Kenapa Misa Tridentine Diganti Dengan Misa Novus Ordo?

Tidak ada sesiapa yang boleh memberitahu saya kenapa Misa Tridentine sentiasa ditegah atau dihalang oleh Gereja Tempatan daripada dirayakan. Apakah justifikasi Pope Paul VI mereka cipta Misa Novus Ordo dan mengenepikan Misa Tridentine? Jawapannya ialah kerana Misa Tridentine didapati menjadi batu penghalang kepada hasrat Konsili Vatican II untuk memperkenalkan ECUMENISM. Misa Katolik (Tridentine) mengandungi dogma-dogma Katolik, yang mana dogma-dogma ini ditentang oleh umat Protestan. Untuk mencapai kesatuan dengan para Protestan (tujuan ecumenism), Misa Latin Tridentine mesti dihapuskan dan digantikan dengan Misa Novus Ordo.

Ecumenism bertujuan untuk menggabungkan agama Katolik dengan agama lain yang bukan Katolik. Doktrin atau amalan ritus/upacara yang ditolak oleh para penganut Protestan dan mereka yang bukan Katolik, akan digugurkan, ditolak ke tepi atau dikaburkan pengertiannya.

Misa Novus Ordo adalah hasil licik seorang Monsignor yang bernama Annibale Bugnini, seorang penganut freemason. Enam orang pastor Protestan telah membantu beliau mereka cipta Misa Baru Novus Ordo. Mereka telah memastikan bahawa tiada lagi dogma Katolik terkandung dalam Misa baru dan menggantikan dogma itu dengan ajaran agama Protestan yang kabur dan bersifat heretical. Mereka juga telah mengubah bentuk konsekrasi yang diamanatkan kepada Gereja oleh Yesus Kristus sendiri. Dengan perubahan ini maka ritus atau upacara baru Misa menjadi lebih Protestan daripada Katolik.

Sumber: Deklarasi Iman oleh Mendiang Uskup Salvador Lazo (Filipina)




    Tinggalkan Jawapan

    Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

    WordPress.com Logo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

    Twitter picture

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

    Facebook photo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

    Google+ photo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

    Connecting to %s


  • Laman

  • Artikel Terkini

  • Artikel Popular

  • Kategori

  • Sila masukkan alamat e-mel anda untuk melanggan blog ini dan menerima pemberitahuan melalui e-mel apabila ada artikel baru diterbitkan.

    Join 50 other followers


%d bloggers like this: