Penyertaan Aktif Umat Semasa Misa

Kebanyakan umat zaman sekarang berpendapat bahawa Misa Baru ‘lebih baik’ kerana melibatkan penyertaan aktif umat dalam perayaan Misa sedangkan umat yang menyertai Misa Lama bersikap pasif, tidak memahami bahasa Latin dan hanya berdiam diri tanpa memperdulikan umat lain . Benarkah perbandingan seperti begini?

Bagaimanakah yang dikatakan ‘penyertaan aktif’ umat dalam Misa Novus Ordo?

  • Umat yang bergelar Pelayan Komuni (lelaki dan perempuan) membantu paderi memberi kesambutan kepada umat.
  • Umat perempuan berpeluang melakukan pelayanan lelaki seperti Pelayan Komuni, Pelayan Server, Pembaca (Lector), mengajar dalam Gereja dan banyak lagi.
  • Umat yang berbakat digalakkan bermain alat muzik semasa Misa berjalan seperti dram, gitar elektrik dsbnya.
  • Umat lebih digalakkan pergi menyambut secara beramai-ramai. Ramai umat berpendapat dan mula percaya bahawa mengaku dosa sebelum pergi menyambut adalah tidak penting, tidak perlu berpuasa, tidak perlu bersedia dengan penuh hormat, tidak perlu berlutut dan berdoa Rosari, dsbnya.
  • Umat lebih banyak melakukan aktiviti sosial lain semasa Misa seperti bertepuk tangan, bercerita, berjabat tangan, pertunjukan slaid, mendengar lagu ciptaan rohani baru, bergerak keluar masuk (sama ada ke tandas atau ke kantin), hanya duduk dan tidak berlutut.
  • Umat lebih banyak memahami doa yang ditujukan kepada Allah. Doa itu tidak dianggap ‘sah’ jika tidak dapat didengar atau difahami.
  • Turut serta dengan melafazkan doa bersama-sama dengan Paderi. Paderi diibaratkan sebagai Presiden dan bukannya ‘Sacrificer’. Lebih mengutamakan kehadiran Yesus secara rohani kerana perhimpunan umat secara beramai-ramai.
  • Umat semakin kurang percaya bahawa Komuni Suci adalah benar-benar Tubuh dan Darah Kristus kerana tidak perlu berlutut dan boleh memegang-Nya tanpa risiko melakukan ‘sacrilege’. Umat tidak perlu risau dengan cebisan Tubuh dan Darah Kristus yang jatuh ke atas lantai simen (dan dipijak-pijak orang).
  • Umat wanita lebih selesa dan tidak kepanasan kerana tidak perlu lagi memakai tutup kepala, memakai skirt yang panjang, baju yang labuh dan sebagainya. Bebas untuk mengenakan pakaian yang ketat dan seksi (bentuk badan dan buah dada jelas kelihatan). Malah ada juga yang berani menampakkan perut dan belakang perut.
  • Gereja menjadi lengang apabila ketiadaan umat kerana Gereja lebih berperanan sebagai dewan sembahyang. Gereja tidak lagi dilihat sebagai RUMAH ALLAH (House of God). Anjing pun boleh berkeliaran keluar masuk Gereja tanpa sekatan.

Bagaimana pula penyertaan ‘pasif’ umat semasa mengikuti Misa Lama (Traditional Latin Mass)? Sebenarnya, umat benar-benar aktif kerana:

  1. Bermula tengah malam, mereka sudah mula berpuasa kerana mereka akan menyambut Tubuh dan Darah Yesus pada keesokan harinya.
  2. Mereka pergi mengaku dosa jika berdosa, lebih-lebih lagi jika berdosa berat.
  3. Datang awal ke Gereja dan mula berdoa kepada Allah dengan penuh hormat.
  4. Umat menghormati Tuhan Allah semasa berada dalam Gereja. Senyap, tidak bercerita, tidak berbuat bising, berdoa peribadi atau berdoa Rosari, berlutut dan segala tingkahlaku dijaga rapi agar kekudusan sentiasa terpelihara.
  5. Umat tidak bercerita kerana Gereja adalah RUMAH ALLAH dan bukannya dewan sembahyang. Umat boleh datang ke Gereja untuk bersembahyang pada bila-bila masa dan Tuhan tetap ada di Tabernacle.
  6. Sebelum Misa bermula, umat berlutut dan berdoa sambil memeriksa hati masing-masing agar kekal bertaubat dan berusaha untuk tidak melakukan dosa lagi.
  7. Semasa Misa dijalankan, umat mengikuti Misa dengan cara MELIHAT segala yang berlaku di hadapan Altar, MENDENGAR doa-doa suci dalam bahasa Latin yang DITUJUKAN KEPADA ALLAH, sentiasa berlutut (menunjukkan kerendahan hati), sama-sama berdoa dalam hati dengan Paderi yang mempersembahkan KORBAN kepada Allah, bernyanyi Gregorian Chant, sama-sama menyahut jawapan umat, khusyuk mendengar homili atau pengajaran Paderi tentang doktrin dan dogma agama Katolik. Semua ini dilakukan UNTUK TUHAN ALLAH dan bukannya untuk memberi hiburan kepada umat.
  8. Selepas Misa berakhir, umat masih berlutut dan berdoa, mengucap kesyukuran kepada Allah atas pemberian Misa tadi.

Penyertaan aktif umat dalam Misa Lama melibatkan SEMUA UMAT. Inilah penyertaan 100% umat dalam perayaan Misa Kudus apabila Yesus dikorbankan dan dipersembahkan kepada Allah. Perayaan Misa bertujuan untuk adoration (penyembahan/adorasi), atonement (pengampunan), thanksgiving (kesyukuran) dan petition (permintaan).

Dalam Misa Baru, penyertaan aktif hanya melibatkan sebilangan kecil umat sahaja. Orang yang sama bertugas menjadi Pelayan Komuni. Orang yang sama bertugas bermain gitar elektrik dan memukul dram. Orang yang sama bertugas menjadi MC, pembaca dan warden. 15 orang pelayan komuni tetap daripada 3000 umat, penyertaan hanyalah di sekitar 0.5%! Di manakah penyertaan umat yang AKTIF dalam perayaan Misa Baru yang sentiasa dilaung-laungkan? Adakah Korban Suci kita lebih diterima Tuhan? Kesimpulannya: Misa Baru berpusatkan umat tetapi Misa Lama berpusatkan Tuhan Allah. Misa Baru menyenangkan hati umat (kerana penyertaan aktif umat) tetapi Misa Lama menyenangkan hati Tuhan Allah (segala upacara ditujukan kepada Allah sepenuhnya).


  1. san

    Saya akan linkkan katolik web anda didalam katolik web saya bila sudah selesai.Saya juga tentu merasa hairan,mengapa kdg2 penggunaan guitar tdk dbenarkn ddlm Misa Kudus?bukan padri yg tak benarkan tapi ketua koir.Saya pasti bunyi Organ yg mendayu2 mnghasilkn bunyi yg romantik dan cool (cara lama) tapi apa kata dlm Alkitab “Bersorak-sorailah bagi Allah dengan gambus dan kecapi”.Perkataan bersorak-sorai itu tdk dterima oleh Allah didalam Misa Kudus?katanya organ saja yg dterima oleh Allah ? Tali organ juga asalnya dari guitar (sekarang) gambus (dulu) ,fikiran sempit ini belum terbuka kepada karya Roh Kudus.

    Respon Pengarang:
    Adakah sdr/i memahami peranan Muzik Kudus dalam perayaan Misa Kudus? Sudah sdr/i membaca dokumen rasmi Gereja tentang hal ini iaitu Musicam sacram (1967)? Adakah dokumen ini telah ditarik balik atau lupus tarikh kuatkuasanya? Sekiranya Musicam sacram masih berkuatkuasa, adakah sdr/i akan patuh kepada peraturan itu atau sdr/i mempunyai pemikiran lain yang bertentangan? Adakah sdr/i mahu memperkenalkan peraturan baharu kepada Gereja? Saya galakkan sdr/i membaca pautan ini: http://www.materecclesiae.org/letter.php?lid=16.

    Sekadar melihat peranan muzik suci sebagai ‘romantik’ dan ‘cool’ adalah suatu pengertian yang terlalu cetek dan perlu diperbetulkan.

    Tentang petikan Alkitab “Bersorak-sorailah bagi Allah dengan gambus dan kecapi”, apakah konteks umat diminta bersorak-sorai? Adakah para rasul ‘bersorak sorai’ semasa Yesus merayakan Misa Kudus yang pertama?

  2. san

    Tidak sama sekali bermaksud untuk memperkenalkan,mewujudkan atau menubuhkan peraturan baru, cuma menjawab panggilan dan mengenali panggilan itu berdasarkan firman Tuhan… jika bertentangan atau tidak .. supaya dapat melakukan firman Tuhan dengan baik,dan dapat belajar melakukannya kerana yang paling susah ialah melakukan…

    Selepas seorang lumpuh di bait Allah di sembuhkan oleh Yesus melalui Santo Petrus
    ======================================
    “Emas dan perak tidak ada padaku tetapi…”
    =======================================

    Para Rasul tidak bersorak-sorai.Malahan mereka sedih (kerana Yesus memberitakan kematian-Nya) tetapi selepas itu sudah pasti sorak-sorai sudah ada ? Ya kan ?

    Saya juga muzik cool dan romantik … semua orang sukakannya…

    Respon Pengarang:
    Sudahkah sdr/i membaca dokumen rasmi Gereja yang saya sarankan? Jika belum, maka perbincangan kita hanya sekadar pendapat manusia semata-mata. Tetapi apakah ajaran sebenar Gereja tentang hal ini? Kita harus merujuk kepada dokumen tersebut. Tidak ada jalan lain selain merujuk kepada dokumen tersebut. Adakah Firman Tuhan itu datang dari Alkitab atau Tradisi Suci atau ajaran Gereja dalam bentuk dokumen rasmi ATAU ia datang dari pemikiran sdr/i sendiri tanpa merujuk kepada sumber-sumber lain yang ada autoriti? Bercakap tentang Ekarisiti (Pertama), apakah maksud atau makna Misa Kudus sehinggakan sdr/i bingung sama ada perlu bersuka cita (bersorak sorai) atau bersedih semasa perayaan Misa Kudus? Atau kedua-duanya sekali? Apakah peranan ‘muzik’ dalam perayaan Misa Kudus? Tahukah sdr/i kenapa dalam Gereja Protestan, mereka banyak menggunakan (alat) muzik dan menyanyi atau bersorak sorai? Fahamkah sdr/i tentang Sacred Music atau Muzik Suci)? Jika sdr/i amat menyukai muzik yang ‘cool’ dan ‘romantik’, sdr/i boleh mendapatkannya di Kelab Malam (Pub) tetapi bukan di dalam Gereja! Gereja adalah Bait Allah untuk umat berdoa.

  3. Gerald John

    Shallom , bagi saya penggunaan apa sahaja alat muzik memang tidak salah. Cuma yang penting ialah , 1) Adakah kita benar-benar sudah meminta pandangan Paderi dan pihak berwajib? 2) Adakah benar-benar cukup latihan dan cukup yakin? 3) Adakah sesuai dengan keperluan dan pandangan umat? 4) Adakah pelayanan muzik kita berteraskan mahu melayani dan bukan untuk kepuasan diri sendiri? 5) Adakah kumpulan muzik atau secara solo bersedia melayani melalui adanya doa, devosi , novena atau tridum yang tertentu bagi menyiapkan diri untuk melayani umat dalam koir dan muzik? Tidak perlu kita kecewa dan menghakimi , cuma ingat kata Kristus.. ‘ yang Ku mahukan ialah belas kasihan..bukannya persembahan..’ Melayanilah dengan kerendahan dan kasih , bukan dengan niat lain atau kepuasan diri sendiri atau menyalahkan orang lain. Sekian.

    Pengarang:
    Jadi, yang manakah harus kita rujuk untuk menyelesaikan perbalahan ini? Adakah kita berpegang kepada ‘kepandaian’ manusiawi (atau pendapat peribadi semata-mata) atau merujuk kepada dokumen rasmi Gereja iaitu Musicam sacram (1967)? Adakah juga ‘pandangan’ umat menjadi faktor penentu? Adakah tujuan umat ke Gereja untuk mencari ‘hiburan’ semata-mata atau ada tujuan lain? Jadi, apakah tujuan muzik dalam Misa Kudus? Adakah sdr/i bersetuju jika muzik ‘rock & roll’ juga digunapakai dalam Misa Kudus? Apakah maksud ‘kita jangan menghakimi’?




Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


  • Laman

  • Artikel Terkini

  • Artikel Popular

  • Kategori

  • Sila masukkan alamat e-mel anda untuk melanggan blog ini dan menerima pemberitahuan melalui e-mel apabila ada artikel baru diterbitkan.

    Join 50 other followers


%d bloggers like this: