Apakah Misa Kudus?

Misa Kudus yang akan saya takrifkan di sini merujuk kepada Misa Kudus Latin Traditional (Traditional Latin Mass atau Tridentine Mass) dan bukan Misa Kudus Novus Ordo. Kepada mereka yang kerap kali menghadiri Misa Kudus Novus Ordo, anda dijemput membuat perbandingan tentang takrifan kedua-dua Misa ini. Saya percaya anda akan terkejut dengan perbezaan yang ketara wujud antara kedua-dua Misa ini yang sering kali dianggap Misa yang sama.

Misa Kudus yang juga dikenali sebagai Ekaristi Kudus adalah suatu sakramen dan merupakan satu KORBAN (dalam kata erti yang sebenar dan bukan sekadar gambaran minda sahaja) apabila Juruselamat kita Yesus Kristus, tubuh dan darah, jiwa dan kekudusan-Nya (divinity), dalam satu persembahan, dikorbankan dan diterima dalam bentuk roti dan wain. Erti Misa Kudus yang pertama dan utama ialah ia merupakan satu KORBAN. Apakah maksud kata ‘korban’ di sini? Adakah ia hanyalah satu bayangan atau imaginasi manusia.

Apakah maksud sakramen? Sakramen ialah suatu tanda luaran (fizikal) yang diberikan kepada umat manusia oleh Kristus sendiri untuk menyalurkan rahmat Tuhan kepada kita semua. Hanya Kristus yang berupaya memberikan kita ketujuh-tujuh sakramen (Permandian (Baptism), Penguatan (Confirmation), Ekaristi Kudus, Pengakuan (Penance), Sakramen Orang Sakit (Extreme Unction), Kejadian Paderi (Holy Orders) dan Perkahwinan (Matrimony) kerana hanya Tuhan Allah (Tritunggal MahaKudus) sahaja yang memiliki kuasa untuk memberi rahmat kepada kita. Gereja tidak mempunyai kuasa untuk mencipta sesuatu sakramen.Tanda luaran (fizikal) ini merupakan sesuatu yang dapat dikesan oleh deria manusia seperti dapat dilihat, dirasai, didengar dan sebagainya. Oleh kerana kita adalah manusia fizikal, maka sebagai manusia, hubungan kita dengan Tuhan haruslah juga bersifat fizikal.Ekaristi Kudus juga dipanggil Sakramen Kudus kerana ia merupakan Sakramen yang paling sempurna kerana Sakramen ini memberikan Kristus kepada kita (tubuh dan jiwanya).

Apabila kita menerima atau menyambut Ekaristi Kudus, ia dipanggil Komuni Kudus. Jika ia disambut oleh seseorang umat yang sakit kuat atau menghampiri ajalnya, ia dipanggil Holy Viaticum.

Kristus memberikan kita Ekaristi Kudus apabila Dia: mengambil roti, mengucap syukur dan membahagi-bahagikannya seraya berkata “Take and eat; this is My body“, kemudian Dia mengambil piala yang berisi wain, mengucap syukur dan memberikannya kepada mereka seraya berkata “All of you drink of this: for this is My blood of the new convenant which is being shed for many unto the forgiveness of sins“; lalu Dia berkata kepada murid-murid-Nya “Do this in remembrance of Me.

Semasa konserkrasi ini, keseluruhan substan roti benar-benar bertukar menjadi tubuh Kristus dan keseluruhan substan wain benar-benar bertukar menjadi darah-Nya. Proses ini dipanggil transubstantiation. Walau bagaimanapun, rupa bentuk dan rasa roti dan wain kekal tidak berubah. Tubuh dan Darah Kristus kekal hadir dalam roti dan anggur yang telah dikonsekrasikan selagi rupa bentuk fizikal roti dan wain itu masih kekal. Ia berakhir apabila roti dan wain itu telah disambut dan ditelan/diminum. Ini juga bermakna bahawa walau setitik kecil wain atau sekecil manapun cebisan roti yang gugur di atas lantai, keseluruhan Tubuh dan Darah Kristus kekal ada dan hadir dalam roti dan anggur itu.

Pada waktu itu, Yesus mempersembahkan diri-Nya kepada Bapa di Syurga dan Dia sendiri menjadi Mangsa Korban yang sempurna dan menyenangkan hati Tuhan.Kenapakah Kristus memberikan kita Tubuh dan Darah-Nya dalam Ekaristi Kudus? Sebabnya ialah:

  1. supaya Tubuh dan Darah-Nya dapat dipersembahkan sebagai KORBAN yang mengenangkan (commemorate) dan memperbaharui korban di kayu salib. (1 Korintus 11:26)
  2. supaya dapat diterima atau disambut sebagai Komuni Kudus. (Yohanes 6:48, 56, 58).
  3. supaya Tubuh dan Darah-Nya kekal di altar sebagai bukti kukuh cinta kasih-Nya dan dapat disembah (worship) oleh umat Katolik.

Deo gratias.


  1. Endakayoh

    Anda bercakap mengenai Korban saja, jadi di manakah kesyukuran anda, di manakah penyembahan kepada Allah?.

    Eucharist bermaksud kesyukuran.
    Ekaristi adalah KESYUKURAN kepada Bapa, dilakukan melalui KENANGAN akan Kristus (akan kesengsaraan dan kebangkitan-Nya), di dalam PERJAMUAN TUHAN yg dimungkinkan oleh Roh Kudus. (Di mana seluruh Tritunggal Allah terlibat sama) Ekaristi tidak hanya bercakap tentang Korban Kristus. Jika demikian di manakah Bapa dan Roh Kudus (Tritunggal)?
    Ekaristi adalah aksi Tritunggal.
    Ekaristi adalah PENYEMBAHAN kepada Allah, melalui Kesyukuran kepada Bapa, kenangan akan Kristus dan Perjamuan Tuhan yg terjadi kerana kuasa Roh Kudus.
    Dengan ini perayaan kesyukuran kita ini menghadirkan rahmat keselamatan Kristus yg terjadi hasil dari korban Kristus di salib.

    Sakramen adalah Tanda kelihatan dari kenyataan keselamatan yg tak kelihatan, bukan sekadar menyalurkan rahmat.




Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


  • Laman

  • Artikel Terkini

  • Artikel Popular

  • Kategori

  • Sila masukkan alamat e-mel anda untuk melanggan blog ini dan menerima pemberitahuan melalui e-mel apabila ada artikel baru diterbitkan.

    Join 50 other followers


%d bloggers like this: