Menyambut Komuni Dengan Tangan

Tidak ramai umat Katolik (terutamanya daripada generasi baru) yang sedar bahawa dahulunya Komuni disambut dengan lidah dan berlutut. Tradisi Suci Gereja menetapkan bahawa peraturan menyambut Komuni ialah dengan lidah dan berlutut. Tetapi perubahan telah berlaku; umat hanya perlu berdiri dan menerima Komuni di atas tangan kiri. Apakah rasional perubahan ini diperkenalkan oleh Gereja? Apakah perubahan ini membuahkan hasil yang baik? Adakah doktrin Gereja semakin utuh dengan kaedah baru ini?

Amalan menyambut Komuni dengan tangan dan berdiri mula-mula dipraktikan di Belgium oleh Kardinal Suenans walaupun pada ketika itu amalan biasa ialah Komuni disambut dengan lidah dan berlutut. Konsili Vatican II juga tidak pernah mengeluarkan apa-apa arahan atau saranan supaya amalan ini diubah. Walau bagaimanapun, pada ketika itu, Pope Paul VI dikatakan enggan ‘menegur’ Kardinal Suenans secara terbuka, Pope Paul VI membuat keputusan untuk menarik balik arahan pengharaman Menyambut Dengan Tangan dan sebaliknya memberi kebebasan kepada Uskup tempatan untuk membuat keputusan sama ada berpegang kepada Tradisi Suci atau membuat perubahan.

Kenapa amalan Menyambut Komuni Dengan Tangan diperkenalkan? Saya gagal menjumpai sebab-sebab munasabah kenapa hal ini boleh berlaku? Jika ada sesiapa yang tahu, silalah berkongsi pengetahuan di dalam blog ini.

Umat Katolik menyambut Komuni dengan lidah dan berlutut kerana kepercayaan bahawa Roti telah bertukar menjadi Tubuh dan Darah Kristus sebenar-benarnya. Ini dipanggil Doktrin Transubstantiation dan doktrin ini ditolak oleh Umat Protestan dan menganggapnya sebagai penyembahan berhala (idolatory). Sebelum perubahan ini berlaku, Komuni hanya boleh disentuh atau dipegang oleh Paderi kerana kedua-dua tangan Paderi telah ditahbiskan. Umat Katolik menyambut Komuni dengan lidah dan berlutut kerana kepercayaan KUAT tentang doktrin Transubstantiation walaupun rupa luaran dan rasanya tetap sekeping roti. Cara kita bersembahyang menggambarkan kepercayaan kita. Umat Prostestan menyambut dengan tangan dan berdiri kerana Roti (Komuni) hanyalah LAMBANG atau SIMBOL Yesus tetapi bukan Tubuh dan Darah Kristus. Roti tetap roti biasa.

Seseorang kanak-kanak akan bertanya: Kenapakah kita menyambut Komuni dengan lidah dan berlutut? Jawapannya: Kerana Komuni itu merupakan Tubuh dan Kristus Yesus yang sebenar-benarnya. Kanak-kanak itu akan percaya kerana tidak mungkin seseorang dewasa sanggup membuka mulut, mengeluarkan lidahnya dan berlutut hanya kerana sekeping Roti putih yang tawar, dan diperhatikan oleh banyak orang! Melalui pemerhatian: Tuhan turun dari atas ke bawah kepada umatnya. Sesuai dengan status Yesus sebagai Tuhan Allah, umat BERLUTUT. Dalam hidup saya secara peribadi, saya tidak pernah berlutut kepada sesiapa kecuali Tuhan Yesus yang hidup dan nyata. Ia memerlukan KERENDAHAN HATI untuk benar-benar berlutut di hadapan Yesus. Banyak yang tidak sanggup berlutut di hadapan Yesus kerana takut dipermalukan.

Tetapi jika dilihat keadaannya sekarang, ia jauh berbeza. Sejak menyambut Komuni dengan tangan menjadi amalan biasa di Gereja Roman Katolik, banyak umat sudah lupa siapa Yesus yang sebenarnya. Para remaja dan kanak-kanak mula tidak percaya bahawa Roti itu benar-benar Tubuh dan Darah Kristus. Mereka akan bercakap bahawa Roti itu Tubuh dan Darah Kristus tetapi percayakah mereka?

Jika mereka percaya, kenapakah umat menyambut Komuni secara tidak hormat? Silalah membuat pemerhatian sendiri di Gereja pada hari Ahad semasa penyambutan:

    1. Wanita tidak lagi memakai tutup kepala.
    2. Wanita berpakaian lelaki, ketat (menampakkan bentuk badan), seksi, mendedahkan tubuh (perut), dan tidak sopan.
    3. Lelaki memakai pakaian yang tidak sesuai untuk berjumpa dengan Raja Yesus seperti memakai selipar, jeans, baju T-shirt yang bergambar tidak sesuai.
    4. Ramai umat tidak lagi suka berlutut walaupun lutut tidak sakit.
    5. Umat bising dalam Gereja: bercerita dan mengganggu umat lain yang sedang berdoa.
    6. Koir membuat bising dengan peralatan muzik dan mengganggu umat lain yang sedang berdoa.
    7. Tangan kotor (tidak dibasuh) dan ada kesan tulisan.
    8. Cebisan Komuni tidak dipedulikan.
    9. Mengunyah Komuni dengan gigi seolah-olah sedang makan roti paun.
    10. Tersenyum tersengih-sengih sebelum atau selepas menyambut.
    11. Umat menyambut walaupun berdosa (belum membuat Pengakuan Dosa)
    12. Gereja membenarkan umat Protestan menyambut Komuni, malah ‘Paderi’ Protestan pun dibenarkan mengagihkan Komuni kepada umat Katolik.

dan banyak lagi pemerhatian lain.

Kesimpulannya, menyambut Komuni dengan tangan, telah melemahkan iman Katolik. Doktrin transubstantiation semakin terhakis. Umat semakin kurang menghormati Yesus sebagai Tuhan Allah, Raja segala raja. Di manakah kebenarannya?


  1. pemerhati

    setahu sy di gereja2 di sarawak…umat protestan mmg x dibenarkan menyambut komuni.X pernah sy melihat protestan menyambut komuni kecuali dia sudah menerima komunian di gereja katolik.nmpknya ada org sudah x fhm dgn tradisi gereja dan maksud komuni.umat sabah tolongla buka mata…..

  2. Memang benar apa yang telah saya perhatikan tentang umat Protestan yang dibenarkan (malah digalakkan) menyambut Komuni seperti mana ia berlaku di Katedral St Francis Xavier, Keningau, Sabah. Perkara yang sama juga dilakukan juga oleh Pope Benedict XVI sendiri semasa Misa Kudus kematian Pope John Paul II.

    Menurut artikel http://www.zenit.org/english/visualizza.phtml?sid=74984 didapati Kardinal Joseph Ratzinger atau sekarang ini dipanggil dengan nama Benedict XVI secara sukarela telah memberi Komuni Suci kepada umat Protestan Brother Roger Schutz semasa upacara pengebumian Paus John Paul II pada 17 Ogos 2005.

    Artikel itu berbunyi: “Benedict XVI, as Cardinal Joseph Ratzinger, had known Brother Roger for a long time. During Pope John Paul II’s funeral, Cardinal Ratzinger, the then dean of the College of Cardinals, surprised observers when he went up to Brother Roger, who was in a wheelchair, to give him Communion. Brother Roger was not Catholic.”

    Inilah yang sedang dan telah berlaku dalam Gereja kita, Gereja Roman Katolik. Di manakah letaknya Kebenaran? Masih ramai umat Katolik yang tidak mempercayai bahawa Gereja sedang dilanda krisis iman.

  3. xene

    kalo masa misa (hari besar) bishop dan father akan bagi warn untuk yang belum dibaptis dan bukan anggota katolik supaya tidak terima komuni, tapi kalu durang mo juga, itu urusan dia sendirilah..




Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


  • Laman

  • Artikel Terkini

  • Artikel Popular

  • Kategori

  • Sila masukkan alamat e-mel anda untuk melanggan blog ini dan menerima pemberitahuan melalui e-mel apabila ada artikel baru diterbitkan.

    Join 50 other followers


%d bloggers like this: