuk memahami erti perasaan itu …perkahwinan saya suatu ketika dulu seperti sepantas kilat tanpa memikirkan tentang apa yang akan berlaku pada masa depan…saya menghormati orang tua,saya patuh pada perintah orang tua saya…tetapi disebabkan hormat dan patuh khidupan saya hancur sama sekali…sudah berkali2 lafaz cerai diluahkan oleh isteri saya dan saya kini menerimanya dengan hati terbuka tanpa memudaratkan lagi kehidupan dmasa yang akan datang dan kami tidak sebumbung kini…tetapi apa yang myeksakan saya ibarat tergantung tak bertali…saya tidak berminat merayu untuk kebahagian..biarlah ianya hadir dalam keadaan semula jadi…tetapi yang cukup memeningkan kepala saya tentang masalh proses penceraian dalam agama kristian…manusia semuanya sama tetapi kerana ajaran menjadikan manusia terikat dalam satu arah masing2 tanpa memikirkan jalan hidup yang hendak dipilih sehingga keakhir hayat…soalanya kini kenapa penceraian dalam agama yang saya anuti menjadi permasalahan??jika benar kitab menyatakan tentang kebahagian kenapa menyukarkan lagi jika saya ingin mencari kebahagian??adakah itu termaktub dalam kitab??ya,tetapi sebaliknya…saya amat taat kepada agama saya tetapi sesetengah pekara tidak saya dpt terima sehingga pernah sekali saya terfikir untuk mencari jalan yang sebenar dalam keharmonian hidup..perlukah saya lakukan??harap saudara saudari dapat membantu saya dalam myelesaikan permasalahan saya…saya ingin hidup bersendirian tanpa terikat oleh mana2 pihak pun termasuk agama yg saya anuti tetapi saya masih lagi taat setia kepada agama saya…tolong bebaskan saya…

  25. And83

    Salam sejahtera,disini saya ingin bkongsi pendapat dan sama kita renungkan…Yang pertama tentang perkahwinan melalui gereja?Saya yakin sudah ramai dikalangan umat kristian tahu tentang syarat-syarat perkahwinan dan hukum-hukum tentang perkahwinan…saya yakin ramai dikalangan umat kristian tidak berani mengambil risiko dan perkahwinan dalam keadaan tanpa kerelaan…adakah saudara saudari tahu berapa ramaikah umat kristian yang sudah berkahwin yang bukan melalui gereja??dan berapa ramaikah anak-anak yang baru dilahirkan direkodkan dalam family book??saya berharap saudara saudari dapat menjelaskan dengan jujur tentang perkara ini tanpa merujuk pada mana2 buku…tanyalah pada hati dan buka minda…cubalah berjalan kedunia luar…apakah semua ini dituruti ataupun sebaliknya??sama2 lah kita renungkan…

    • Blog ini bertujuan untuk membincangkan prinsip dasar ajaran, doktrin dan dogma Katolik. Pilihan peribadi seseorang (walaupun mengaku diri sebagai katolik) tetapi melanggar Hukum Allah demi memenuhi kehendak hati masing-masing adalah di luar skop perbincangan. Walaupun bagaimanapun, harus diingati kepada semua umat bahawa walau satu dosa berat sahaja sudah mencukupi untuk menghantar jiwa seseorang ke Neraka untuk menjalani hukuman kekal yang dahsyat dan sukar dibayangkan di sini. Soalan yang harus kita tanya kepada diri sendiri ialah adakah kita harus mendengar Firman Allah atau kita yang harus mengajar Allah bagaimana kehidupan manusia harus diatur oleh-Nya? Tidak ada manusia di dunia ini dapat memahami sepenuhnya fikiran Allah tetapi Hukum Allah adalah yang terbaik dan menyelamatkan. Jalan Allah tidak mungkin menyamai jalan manusia yang hanya memikirkan kepenuhan kehendak hati peribadinya.

  26. falk

    @And83
    “Salam sejahtera,disini saya ingin bkongsi pendapat dan sama kita renungkan…Yang pertama tentang perkahwinan melalui gereja?Saya yakin sudah ramai dikalangan umat kristian tahu tentang syarat-syarat perkahwinan dan hukum-hukum tentang perkahwinan…saya yakin ramai dikalangan umat kristian tidak berani mengambil risiko dan perkahwinan dalam keadaan tanpa kerelaan…adakah saudara saudari tahu berapa ramaikah umat kristian yang sudah berkahwin yang bukan melalui gereja??dan berapa ramaikah anak-anak yang baru dilahirkan direkodkan dalam family book??”
    -napa kawin lau x rela?
    -mereka yg x kawin mllui gereja adalah pilihan mereka.gereja x paksa..

  27. honey89

    salam dari saya…saya ingin bertanya sekiranya wanita dan suaminya itu sudah berkahwin,dan hanya menunggu untuk kawin gereja..ttpi wanita itu sudah hamil….adakah pasangan itu boleh diberkat kawin digereja semasa hamil??atau kena tunggu wanita itu melahirkan??

  28. Shallom Oremust , saya perlu pandangan & pndpt ttg khidupan yg sy lalui . Saya, catholic bertunang dengan seorg lelaki yg agama kristian protestant,dia pernah berkahwin & bercerai . kami b’cdg utk brkahwin dlm gereja .soalannya :
    1. bolehkah kami mndpt berkat dlm prkahwinan kmi dlm
    gereja ?
    2. sy duduk serumah dengan tunang sy , bolehkah sy menerima komuni suci setiap mass ahad ?
    3 . sekiranya sy telah hamil sebulan, bolehkah menerima berkat dlm perkahwinan ?
    terima kasih sekiranya dapat memberi pandangan .

    • 1. Gereja harus membuat penyiasatan sama ada perkahwinan awal tunang saudara itu sah atau tidak. Jika sah, maka perkahwinan saudara tidak akan dapat diberkati di Gereja Katolik. Mengikut undang-undang Gereja terdahulu, perkahwian antara umat Katolik dengan umat Protestan adalah dihalang tetapi peraturan perkahwinan Gereja sekarang sudah menjadi longgar. Secara peribadi, saya berpendapat bahawa umat Katolik tidak harus berkahwin dengan umat Katolik. Sila hubungi paderi Katolik terdekat.
      2. Bersekedudukan dengan tunang adalah dosa berat. Saya menasihatkan saudara supaya tinggal berasingan dengan segera. Selagi bersekedudukan secara tidak sah, saudara ditegah daripada menerima Komuni Suci. Pergilah mengaku dosa dan mohon nasihat daripada paderi.
      3. Pokok masalah No. 1 di atas perlu diatasi terlebih dahulu. Sekiranya Gereja membenarkan saudara berkahwin di Gereja, maka pemberkatan perkahwinan adalah boleh, tanpa Misa Kudus kerana saudara sudah hamil.

      • Shalom , terima kasih atas pandangan saudara . Saya akan rujuk lebih lanjut dengan paderi gereja . God Bless u always ..

        • Pax Christe (Damai Kristus dalam Latin).

          • Shalom Oremust ,penerimaan komuni suci tidak dibenarkan selagi perkhawinan pasangan tidak dpt berkat dari gereja , bagaimana pula dengan pengakunan pada hari pra paska dan menjelang hari krismas ? adakah itu dibenarkan ? terima kasih lagi atas pandangan .

            • Tidak dibenarkan kerana saudara masih hidup dalam dosa. Sakramen Pengakuan memerlukan PERTAUBATAN daripada umat. Tanpa pertobatan, pengakuan saudara menjadi tidak sah.

              • eve

                Saudara Oremust.saya mendapati cara saudara mnjawap kadg2 tdk masuk akal. Dan lebih ke arah undang2 kmanusiaan buatan manusia.Stiap manusia yg hidup dlm muka bumi ini adalah hidup dlm dosa.

                Respons:
                Mana satu yang kamu katakan sebagai ‘undang-undang manusia’? Apakah soalan kamu sebenarnya?

      • eve

        Saya ingin bertanya,kenapa kita harus mengaku dosa dgn paderi sdgkn kita boleh membuat pengakuan dosa tersebut terus kpd Tuhan melalui doa. ? Dan kita boleh mendoakan terus Bapa Kami dn Salam Maria semasa pengakuan dosa terus kpd Tuhan. Adakah terdapat dlm kitab suci mengatakan kita harus membuat pengakuan dosa melalui paderi?bukankah adalah lebih telus jika kita mengaku terus kpd pencipta kita?

        Respons:
        Saya percaya saudari Eve adalah umat Katolik tetapi telah membuat peraturan sendiri bahawa umat tidak perlu mengaku dosa kepada Paderi tetapi sekadar cukup berdoa terus kepada Allah. Ayat John 20:21-23 jelas menunjukkan bahawa Tuhan Yesus telah menurunkan KUASA atau AUTORITI kepada para Rasul untuk mengampuni dosa umat yang menerima Sakramen Pengakuan.

        [21] He said therefore to them again: Peace be to you. As the Father hath sent me, I also send you. [22] When he had said this, he breathed on them; and he said to them: Receive ye the Holy Ghost. [23] Whose sins you shall forgive, they are forgiven them; and whose sins you shall retain, they are retained.

        Umat memang boleh sahaja melakukan Perfect Contrition untuk mendapatkan pengampunan dosa jika tidak ada peluang untuk menerima Sakramen Pengakuan daripada Paderi tetapi jika ada kesempatan atau peluang berbuat demikian, umat HARUS dan WAJIB mengaku dosa kepada Paderi.

        Jika saudari Eve menolak autoriti Paderi, maka anda sebenarnya mengampuni dosa sendiri atas KUASA SENDIRI. Dalam hal ini, anda sendiri mengambil tempat Paderi untuk mengampuni dosa sendiri. Adakah anda telah diberi AUTORITI untuk berbuat demikian? Adakah ini telus kerana hanya anda dan Tuhan sendiri sahaja yang tahu? Tugas paderi adalah untuk mengadili dosa umat, menjatuhkan hukuman (dalam bentuk sogit atau penance) dan seterusnya memberikan PENGAMPUNAN (absolution) kepada umat.

  29. andrew

    Salam…saya telah bcerai dan kini bgelar duda…wlaupun saya telah bcerai scara sah mgikut undang2 malaysia namun penceraian melalui gereja masih belum mnemui pghujungnya…dari apa yg saya dengar dari sahabat saya,perkahwinan melalui gereja tidak dpt dlakukan tetapi pembatalan boleh dbuat mgikut prosuder yg dperuntukan oleh pihak gereja….adakah perkahwinan gereja saya dpt dbatalkan…dan bagaimn harus saya lakukan?saya mohon jasa baik dari pihak bkenaan utk mnerangkan pada saya kerana dmasa2 akan dtg sudah pasti saya akan bkahwinan sekali lg dan saya ingin mlalui perkahwinan gereja semula…hubungi saya xxxxxxxxxx Andrew..

    • Umat Katolik yang telah berkahwin dengan sah di Gereja, tidak boleh bercerai walaupun telah melalui proses perceraian mengikut undang-undang Malaysia. Annulment sememangnya ada dalam Gereja untuk mengesahkan bahawa perkahwinan pertama ‘tidak pernah berlaku’ atau ‘tidak sah’. Tidak ada konsep pembatalan perkahwinan. Sekiranya proses annulment itu tidak menyebelahi saudara, maka anda harus berusaha untuk berdamai semula dengan isteri asal sekiranya berpeluang. Berdoalah kepada Tuhan dan bawa dalam doa Rosari harian.

  30. Fiona Lucy

    Shallom….saya dan bf merancang nak kahwin tahun depan. Saya masih bujang manakala bf saya sorang duda. Perkahwinan yang dahulu secara civil court sahaja. Bf saya sorang non-catholic manakala saya sendir catholic. Saya berharap sangat agar dapat kahwin dan diberkati di gereja. Apa patut saya lakukan? Mcmana nak memohon annulment dan siapa harus kami jumpa?

    Respons:
    Pax Christi. Sila berjumpa paderi paroki setempat. Kes anda itu boleh diselesaikan.

  31. rieca

    saya ingin bertanya..apakah pengambilan ubat perancang itu salah dalam agama katolik sdgkan pengmbilan pil tsebut bknlah mmbunuh janin atau kandungan cuma setakat mewujudkan persekitaran org mngdung d dlm bdn sseorg prmpuan..sya masih keliru krna ada tmpt yg mgtakan ia salah dan ada yg mgtakan ia x slh..

    Respons:
    Merancang keluarga menggunakan pil perancang adalah dosa berat. Umat Katolik dilarang berbuat demikian. Perkahwinan harus terbuka kepada ‘kedatangan manusia baru’ dan juga ‘mengeratkan hubungan suami isteri’. Tanpa tujuan pertama, perkahwinan menjadi aktiviti ‘memuaskan nafsu semata-mata’. Seks dalam perkahwinan bukan dianugerahkan Tuhan untuk menjadi hamba kepada nafsu daging sahaja tetapi untuk mempopulasikan Syurga.

  32. Elsie

    Shallom! Ipar saya (Paul) pernah berkahwin dengan seorang muslim, dikaruniakan 2 orang anak. Mereka telah bercerai semenjak anak ke-2 mereka masih bayi. Selepas beberapa tahun ipar saya berkahwin dengan wanita katolik. Malangnya, pihak gereja tidak membenarkan perkahwinan ini diberkati d gereja di saat2 akhir. Dia telah memeluk Islam, namun dia ingin kembali kepada Gereja Katolik tanpa dapat memansuhkan nama Islamnya di pendaftaran (MUIS).Sekarang mereka (dengan isteri Katolik) mempunyai 2 orang anak lagi. Salah seorang anak Paul (dengan isteri muslim) berada di bawah jagaannya dan mengimani cara Katolik.
    Setahu saya, memang perkahwinan di gereja Katolik hanya dilangsungkan hanya sekali. Tetapi Paul belum pernah sama-sekali. Sehingga saat ini mereka jarang2 pergi Misa Kudus disebabkan malu tidak dapat menyambut Tubuh Kristus dan sebagainya.
    Persoalannya, apakah sebab2 lain perkahwinan mereka dihalang diberkati di gereja? Saya sedih dengan hal penyelamatan jiwa mereka. Banyak perkara yang menghalang mereka untuk memuliakan Tuhan, contohnya membawa anak2 untuk dibaptis. Mohon bantuan penjelasan…
    Semoga Tuhan memberkati kita semua.

    Respons:
    Di Malaysia, perkahwinan antara non-Muslim dengan Muslim adalah tidak dibenarkan oleh undang-undang sedia ada kecuali pasangan non-Muslim memeluk agama Islam. Apabila ini berlaku, mereka TIDAK boleh lagi berkahwin di Gereja kerana mereka adalah Muslim. Gereja terikat dengan undang-undang Malaysia. Anak-anak boleh dibaptiskan apabila mereka sudah mencapai umur yang lebih tua atas kehendak sendiri. Jadi, sdr Elsie boleh membantu mengajar atau menjaga anak-anak itu supaya sentiasa kuat dalam iman Katolik.

  33. Dalam keadaan apakah PERJANJIAN perkahwinan yang diikat dalam gereja dapat dibatalkan @ annulment SELAIN dari salah satu pasangan meninggal

    Respons:
    Gereja TIDAK BERKUASA untuk membatalkan perkahwinan yang sah. Selepas tribunal bersidang, Gereja hanya boleh membuat ‘deklarasi’ bahawa perkahwinan itu tidak pernah berlaku (tidak sah) kerana tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Gereja.




Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


  • Laman

  • Artikel Terkini

  • Artikel Popular

  • Kategori

  • Sila masukkan alamat e-mel anda untuk melanggan blog ini dan menerima pemberitahuan melalui e-mel apabila ada artikel baru diterbitkan.

    Join 50 other followers


%d bloggers like this: