Konsep Korban

Sebagai seorang umat Katolik, adakah kita dapat menerangkan makna Misa Kudus? Apakah Misa Kudus? Saya telah mendefinisikan Misa Kudus sebagai KORBAN. Untuk mengelakkan kekeliruan, saya tekankan di sini bahawa konsep Korban yang akan saya terangkan di sini adalah dikaitkan dengan Misa Kudus Tridentine (Traditional Latin Mass) dan bukannya merujuk kepada Misa Kudus Novus Ordo atau Pauline Mass (Misa Baru).

Apakah korban? Korban ialah mangsa (seperti haiwan atau hasil tanaman) yang dipersembahkan oleh paderi kepada Tuhan Allah Tritunggal MahaKudus dan persembahan itu dimusnahkan (kebiasaannya dibakar atau diubah bentuk seperti dimakan) sebagai pengakuan manusia bahawa Allah (Tritunggal MahaKudus) adalah pencipta dan Tuhan segalanya.

Manusia mempersembahkan korban kepada Tuhan sebagai memperaku (acknowledge) akan kekuasaan-Nya yang agung, dan sebagai tanda kesyukuran atas segala anugerah-Nya kepada kita, terutama sekali anugerah kehidupan (gift of life). Keperluan untuk mempersembahkan korban merupakan sesuatu yang lumrah dan semula jadi dalam kehidupan manusia, sama seperti keperluan kita untuk bernafas. Oleh kerana manusia datang daripada Tuhan maka jiwanya sentiasa mencari Tuhan.

Apabila Tuhan menghembuskan nafas-Nya kepada manusia, maka manusia menerima roh (jiwa) yang memberinya nyawa (hidup) yang kekal (immortal) sama seperti Tuhan sendiri. Tanpa nyawa dan roh, seseorang manusia tidak bisa berbuat apa-apa, dan tidak mungkin dapat mengenali atau mencari Tuhan. Kita harus bersyukur kepada Tuhan kerana Dia memberi kita hidup dan roh/jiwa.

Atas kemurahan Tuhan kepada manusia, kita harus memberikan sesuatu kembali kepada Tuhan sebagai balasan atau ‘bayaran’, terutama sekali kerana kita menerima kehidupan secara percuma daripada Tuhan.

Oleh kerana anugerah Tuhan itu tersangat besar nilainya, kita tidak mampu memberikan sesuatu kembali kepada Tuhan sebagai bayaran atau balasan yang setimpal. Jika kita menerima suatu cincin berlian berharga RM5000, kita hanya membayar 2 sen! Bayaran yang kita buat, tidak setimpal dengan benda yang kita terima.

Tuhan memberikan kita anugerah kehidupan yang tidak ternilai harganya, dan kita membayarnya dengan sesuatu yang bersifat kebendaan atau material? Oleh kerana kita tidak mempunyai apa-apa yang dapat membalas kebaikan Tuhan, maka kita buat yang terbaik dengan mempersembahkan kepada Tuhan apa yang kita mampu buat. Persembahan terbaik itu dipanggil korban.

Sejak dunia ini mula-mula dicipta, manusia memperaku kewujudan dan kebesaran Tuhan dengan mempersembahkan korban. Mula-mula ia dipersembahkan, kemudian dimusnahkan atau diubah bentuknya sama ada dimakan atau dibakar. Pemusnahan suatu objek yang nyata merupakan simbol dalaman adorasi (adoration) dan persembahan (offering), apabila manusia menyerahkan jiwanya kepada Tuhan, Pencipta.

Dalam bahasa seharian, kita bercakap tentang pengorbanan seperti seorang ibu yang berkorban demi anak-anaknya, seorang askar berkorban demi negaranya. Maksud korban di sini ialah kita menyerahkan sesuatu (kepunyaan kita sendiri) yang bernilai demi orang lain. Jadi, dalam persembahan korban kita kepada Tuhan, kita menyerahkannya demi kasih kita terhadap Tuhan.

Persembahan korban merupakan satu upacara atau perlakuan yang dikhaskan hanya untuk Tuhan Allah Tritunggal Mahakudus sahaja, kerana upacara membuat persembahan dan melakumusnahkannya (oblation) merupakan upacara penyembahan atau adorasi. Untuk menjadikan upacara ini suatu upacara keagamaan yang solemn, maka manusia sejak sejarah awal, menetapkan bahawa seorang paderi (yang telah ditahbiskan) akan menjadi perantara antara Tuhan dan manusia.

Apakah tujuan korban? Tujuan korban ialah untuk memberi penghormatan tertinggi dan adorasi (adoration atau pemujaan) kepada Tuhan, mengucap syukur kepada-Nya (thanksgiving), mengemukakan permintaan (petition) dan pertobatan (propitiation).

Apakah bentuk persembahan korban? Korban dipersembahkan dalam bentuk berdarah seperti korban binatang (lembu, kambing biri-biri, burung merpati) atau tidak berdarah (buah-buahan, wain, atau gandum). Manusia yang tidak mengenali Tuhan, dengan pemikiran yang terpesong, mempersembahkan korban manusia kepada patung (idols) mereka.

Ave Maria, gratia plena.




    Tinggalkan Jawapan

    Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

    WordPress.com Logo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

    Twitter picture

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

    Facebook photo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

    Google+ photo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

    Connecting to %s


  • Laman

  • Artikel Terkini

  • Artikel Popular

  • Kategori

  • Sila masukkan alamat e-mel anda untuk melanggan blog ini dan menerima pemberitahuan melalui e-mel apabila ada artikel baru diterbitkan.

    Join 50 other followers


%d bloggers like this: