Adakah Misa Novus Ordo Bersifat Apostolik?

Misa Tridentine telah mengalami PENYEMAKAN berterusan sehinggakan ia menjadi mantap dan telah dikemaskini secara sistematik (codified) oleh Pope Pius V pada tahun 1570 (437 tahun yang lalu) selaras dengan keputusan Konsili Trent (1545-1563). Daripada butir sejarah (fakta), Misa Tridentine BUKAN direka cipta oleh Pope Pius V mahupun oleh Konsili Trent tetapi telah DIKEMASKINI SECARA SISTEMATIK (dikodkan). Maka, Misa Tridentine berasal daripada Tradisi 2000 tahun yang lalu iaitu sejak diperkenalkan buat pertama kali oleh Tuhan Yesus Kristus. Misa Tridentine bukan satu ciptaan baru.

Tetapi apabila kita melihat sejarah kewujudan Misa Novus Ordo (Misa Ordo Baru) yang dikuatkuasakan perayaannya pada tahun 1970 oleh Pope Paul VI,ternyata Misa Paul VI adalah satu ciptaan baru, satu inovasi yang tidak dapat dicari pokok asalnya. Jika ia merupakan satu PENYEMAKAN (revision) maka Misa Paul VI tidak sepatutnya diberi nama khas Misa Novus Ordo. Novus bermakna Baru. Jika penciptaan Misa Novus Ordo didasarkan kepada Misa Tridentine, maka Pope Paul VI tentunya tidak akan menggunakan perkataan Novus Ordo (Order Baru).

Perlu saya tekankan di sini juga bahawa apabila Misa Tridentine dikuatkuasakan oleh Pope Pius V pada tahun 1570, beliau tidak menghalang ritus (rite) Misa lain yang telah lama wujud (sekurang-kurangnya 200 tahun yang lalu) seperti Ritus Ambrosian the Ritus Mozarabic dirayakan.

Kenapakah Pope Pius V ‘memperkenalkan’ Misa Tridentine? Beliau berbuat demikian atas saranan Konsili Trent. Gereja berpendapat iman Katolik harus dipertahankan daripada ajaran sesat umat Protestan (Reformasi). Oleh yang demikian, Misa Tridentine diperkenalkan untuk memastikan bahawa iman Katolik sentiasa terpelihara dengan utuh. Dalam Misa Tridentine, segala ajaran, doktrin dan dogma Katolik menjadi elemen penting dalam upacara Misa dan dipersembahkan secara jelas.

Apakah pula tujuan Pope Paul VI memperkenalkan Misa Novus Ordo dan secara halus (kabur), menghalang Misa Tridentine? Kenapakah pula Gereja tidak pernah mengeluarkan arahan rasmi melarang Misa Tridentine dirayakan? Kenapakah para Uskup dan Paderi ‘menghalang’ Misa Tridentine daripada dirayakan di diosis mereka?

Kesimpulannya, Pope Paul VI tidak mempunyai justifikasi munasabah untuk memperkenalkan Misa Novus Ordo (atas saranan Konsili Vatican II). Misa Novus Ordo tidak bersifat apostolik manakala Misa Tridentine telah diguna pakai sejak 2000 tahun yang lalu. Misa Tridentine merupakan Misa yang harus dirayakan setiap hari Minggu oleh Paderi untuk umat Katolik.




    Tinggalkan Jawapan

    Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

    WordPress.com Logo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

    Twitter picture

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

    Facebook photo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

    Google+ photo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

    Connecting to %s


  • Laman

  • Artikel Terkini

  • Artikel Popular

  • Kategori

  • Sila masukkan alamat e-mel anda untuk melanggan blog ini dan menerima pemberitahuan melalui e-mel apabila ada artikel baru diterbitkan.

    Join 50 other followers


%d bloggers like this: