Berpegang Kepada Tradisi Suci III

Saya tidak mengerti kenapa umat Katolik yang seiman dengan saya, cenderung menolak Tradisi Suci malah ada yang berani mempersendakan atau memperolokkan Tradisi Suci Gereja sedangkan Tradisi Suci terdiri daripada ajaran-ajaran oral atau lisan yang diperturunkan atau diwarisi dari satu generasi ke generasi yang baru.

Tidak keterlaluan jika saya katakan di sini bahawa ada seorang sahabat yang menggelar saya sebagai ‘style kampung’ kerana masih berpegang mahupun mempertahankan Tradisi Suci. Kenapakah Tradisi Suci dibenci malah ditakuti oleh umat Katolik terutama mereka yang mengamalkan pemikiran modernisme? Saya terfikir kemungkinan salah satu sebabnya ialah kerana Tradisi Suci menonjolkan lagi kehidupan atau cara hidup mereka yang dicemari dengan dosa kerana dosa itu ialah pelanggaran Hukum Tuhan. Malah Tradisi Suci juga seolah-olah membentuk satu benteng sehingga keinginan manusia yang mementingkan kemewahan duniawi itu tersekat.

Bagaimana pula dengan reaksi Pope Benedict XVI tentang Tradisi? Dalam sebuah artikel bertajuk “Celebrating With Tradition” Paus kita masih berpegang kepada Tradisi. Kenapakah kita mahu meninggalkan Tradisi? Tidak patutkah kita mencontohi Pope Benedict XVI?

Deo gratias.


  1. rvz

    Setuju! Kita sebagai umat Katolik HARUS menerima baik Kitab Suci maupun Tradisi Suci sebagai otoritas yang sejajar.

  2. san

    Tradisi itu juga penting sebagai satu warisan dan pengekalan asal mula geraja katolik TAPI …..

    =================================
    Bolehkah memakai teknologi moden
    untuk mengekalkan tradisi katolik ?

    Clue: Kerbau pun dah penat nak bajak sawah , jadi suruhlah kerbau tu berehat,bagi kerbau tu freedom.Biar guna traktor saja untuk membajak sawah :)

    Clue: Kalau dulu ada kereta atau motosikal skramleh, sudah tentu murid-murid Yesus (Malahan Yesus sendiri) pun naik kenderaan ini juga untuk membuat penginjilan dan tidak lagi mengambil masa berbulan-bulan untuk sampai ke satu tempat.
    =================================

    Sdr/i San,
    Anda BELUM memahami takrifan sebenar ‘Tradisi Suci’! Tradisi bukan dimaksudkan dengan amalan kuno atau corak kehidupan manusia yang ketinggalan zaman. Ia juga bukan merujuk kepada budaya manusia yang sudah lapuk mahupun yang berkaitan dengan Teknologi Moden. Tradisi Suci adalah ajaran, doktrin dan KEBENARAN yang disebarkan kepada semua manusia secara lisan (mulut ke mulut). Tradisi Suci datang dari Allah dan dijaga dengan baik oleh Gereja. Perlu saya tekankan di sini bahawa sumber kebenaran Gereja datangnya dari Tradisi Suci dan Alkitab. Sekadar berasaskan kepada pemikiran dan kebijaksanaan manusia adalah sesuatu yang membahayakan jiwa. Saya sarankan kepada sdr/i supaya mempelajari keindahan agama Katolik daripada Katekismus Baltimore.




Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


  • Laman

  • Artikel Terkini

  • Artikel Popular

  • Kategori

  • Sila masukkan alamat e-mel anda untuk melanggan blog ini dan menerima pemberitahuan melalui e-mel apabila ada artikel baru diterbitkan.

    Join 50 other followers


%d bloggers like this: