Paus: Neraka ‘benar-benar wujud’

Saya telah membaca satu artikel bertajuk “Pope: Hell ‘really exists’” yang menarik perhatian saya. Antara lain dalam artikel ini, Pope Benedict XVI berkata bahawa Neraka — walaupun semakin dilupai oleh masyarakat pada masa sekarang — “benar-benar wujud dan kekal” . Apakah Neraka sebenarnya?

Adakah Neraka itu benar-benar wujud? Bagaimanakah rupa Neraka? Adakah Neraka itu satu tempat yang benar-benar wujud atau sekadar suatu ‘konsep’ atau ‘keadaan’ (state) yang kabur maknanya? Siapakah yang mencipta Neraka? Siapakah yang ‘layak’ untuk dimasukkan ke dalam Neraka? Bolehkah seseorang yang dimasukkan ke dalam Neraka diselamatkan? Kenapakah Gereja (terutamanya para paderi dan biskop) tidak lagi bercakap tentang Neraka dalam khutbah mereka? Kenapakah ada sebilangan paderi dan biskop yang mengajar bahawa tidak mungkin ada umat yang dimasukkan ke dalam Neraka kerana Tuhan Tritunggal Mahakudus adalah Maha Pengasih? Apakah ajaran sebenar Gereja Roman Katolik tentang Neraka?

Jika seseorang umat Katolik meninggal dunia tetapi tidak sempat untuk mengaku dosa kecil mereka (venial sins), mereka akan dimasukkan ke dalam suatu tempat yang dipanggil Purgatory . Mereka akan ‘dicuci’ dengan api pencucian dan menerima hukuman setimpal dengan dosa-dosa mereka untuk satu jangkamasa. Selepas proses ini, mereka menjadi bersih dan akhirnya dibawa masuk ke dalam Syurga untuk selama-lamanya.

Tetapi bagi umat Kristian yang meninggal dunia tanpa bertaubat daripada dosa besar (mortal sins) atau mereka yang menolak Yesus secara sukarela, maka mereka tidak mungkin dapat diselamatkan dan akan dimasukkan ke dalam Neraka setelah dihakimi oleh Tuhan Yesus sendiri.

Neraka ialah satu tempat khas yang disediakan oleh Tuhan Allah Tritunggal Mahakudus kerana Tuhan adalah Maha Adil. Neraka disediakan untuk mereka yang berdosa besar (walaupun hanya satu dosa sahaja yang tidak diampuni) menjalani hukuman setimpal dengan dosa mereka. Hukuman ini berupa satu kesengsaraan yang sukar digambarkan oleh akal fikiran manusia tetapi kerap kali dikaitkan dengan api, dan untuk selama-lamanya. Kristus Yesus sendiri merujuk kepada hukuman dahsyat di Neraka sebanyak 15 kali di dalam Alkitab.

Tuhan Allah tidak menghantar sesiapa ke Neraka tetapi manusia yang menolak cinta kasih Allah sebenarnya memaksa Tuhan menghukum mereka di Neraka. Tiada hukuman yang dikatakan terlalu dahsyat jika manusia menolak Penciptanya.

Manusia dicipta berdasarkan imej dan rupa Allah. Ini bermaksud manusia memiliki ciri roh yang kekal seperti Allah. Pada zaman akhir, semua manusia akan dibangkitkan, termasuk orang-orang yang menolak Allah akan mengalami kebangkitan badan. Jika orang berdosa dimasukkan ke dalam Neraka, akan mengalami kesengsaraan kehilangan Allah dalam diri mereka, dan mereka juga terseksa kerana tubuh badan mereka yang telah dibangkitkan mampu merasa kesakitan yang amat dahsyat apabila dihukum dengan api untuk selama-lamanya di Neraka. Di dalam Neraka, mereka hanya bertemankan iblis dan mereka yang jahat. Neraka tidak mempunyai apa-apa yang baik. Deria tubuh badan mereka akan sentiasa merasai kesakitan yang tidak terkata untuk sepanjang masa termasuk deria rasa, sentuh, hidu, penglihatan dan pendengaran. Ia sungguh-sungguh dahsyat.

Kenapakah Tuhan Allah begitu kejam dan sanggup melihat manusia ciptaan-Nya terseksa dengan dahsyat di dalam Neraka? Di samping sifat-Nya yang Maha Pengasih, Tuhan Allah juga Maha Adil. Jika Neraka itu sekadar perhentian sementara, manusia akan mengambil kesempatan melakukan dosa sesuka hati mereka semasa hidup di dunia kerana mereka hanya perlu mengharungi hukuman perit di Neraka untuk satu jangkamasa yang terhad, dan pada akhirnya mereka masih dapat memasuki Syurga. Ini tidak akan berlaku. Hukuman di Neraka adalah amat dahsyat, sukar digambarkan kecuali dengan api, lubang gelap yang tidak ada penghujungnya dan untuk selama-lamanya.

Tuhan Allah adalah Maha Pengasih. Kasih Allah Tritunggal Mahakudus terhadap manusia adalah amat besar sehingga Dia sanggup melihat Anak Tunggal-Nya, Yesus Kristus mati di kayu salib demi penebusan dosa-dosa manusia agar setiap (semua) manusia diberi peluang untuk mendapat keselamatan kekal di Syurga. Tetapi kasih Allah dan penyelamatan yang dibawa oleh Yesus mempunyai satu syarat. Manusia harus bertaubat dan kembali kepada kehidupan suci seperti yang dikehendaki oleh Bapa di Syurga. Allah sungguh-sungguh Maha Penyayang dan Maha Pemurah, kerana Dia tidak menginginkan menghantar sesiapa ke Neraka kecuali manusia itu sendiri enggan bertaubat dan menerima Yesus sebagai Juruselamat mereka.

Penulis mengajak semua supaya bertaubat sekarang daripada kehidupan yang penuh dengan dosa dan menerima Yesus sebagai Tuhan Juruselamat. Kehidupan di Syurga bersama-sama dengan Bapa dan para orang-orang kudus serta malaikat sukar digambarkan keindahannya.

Deo gratias.

Tambahan:
Ada dua jenis penghakiman (atau pengadilan) iaitu Particular Judgment dan General Judgment:

http://truecatholic.bizland.com/MyCatholicFaith/mcfc077.htm

http://truecatholic.bizland.com/MyCatholicFaith/mcfc081.htm


  1. asran making

    kebangkitan badan dan kematian kekal adalah persoalan kebebasan manusia untuk memilih. yang menghakimi manusia untuk masuk ke dalam neraka adalah pilihan bebas manusia yang tidak bertanggung jawab dan bukan Allah yang menghakimi. karena Allah adalah MAha KAsih maka IA tidak mungkin melemparkan umatnya ke dalam neraka. yang terjadi adalah bahwa dengan kebebasannya manusia akan memilih salah satu jalan yang harus ditempuh. pilihannya itu yang yang akan menghantarnya pada the last destination. ada dua jalan dan manusia bebas menentukannya.

    Respon Pengarang:
    Apakah maksud ‘menghakimi’? Benarkah Allah Tritunggal tidak menghakimi? Jika Allah tidak menghakimi, siapakah yang akan menghakimi manusia pada akhir zaman? Bisakah seorang manusia yang ‘berdosa’ atau ‘bersalah’ menghakimi dirinya sendiri di hadapan Tuhan? Adakah ajaran ini dapat dirujuk kepada Tradisi Suci atau Alkitab? Jika Tuhan tidak menghakimi, adakah Tuhan juga Maha Adil? Di manakah lojiknya jika Tuhan tidak mempunyai hak untuk mengadili umat-Nya? Jika Tuhan tidak menghakimi, siapakah yang akan menjatuhkan hukuman? Adakah manusia sendiri? Adakah manusia mempunyai ciri-ciri Maha Adil dan diberi kuasa untuk menjatuhkan hukuman pada akhir zaman? Siapakah pula yang akan menentukan ganjaran kepada mereka yang setia kepada Tuhan jika Tuhan tidak berhak mengadili sesiapa? Kenapakah di dalam Alkitab, Tuhan sering menghakimi manusia dan menjatuhkan hukuman termasuk hukuman mati! Di manakah kaitannya antara KEBEBASAN manusia membuat pilihan dengan HAK MUTLAK Allah untuk menghakimi dan menentukan hukuman (atau ganjaran) manusia pada akhir zaman? Faktanya: Manusia tidak ada KEBEBASAN selagi manusia itu belum menemui KEBENARAN. Hanya KEBENARAN yang benar-benar memberi KEBEBASAN kepada manusia.

  2. asran making

    surga dan neraka itu ada. tetapi yang menentukan adalah setiap pribadi sendiri. setiap orang diberi kebebasan untuk memilih salah satu. tidak bisa memilih keduanya karena jurang itu begitu dalam. maka dalam kebebasannya itu, manusia diharapkan menjadi lebih dewasa dan bertanggung jawab atas pilihannya. dan Allah sendiri bukanlah sebagai Allah yang penghakim melainkan Allah yang berbelas kasih. maka Ia tidak pernah menentukan atau memilih surga atau neraka bagi seseorang. Ia adalah Allah yang pengampun, maka Ia senantiasa mengampuni mereka yang bersalah kepadanya. namun jika seseorang bisa berada dalam neraka maka itu sebuah keputusan pribadinya bukan dihukum oleh Allah.

    Respon Pengarang:
    Dalam ajaran Gereja Roman Katolik, sungguh jelas bahawa Allah Tritunggal Mahakudus bukan sahaja MAHA PENGASIH (dan penuh cinta kasih terhadap manusia) tetapi TUHAN juga adalah MAHA ADIL. Tuhan juga adalah MAHA PENGAMPUN tetapi Tuhan tidak bisa mengampuni manusia tanpa PERTAUBATAN (PERTOBATAN). Ajaran yang mengatakan bahawa ‘Tuhan tidak menghukum’ adalah bersifat ‘heretical’. Ajaran Katolik adalah jelas bahawa seseorang manusia yang mati akan dihakimi serta merta. Penghakiman pertama ini dipanggil ‘Particular Judgment’. Penghakiman kedua akan dibuat pada akhir zaman dan dipanggil ‘General Judgment’. Saya sarankah kepada sdr/i supaya tidak mencipta ajaran atau doktrin baru berdasarkan pemikiran manusia semata-mata. Pemahaman sdr/i lebih menyerupai ajaran modernisme.

  3. Lihat saja doa Aku Percaya, tercatat dengan jelas bahawa:
    “..Ia akan kembali dengan mulia, mengadili orang yang hidup dan yang mati..”

    Kepada mereka yang tidak percaya bahawa Allah menghakimi (atau mengadili) maka mereka ini sebenarnya menolak doa AKU PERCAYA yang sering diucapkan setiap hari Minggu.

  4. aviva

    Apakah ciri-ciri rupa
    1)Purgatory
    2) Neraka

  5. Mereka yang dimasukkan ke dalam Purgatory terlepas daripada hukuman Neraka yang kekal. Oleh kerana jiwa umat itu masih tercela dengan dosa kecil (venial) maka dosa itu harus dibersihkan dengan api pencucian. Hukuman akan dilaksanakan ke atasnya atas kesalahan yang telah ditobati. Untuk mengurangkan tempoh hukuman di Purgatori, maka umat perlu mendapatkan ‘indulgence’ semasa masih hidup di dunia. Setelah tempoh pencucian di Purgatori tamat, mereka akan menjadi Sangti di Surga.

    Manusia yang tidak bertobat akan dimasukkan ke dalam Neraka untuk menerima hukuman kekal yang dahsyat sesuai dengan dosa besar (mortal) yang mereka lakukan. Mereka ini tidak dapat diselamatkan lagi.

  6. yung2

    Neraka dan surga itu benar2 wujud. Banyak hamba Tuhan yang dibawa oleh Tuhan Yesus mlawat neraka dan surga.. Ini bertujuan untuk memberitahu kepada segenap umat manusia tentang keberadaan surga dan neraka. Di sini saya ingin mengajak kita semua untuk membaca kesaksian mereka di website DELETED. (Pautan dimatikan oleh Moderator kerana doktrin Surga dan Neraka yang dipromosikan oleh laman web tersebut bertentangan dengan ajaran, doktrin dan dogma Gereja Roman Katolik.)

  7. Berhati-hati dengan kesaksian manusia tentang Surga dan Neraka. Percayalah kepada doktrin Gereja dan bukannya mempercayai kesaksian yang tidak mendapat pengesahan daripada Gereja yang memegang autoriti.

  8. gregory

    Shallom ,
    Saya adalah Katolik. Bagi saya , dengan membaca Alkitab bukti mengenai adanya surga dan neraka itu sudah ada tertulis. Apa yang perlu kita buat..semua kita yang mengaku dirinya pengikut Kristus.. marilah sama-sama hentikan pendapat sendiri tentang sesuatu , biarlah kita terus berdoa , saling mengampuni dan terus bertaubat dari dosa kita. Semua manusia adalah berdosa , dan hilang kemuliaan dengan Allah. Usahlah kita saling menghakimi siapa yang benar atau tidak dan saling menunjuk-nunjuk siapa yang paling tahu tentang surga dan negara. Saya mengajak kita semua rendahkanlah hati , duduk merenung Injil Tuhan dengan tenang dengan memohon kuasa Roh KudusNya menguasai kita. Hanya Allah yang tahu di mana kita harus ditempatkan..apa yang jelas..teruslah mengikuti Tuhan Yesus Kristus..mohon kekuatan agar tidak tergoda.dan seandainya jatuh terus bangun , perbaharui diri dengan menerima Tubuh dan Darah kristus dan memohon doa Bonda Maria untuk mendoakan kita semua yang berdosa , sampai saatnya kita mati nanti. God Bless Us All. Terpujilah Tuhan kita Yesus Kristus!

  9. Sebagai umat Katolik, kita harus sedar bahawa Gereja merupakan Gereja yang mengajar (a teaching Church). Itu bermaksud bahawa ajaran, doktrin dan dogma Katolik datang daripada ajaran Gereja dan bukannya daripada hasil pembacaan Alkitab oleh umat Katolik sendiri.

    Ada beberapa pernyataan sdr/i Gregory yang tidak difahami. Pendapat yang mana satukah dan oleh siapa yang tidak dipersetujui oleh sdr/i Gregory? Siapa pula yang menghakimi dan siapa yang dihakimi? Siapa pula yang menunjuk-nunjuk dalam diskusi ini? Jika Gereja mengajar, adakah kita mengatakan Gereja sedang menunjuk-nunjuk? Bagaimana pula dengan ibubapa Katolik yang tekun mengajar anak-anak tentang ajaran, doktrin dan dogma Katolik? Adakah mereka juga menunjuk-nunjuk? Apa pula jika kita membetulkan fahaman salah rakan kita? Adakah itu menunjuk-nunjuk namanya? Bagaimana harus kita bersaksi jika kita dikatakan menunjuk-nunjuk (atau minta puji)? Adakah kita harus berdiam diri dan mengatakan bahawa setiap umat haruslah menjaga tepi kainnya sendiri? Bukankah kita harus menyebarkan ajaran benar kepada semua orang demi keselamatan jiwa?

  10. Man

    Di dalam bible bagaimanakah di ceritakan rupa bentuk neraka dan syurga?

    Purgatory itu apa?

    Bagaimanakah perjalanan di hari pengadilan kelak? Bagaimanakan di ceritakan di dalam bible?

    Respons:
    https://katolik.wordpress.com/2009/07/12/neraka-surga-purgatori/

  11. nuar

    anda masih tidak faham.sebenar benar wujud hanya Allah yang tiada anak dan tidak beranak.Allah tak perlukan anak atau keluarga,makan atau sebagainya.Apa faedah menjadikan anda semua?tiada faedah pun sebab antara kita semua bukannya baik sgt pun.Sedikit sahaja yang mengingatinya.Tetapi kenapa anda harus ada?Anda hanya merasakan anda ada tetapi sebenarnya tidak.Tiada satu pun hak anda sedikit pun tidak.Kalau hendak tahu yang sebenarnya masuklah islam kerana allah sukakan islam.dan belajarlah ilmu tasawwuf.Mudah mudahan anda jumpa siapa anda sebenarnya dan kenapa perlu anda ini wujud walhal tak pernah ingat dan tahu pun waktu bila anda minta untuk hidup

    • Nuar sebenarnya yang belum faham tentang kebenaran Allah Tritunggal Mahakudus. Memang benar Allah tidak ‘beranak’ seperti manusia. Allah adalah roh yang Mahabijak dan memiliki kebebasan untuk bertindak, dan juga tidak mempunyai badan fizikal seperti manusia.

      Asalnya ialah Allah Bapa. Tindakan pertama Allah Bapa ialah menyedari bahawa Diri-Nya wujud. Kesedaran ini atau pemikiran ini adalah amat sempurna tanpa adanya cacat cela. Ia langsung tidak menyamai pemikiran manusia yang lemah. Pemikiran Allah Bapa amat sempurna dan pemikiran Allah ini disebut Allah Anak iaitu Firman. Antara Allah Bapa dan Allah Anak membuahkan pula kasih sayang yang amat sempurna, jauh melebihi kasih sayang antara manusia. Kesempurnaan kasih sayang antara Allah Bapa dan Allah Anak ialah Roh Kudus.

      Satu Allah tetapi dapat dibezakan Allah Bapa, Allah Anak dan Roh Kudus. Kekal satu Allah tetapi tiga persona. Bukan tiga allah tetapi satu Allah. Ketiga-tiga persona ini adalah substan yang sama. Tetapi kekal SATU ALLAH.

      Semoga Nuar dapat menerima kebenaran ini dengan hati terbuka.




Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


  • Laman

  • Artikel Terkini

  • Artikel Popular

  • Kategori

  • Sila masukkan alamat e-mel anda untuk melanggan blog ini dan menerima pemberitahuan melalui e-mel apabila ada artikel baru diterbitkan.

    Join 50 other followers


%d bloggers like this: