Kebebasan Beragama V

Saya sedih apabila membaca artikel ini Nuns to pray for Pope’s letter on China and full religious freedom (bertarikh 06/25/2007 15:17)yang boleh dibaca di http://www.asianews.it/index.php?l=en&art=9650&size=A selagi pautan ini masih aktif.

Benarkah umat manusia diberi HAK untuk memeluk mana-mana agama yang difikirnya ‘sesuai’ atau ‘benar’? Apakah agama? Agama dapat didefinisikan sebagai suatu institusi yang menggambarkan kepercayaan akan adanya Tuhan yang berkuasa atas segala kejadian. Agama juga dapat dilihat sebagai suatu kepercayaan yang kuat tentang kuasa ‘supernatural’ yang menguasai destinasi manusia.

Agama merupakan suatu virtue atau kualiti tentang perlakuan atau tingkah laku yang betul (dan benar di mata Tuhan) atau mengelakkan diri daripada melakukan sesuatu yang salah (melanggari perintah Tuhan atau berdosa). Tanpa agama, seseorang tidak dapat memperolehi virtue kerana agama mengajar manusia tentang Tuhan dan hubungan manusia dengan Tuhan. Dari agama juga seseorang memperolehi KEBENARAN dalam bentuk ajaran, doktrin dan dogma. Kebenaran ini datangnya daripada revelation atau wahyu daripada Tuhan kepada manusia (melalui agama) dan diajar oleh Gereja.

Untuk memiliki virtue atau kualiti ini, seseorang haruslah mempercayai SEMUA kebenaran seperti yang diwahyukan oleh Tuhan dan diajar oleh Gereja (iman). Kita sebagai umat Kristian harus mempraktikkan kepercayaan itu dalam kehidupan seharian kita seperti mana kita diajar tentang kewajiban kita terhadap Tuhan; hukum Tuhan dan kehendak Tuhan. Tuhan TIDAK memberi manusia pilihan, kita harus dan wajib mempraktikkan agama kepercayaan kita.

Dari mana atau daripada siapa kita mengenali, mengasihi dan melayani Tuhan? Daripada Yesus Kristus, anak Allah (Tritunggal MahaKudus), yang mengajar melalui Gereja-Nya, Gereja Roman Katolik.

Pokok persoalannya di sini ialah adakah Gereja diperbolehkan mengajar kepada dunia bahawa seseorang manusia mempunyai HAK untuk menyembah mana-mana tuhan yang ada di dunia ini atau memeluk mana-mana agama yang difikirnya mengajar kebenaran?

Fakta utama yang harus kita akui di sini ialah hanya ada SATU KEBENARAN dan SATU AGAMA yang benar. Saya tekankan di sini bahawa kebenaran yang saya maksudkan di sini adalah bersifat mutlak. Kebenaran yang bersifat relatif atau subjektif sebenarnya hanyalah pendapat manusia semata-mata dan bukan kebenaran.

Di samping itu, saya tekankan juga di sini bahawa tiada manusia yang dipaksa memeluk agama yang tidak dipercayainya. Tidak berhak tidak bermaksud anda dipaksa.

Tidak pernah tertulis dalam Alkitab mahupun Tradisi Gereja bahawa manusia bebas menyembah mana-mana allah yang difikirnya benar. Ajaran bahawa manusia bebas beragama sebenarnya merupakan satu ajaran atau doktrin baru. Ia merupakan salah satu kepercayaan orang-orang yang mengamalkan ‘modernisme’. Pernahkah Yesus mengajar bahawa seseorang bebas menyembah orang lain selain Diri-Nya?

Alkitab merupakan Firman Allah (Tritunggal MahaKudus) dan ia ditujukan kepada SEMUA manusia dan bukan sekadar orang-orang Kristian. Begitu juga kebenaran (ajaran, doktrin dan dogma) yang diajar oleh Gereja adalan untuk SEMUA umat manusia. Sepuluh Hukum Allah (Tritunggal MahaKudus) bukan sekadar ditujukan kepada orang Yahudi mahupun orang Kristian sahaja tetapi kepada seluruh umat manusia. Segala hukum dan perintah Tuhan HARUS dipatuhi oleh semua umat manusia. Walaupun begitu, manusia diberi ‘kebebasan untuk membuat keputusan’. ‘Free will’ atau ‘free choice’ tidak bermaksud mempunyai hak atau bebas beragama.

Bebas beragama juga bermaksud seseorang manusia berhak untuk menolak Tuhan atau melakukan pelanggaran hukum Tuhan dan melakukan dosa. Adakah manusia berhak melakukan dosa? Menyembah berhala atau tuhan palsu adalah satu dosa berat! Adakah Gereja mengajar bahawa manusia bebas menyembah berhala dan tuhan palsu? Adakah Iblis berhak menolak Tuhan Allah?

Para pembaca dijemput untuk merenung persoalan ini dan membuat keputusan yang tepat kerana keselamatan jiwa adalah misi yang tertinggi dalam kehidupan seorang Kristian.

Terpujilah Kristus.




    Tinggalkan Jawapan

    Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

    WordPress.com Logo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

    Twitter picture

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

    Facebook photo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

    Google+ photo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

    Connecting to %s


  • Laman

  • Artikel Terkini

  • Artikel Popular

  • Kategori

  • Sila masukkan alamat e-mel anda untuk melanggan blog ini dan menerima pemberitahuan melalui e-mel apabila ada artikel baru diterbitkan.

    Join 50 other followers


%d bloggers like this: