Tradisi Suci?

PETIKAN-PETIKAN YANG MEMBUKTIKAN AUTORITI TRADISI

Janganlah mengajar sesuatu yang baru, tetapi tanamkanlah dalam hati setiap orang ajaran-ajaran dari para bapa gereja dalam kandungan yang tetap sama…hanya mengkhutbahkan ajaran dari bapa gereja kami. Oleh kerana itu, dalam segala hal, termasuk hal penjagaan iman dan disiplin, jadikanlah ia seperti satu corak antik yang harus dijaga. – Paus Sangti Leo, Bapa dan Doktor gereja yang terkenal.

Sangti Paulus ada menulis (Efesus 4:5), “Satu iman”. Jagalah iman kita dengan teguh agar ianya sama dengan iman apostal. Jika kita menolak ini, kesatuan dalam gereja akan hancur…Kita mesti memastikan iman umat pada zaman ini menyamai dengan iman umat pada zaman dahulu. Sekiranya ini tidak benar, bererti kita sudah berada dalam gereja lain dari gereja zaman dahulu, dan ini bererti gereja sudah tidak ‘satu’ lagi. – Sangti Tomas Aquinas.

Saya menerima doktrin iman dengan kepercayaan tulus bahawa ianya diturunkan dari para apostal, iaitu bapa-bapa ortodoks, dengan cara yang sama dan kandungan yang mempunyai intrepretasi yang sentiasa sama.” – Paus Sangti Pius X.

Sahabat-sahabat setia umat bukanlah para revolusi atau mereka yang sukakan inovasi, tetapi mereka yang sentiasa memegang teguh kepada Tradisi.” – Paus Sangti Pius X.

Gereja Yesus Kristus, penjaga yang aktif dan pengawas kepada dogma-dogma gereja, tidak akan membuat sebarang perubahan dalam fasa-fasa dogma. Ia tidak akan mengurangkan atau menambah; juga tidak akan memendekkan apa yang disebut sebagai sesuatu yang yang tidak penting atau cuma keremehan semata-mata…tetapi hanya memusatkan kepada satu matlamat: Setia dan bijak dalam menjaga Tradisi; mengukuhkan apa yang sudah sedia jelas; dan memelihara ajaran-ajaran yang telah didefinasikan dan disahkan.” – Sangti Vincent de Lerins: Commonitoria (Abad ke-5).

Gereja benar Yesus Kristus juga boleh dikenali melalui asal-usulnya, berkat rahmat yang dibawa oleh para apostal; dimana doktrin gereja benar tidak akan berubah mengikut perkembangan zaman atau ianya suatu agama yang baru, tetapi dibawa sejak zaman Yesus lagi melalui apostal-Nya dan disebarkan diseluruh dunia.” – Katekisma Konsili Tren (Abad ke-16)

Roh Kudus tidak dijanjikan kepada para pengganti Petrus, untuk pemberitaan doktrin baru, tetapi melalui bantuan mereka, pemberitaan iman benar sentiasa diturunkan kepada setiap generasi.” – Vatikan Konsili I (1869-1870)

Saya berikrar…tidak akan sekali-kali membuat perubahan didalam Tradisi, dan tidak ada apa-apa pun yang selama ini yang dijagai oleh paus-paus yang setia kepada Tuhan, akan dicerobohi, akan diubah, atau membenarkan sebarang inovasi dilakukan kepadanya.” – Ikrar Angkat Sumpah semasa pertabalan paus

Perkataan heresy atau penyimpangan dari fahaman iman yang benar adalah berasal dari perkataan Greek yang bermaksud ‘pilihan’…bahwa kita tidak dibenarkan mempercayai fahaman pilihan kita, juga tidak dibenarkan mempercayai fahaman pilihan orang lain. Kita telah pun mempunyai para apostal yang diberikan autoriti dari Tuhan, dan mereka tidak…mempercayai mengikut pilihan mereka tetapi setia mengkhutbahkan ajaran Yesus. Oleh kerana itu, walau malaikat sekali pun yang datang dari syurga mengkhutbahkan ajaran yang bertentang dengan para apostal, dia dipanggil anathema atau yang dikutuk oleh Tuhan. – Sangti Isidore, Doktor Gereja dan bapa terakhir bapa-bapa Latin: Etymologies (Abad ke-7)

Hari dimana gereja mengabaikan bahasanya adalah juga hari dimana gereja kembali ketempat penyembunyiannya (Catacombs).” – Paus Pius XII (beberapa hari sebelum kematiannya)

Kamu sangat bernasib baik; kamu berada didalam gereja kerana iman. Kamu memegang teguh kepada iman yang diturunkan melalui Tradisi Apostolik…dalam krisis sekarang, mereka lah yang telah meninggalkannya.” – Sangti Athanasius, pejuang sifat Ketuhanan Yesus, Doktor Ortodoks, Doktor Gereja, meninggal pada 373 A.D.

Tidak sesiapa pun, saudara ku yang disayangi, akan berjaya merampas iman yang ada pada kamu. Kami yakin pada suatu hari nanti Tuhan akan mengembalikan gereja-gereja Nya kepada kita.” – Sangti Athanasius

Apakah yang harus umat Katolik lakukan sekiranya sebahagian gereja tidak lagi membawa ajaran yang benar iaitu iman Katolik yang satu (universal)? Apakah ada jalan lain – dan sekiranya ada percubaan untuk ‘meracuni’ bukan lagi sebahagian tetapi semua gereja dalam waktu yang sama?…maka umat dinasihatkan mengikuti ajaran Tradisi gereja, ajaran turun-temurun dari para bapa ortodoks yang bertentang dengan doktrin-doktrin baru.

Adakah umat Katolik dibenarkan mengambil bahagian atau menerima jemputan ke konvensyen, perkumpulan, mesyuarat atau persatuan bukan-Katolik yang menggunakan agenda ‘kristian’ sebagai alasan untuk bergumpul? Jawapannya, TIDAK sama sekali. Pejabat Apostolik sudah menjelaskan mengapa umat Katolik tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam perkumpulan bukan-Katolik. Kesatuan dalam Kristian cuma dapat dicapai dengan satu cara sahaja iaitu umat yang murtad menganuti kembali agama Katolik, satu-satunya gereja yang diasaskan oleh Yesus Kristus. – Paus Pius XI.

 

KERENDAHAN DIRI

Pada waktu itu datanglah murid-murid ini kepada Yesus dan bertanya: “Siapakah yang terbesar dalam Kerajaan Syurga?” Maka Yesus memanggil seorang anak kecil dan menempatkannya di tengah-tengah mereka lalu berkata: “Aku berkata kepadamu, sesungguhnya jika kamu tidak bertaubat dan menjadi seperti anak kecil ini, kamu tidak akan masuk dalam kerajaan syurga. Sedangkan barangsiapa merendahkan diri dan menjadi seperti anak kecil ini, dialah yang terbesar dalam kerajaan syurga.” (Matt 18:1-4)

Rendahkanlah diri kamu di hadapan Tuhan, dan Ia akan meninggikan kamu.”(James 4:10)

Pikullah kuk yang kupasang dan belajarlah pada-Ku, karena Aku lemah lembut dan rendah hati dan jiwamu akan mendapat ketenangan.”(Matt 11:29)

Nota Editor: This is not original and unfortunately I can’t trace its origin. To the owner of this article please contact me to enable me to aknowledge you as the original author. Thank you.

 




    Tinggalkan Jawapan

    Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

    WordPress.com Logo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

    Twitter picture

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

    Facebook photo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

    Google+ photo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

    Connecting to %s


  • Laman

  • Artikel Terkini

  • Artikel Popular

  • Kategori

  • Sila masukkan alamat e-mel anda untuk melanggan blog ini dan menerima pemberitahuan melalui e-mel apabila ada artikel baru diterbitkan.

    Join 50 other followers


%d bloggers like this: