Apakah IMAN?

Soalan ini kelihatan mudah tetapi ramai umat Katolik yang menghadapi masalah menjawabnya. Apakah jawapan anda? Jelas bahawa ‘iman’ bukannya tentang perasaan atau emosi seseorang insan semata-mata. Iman tidak dipersepsikan sebagai perasaan gembira seperti seseorang yang dihiburkan dengan sorak sorai mereka yang di’kurniai’ dengan ‘bahasa roh’ atau apabila dihiburkan dengan lagu-lagu rohani yang sedap didengar. Jadi, apakah iman?

Untuk menjawab soalan ini, kita tidak harus mendefinisikannya mengikut perasaan hati atau mengikut pemahaman peribadi. Sebaliknya, pengertian kita tentang ‘iman’ haruslah didasarkan kepada doktrin Gereja Katolik seperti yang diajar dalam Katekismus Baltimore atau anda boleh membacanya dalam bentuk teks biasa.

Iman ialah kepercayaan penuh tanpa keraguan akan kebenaran yang datang daripada Tuhan Allah Tritunggal Mahakudus seperti yang diajar oleh Gereja (Roman Katolik). Iman memerlukan daya intelek dan bukan perasaan atau emosi. Tanpa memahami doktrin Katolik, seseorang tidak mungkin dapat memiliki iman untuknya memperoleh keselamatan kerana tanpa iman tidak ada keselamatan mahupun penyelamatan. Iman membolehkan seseorang percaya kepada kebenaran yang tidak kelihatan. Iman tidak diperlukan untuk mempercayai sesuatu yang dapat dilihat dengan mata kita. Sebab itu, dikatakan bahawa di Surga tidak ada iman kerana mereka yang telah berjaya mencapai tempat terindah itu dapat melihat Tuhan Allah dengan mata mereka sendiri.

Apakah kebenaran yang dimaksudkan di sini? Yesus telah berkata : Akulah Kebenaran. Yesus telah mendirikan Satu Gereja yang Benar iaitu Gereja Katolik. Gereja Katolik yang telah menerima benih-benih Iman (deposits of Faith) daripada Yesus bertanggungjawab menyebarkannya sehingga ke seluruh pelusuk dunia. Gereja tidak mempunyai autoriti untuk menemukan doktrin baru mahupun mengubah Kebenaran itu. Atas kuasa Roh Kudus, Gereja mempertahankan dan memelihara Kebenaran itu dengan penuh taat. Kebenaran itu dapat kita temui daripada Tradisi Suci dan juga Alkitab.

Apakah contoh Kebenaran yang dimaksudkan?

Dogma ‘Di luar Gereja tidak ada penyelamatan’ merupakan satu dogma kebenaran. Mereka yang dengan sengaja dan penuh sedar keluar daripada Gereja Katolik tidak akan memperoleh keselamatan. Selain daripada umat Katolik, mereka yang beragama bukan Katolik tidak akan selamat jika tidak bersatu dengan Gereja Roman Katolik.

Deo gratias.




    Tinggalkan Jawapan

    Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

    WordPress.com Logo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

    Twitter picture

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

    Facebook photo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

    Google+ photo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

    Connecting to %s


  • Laman

  • Artikel Terkini

  • Artikel Popular

  • Kategori

  • Sila masukkan alamat e-mel anda untuk melanggan blog ini dan menerima pemberitahuan melalui e-mel apabila ada artikel baru diterbitkan.

    Join 50 other followers


%d bloggers like this: