Puteri Altar

Saya terkejut dengan berita ‘palsu’ yang disebarkan melalui sebuah artikel yang bertajuk “Who they are, what they do“. Secara ringkas, penulis mengatakan bahawa Gereja Roman Katolik telah ‘membenarkan’ pelayan altar perempuan pada tahun 1994. Sejauh manakah kenyataan ini benar?

Larangan Gereja terhadap pelayan altar perempuan telah dinyatakan dengan jelas dalam surat rasmi Gereja berikut:

“7. In conformity with norms traditional in the Church, women (single, married, religious), whether in churches, homes, convents, schools, or institutions for women, are barred from serving the priest at the altar.” Dipetik daripada Liturgicae Instaurationes Sacred Congregation for Divine Worship Instruction on the orderly carrying out of the Constitution on the Liturgy, September 5, 1970
(http://www.adoremus.org/LiturgicaeInstaurationes.html)

“18. There are, of course, various roles that women can perform in the liturgical assembly: these include reading the Word of God and proclaiming the intentions of the Prayer of the Faithful. Women are not, however, permitted to act as altar servers.(27)” – Dipetik daripada Inaestimabile Donum Instruction Concerning Worship of the Eucharistic Mystery Sacred Congregation for the Sacraments and Divine Worship – Approved and Confirmed by His Holiness Pope John Paul II April 17, 1980 (http://www.adoremus.org/InaestimabileDonum.html)

Jelas sekali bahawa Paus Yohanes Paulus II MELARANG pelayan altar perempuan. Larangan ini bukan merupakan suatu peraturan manusia ataupun peraturan disiplin kaedah berdoa tetapi ajaran ini yang melarang pelayan altar perempuan adalah Tradisi Suci Gereja yang diperturunkan sejak 2000 tahun yang lalu lagi iaitu sejak zaman para rasul Yesus.

Terpujilah Kristus!


  1. style budak kampung o0o0 ko….wuahahahahaha

  2. author

    And your point is?

  3. Terry

    So? Pelayan komuni wanita pun tidak di benarkan kah? Hmmm… Pelayan altar perempuan pun boleh melakukan tugas maa. Sama saja bah. Ada bah Pope John paul II kasih benar. Tak kan tak nampak Pope John Paul bersama dengan pelayan altar bergambar dulu. Cuba lihat di taip.. Pope John Paul/altargirl. Ada tu.. terima kasih.

  4. author

    Adakah Terry yakin bahawa Gereja telah memansuhkan Tradisi Suci? Adakah semua perlakuan Pope kebalsalah atau ‘infallible’? Pernahkah Terry terbaca sejarah Katolik tentang Pope terdahulu yang telah diekskomunikasikan oleh Gereja dan juga Pope yang korup perlakuannya semasa memegang jawatan Pope?

    Di manakah kedudukan Tradisi Suci sekarang? Adakah Gereja diperbolehkan berubah? Pernahkah Terry terbaca tentang konsep modernism? Saya sarankan kepada Terry agar membuat kajian yang lebih mendalam tentang ajaran, doktrin dan dogma Gereja sebelum mengemukakan kenyataan yang bersifat umum.

    Pope Benedict baru-baru ini telah bersembahyang (berdoa) di Turkish Blue Mosque menghadap ke Mekah (Kaabah). Adakah kita sebagai Katolik akan mencontohi tindakan Pope Benedict dan mula menziarahi masjid untuk bersembahyang ke arah Mekah?

  5. pietro

    Semoga Allah menerangi pikiran dan budi anda .karena semuanya adalah milik Tuhan saja .Dunia ini memandang praktisnya saja namau ketika kita sudah berada di firdaus maka mereka yang terdepan akan menjadi yang teakhir begitu pula sebaliknya. Tuhan menerangi anda dalam kasih mesra ibarat seorang kekasih yang memadu kasihnya

  6. Sdr/i Pietro,
    Adakah sdr/i mengatakan bahawa semua dokumen rasmi Gereja yang melarang pelayanan wanita di Altar telah dimansuhkan? Adakah Gereja terdahulu telah membuat kesilapan apabila mengeluarkan larangan tersebut? Bukankah larangan itu datagnya daripada Tradisi Suci dan Alkitab? Dari ajaran atau doktrin manakah sdr/i mengemukakan pendapat sedemikian? Adakah ia hanya merupakan pendapat peribadi?

  7. Mayjune

    Saya juga terkejut dengan perkembangan terbaru ini, dulu tidak pernahpun saya melihat altar wanita melayan semasa misa tetapi baru-baru ini saya melihat ada dua orang altar wanita dan dua lelaki melayan semasa misa. Selain kerana tridisi gereja apakah sebab altar wanita ini tidak diperbolehkan kerana sisiter juga saya lihat ada yang melayan sebagai pemberi komuni.

  8. Inilah realiti keadaan iman Katolik zaman sekarang. Gereja mengalami krisis iman. Oleh itu, umat Katolik HARUS mendalami pengetahuan tentang agama Katolik.

    Wanita mempunyai peranan khas yang perlu dilakukan demi kemajuan umat Katolik. Tugas melayani di altar dikhaskan untuk lelaki sahaja. Sebagai mana hanya wanita yang boleh melahirkan anak, begitu juga keadaannya dengan peranan lelaki. Hanya lelaki yang boleh ditahbis menjadi paderi. Wanita dan lelaki mempunyai peranan yang berlainan tetapi saling melengkapi. Mereka yang bertugas di altar seperti pelayan altar haruslah lelaki kerana mereka merupakan ‘calon’ untuk menerima panggilan menjadi paderi.




Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


  • Laman

  • Artikel Terkini

  • Artikel Popular

  • Kategori

  • Sila masukkan alamat e-mel anda untuk melanggan blog ini dan menerima pemberitahuan melalui e-mel apabila ada artikel baru diterbitkan.

    Join 50 other followers


%d bloggers like this: