Lebih baik aku mati?

Pernahkah anda mendengar rintihan seseorang yang menginginkan kematian dirinya sendiri? Pada zaman moden sekarang, agak signifikan jumlah mereka yang sanggup mencabut nyawa sendiri agar dibebaskan daripada masalah yang berpanjangan seperti menderita sakit tubuh yang tidak ada peluang untuk disembuhkan. Kerap juga kita mendengar mereka yang melakukan ‘bunuh diri’ dan ada juga orang-orang tua yang sengaja membunuh tubuh mereka yang masih bernyawa dengan menyuntik racun maut ke dalam badan.

Saya dapati mendapati mereka yang berpendapat bahawa seseorang mempunyai ‘hak’ untuk menamatkan riwayatnya merupakan mereka yang tidak mempercayai adanya Tuhan (penganut fahaman atheism).  Tanpa ada bukti yang kukuh mereka’percaya’ bahawa mereka akan dibebaskan daripada penderitaan apabila dimatikan secara sengaja. Mereka tidak sedar bahawa penderitaan duniawi hanyalah bersifat sementara yang boleh menyelamatkan jiwa mereka. Kerap kali saya bertanya kepada mereka yang berkata ‘lebih baik aku mati’ dengan soalan: Bagaimana awak tahu bahawa awak akan dibebaskan daripada penderitaan selepas dimatikan dengan sengaja? Tahukah anda bahawa sebenarnya awak akan menghantar diri awak ke Neraka untuk dihukum menderita dahsyat untuk selama-lamanya?

Kerapkali juga kita mendengar hujah penganut atheism bahawa Neraka tidak wujud kerana tidak ada orang yang kembali (hidup) dari Neraka untuk memberitahu manusia bahawa Neraka benar-benar wujud. Tetapi, mereka juga lupa bahawa tidak ada manusia yang kembali (hidup) dan bersaksi bahawa Neraka tidak wujud. ‘Tidak ada bukti’ tidak boleh dijadikan sebagai bukti. Penganut fahaman atheism tidak sepatutnya membuat keputusan bahawa Neraka tidak wujud hanya kerana tidak ada bukti. Dalam kes seperti begini, mereka hanya boleh berkata bahawa mereka tidak tahu sama ada Neraka wujud atau tidak. 

Jika ditanya sama ada ‘ada kehidupan selepas kematian’, mereka dengan yakin berkata tidak ada. Bagaimana mungkin mereka berkepercayaan demikian tanpa bukti? Bagaimana mereka tahu semua itu? Pernahkah mereka mati dan hidup kembali untuk bersaksi bahawa tidak ada kehidupan selepas kematian? 

Seseorang umat Katolik seharusnya belajar menerima penderitaan sebagai ‘penance’ atau hukuman duniawi’ atau ‘hukuman sementara’ ke atas dosa-dosa yang telah mereka lakukan semasa mereka masih sihat dan kuat. Penderitaan seseorang haruslah dilihat sebagai satu peluang untuk sama-sama menderita seperti Yesus yang sengsara dan mati di kayu salib. Selain daripada sakramen pengakuan, penderitaan dapat mengelakkan atau ‘mengurangkan’ hukuman yang lebih dahsyat di purgatori (api pencucian).

Kita harus bersyukur kerana diberi masa untuk bertaubat. Bayangkanlah keadaan mereka yang mati mendadak (tanpa penderitaan) tetapi tidak sempat bertaubat. Jika seseorang umat mati dengan dosa berat, maka mereka kemungkinan besar akan ke Neraka untuk selama-lamanya.

Sebagai kesimpulan, elakkan daripada menuturkan ‘lebih baik aku mati’ kerana ia merupakan dosa yang membawa maut kepada jiwa kita.

Deo gratias.




    Tinggalkan Jawapan

    Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

    WordPress.com Logo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

    Twitter picture

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

    Facebook photo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

    Google+ photo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

    Connecting to %s


  • Laman

  • Artikel Terkini

  • Artikel Popular

  • Kategori

  • Sila masukkan alamat e-mel anda untuk melanggan blog ini dan menerima pemberitahuan melalui e-mel apabila ada artikel baru diterbitkan.

    Join 50 other followers


%d bloggers like this: