Bahasa Komunikasi Gereja II

I would like to respond to your comment in English, but on the second thought, I decided to write in Malay instead, so that many Malay speaking Catholics could understand the topic discussed in this blog.

Saya menghargai komen saudari Kate Hazel walau ’sekecil manapun’ kerana respon daripada pembaca amat penting demi menghidupkan blog ini dalam usaha kita untuk mencari KEBENARAN seperti mana kebenaran itu dijaga dan diajar oleh Gereja.

Sebelum saya pergi jauh, eloklah kita melihat kembali pokok cerita tentang penggunaan bahasa tempatan di dalam Misa. Apakah isu sebenarnya yang ingin dibangkitkan oleh penulis blog? Tidak disangkalkan bahawa Bahasa Latin masih kekal diguna pakai sebagai Bahasa Rasmi Gereja sehingga sekarang. Kenapakah pada suatu ketika dahulu, Gereja telah memilih bahasa Latin sebagai bahasa rasmi dan bukannya bahasa lain? Dan kenapakah Gereja pada waktu itu tidak membenarkan penggunaan bahasa tempatan (vernacular) dalam Misa? Kenapakah bekan paderi Katolik, Martin Luther (pengasas agama Protestan, Lutheran) menolak penggunaan bahasa Latin dan mempromosikan bahasa Inggeris dalam ‘Misa’nya. Kenapa, kenapa dan kenapa? Adakah isu bahasa Latin di sini berkaitan atau dikaitkan dengan isu ‘bangsa dan budaya manusia’? Blog ini memfokuskan kepada hal-hal yang rohani dan bukannya yang duniawi!

Memang benar (saya menyatakannya sekali lagi di sini) bahawa penggunaan bahasa tempatan di dalam Misa menyebabkan perpecahan umat. Ini bukan sekadar pendapat yang tidak berasas. Bukti boleh dilihat daripada pemerhatian sendiri apabila menghadiri Misa Kudus setiap hari Ahad. Kita sedia maklum bahawa Misa dirayakan dua atau tiga kali dalam bahasa tempatan (vernacular) yang berlainan pada setiap hari Minggu.  Manakala Misa dalam bahasa Inggeris diadakan pada Sabtu petang. Siapakah umat yang menghadiri setiap sesi-sesi tersebut? Tidak dapat dinafikan bahawa para umat dapat dikenalpasti berdasarkan jenis kaumnya! Ini satu bentuk polarisasi kaum dan berlaku di dalam Gereja. Dasar Gereja menyebabkan perpecahan umat berdasarkan kaum atau etnik (kerana ‘bahasa melambangkan bangsa’!)

Bagaimana pula jika anda ke negara luar seperti negara Korea, Japan, India, Nepal dan sebagainya, dapatkah anda mengikuti Misa tanpa berasa janggal! Bukan sahaja anda tidak faham bahasanya, tetapi jika diselitkan budaya tempatan, Misa itu menjadi sesuatu yang amat ASING (alien) bagi kita walaupun sama-sama beragama Katolik!  Bandingkan pula dengan Traditional Latin Mass (Tridentine Mass) yang diadakan di seluruh dunia.

Misa Tridentine merupakan Misa Kudus yang satu, sama, 100% Katolik dan dihadiri oleh umat tanpa mengira bahasa, bangsa mahupun status seseorang!  Sebagai umat Katolik, kita ‘wajib’ menguasai (atau sekurang-kurangnya) memahami bahasa Latin.  Dengan itu, semua umat dapat memahami bukan sahaja bahasa Latin malah ritusnya juga kerana ritusnya TIDAK DICEMARI dengan elemen budaya manusia atau elemen agama palsu. Perlu saya tekankan di sini bahawa Misa Kudus Tridentine menguatkan iman umat kerana di dalamnya terkandung ajaran, doktrin dan dogma Katolik.

Untuk contoh yang lebih mudah. Lihat sahaja di Malaysia. Apakah salah satu cara untuk memperkukuhkan perpaduan rakyat? Jawapannya mudah iaitu: satu bahasa rasmi digunakan iaitu Bahasa Melayu. Apakah yang akan terjadi sekiranya bahasa Melayu tidak dikuasai oleh seluruh rakyat Malaysia, tentunya menimbulkan banyak syak wasangka dan prejudis!

Sanggupkah saudari Kate Hazel menghadiri Misa dalam bahasa yang tidak difahami? Jika Kate Hazel berbangsa Dusun, adakah Kate Hazel sanggup menghadiri Misa dalam bahasa Cina atas nama perpaduan ataupun kesatuan, pada setiap hari Ahad? Tentu sekali TIDAK! Jika begitu ceritanya, di manakah kesatuan dan perpaduan? Bukankah umat ‘dipecahkan’ atau DIASINGKAN mengikut bahasa ibunda masing-masing? Senario ini dapat dilihat di Sabah, bagaimana pula keadaannya di negara-negara asing (atau di peringkat antarabangsa)? Dapatkah umat Katolik di seluruh dunia memiliki kesatuan dan perpaduan yang satu jika masing-masing menggunakan bahasa tempatan yang berlainan seperti yang berlaku apabila manusia awal membina menara Babel?  Malah, tidak keterlaluan saya katakan di sini bahawa Misa Novus Ordo dirayakan berlainan dari satu paroki dengan paroki yang lain, dari satu paderi dengan paderi yang lain!

Mungkinkah isi utama artikel ini saya dasarkan kepada pendapat peribadi semata-mata? Tidak! Ia terkandung dalam encyclical Pope Pius XII.

“60. The use of the Latin language, customary in a considerable portion of the Church, is a manifest and beautiful sign of unity, as well as an effective antidote for any corruption of doctrinal truth. “

Apakah misi Gereja sebenarnya? Jawablah dengan jujur maka anda akan tahu kebenarannya. Ia TIDAK ada kaitan dengan ‘bahasa melambangkan bangsa’. BAHASA TIDAK AKAN MEMBERI APA-APA KESELAMATAN KEPADA MANUSIA. Sebab utama kenapa bahasa Latin diguna pakai dalam Gereja ialah: Bahasa Latin digunakan sebagai alat perpaduan dan kesatuan umat Katolik. Bahasa Latin BERKEMAMPUAN memelihara keutuhan iman Katolik: ajaran, doktrin dan dogma Katolik. Bahasa Latin merupakan satu bahasa dunia yang dapat memelihara KEBENARAN YANG MUTLAK SIFATNYA kerana bahasa Latin tidak lagi melalui proses evolusi bahasa. Ini bermakna setiap perkataan dalam bahasa Latin tidak akan berubah maknanya ataupun maksudnya walaupun ditelan zaman.

Kembali kepada soalan tadi. Apakah misi Gereja sebenarnya? Misi Gereja ialah DEMI KESELAMATAN JIWA-JIWA MANUSIA (salvation of souls) dan bukannya hal-hal yang remeh temeh seperti ‘bahasa jiwa bangsa’. Serahkan tugas menjaga ‘bahasa jiwa bangsa’ itu kepada mereka yang pakar bahasa/bangsa seperti Dewan Bahasa dan Pustaka, Persatuan Kebudayaan, ataupun para linguistik, ataupun orang perseorangan yang berkemampuan dan berminat. Biarkanlah hal-hal keduniawian diurus sendiri oleh orang-orang duniawi. Bahasa akan lenyap juga pada suatu hari nanti kerana dunia itu sendiri tidak akan kekal. Tetapi jiwa anda dan saya adalah kekal kerana kita dicipta berdasarkan imej Tuhan Allah. Kita hendak pelihara (atau selamatkan) JIWA (soul) atau BAHASA?

Bahasa Latin hanya digunakan dalam urusan rasmi Gereja seperti dalam Misa. Saya tidak fikir ia akan mencemari bahasa tempatan. Agar luar biasa dan melucukan jika saya berbahasa Latin di rumah! Bukankah bahasa Dusun itu sendiri telah tercemar bukan kerana bahasa Latin tetapi oleh bahasa lain seperti bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan sebagainya. Kenapa pula menyalahkan bahasa Latin? Adakah kita ‘marahkan nyamuk, kelambu dibakar’?

Adakah kita sanggup melihat ‘bahasa sendiri’ dikekalkan (dipelihara) tetapi mengizinkan kebenaran agama Katolik dicemari akibat penggunaan bahasa yang tidak mampu memelihara keutuhan kebenaran itu. Adakah kita lebih mementingkan bunyi-bunyi atau sebutan-sebutan yang indah-indah tetapi membiarkan AJARAN, DOKTRIN DAN DOGMA KATOLIK dicemari? Pokok persoalan di sini ialah: mampukah bahasa Latin yang digunakan di dalam Misa sahaja menggugat kedudukan bahasa tempatan? Bagaimana mungkin Doa Bapa Kami dalam bahasa Kadazandusun dapat menyatupadukan seluruh umat Katolik di dunia? Kalau di kalangan umat yang berbahasa Kadazandusun, ia mungkin boleh berlaku tetapi di seluruh dunia, mustahil! Tahukah anda bahawa bukan sahaja elemen bahasa tempatan yang digunapakai dalam Misa Novus Ordo tetapi juga elemen-elemen agama asing (agama palsu) juga diserap masuk ke dalam Misa Novus Ordo? Tidak percaya?

Agak pelik dan luar biasa apabila saudari Kate Hazel mengatakan bahawa “This alone indicates that the Vatican has an opened view to the diversity of the world language, in a way to unite all Catholics throughout the world to exalt our Most High Lord, regardless or the culture and diversity.” How can the Church unite all Catholics throughout the world when everyone is talking in their own language? Your statement is totally absurd and illogical!  And in the same way, how can the Lord be exalted when the Lord said: “Go to, let us go down, and there confound their language, that they may not understand one another’s speech.” (Genesis 11:7)Are you proud because the prayer Our Father is recited in the Kadazandusun language at the expense of the TRUTH? Jika faktor ‘budaya’ (culture) dan ‘kepelbagaian’ (diversity) diserap masuk dalam perayaan Misa Novus Ordo, adakah ini meluaskan lagi peluang seseorang untuk memperoleh keselamatan (masuk Surga), menjalani hidup yang lebih suci dan kudus, menambahkan keberanian sebagai askar Kristus, lebih memahami ajaran, doktrin dan dogma Gereja, lebih mengenali siapa Yesus sebenarnya, lebih mempunyai cinta kasih, mendapat iman yang lebih mendalam, dan banyak lagi …? Adakah dengan adanya bahasa tempatan (dan juga elemen budaya tempatan) ini akan menyebabkan Gereja penuh sesak (dipenuhi umat)?Adakah Kate Hazel berpendapat bahawa kebenaran mutlak boleh disimpan dan dipelihara dalam bentuk lain? Jelaskan dengan lebih lanjut. Apakah pula yang dimaksudkan dengan ‘supporting factors’? Are you really serious with this statement?Why would I say that the Church will be filled up with white people, colored people, Negros or Arabics (Arabians), etc? Your assumption is based on what? Care to explain? I have proven my point that the Church allows the community to be divided according to racial lines due to the use of vernacular (local) language. On your next attendance to a Novus Ordo Mass, please make a thorough observation, open your eyes and see for yourself.  Afterwards, take a look at another Mass celebrated in Mandarin and tell me if I am dead wrong about it.

It is my hope that Kate Hazel will re-read my blog thoughtfully. Somehow, I feel Kate Hazel missed some of the main points that I raised in this article.

Deo gratias.




    Tinggalkan Jawapan

    Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

    WordPress.com Logo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

    Twitter picture

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

    Facebook photo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

    Google+ photo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

    Connecting to %s


  • Laman

  • Artikel Terkini

  • Artikel Popular

  • Kategori

  • Sila masukkan alamat e-mel anda untuk melanggan blog ini dan menerima pemberitahuan melalui e-mel apabila ada artikel baru diterbitkan.

    Join 50 other followers


%d bloggers like this: