Adakah Misa Novus Ordo menyerupai Misa Tridentine?

Salah seorang pembaca blog ini membuat kenyataan bahawa Misa Novus Ordo adalah menyerupai Misa Tridentine, iaitu mempersembahkan korban yang sama. Sejauh manakah kenyataan ini benar? Dari segi luaran, tidak dinafikan bahawa kedua-duanya amat berbeza seperti dari aspek rubrik, teks, amalan, peranan (paderi dan umat), peraturan dan banyak lagi untuk disenaraikan di sini. Bagaimana pula dari segi dalamannya? Adakah kedua-duanya serupa: iaitu mempersembahkan korban yang serupa? Bagaimana pula penekanan elemen ajaran, doktrin dan dogma Katolik di dalam kedua-dua Misa ini?

Apabila Misa Novus Ordo diperkenalkan pada tahun 1970an, apakah tujuan ia diperkenalkan? Adakah Gereja berhasrat menggantikan Misa Tridentine dengan Misa Novus Ordo? Jika ia benar, kenapa pula Misa Tridentine tidak diharamkan penggunaannya? Jika Misa Tridentine masih sah diguna pakai oleh Gereja, mengapakah para Uskup dan Paderi Novus Ordo ‘membencinya’? Apakah kecacatan atau kelemahan Misa Tridentine sehingga ia perlu ditukar dengan Misa Novus Ordo? Jika Gereja sentiasa menghulurkan tangan ‘persahabatan’ dengan umat Protestan kenapakah pula umat Katolik yang kuat berpegang kepada iman Katolik dan menghadiri Misa Tridentine dipinggirkan? Adakah Misa Tridentine membahayakan iman Katolik? Banyak persoalan yang perlu difikirkan, dihayati dan dicatatkan di sini.

Apabila seseorang (umat Katolik) menghadiri Misa Novus Ordo pada suatu Ahad pagi, apakah yang akan dialaminya atau dipelajarinya? Bukan sahaja tujuan seseorang umat Katolik berbakti atau menyembah Allah (dengan puji-pujian dan kesyukuran) semasa Misa Kudus tetapi juga memperdalami iman Katoliknya. Mengimbas kembali segala pengalaman lalu saya semasa menghadiri Misa Novus Ordo, saya telah disogokkan dengan ajaran-ajaran yang saya anggap adalah ajaran Katolik seperti berikut:

  1. Universal Salvation (Keselamatan Umum) – Majoriti manusia akan selamat (masuk Surga) walaupun bukan Katolik kerana mengikut ajaran yang dianggap benar dan mengikut suara hati (conscience)
  2. Manusia bebas beragama
  3. Allah penuh cinta kasih dan tidak menghukum umat ciptaan-Nya. Manusia yang berdosa sebenarnya dihukum oleh dosanya sendiri
  4. Semua agama besar adalah ‘serupa’ dan sah di mata Tuhan; semua penganut agama lain juga menyembah Tuhan yang sama walaupun mereka menolak doktrin Tritunggal Mahakudus.
  5. Umat Protestan adalah saudara seiman; juga tergolong dalam Gereja Kristus yang benar bersama-sama dengan Gereja Katolik
  6. Umat Katolik diperbolehkan menghadiri kebaktian Gereja Protestan dan umat Protestan juga dijemput bersama-sama merayakan Misa Kudus malah dalam sesetengah kes dibenarkan menyambut Komuni
  7. Umat Katolik digalakkan berdoa bersama-sama dengan umat bukan Katolik
  8. Keluarga Katolik boleh ‘merancang keluarga’ dengan Kaedah Ritma
  9. Umat Katolik tidak perlu lagi berpantang daging setiap hari Jumaat sepanjang tahun
  10. Apabila berpuasa pada musim Paska, umat hanya perlu kurangkan makan dan/atau kurangkan aktiviti lain
  11. Wanita adalah ‘setaraf’ dengan lelaki iaitu wanita boleh berpakaian lelaki semasa ke Gereja, memikul tanggungjawab lelaki seperti Katekis Wanita, mengetuai (menjadi Pengerusi) mana-mana jawatankuasa di Gereja, mengetuai upacara Kebaktian pada hari Ahad (jika paderi tidak ada), mengajar dalam Gereja, pelayan wanita, wanita tidak perlu lagi menutup kepalanya, wanita dilantik sebagai Pelayan Komuni dan pelbagai peranan lain yang sepatutnya dipikul oleh kaum lelaki, mewakili 12 orang murid Yesus semasa upacara pembasuhan kaki dan banyak lagi
  12. Umat Katolik tidak ditekankan untuk berpuasa sebelum menyambut Komuni
  13. Umat Katolik tidak diingatkan atau ditekankan ajaran bahawa mereka perlu bebas daripada dosa ‘mortal’ sebelum boleh pergi menyambut Komuni
  14. Semasa homily, Paderi tidak lagi mengajar umat tentang ajaran, doktrin dan dogma Katolik sebaliknya mengajar tentang hal-hal kejadian atau isu-isu semasa, hal-hal sosial atau alam sekitar dan pelbagai perkara lain yang tidak berkaitan dengan kerohanian atau keselamatan jiwa
  15. Tradisi Suci Gereja boleh berubah, menjadi lapuk, diberi pengertian baharu, ditukar dengan tradisi manusia atau dicampuradukkan dengan budaya tempatan
  16. Paus adalah kebal salah (infallible) dalam SEMUA aspek dan berkuasa mengubah ajaran atau memperkenalkan ajaran yang baru
  17. Para sister tidak perlu lagi memakai tudung atau pakaian mereka semakin ‘pendek’ selaras dengan fesyen baharu
  18. Gereja tidak lagi dianggap sebagai Rumah Allah tetapi hanya merupakan dewan sembahyang kerana umat diperbolehkan bercerita, berbuat bising, anak-anak berkejaran dan makan minum di dalam Gereja, binatang seperti anjing berkeliaran, bising dengan bunyi peralatan muzik elektrik dan drum, tayangan video, dan bermacam kegunaan lain.
  19. Semasa Misa Kudus, aspek ‘korban’ tidak ditekankan sehinggakan majoriti umat tidak menyedari bahawa Misa Kudus adalah satu korban. Ramai yang tidak mengerti makna ‘korban’. Umat hanya pentingkan ‘asal dapat pergi menyambut’.
  20. Umat tidak digalakkan berlutut. Umat lebih banyak duduk dan berdiri. Keselesaan umat dipentingkan dan kurang penekanan tentang ‘reverance’.
  21. Umat tidak lagi mempamerkan rasa hormat yang mendalam terhadap Komuni sejak diperkenalkan amalan menyambut dengan tangan dan berdiri. Umat juga tidak lagi menunjukkan hormat terhadap patung suci. Semakin ramai umat tidak lagi mempercayai Komuni sebagai Tubuh dan Darah Kristus yang benar. Kebanyakan mereka akan berkata ‘percaya’ tetapi tingkahlaku mereka menggambarkan makna yang sebaliknya.
  22. Umat lebih digalakkan membaca Kitab Suci tetapi tidak digalakkan membaca Buku Katekismus.
  23. Peranan Paderi semakin merosot kerana banyak peranan Paderi diambil alilh oleh umat biasa (termasuk wanita) seolah-olah ‘korban’ masih boleh dipersembahkan kepada Allah tanpa adanya Paderi. Paderi lebih berperanan sebagai seorang Pastor.
  24. Misa Kudus diatur supaya ia boleh dihadiri oleh satu kaum tertentu mengikut bahasa yang mereka fahami, dan dicampuradukkan dengan budaya kaum tersebut. Tidak ada kesatuan dan berbau perkauman.
  25. Ada pelbagai jenis Misa Kudus bergantung kepada kekreativiti Paderi, tempat (lokasi), budaya setempat, kehendak umat atau jawatankuasa Gereja dan sebagainya. Tidak ada keseragaman.

Setelah dua kali menghadiri Misa Kudus Tradisi atau Misa Tridentine (Traditional Latin Mass), saya mengalami perkara yang sebaliknya:

  1. Ditekankan bahawa Misa Kudus adalah satu korban. Korbannya ialah Yesus sendiri dan dipersembahkan kepada Allah juga oleh Yesus sendiri.
  2. Ditekankan bahawa Komuni adalah benar-benar Tubuh dan Darah Kristus. Umat tidak dibenarkan menyambut dengan tangan atau berdiri. Pelayan altar akan menyambut kejatuhan serpihan Komuni dengan paten (piring). Umat mesti bebas daripada dosa ‘mortal’ dan berpuasa sekurang-kurangnya tiga jam atau bermula tengah malam jika menyambut pada keesokan harinya. Umat bukan Katolik ditegah menyambut. Kecuali Paderi, umat tidak dibenarkan menggigit atau mengunyah Komuni. Hanya Paderi yang boleh menyentuh atau memegang Komuni dan memberikannya kepada umat.
  3. Paderi dengan tekun mengajar doktrin dan dogma Katolik yang tidak berubah sejak 2000 tahun yang lalu dan khutbahnya dan selaras dengan buku Katekismus.
  4. Lelaki dan wanita mempunyai peranan dan tugas yang masing-masing berlainan tetapi saling melengkapi.
  5. Keluarga Katolik adalah keluarga yang besar selaras dengan kehendak Allah.
  6. Misa Tridentine dirayakan di seluruh dunia dengan cara yang serupa tanpa ada apa-apa modifikasi atau tambahan. Ada kesatuan umat.
  7. Wanita perlu berpakaian sopan dan memakai tutup kepala. Manakala lelaki juga diminta berpakaian kemas, sesuai dengan keadaan.
  8. Gereja Kristus ialah Gereja Roman Katolik. Gereja Roman Katolik adalah Gereja Kristus, Gereja yang satu dan benar.
  9. Agama Katolik adalah agama yang benar.
  10. Manusia tidak bebas beragama kerana ‘kepalsuan’ tidak ada hak (error has no right).

Pendek kata, Misa Tridentine adalah 100% Katolik. Dengan menghadiri Misa ini, saya lebih mendekati Allah kerana Allah menerima Korban Suci itu yang dipersembahkan oleh Anak-nya sendiri. Saya lebih memahami dan dapat menghayati iman Katolik yang sebenarnya tanpa dicampuradukkan dengan elemen Protestan. Semuanya ini kerana keselamatan jiwa saya. Pernahkan seorang Paderi Novus Ordo bercerita tentang keselamatan jiwa anda?

Untuk melihat dengan jelas perbezaan Misa Novus Ordo dengan Misa Tridentine, sila kunjungi pautan ini:

The Traditional Mass vs. The New Mass: A Doctrinal Comparison

DIFFERENCES BETWEEN THE ORDINARY OF THE TRIDENTINE MASS AND THE NOVUS ORDO MISSAE

Deo gratias




    Tinggalkan Jawapan

    Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

    WordPress.com Logo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

    Twitter picture

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

    Facebook photo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

    Google+ photo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

    Connecting to %s


  • Laman

  • Artikel Terkini

  • Artikel Popular

  • Kategori

  • Sila masukkan alamat e-mel anda untuk melanggan blog ini dan menerima pemberitahuan melalui e-mel apabila ada artikel baru diterbitkan.

    Join 50 other followers


%d bloggers like this: