Kenapakah Biskop Lazo kembali kepada Tradisi Suci?

Surat Berita Dari Daerah Asia

Mac-April 2000

DEKLARASI IMAN BISKOP LAZO

Menghadap Yang Mulia PAUS YOHANES PAULUS II Biskop Rom dan Vikar Yesus Kristus, Penganti Santo Petrus, Putera Para Rasul, Paus Agong Gereja Universal, Patriark Barat, Uskup Agung Itali, Ketua Biskop dan Metropolitan Daerah Roman, Kedaulatan Vatican City.

 

biskoplazo.jpg
Biskop Salvador Lazo (1918-2000)

Ascension Khamis

Mei 21, 1998

Bapa Suci,

Semasa ulang tahun kesepuluh konsekrasi empat uskup Katolik oleh His Grace Ketua Biskop Marcel Lefebvre demi kemandirian Iman Katolik, atas rahmat Tuhan Allah, saya membuat deklarasi bahawa saya adalah Roman Katolik. Agama yang saya anuti diasaskan oleh Yesus Kristus apabila Dia berkata kepada Petrus: “Engkau adalah Petrus dan di atas batu karang ini Aku akan mendirikan jemaat-Ku dan alam maut tidak akan menguasainya.” (Mt. 16:18 )

Bapa Suci, Kredo saya ialah Iman Para Rasul. Dasar iman datang daripada Yesus Kristus dan disempurnakan apabila rasul terakhir meninggal dunia. Ia telah diamanahkan kepada Gereja Roman Katolik untuk melayani sebagai panduan demi keselamatan para jiwa sehingga akhir zaman.

Santo Paulus berkata kepada Timotius: “Hai Timotius, peliharalah apa yang telah dipercayakan kepadamu” (I Tim. 6:20), kepercayaan iman!

Bapa Suci, ia kelihatan bahawa Santo Paulus memberitahu saya: “Peliharalah apa yang telah dipercayakan kepadamu … kepercayaan iman yang telah diamanahkan kepadamu, bukan yang engkau temui. Engkau menerimanya: engkau bukan mendapatnya daripada hasil usaha titik peluhmu. Ia bukan buah daripada pemahaman peribadimu tetapi daripada ajaran. Ia bukan kegunaan peribadi, tetapi ia dimiliki oleh tradisi umum. Ia tidak datang daripadamu, tetapi ia telah datang kepadamu. Oleh yang demikian, engkau tidak diperbolehkan bertindak sebagai seorang penulis mahupun seorang pengarang, tetapi hanya sekadar penjaga yang lurus. Engkau bukan penyebabnya, tetapi hanyalah seorang pengikut. Ia bukan untuk engkau mengarahnya, tetapi ia merupakan tugasmu untuk menuruti kehendaknya. (Saint Vincent of Lerins, Commonitorium, No. 21).

Konsili Vatican I mengajar bahawa “doktrin iman yang diperlihatkan oleh Allah, bukannya untuk tujuan diusul kepada minda manusia sebagai penemuan falsafah yang perlu disempurnakan, tetapi merupakan dasar kepercayaan iman yang kudus, diamanahkan kepada Pengantin Kristus yang akan menjaganya dengan setia dan mendefinisikannya secara kebal salah. Susulan itu, maksud atau pengertian Dogma Kudus seharusnya dipelihara seperti yang ditentukan oleh Gereja. Sesiapapun tidak dibenarkan untuk terpesong daripada ketentuan ini walaupun atas alasan untuk mendapatkan pengertian yang lebih mendalam.” (Dogmatic Constitution Dei Filius, Dz. 1800).

“Roh Kudus dijanjikan kepada para pengganti Peter (iaitu para paus), bukannya untuk tujuan menerima doktrin baru melalui Roh Kudus, tetapi sebenarnya dibantu oleh Roh Kudus untuk menjaga dan memelihara Wahyu atau benih Iman seperti yang diwarisi daripada para Rasul dengan penuh taat setia .” (Vatican I. Dogmatic Constitution Pastor Æternus Dz. 1836)

Di samping itu, “kuasa paus bukannya tidak terhad; bukan sahaja seseorang paus itu tidak diperbolehkan untuk mengubah apa-apa yang didirikan oleh Tuhan (contoh: bidang kuasa keuskupan), tetapi beliau sepatutnya membina dan bukannya merosakkan (cf. II Cor. 10-8 ) ; beliau diperintah, melalui undang-undang semulajadi, bukan untuk mengelirukan umat Kristus.” (Dict. De Théol. Cath., II, col. 2039-2040)

Sangti Paulus juga mengesahkan Iman umatnya yang telah memeluk agama Kristian: “Tetapi sekalipun kami atau seorang malaikat dari sorga yang memberitakan kepada kamu suatu injil yang berbeda dengan Injil yang telah kami beritakan kepadamu, terkutuklah dia.” (Gal. 1:8 )

Sebagai Uskup Katolik, secara ringkas, inilah pendirian saya tentang reformasi yang dimulakan oleh Konsili Vatican II. Sekiranya reformasi ini adalah menurut kehendak Yesus Kristus, maka dengan senang hati saya akan bekerjasama dalam pelaksanaannya. Tetapi jika reformasi ini dirancang untuk membinasakan Agama Katolik yang diasaskan oleh Yesus Kristus, maka, saya tidak akan bekerjasama.

Bapa Suci, pada tahun 1969, suatu utusan telah diterima daripada Rome di Diosis San Fernando, La Union. Utusan itu mengumumkan bahawa Misa Latin akan dicegah daripada terus dirayakan dan akan diganti dengan Misa Novus Ordo. Tidak ada sebab atau alasan yang diberikan. Oleh kerana arahan itu datang daripada Rome, maka ia dipatuhi tanpa sebarang bantahan. (Roma locuta est, causa finita est).

Pada tahun 1993 iaitu selepas 23 tahun saya ditahbiskan, saya mengundurkan diri (retired). Sejak pengunduran saya, saya telah mengetahui juga akhirnya alasan sebenar kenapa Misa Latin Tradisional ‘diharamkan’. Misa ini sebenarnya menjadi batu penghalang kepada rancangan ecumenism yang hendak diperkenalkan. Misa Katolik mengandungi dogma-dogma Katolik, yang ditolak oleh uma Protestan. Untuk memperoleh kesatuan dengan kumpulan (sect) Protestan, Misa Latin Tridentine harus dilupuskan, dan diganti dengan Misa Novus Ordo.

Misa Novus Ordo adalah rekaan Monsignor Annibale Bugnini, seorang freemason. Enam orang pastor Protestan membantu Monsignor Bugnini untuk memalsukannya. Orang-orang inilah yang bersekongkong untuk menghapuskan semua dogma Katolik yang menyinggung telinga umat Prostetan supaya tidak kelihatan dalam doa-doa. Mereka membuang apa-apa yang memberi keterangan benar tentang dogma Katolik dan menggantikannya dengan benda lain yang bersifat kabur, protestan dan heretical (ajaran sesat). Bukan itu sahaja, mereka juga mengubah bentuk konsekrasi yang diberikan oleh Yesus Kristus sendiri. Dengan pengubahsuaian ini, maka ritus baru Misa Kudus lebih mirip Prostetan daripada Katolik.

Umat Protestan menegakkan bahawa Misa hanya merupakan suatu santapan, suatu perkongsian, suatu jamuan rasmi, suatu peringatan sahaja. Konsili Trent memberi penekanan tentang kebenaran korban Misa, iaitu korban tanpa darah, yang menyamai korban berdarah Kristus di Bukit Kalvari. “Dia, iaitu, Allah dan Tuhan, walaupun Dia akan mempersembahkan Diri-Nya sekali sahaja kepada Allah Bapa di atas altar Salib … mempersembahkan tubuh-Nya dan darah-Nya kepada Allah Bapa dalam satu bentuk roti dan wain … dalam perjamuan akhir pada malam Dia dikhianati, supaya Dia dapat meninggalkan korban nyata kepada Gereja (seperti yang diperlukan oleh alam manusia), yang mana korban berdarah itu diselesaikan di atas Salib, dapat diwakilkan…“(Dz 938). Misa itu juga merupakan suatu akibat, iaitu suatu perkongsian kepada korban yang telah dirayakan: suatu jamuan rasmi apabila umat makan Mangsa yang telah dikorbankan. Yang pertama dan terutama ialah Misa merupakan suatu korban, dan yang kedua, Misa juga suatu perkongsian atau perjamuan.

Ia juga dapat dilihat dalam Misa Novus Ordo bahawa kehadiran nyata Kristus dalam Ekaristi ditolak secara diam-diam. Hal ini juga benar tentang doktrin Transubstantiation.

Berkaitan dengan ini, dalam Misa Novus Ordo, peranan paderi telah diturunkan daripada seorang paderi yang mempersembahkan korban kepada seseorang yang hanya mengetuai atau memimpin kelompok umat. Sekarang, paderi dilihat sebagai seorang Pemimpin atau Presiden suatu kelompok manusia. Untuk melaksanakan tugas ini, paderi bersemuka dan berhadapan dengan umat. Dalam Misa Tradisional, paderi menghadap tabernacle dan altar tempat Kristus berada.

Setelah mengetahui perubahan ngeri ini, saya mengambil keputusan untuk berhenti daripada merayakan Misa Novus Ordo, ritus baru yang telah saya rayakan selama dua puluh tujuh tahun atas ketaatan saya kepada Uskup. Saya kembali kepada Misa Latin Tridentine kerana ia merupakan Misa yang didirikan oleh Yesus Kristus semasa Perjamuan Suci iaitu korban tanpa darah, yang menyamai korban berdarah Kristus di Bukit Kalvari. Misa untuk semua zaman ini telah menguduskan jutaan jiwa sejak berkurun lamanya.

Bapa Suci, dengan segala hormat yang saya hulurkan kepada Bapa dan juga Tahta Suci Sangti Peter, saya tidak dapat menerima ajaran Bapa tentang keselamatan umum “universal salvation”, kerana ia bertentangan dengan Kitab Suci.

Bapa Suci, adakah semua orang akan diselamatkan? Yesus Kristus inginkan semua orang ditebus. Sebenarnya, Dia mati untuk kita semua. Tetapi, tidak semua orang akan diselamatkan kerana tidak semua orang akan memenuhi syarat-syarat untuk dipilih oleh Allah sebagai mereka yang akan mewarisi Syurga.

Sebelum Yesus Kristus diangkat ke Syurga, Dia menaruh kepercayaan kepada Para Rasul bahawa mereka akan melaksanakan tugas mereka untuk menyebarkan Injil kepada semua orang. Perintah-Nya cukup jelas bahawa tidak semua jiwa akan diselamatkan. Dia berkata: “Lalu Ia berkata kepada mereka, “Pergilah ke seluruh dunia, beritakanlah Injil kepada segala makhluk. Siapa yang percaya dan dibaptis akan diselamatkan, tetapi siapa yang tidak percaya akan dihukum.” (Mk. 16:15-16)

Sangti Paulus menyokong perintah ini apabila dia berkata kepada mereka yang memeluk agama Kristan: “Atau tidak tahukah kamu bahwa orang-orang yang tidak adil tidak akan mendapat bagian dalam Kerajaan Allah? Janganlah sesat! Orang cabul, penyembah berhala, pezina, laki-laki yang bersetubuh dengan sesama jenisnya, pasangan orang yang berbuat demikian, pencuri, orang tamak, pemabuk, pemfitnah dan penipu tidak akan mendapat bagian dalam Kerajaan Allah.” (1 Kor. 6:9-10)

Bapa Suci, haruskah kita menghormati agama palsu? Yesus Kristus telah mengasaskan satu Gereja sahaja yang memberi keselamatan kekal kepada mereka yang mencarinya. Gereja itu ialah Gereja Roman Katolik yang kudus dan Gereja Apostolik. Apabila Dia memberikan kita semua doktrin dan kebenaran yang diperlukan untuk selamat, Kristus tidak berkata: “Hormatilah semua agama palsu.”. Malah, Anak Allah disalibkan kerana Dia tidak bertolak ansur dengan ajaran-Nya.

Pada tahun 1910, dalam suratnya “Our Apostolic Mandate”, Paus Sangti Pius X memberi amaran bahawa roh antaradenominasi merupakan sebahagian gerakan besar-besaran ke arah kemurtadan atau apostasi yang disusun atur di seluruh pelusuk dunia untuk merealisasikan satu gereja dunia. Paus Leo XIII memberi amaran bahawa “untuk melayani semua agama secara sama rata … sebenarnya suatu rancangan rapi untuk memusnahkan semua bentuk agama, terutama sekali agama Katolik, satu-satunya agama yang benar, tidak boleh, tanpa ketidakadilan yang nyata, dilihat sebagai agama yang setara dengan agama-agama lain (Ensliklikal Humanum Genus). Prosesnya adalah seperti berikut: DARIPADA CATHOLICISM MENJADI PROTESTANTISM, DARIPADA PROTESTANTISM MENJADI MODERNISME, DARI MODERNISME MENJADI ATHEISM.

Ecumenism, seperti yang diamalkan sekarang, bertindak secara senyap-senyap dengan bertopengkan doktrin dan amalan tradisi Katolik. Ia menempatkan satu-satunya Agama benar, iaitu agama Katolik, yang diasaskan oleh Tuhan Kita pada tingkat yang sama dengan agama-agama palsu lain, agama ciptaan manusia – sesuatu yang ditegah oleh Paus sepanjang kurun yang lepas: “Ternyata jelas sekali bahawa Tahta Suci Apostolic See tidak diperbolehkan mengambil bahagian dalam perhimpunan (ecumenical) ini, dan umat Katolik juga tidak dibenarkan dan tidak sah dari segi hukum untuk mengambil bahagian, memberi sokongan mahupun dorongan” (Paus Pius XI, Mortalium Animos)

Saya setia kepada Rom, Rom Sangti Petrus dan Paulus. Saya tidak mengikuti Rom Masonic. Paus Leo XIII telah mengharamkan Freemasonry di dalam ensiklikalnya Humanum Genus pada tahun 1884.

Saya juga tidak menerima Rom yang modernist. Paus Sangti Pius X juga telah mengharamkan modernism di dalam ensiklikalnya Pascendi Dominici Gregis pada tahun 1907.

Saya tidak berkhidmat untuk Rom yang dikawal oleh ahli-ahli Freemasonry yang menjadi ejen Lucifer, Putera iblis.

Tetapi saya menyokong sepenuhnya Rom yang membimbing Gereja Katolik dengan setia mengikut kehendak Yesus Kristus – yang memuliakan Allah Tritunggal Mahakudus – Allah Bapa, Allah Anak dan Allah Roh Kudus.

Saya menganggap diri saya beruntung kerana dalam keadaan Gereja Katolik menghadapi krisis ini, saya menerima rahmat untuk kembali kepada Gereja yang setia kepada Tradisi Katolik. Syukur kepada Allah, kerana saya kembali merayakan Misa Latin Traditional – Misa yang dimulakan oleh Yesus semasa Perjamuan Akhir, Misa ordinasi saya.

Semoga Bonda Maria yang penuh rahmat, Sangti Joseph, Sangti Anthony, Sangti Patron saya, Sangti Michael dan Malaikat Pelindung saya membantu saya untuk kekal setia kepada Gereja Katolik yang diasaskan oleh Yesus Kristus demi keselamatan manusia.

Semoga saya menerima rahmat untuk kekal dan meninggal dalam pangkuan Gereja Roman Katolik yang Kudus dan Apostolik yang berpegang teguh kepada tradisi suci dan kekal menjadi paderi dan uskup yang setia kepada Yesus Kristus, Anak Allah.

Dengan penuh hormat,

 

+ Salvador L. Lazo, D.D.
Biskop Emeritus Diosis San Fernando di La Union
Filipina

Original source: http://www.sspxasia.com/Newsletters/2000/March-April/Declaration.htm


  1. pietro

    sesuatu yang berasal dari Allah akan menjadi besar. Namun sebaliknya sesuatu yang bukan dari Allah musnah perlahan-lahan.

  2. Apakah maksud sdr/i Pietro sebenarnya? Adakah Pietro bermaksud bahawa Tradisi Suci akan lenyap perlahan-lahan kerana mempercayai bahawa Tradisi Suci Gereja tidak datang dari Tuhan?

  3. paul

    Umat yang bersungguh2 mengimani Yesus harus memperolehi kebenaran yang HAKIKI, tetapi kerana kita bukanlan pengkaji Alkitab (teologi) ..malah kita tidak memahami hal ini berlaku dan sampai manakah KEBENARANNYA atau KEPALSUANNYA … tanggungjawab ini mungkin harus ditangani oleh para pastoral ..saya mencadangkan hal ini seharusnya sampai ke pengetahuan yang berkenaan ..umat tidak wajar ditawarkan dengan persekitaran yang mengelirukan dan ketidakpastian

  4. Umat Kristian haruslah mempelajari semua ajaran, doktrin dan dogma agama Katolik dengan membaca buku Katekismus atau melalui laman web yang mengajar agama Katolik Tradisional seperti http://www.sspx.org.




Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


  • Laman

  • Artikel Terkini

  • Artikel Popular

  • Kategori

  • Sila masukkan alamat e-mel anda untuk melanggan blog ini dan menerima pemberitahuan melalui e-mel apabila ada artikel baru diterbitkan.

    Join 50 other followers


%d bloggers like this: