Lex orandis, lex credendi

Lex orandis, lex credendi merupakan teks Latin (sebutan: leks orandis, leks kredendi) bermaksud cara kita berdoa mencerminkan iman kepercayaan kita. Seorang umat Katolik yang menyambut Komuni Kudus secara berlutut dan dengan lidah mencerminkan iman kepercayaannya bahawa Komuni Kudus itu benar-benar Tubuh dan Darah Kristus.

Orang lain (yang bukan Katolik) yang melihat dia berlutut dan menyambut Komuni dengan lidah akan bertanya kenapa dia berbuat demikian dan kenapakah Roti itu disambut dengan sedemikian rupa (menyambut dengan penuh hormat) ATAU orang itu akan berfikir bahawa umat Katolik itu benar-benar percaya bahawa Roti yang disambutnya adalah Tubuh dan Darah Tuhannya.

Tetapi apakah ceritanya jika dia melihat seorang umat Katolik menyambut Roti berdiri dan dengan tangan? Mungkinkah dia akan berfikir bahawa umat Katolik itu benar-benar menyambut Tuhannya? Pemerhati itu terus berasa hairan, kenapakah Pelayan Komuni ‘mencuci tangan’ tetapi umat tidak berbuat demikian walaupun tangan mereka ‘kotor’? Ditambah pula semasa berjalan untuk kembali ke tempat duduk asal, umat itu tersenyum-senyum, berpakaian tidak sopan atau tidak kemas, sempat berjabat tangan dengan kawan yang dijumpainya, dan terus duduk sambil mengunyah.

Bandingkan pula tatacara penyambutan umat Katolik lain yang penuh hormat menyambut Tubuh dan Darah Kristus berlutut dan dengan lidah. Wanita pula berpakaian sopan sesuai dengan wanita (bukannya memakai pakaian lelaki seperti jeans ketat) dan memakai veil (tutup kepala) manakalah lelaki pula berpakaian kemas (tidak memakai jeans dan berselipar). Selepas menyambut, mereka kembali ke tempat duduk dengan penuh hormat, berlutut dan berdoa kesyukuran kepada Yesus di atas pengorbanan-Nya yang suci. Mereka tidak ‘senyum-senyum’, berjabat tangan dengan orang lain atau berasa malu.

Deo gratias.




    Tinggalkan Jawapan

    Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

    WordPress.com Logo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

    Twitter picture

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

    Facebook photo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

    Google+ photo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

    Connecting to %s


  • Laman

  • Artikel Terkini

  • Artikel Popular

  • Kategori

  • Sila masukkan alamat e-mel anda untuk melanggan blog ini dan menerima pemberitahuan melalui e-mel apabila ada artikel baru diterbitkan.

    Join 50 other followers


%d bloggers like this: