Kesucian Bonda Maria

Wayang tentang ‘The Nativity Story’ iaitu cerita tentang Kelahiran Yesus 2000 tahun yang lalu telah mendapat liputan akhbar yang agak meluas. Sila baca laporan itu di pautan ini:

http://www.lifesite.net/ldn/2006/dec/06120402.html
http://www.airmaria.com/vlog/stnd/stnd0001Revw.asp
.

Sebelum ini, kita telah diberi peluang menonton filem ‘The Passion of Christ’ arahan oleh Mel Gibson (seorang Traditional Catholic). Berbeza daripada ‘The Nativity Story’ yang lebih mirip sebuah tayangan versi ‘Protestan’, filem ‘The Passion of Christ’ merupakan wayang yang bersifat amat ‘Katolik’. Apakah makna perbezaan ini? Jika seorang umat Katolik menonton wayang ‘The Passion of Christ’, imannya tidak akan tergugat kerana jalan cerita wayang tersebut tidak bercanggah dengan dogma dan doktrin Gereja. Kenapakah wayang ‘The Nativity Story’ pula dikatakan boleh menjejaskan iman Katolik seseorang?

Apabila kita merujuk kepada Cathechism of the Catholic Church nombor 499 yang berbunyi:

“The deepening of faith in the virginal motherhood led the Church to confess Mary’s real and perpetual virginity even in the act of giving birth to the Son of God made man.”

Ajaran ini dengan jelas mengajar bahawa kesucian (kedaraan, keparawanan atau virginity) Bonda Maria adalah KEKAL TERPELIHARA sebelum, semasa dan selepas kelahiran Yesus Kristus. Ini merupakan ajaran dan dogma Gereja Roman Katolik dan harus diterima oleh semua umat Katolik.

Tahukah anda bahawa filem ‘The Nativity Story’ diarah oleh Catherine Hardwicke, seorang wanita Protestan dari Gereja Presbyterian. Sudah tentu, jalan cerita filem tersebut juga diasaskan kepada fahaman Protestan yang MENOLAK KEDARAAN ATAU KESUCIAN BONDA MARIA YANG KEKAL PERAWAN.

Oleh yang demikian, filem ini tidak sesuai dan tidak sepatutnya ditonton oleh umat Katolik terutamanya kanak-kanak kerana filem tersebut mengandungi ajaran sesat (heretical) dan mampu menggugat iman umat Katolik.

Bacaan tambahan:
http://tradreviews.blogspot.com/


  1. dee

    ya…sy sokong….love mel gibson…..REJECT THE NATIVITY STORY…selmatkan iman saudra katolik kita!!!

  2. Saudara/i Dee,
    Mel Gibson merupakan umat Katolik (Tradisional) tetapi beliau menolak Pope Benedict XVI sebagai Pope yang sah. Beliau lebih merupakan seorang sedevacantist yang bermaksud Gereja Roman Katolik sekarang tidak mempunyai Paus!

  3. Spongebob

    Hanya Yesuslah perantara antara manusia dan Elohim (1 Timotius 2 : 5)
    Maria tidak perawan selamanya (Matius 13 : 55-56)

    Respon Pengarang:
    Memang benar katamu, Yesus adalah Perantara antara Allah, Tritunggal Mahakudus dengan manusia. Tetapi pernahkah saudara/i mendoakan orang lain atau minta didoakan? Adakah saudara/i menjadi ‘perantara’ jika mendoakan sahabat handai atau adakah orang lain yang mendoakan saudara/i menjadi ‘perantara’ yang mengambil tempat Yesus?
    Maksud sebenar ayat Mat 13:55-56: “Bukankah Ia ini anak tukang kayu? Bukankah ibu-Nya bernama Maria dan saudara-saudara-Nya: Yakobus, Yusuf, Simon dan Yudas? Dan bukankah saudara-saudara-Nya perempuan semuanya ada bersama kita? Jadi, dari mana diperoleh-Nya semuanya itu?” tidak bertentangan dengan doktrin bahawa Bonda Maria adalah kekal perawan: sebelum, semasa dan selepas Yesus dilahirkan.

  4. Xavier

    Saudara Spongebob…

    Umat Katolik sejak 2000 tahun dahulu menerima kesucian Bonda Maria tanpa terpesong sehinggalah kemunculan Protestan yang mengucar-kacirkan tradisi suci dengan menerima dan menolak apa yang perlu dipercayai sesuka hati. Adalah penting bagi saudara untuk mengetahui apa yang perlu kita percaya sebagai Katolik dan bukannya dipengaruhi oleh apa yang kita dengar dan lihat dari sumber yang salah.
    Rujukan kitab yang saudara berikan juga langsung tiada berkaitan malah tidak ada ayat yang saudara maksudkan pada rujukan itu! Berhati-hati, Kitab sejak 1970-an banyak menerima perubahan lebih-lebih lagi dari segi penggunaan perkataan. Ada perbezaan antara kitab Katolik dan kitab Protestan!!! (mungkin Saudara Author kita mau menjelaskan perbezaan tersebut!)… pastikan kitab saudara kitab Katolik dan sekiranya saudara ingin mendapatkan kitab English, dapatkan kitab Douay-Rheims, translasi dari bahasa Latin yang diiktiraf oleh gereja Katolik sejak tahun 1580-an.




Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


  • Laman

  • Artikel Terkini

  • Artikel Popular

  • Kategori

  • Sila masukkan alamat e-mel anda untuk melanggan blog ini dan menerima pemberitahuan melalui e-mel apabila ada artikel baru diterbitkan.

    Join 50 other followers


%d bloggers like this: