Misa Tridentine Kembali ke Gereja

Sebuah laman web www.boston.com telah menerbitkan satu lagi laporan yang bertajuk Pope to issue decree authorizing broader use of old Latin Mass (5 Julai 2007) )tentang tindakan Pope Benedict XVI yang mengizinkan Misa Tridentine dirayakan secara lebih meluas di seluruh dunia walaupun menerima tentangan daripada para biskop yang lain.

Saya tidak pasti apakah tujuan sebenar Pope Benedict XVI berbuat demikian kerana isu sebenar yang diperjuangkan oleh Society of St Pius X (SSPX) dan para paderi/uskup Traditionalist ialah tentang ‘penyelewengan’ yang berlaku dalam Gereja Roman Katolik sekarang akibat daripada doktrin palsu seperti modernisme, ecumenism, religious liberty (kebebasan beragama) dan collegiality (pengurangan kuasa Paus disebabkan perkongsian kuasa dengan Biskop) masih digunapakai oleh Gereja walaupun doktrin ini tidak serasi atau selaras (malah bertentangan) dengan ajaran yang berasaskan Tradisi Suci.

Superior General SSPX Biskop Bernard Fellay inginkan diskusi panjang lebar dengan Pope Benedict XVI tentang kesan negatif yang disebabkan oleh rumusan daripada persidangan Konsili Vatican II. Kesan negatif itu ialah seperti kehadiran Misa yang semakin berkurangan, panggilan vocation yang juga semakin berkurangan dan banyak lagi isu-isu kerohanian yang timbul akibat daripada ajaran baru Konsili Vatican II.

BERITA TERKINI
Motu Propio yang bertajuk “SUMMORUM PONTIFICUM” telah dikeluarkan oleh Vatican atas arahan Pope Benedict XVI pada 7 Julai 2007.

http://www.rorate-caeli.blogspot.com/


http://www.usccb.org/liturgy/bclnewsletterjune07.pdf

Deo gratias.




    Tinggalkan Jawapan

    Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

    WordPress.com Logo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

    Twitter picture

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

    Facebook photo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

    Google+ photo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

    Connecting to %s


  • Laman

  • Artikel Terkini

  • Artikel Popular

  • Kategori

  • Sila masukkan alamat e-mel anda untuk melanggan blog ini dan menerima pemberitahuan melalui e-mel apabila ada artikel baru diterbitkan.

    Join 50 other followers


%d bloggers like this: