Bahasa Komunikasi Gereja III

Untuk bukti kukuh bagaimana penggunaan bahasa Inggeris telah mengubah maksud tulisan Pope Benedict 16 dalam dokumen “Sacramentum Caritatis“. Dokumen ini ditulis dalam bahasa Latin dan diterjemahkan kepada banyak bahasa lain termasuk English. Malangnya terjemahan di dalam bahasa Inggeris telah terpesong daripada maksud sebenar.

Ungkapan “aequum est” dalam ayat “exceptis lectionibus, homilia et oratione fidelium, aequum est ut huiusmodi celebrationes fiant lingua Latina“, sepatutnya diterjemahkan sebagai “it is reasonable, proper, right” dan bukannya “could be“.

Seperti yang saya katakan, penggunaan bahasa Latin sebagai bahasa rasmi atau komunikasi Gereja sepatutnya dipertahankan kerana bahasa Latin mampu memelihara keutuhan ajaran, doktrin dan dogma Katolik.

Klik Di Sini Untuk Lihat Rujukan

Persoalan kedua ialah adakah terjemahan Bahasa Inggeris itu tidak disengajakan atau ada agenda di sebalik kesilapan tersebut? Kenapakah anda elemen atau anasir ‘senyap’ yang ingin melihat kejatuhan Gereja? Jika dibaca dokumen Sacramentum Caritatis dengan maksud yang betul, maka Misa Kudus seharusnya dirayakan dalam bahasa Latin kerana penggunaan bahasa Latin adalah reasonable, proper, dan right mengikut arahan Pope Benedict 16.

Mengikut Kamus Dewan (DBP, Kuala Lumpur 1997) , reasonable bermaksud munasabah, masuk akal dan berpatutan; proper pula bermaksud betul, sesuai, sepatutnya, sewajarnya dan sebenarnya; manakala right membawa maksud yang betul, tepat dan sesuai.

Tanpa dapat disangkal, penggunaan bahasa Latin dalam upacara keagamaan Katolik adalah WAJIB dan bukan sekadar ‘could be’ yang membawa maksud ‘boleh (jika mahu)’ seolah-olah arahan Pope Benedict 16 adalah suatu pilihan sahaja dan para Uskup bebas  untuk mengingkari arahan tersebut dan meneruskan penggunaan bahasa vernacular (tempatan).

Semoga Pope Benedict 16 dikuasai Roh Kudus untuk terus memelihara keutuhan ajaran, tradisi, doktrin dan dogma Katolik dengan berani dan penuh komitmen.

Deo gratias.




    Tinggalkan Jawapan

    Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

    WordPress.com Logo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

    Twitter picture

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

    Facebook photo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

    Google+ photo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

    Connecting to %s


  • Laman

  • Artikel Terkini

  • Artikel Popular

  • Kategori

  • Sila masukkan alamat e-mel anda untuk melanggan blog ini dan menerima pemberitahuan melalui e-mel apabila ada artikel baru diterbitkan.

    Join 50 other followers


%d bloggers like this: