Siapakah PENCIPTA?

Saya tertarik dengan sebuah artikel yang bertajuk “No human law can ‘overturn that of Creator’: pope” yang menceritakan tentang Paus Benedict 16 mengajar bahawa tidak ada hukum atau peraturan manusia yang boleh menggantikan Hukum Pencipta. Soalan pertama yang muncul dalam pemikiran saya ialah Who is the Creator? Kenapakah Paus Benedict 16 tidak memperkenalkan siapakah Pencipta itu?

Saya yakin bahawa Paus Benedict 16 percaya bahawa semua penganut pelbagai agama yang berbeza-beza menyembah Pencipta yang sama. Sebab itu beliau mengandaikan bahawa kebanyakan (kalau tidakpun semua) orang dapat mengenali Allah yang benar (the true God) itu dengan hanya menyebut perkataan Creator.

Ajaran yang mengatakan bahawa kita semua (tanpa mengira agama yang kita anuti) menyembah Allah yang sama merupakan satu ajaran atau doktrin baru dan TIDAK PERNAH ada dalam agama Kristian. Terus terang saya katakan bahawa ini adalah ajaran sesat dan merupakan satu heresy.

Saya tidak pasti kepada siapakah Paus Benedict menyampaikan ucapan tersebut tetapi saya percaya kemungkinan beliau berkata kepada semua orang tanpa mengira fahaman atau kepercayaan agama.

The pope’s remarks to a delegation attending a conference on “natural law” at the Pontifical Lateran University came as Portugal moves to liberalise abortion and Italy plans to grant legal status to unwed couples.

Ajaran Gereja Roman Katolik jelas tentang siapakah Pencipta yang mencipta manusia dan alam semesta. Pencipta itu ialah Allah Tritunggal MahaKudus: Allah Bapa, Allah Putera (Yesus) dan Roh Kudus (Holy Ghost). Sebelum dibuang ke Neraka, Iblis melawan Allah kerana dia mahu mengganti tempat Allah. Iblis yang lick itu bercita-cita mahu menjadi ‘allah’ dan menipu manusia supaya menyembahnya sebagai ‘allah’.

Bagaimana kita mahu memastikan bahawa kita (sebagai umat Kristian) menyembah Allah yang benar? Pintu atau jawapan kepada persoalan ini ialah YESUS. Jika kita menerima Yesus, maka kita akan diketemukan kepada Allah yang benar. Yesus adalah jaminan pasti bahawa kita menyembah Allah yang benar. Jika seseorang menolak Yesus, maka dia menolak Allah yang benar. Jika seseorang menolak Allah Tritunggal MahaKudus, maka dia menolak Allah yang benar. Semoga Paus Benedict 16 memperolehi dorongan (courage) untuk mengajar kepada seluruh manusia di dunia ini bahawa Yesus ialah Allah yang benar. Hanya Yesus merupakan satu satunya pintu keselamatan abadi. Tiada pintu lain yang memungkinkan manusia pergi kepada Bapa (Allah) melainkan Yesus, Juruselamat seluruh manusia.

Terpujilah Kristus selamanya.


  1. Kometator

    Yesus adalah manusia yang baik dan suci. Dia adalah utusan Tuhan yang maha esa sang pencipta alam semesta. Yesus selalu meyerukan kepada manusia untuk menyembahan Tuhan yang esa sang pencipta alam.
    Sehingga yang menyembah yesus bukanlah pengikut yesus, karena melanggar perintah yesus.

    Respon Pengarang: Yesus Kristus adalah manusia yang sempurna dan juga Tuhan Allah. Dia tidak diciptakan tetapi telah ada sejak awal. Umat Kristian Katolik menyembah Tuhan Allah Tritunggal dan Yesus Kristus adalah Allah Persona Kedua. Oleh kerana Yesus Kristus adalah Tuhan Allah, maka umat Kristian menyembah-Nya. Dukacita kerana hati anda belum terbuka untuk memeluk agama Kristian, agama yang benar.

  2. deedat

    Aku tidak faham , mengapa orang sebijak kamu boleh memaksa akal untuk menerima, seorang manusia adalah tuhan . Tunjukkan saya satu hujah yang kuat mengatakan yesus adalah tuhan . Saya mengimani nabi Isa/yesus sebagai pesuruh Allah , tetapi bukan sebagai tuhan.

    Respon:
    Yesus Kristus bersaksi atas autoriti-Nya sendiri bahawa Dia adalah Anak Allah. Mengatakan diri-Nya sebagai Anak Allah bermakna menyamakan diri-Nya kepada Allah. Kebenaran yang pasti harus datang daripada Tuhan Allah sendiri dan bukannya daripada manusia biasa.

  3. kareem

    Kamu mengatakan Yesus tu Anak Allah. Kamu sudah baca bible sepenuhnya? dari old testament dan new testament? dan sudah baca kitab-kitab dari agama lain? you should do more research about your faith. is it true Yesus itself is God or son of God?

    • Yesus Kristus adalah Anak Allah bermaksud Persona Kedua Tritunggal Allah. Hanya ada SATU Allah, dalam tiga Persona Kudus. Maka Yesus Kristus juga adalah Allah. Kitab-kitab agama lain adalah PALSU dan tidak layak dibaca. Yes it is true, Jesus is God, and Jesus is the Son of God.

    • jimmy

      coba buktikan d dalam kitab injil yang menggatakan bahwa Yesus itu wajib d sembah…atau ada tak sepotong ayat dari kata kata yesus sendiri yang mengatakan…SEMBAHLAH AKU….or AKU ADALH TUHAN BAGI SEKALIAN ALAM???

      Respons: Saudara sebenarnya bukan beragama Kristian. Jadi, adakah kamu menerima seluruh Alkitab itu sebagai BENAR. Sekiranya keseluruhan teks-teks suci dalam Alkitab itu benar, kenapa saudara masih tidak memeluk agama Kristian? Tidak masuk akal sekiranya saudara hanya mencari satu teks sahaja manakala teks-teks lain kamu tolak sebagai tidak benar?




Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


  • Laman

  • Artikel Terkini

  • Artikel Popular

  • Kategori

  • Sila masukkan alamat e-mel anda untuk melanggan blog ini dan menerima pemberitahuan melalui e-mel apabila ada artikel baru diterbitkan.

    Join 50 other followers


%d bloggers like this: